Thursday, July 8, 2010
"Tiada Akan Membenci Kami Kecuali Kelahiran Haram"
Dah lama sangat tak menulis panjang-panjang macam ni. Idea ada berbukit tapi inilah salah satu sifat manusia yang sukar dikikis - malas. Lebih-lebih lagi saya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap dunia penulisan dan blogging. Kini tumpuan lebih kepada Facebook. Tak tahu kenapa. Blog ini pun sudah jarang diupdate, apatah lagi dengan dua lagi blog lain (satu lagi blogspot dan wordpress).
Ikutkan hati, sudah lama saya mahu mencari ketenangan dengan pergi ke luar negara buat seketika. Tapi masih tak ada kesempatan. Nampaknya trend pergi ke luar negara memang sudah menular di kalangan rakyat Malaysia. Banyak kajian yang menunjukkan sudah ramai rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk menetap di luar negara - ini disebabkan banyak faktor. Antaranya faktor ekonomi - dari segi taraf hidup, mereka lebih selesa di luar negara.
Kalau nak tahu banyak faktor kenapa rakyat Malaysia meninggalkan negara ini, boleh pergi ke laman web YouTube.com dan search "Emigrasi Rakyat Malaysia". Ia adalah dialog dalam Astro Awani di antara Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) dan Akhramsyah Sanusi. Saya pernah dicubit oleh arwah nenek saya sewaktu saya menyampaikan hasrat saya untuk pergi ke Iran buat seketika. Dia tak bagi saya pergi.
Kerana dia bimbang mungkin saya akan jadi mangsa penyeludupan dadah (dadah dalam beg, dan sebagainya). Arwah nenek saya biasanya fikir yang bukan-bukan, mungkin dia terpengaruh dengan akhbar Harian Metro (arwah nenek saya merupakan pembaca setia Harian Metro semenjak 1990-an). Kalau dia tidak halang, mungkin tahun lepas saya sudah terbang ke Iran dalam jangkan waktu yang tertentu. Tapi apa boleh buat.
Sekarang, tidak ada lagi yang akan mencubit saya jika saya nyatakan hasrat untuk ke luar negara. Terkadang suasana di negara ini seakan-akan memaksa saya berkata "Farewell, Malaysia". Mungkin juga kut, kerana selepas graduate pada tahun hadapan saya tidak ada perancangan untuk sambung belajar kerana saya mahu merantau dan mengembara. Bukan Iran saja destinasi saya - ada lagi dua tempat. Ini saya minta, tolong doakan kejayaan saya. ^^
Namun, bukan cerita saya mahu ke luar negara pada entri kali ini. Di atas itu hanyalah intro semata-mata. Saya mahu ceritakan, sehari dua ini perasaan saya sungguh runsing, dan tiba-tiba perasaan mahu pergi ke bumi Ayatollah menjelma kembali. Saya dapat kenalpasti, ada dua sebab kenapa saya berperasaan sebegini :
1. Kematian Sayyed Mohammad Hussein Fadhlallah yang disayangi - dia pergi meninggalkan dunia ini, terasa seolah-olah salah satu lampu yang menerangi sepanjang jalan, terpadam. Walaupun saya tidak begitu mengambil tahu sangat tentang beliau - tapi apabila melihat wajah dia, dan juga video kenangan mengenai dia, tiba-tiba dada menjadi sebak.
2. Tindakan sebahagian sahabat-sahabat di Facebook yang entah kenapa tiba-tiba tiada angin tiada hujan menyerang fahaman Shiah secara bertubi-tubi. Terlalu ramai yang menyerang - tidak kurang juga menuduh Shiah adalah sesat dan kafir. Dan sedikit saja yang membela. Ingat, kebenaran biasanya berpihak pada minoriti.
Terasa geram pun ada, marah pun ada. Otak dan Akal saya tidak henti-henti menasihati hati (Qalbu) saya - supaya bertindak dan berkelakuan seperti Jesus anak Virgin Mary. Hati saya selalu memberontak kalau boleh akan kujawab kesemua cacian dan tuduhan itu, tidak kisah walaupun seberapa lama - tapi akal saya segera memintas - "Hello kawan, ikut sajalah sikap Nabi Isa, orang tampar pipi kanan, bagi pipi kiri. Orang curi baju, bagi dia jubah."
Serangan demi serangan semenjak seminggu lalu telah membangkitkan keinginan saya untuk ke beberapa tempat sama ada Qom, Isfahan ataupun Tehran. Teringin benar mahu melawat Kota Qom, bersolat di masjid Sheikh Lutfallah mahupun di masjid Sunni di Iran. Sengaja saya tidak memilih bumi Ayatollah di negara Arab - kerana saya bimbangkan keselamatan nyawa saya - bom berada di mana-mana.
Saya tersangat yakin bahawa ulama-ulama di sana sudah kalis dengan berbagai-bagai tuduhan dan label yang diberikan oleh golongan yang kononnya pencinta Islam. Saya teringatkan wajah redup Ayatollah Shirazi, Ali al-Sistani, Imam Ali Khamenei, Saafi Gulpaygani dan wajah tenang Sayyed Hasan Nasrallah. Wajah Ahmadinejad juga terbayang - tak boleh dibayangkan bahawa hakikatnya mereka semua ini kafir! Mereka nampaknya banyak bersabar.
Saya tidak dapat bayangkan - macam mana golongan yang dituduh sesat dan menyeleweng dari Islam ini mempunyai berpuluh-puluh ribu masjid, beribu-ribu ulamak, beratus ribu kitab agama, dan berjuta-juta penganut. Dan tidak dapat juga saya bayangkan - akan usaha membentuk negara Islam dan menyatupadukan umat oleh Imam Khomeini itu sebenarnya gagal.
Dalam masa yang sama, saya rasa kasihan terhadap sahabat-sahabat saya yang tak jemu-jemu menyerang Shiah ini. Saya kasihan kerana mereka hanya mendengar sebelah pihak sahaja, lebih-lebih lagi mereka mendengar daripada pihak yang memusuhi Shiah, kemudian mereka ambil riwayat-riwayat di dalam kitab secara separuh-separuh. Tetapi apabila diterangkan kepada mereka - mereka buat tidak peduli dan sedikitpun tidak mengubah persepsi mereka.
Memang ramai golongan macam ini. Apabila dibawakan kepada mereka hujah-hujah yang bernas, ia umpama mencurahkan air ke daun keladi. Mereka tak faham-faham bahasa juga. Malam tadi, saya sukar untuk melelapkan mata. Saya sendiri sudah jenuh untuk menjawab persoalan yang serupa - walaupun sudah dijawab tetapi mereka masih memainkan isu yang sama.
Malam tadi ada satu private message yang masuk ke dalam inbox Facebook. Message yang dipenuhi oleh soalan yang sudah lama dijawab. Dan sudah tentu, banyak sekali tuduhan di dalamnya. Oleh kerana si penanya soalan itu memberikan hujah 'akli (akal), maka saya pun menjawabnya dengan akal.
1. Kalau benar Shiah meyakini bahawa al-Quran itu diseleweng, macam mana mereka mahu bersolat?
2. Macam mana dengan juara tilawah al-Quran daripada Iran? Adakah mereka membacakan ayat-ayat suci daripada "al-Quran" versi lain?
Ini adalah diantara persoalannya. Banyak lagi soalan sebenarnya. Selepas itu, dia tidak menjawab/membalas jawapan tersebut - mungkin sudah faham kot.
Terkadang saya tertanya-tanya. Apa yang mereka dapat dengan membawa kononnya banyak bukti bahawa Shiah itu sesat? Tak ada pun yang mati jika mereka dedahkan satu persatu. Bagi mereka yang sudah sampai ke peringkat membenci - tidak akan berubah walaupun sebanyak mana hujah yang diberikan. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan untuk membuktikan bahawa mereka itu benar.
Akhir sekali, walaupun saya kesal dan marah kerana persoalan ini tiba-tiba dibangkitkan di dalam Facebook, saya membuat kesimpulan demikian - biarlah mereka menemui kebahagiaan atas apa yang mereka lakukan. Tiba-tiba teringat pula kata-kata Imam Ja'afar as-Sadiq (salah seorang guru Imam Hanafi) :
"Tiada akan membenci kami kecuali kelahiran haram"
Mudah-mudahan, mereka yang membenci itu bukannya daripada hasil hubungan yang haram. Manalah tahu, kot-kot..... Malam tadi, boleh juga saya tidur dengan berulitkan lagu kasih sayang terhadap Ahlul Bayt, nasyid memuji Rasulullah daripada Iran dan muzik-muzik syahdu pemergian Ayatollah Hussein Fadhlallah..Tapi pada pagi ini saya bangun pada jam 6.30 walaupun saya kunci jam 2 jam lebih awal daripada waktu itu.. nasiblah..
4 comments:
salam.. Ayatullah Muhammad Hossein Fadhlullah dihukum sesat oleh ulama syiah di QOM.sila baca lonk dibawah.
http://www.jafariyanews.com/2k7_news/may/10Fadhlullah_Dhaal.htm
kenapa dia dihukum sesat?? kerana beliau melarang menyeru nama Ali dalam doa kerana ia adalah syirik dan kedua paling membuat ulama syiah membenci belaiu adalah kerana berpendapat Kisah kononya Fatimah diserang oleh Umar adalah palsu!
Sebelum Ayatollah fadhullah sudah ada beberapa ulama syiah dihukum kafir dan wahabis hanya krn mereka ingin membetul kesalahan dalam ajaran syiah yang jauh tersasar dari Islam..
lagi link mengenai Ayatollah fadhullah dan pandangan beliau
http://www.jafariyanews.com/2k8_news/nov/18sistani_deputy_refuses_fadlallah_meet.htm
In a Monday message, Ayatollah Sayyed Ali Khamene'i described Grand Ayatollah Fadlallah as an "influential figure whose contributions Lebanon will never forget."
"He was also a true companion of the Islamic Republic who proved his loyalty to the Islamic Revolution in both words and action," the message added."
and
http://www.facebook.com/photo.php?pid=30853415&id=1478808225#!/photo.php?pid=30853600&id=1478808225
Saudara...
Masalah bersepakatan 4 mazhab pun tak selesai... contoh termudah, qunut dan bilangan solat Terawih... inikan pulan nak berbicara tentang Syiah...
Saya rasa kita mesti 'terbuka hati' di dalam membicarakan hal ini... sebelum melabelkan orang lain...
Post a Comment