Thursday, July 22, 2010

Mana Dia Presiden PAS?



Kepala kembali berserabut dengan istilah perpaduan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO kata itu, pemimpin-pemimpin PAS kata ini. Setakat ini yang berbunyi bagi pihak UMNO adalah Muhyiddin dan Harussani. Pihak PAS pula, Salehudin Ayub dan Mahfuz Omar berduet menafikannya dan menyerang Harussani.

Tiba-tiba datang pula al-Thontowwie dengan madahnya yang seakan-akan berbunyi "selam-selam kapal selam". Entahlah. Itu boleh dirujuk di dalam blognya. Takjubnya, cepat dia buat penangkisan di dalam blog selepas memberi kenyataan dan kenyataannya itu terkeluar di dalam media cetak barua UMNO. Lain kali jangan gatal-gatal mulut nak "pelan damai". Orang ramai dah lama meluat.

Kalaulah dia tak gatal mulut beri pendapat, tak perlulah dia kalut nak betulkan persepsi orang ramai melalui blog. Kan dah diberi title "bangang".

Tapi saya musykil, atau mungkin saya tersilap. Presiden PAS ada keluarkan apa-apa kenyataan tak? Sepatutnya sebagai ketua parti dia kena keluarkan statement. Tapi saya tak mahu berprasangka buruk, mana tahu mungkin saya tak jumpa kenyataan beliau mengenai isu terbaru ini. Sebab itu saya tanya, Presiden PAS ada ulas apa-apa tak??

p/s : Tak sabar-sabar nak tunggu gambar pertemuan salah seorang pemimpin PAS dengan Harussani tersebar.

4 comments:

Isa said...

Salam,

Apa ni bro... lu jangan sibuk2 nak kacau presiden PAS, anak2 buah dah tolong jawap sudah la... ha..ha..ha..

Bro..., lu jealous ke... tak boleh tengok presiden mau rileks2..

Macam tak paham2... kah..kah..kah...

Admin said...

Ala..bro ISA ni.. cuit-cuit sikit je, takkan tak boleh? kah kah kah ^^

zargus said...

-yg duk kalut tangkis kiri kanan, wa tgk TGNA yg konsisten, klu nk harapkn presiden, wa rase kena cari die kat rusila, kalu xde,maknenye die ade persidangan islam antarabangsa di luar negara..

Anonymous said...

aku dimaklumkn presiden telah menjejah ke tempat2 yg dijelajahi Harussani utk terangkan balik isu sebenar..harus dah pegi australia & negara2 luar..tanya sayuti basiron