Saya ambil juga keputusan untuk join perhimpunan Bersih 2.0 kerana tak mahu ketinggalan. Sebab saya sudah dapat merasa betapa "meriahnya" himpunan tersebut sebab sudah banyak jalan ditutup dan Bersih setiap malam dalam promosi percuma di dalam TV.
Saya bertolak berdua bersama Ah Tan, seorang tukang masak. Kami menaiki LRT Star di Ampang. Hajat nak turun ke Stesen Hang Tuah, tapi stesen tersebut ditutup. Last-last ambik keputusan untuk guna jalan jauh - turun ke stesen Titiwangsa dan tukar KL Monorail ke Imbi. Di Ampang sempat berkenalan dengan 3 orang pakcik cool - kelihatan tua tapi semangat orang muda.
Ah Tan dan 3 orang pakcik cool sekali lagi berbincang lepas minum air - kat mana nak solat dan nak ikut jalan mana.
Jalan punya jalan - jumpa geng - yang turut sama nak ke Bersih - salah satu kelebihan bila kita nak join demo - kita boleh kenal muka orang-orang yang nak turut sama dalam demo. Masa ni semua setuju untuk menapak dari stesen Imbi ke Petaling Street. Ramai yang berhimpun di sana.
Tak sampai 30 langkah berjalan, kami dengar ada suara bergema - ya! suara orang berdemo - datangnya dari arah belakang Sg. Wang Plaza. Semangat terus berkobar-kobar, kami berlari untuk menyertai mereka. Perarakan start dari belakang Sg. Wang Plaza ke Dataran Maybank.
Jumlah orang berarak semakin ramai - keluarnya orang-orang dari lorong yang berhampiran - bergabung dan akhirnya beilangan semakin bertambah.
Menuju ke Dataran Maybank - lalu ke Pudu.
Ke Hentian Pudu. Jika 2 tahun lepas, sewaktu demo Mansuhkan ISA - Sogo menjadi saksi medan pertempuran dan kekejaman polis - tapi kali ini, lokasi itu berpindah ke Pudu.
Sokongan daripada mereka-mereka dari jejantas.
Hanya peniaga bengong yang termakan dengan dakyah TV bengong saja yang tutup kedai pastu mengeluh sebab rugi. Saya lihat kedai makan Cina ni sekejap saja air dalam peti ais sold out. Stesen minyak penuh dengan orang yang dahaga air - semua jenis air laku.
Baring atas jalan - democracy is dead
Ketua Pemuda PAS (kanan sekali).
Che Gu Bard dengan geng-geng SAMM
Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) buat rundingan dengan polis
Time ni kelakar. Semua orang bersorak pada polis. Polis tembak gas, orang yang berdemo ambik gas tu baling balik pada polis. 3 atau 4 biji. Polis berundur. Hahaha
Berundur sampai ke Hospital Tung Shin.. hospital yang diserang oleh polis. Dan satu lagi hospital yang bersebelahan dengan Hospital Tung Shin, iaitu Hospital Bersalin Cina.
Polis buat perangkap masa di depan hospital. Kononnya diorang akan buka jalan, dan semua demonstran berkumpul. Bila berkumpul, polis serang dengan water cannon, gas dan tangkap orang ramai.
Nyonya yang berbaju kuning sangat popular di Facebook. Ada page beliau di sini [link]
Di dalam perkarangan hospital inilah polis semakin menggila..
Reporter dari TV Antara
Ini masa "rundingan" dengan pihak polis sebelum polis menyerang.
Terserempak dengan blogger Topeng Perak
FRU yang serang hospital
Tangkapan di dalam perkarangan hospital. Polis berkasar. Masa ni tengah kelam kabut. Sebab tu gambar kabur2 ekor haramjadah yang pukul orang sesuka hati mak bapak dia..
Polis belasah ramai-ramai orang yang buat human shield.. masa ini saya di tempat yang tinggi sikit, ambil gambar dari jauh. Beberapa orang lelaki di sisi saya cuba cari batu atau kayu untuk tolong mereka, tapi sebiji canister terlebih dahulu jatuh di tepi saya, asap keluar dan kami berterabur, naik ke atas bukit. Polis menembak gas pemedih mata dalam kawasan hospital. Saya saksinya!
Dalam perjalanan ke KLCC, terserempak dengan Azmin Ali di bus stop.
FRU yang buat barisan di hadapan menara KLCC
Ini hanya catatan pertama. Ada catatan seterusnya. Upload gambar punyalah lama, saiz besar.
2 comments:
Wow, this paragraph is fastidious, my sister is analyzing these kinds of things, so I am
going to tell her.
My web site: cheap nike free run 2.0
My partner and I absolutely love your blog and
find a lot of your post's to be exactly I'm looking for.
Does one offer guest writers to write content for you?
I wouldn't mind producing a post or elaborating on some of the subjects you write concerning here. Again, awesome web site!
Also visit my web blog ... ミュウミュウ
Post a Comment