Tuesday, September 25, 2012

Berhentilah menyembah ''ularmak''

Ada satu parti tu, imejnya macam parti bagi pak-pak lebai. Dalam parti tu, ada satu kasta yang dipanggil ''ulamak''. Tak tahulah apa kayu ukur yang digunakan untuk memberi label sedemikian. Adakah dengan boleh berbahasa Arab, atau mengaji di Arab atau India/Pakistan, wallahualam. Kasta ini ada ramai peminat dan pentaksub. Selalu dipuja-dipuji oleh ahli dan penyokong parti lebai tersebut, selagi mana ''ulamak-ulamak'' itu masih setia dengan parti. Kalau ada pengkritik golongan tersebut, nescaya para pengkritik itu akan dilabel sebagai munafik, keturunan Abdullah bin Ubai, musuh Islam dan lain-lain. 
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa orang ''ularmak'' telah keluar, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi dari parti lebai tersebut. Pendirian ''ularmak-ularmak'' tersebut sudah tidak sealiran dengan parti. Apa sudah jadi pada mereka? Mereka diperli dan kata-kata mereka disanggah oleh penyokong dan pencinta serta pentaksub para ''ulamak''. Orang yang dahulunya dijulang kini sudah dibakul sampahkan. Habis madu sepah dibuang.
Selagi namanya manusia, dia tak akan terlepas dari membuat kesilapan. Tak ada manusia yang maksum. Yang tak ada salah silap dan dosa cuma nabi-nabi dan malaikat saja. Jadi, kenapa anggap kata-kata dan pendapat mereka dah jadi semacam hadis? Zaman sekarang, ''ulamak'' semakin bertambah umpama cendawan selepas hujan. Tapi tak semua cendawan itu betul-betul elok. Ada juga yang beracun. Kalau silap makan, innalillahi wainna ilaihi raajiuun lah jawabnya..


0 comments: