Thursday, October 28, 2010

Siapa di sebalik Islamic Fashion Show?


Inilah muka-muka di belakang the so-called Islamic Fashion Show. Cuba lihat wajah-wajah majoriti perempuan di gambar tersebut. Sah Melayu dan Islam, tapi berjambul dan tidak menutup kepala. Patutlah Islamic fashion tak serupa Islamic!

Gambar kredit pada SaifulIslam.Com

Monday, October 25, 2010

Antara Menara 100 Tingkat dan KTMB


Salah satu perkara yang menyakitkan hati apabila saya berada di sini adalah menaiki komuter (KTMB). Nak tunggu komuter dah satu hal (kadang-kadang dekat setengah jam, lebih haru, 40 minit baru sampai!), lepas tu bila naik - punyalah sesak. Macam-macam orang dan perangai ada. Ada juga perempuan jenis tak reti bahasa, KTMB dah sedia dah gerabak khas untuk perempuan di tengah-tengah (siap dengan sticker pink lagi), tapi boleh dengan selambanya mereka join sekali dengan lelaki-lelaki di gerabak depan dan belakang.

Mulut saya memang susah nak kawal bila berhadapan dengan komuter ini. Perkataan 'babi' itu memang sudah biasa - sama ada diungkapkan dalam hati ataupun dengan nada yang seakan-akan kentut di dalam kain. Jarang sangat dapat tempat duduk di dalam komuter. Biasanya memang kena berdiri. Iyalah, komuter lambat sampai, orang yang menunggu bertambah ramai, ditambah lagi dengan orang yang sudah sedia ada di dalam tu. Saya ini jenis mudah kena sakit kepala, lebih-lebih lagi berdiri di dalam kenderaan yang bergerak. Nak buat macam mana, tahan sajalah. Nasib baik dalam telefon ada MP3, boleh dengar lagu dengan handsfree. Tapi itu beberapa bulan lepas. Sekarang, tak tahu apa puncanya, MP3 telefon ada masalah, dan tak boleh pakai lagi dah.

Selalu terfikir, kenapalah servis atau perkhidmatan KTM ini tak macam LRT dan Monorail? Lambat, lembab, sesak, dan macam-macam lagilah. Mungkinkah kerana terdapat perkataan 'Melayu' pada KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad)? Agak-agaknya, kalau dibuang atau diubah perkataan Melayu pada KTM ni, servisnya boleh jadi elok kut? Apa-apapun, itulah yang saya cuba katakan, sudah bertahun-tahun saya mengalami masalah dengan KTM ini. Servis dia macam tu juga.

Apakah kerajaan memang tak ada hati perut? Boleh berhabis duit berbillion-billion untuk satu-satu projek yang tak datangkan faedah kepada rakyat, tapi perkara asas ini - perkhidmatan awam, komuter - yang menjadi kenderaan utama rakyat di sini tak diambil peduli? Dah berapa kali aduan dibuat dan masuk ke dalam berita, tapi mana kesannya?? Sebab itulah, daripada membazir membina Menara Warisan 100 tingkat itu, lebih baik duit tersebut digunakan untuk memperbaiki servis pengangkutan awam. Bukan ke kerajaan tak ada duit? Sampai sanggup tarik biasiswa, kejar orang yang tak nak bayar pinjaman PTPTN sampai ke lubang cacing? Projek membazir ini ada pulak duit?

Siapa yang dapat untung? Apakah rakyat-rakyat bawahan dapat merasa nikmatnya jika menara tersebut siap? Maka bagi mana-mana rakyat yang mempunyai akal, mereka akan menolak projek gila ini. Stress! Benda sia-sia ini tahu sangat buat, tapi mengabaikan perkara lain yang melibatkan kepentingan rakyat. Bodoh punya PM!


Di Facebook, jumlah manusia yang menentang pembinaan menara ini ialah 158,722 orang (setakat ini).

Namun ada juga orang yang bahalol cipta page untuk menyokong pembinaan menara tersebut. Setakat ini hanya 1615 saja (kah kah kah). Lagipun, bukan semua yang join page ini menyokong, ada juga yang join semata-mata untuk menentang.

Kesimpulan, lebih baik kerajaan perbaiki dulu tahap perkhidmatan KTM sebelum nak laksanakan mana-mana projek mega yang sah tidak mendatangkan faedah kepada rakyat!

Sunday, October 24, 2010

Harapan di DUN Galas

Dalam banyak-banyak isu yang bakal digunakan oleh parti yang bertanding, salah satunya adalah isu "anak tempatan" yang dimainkan oleh UMNO. Harapan saya ialah tidak mahu lagi melihat kebodohan pengundi (terutamanya orang Melayu) apabila tiba hari mengundi. Kalau tak mahu pilih calon kerana merasakan dia tidak sesuai untuk menjadi pemimpin atau tidak boleh menggalas tanggungjawab, itu tak mengapa. Tapi janganlah tidak mengundi atau memilih semata-mata dia bukan anak tempatan.

Anak tempatan atau orang luar bukannya isu. Yang penting, apakah calon tersebut mampu melaksanakan tanggungjawabnya selepas dipilih oleh rakyat. Jangan ulangi kebodohan orang-orang Melayu di Parlimen Kuala Terengganu (pada PRU 2008) dan juga Parlimen Hulu Selangor. Calon PR yang bertanding di sana kalah kerana salah satu faktor ialah mereka bukan anak tempatan. Di Kuala Terengganu, jelas orang PAS menunjukkan kebodohan sebilangan daripada mereka apabila tidak mengundi Mohamad Sabu sebaliknya mengundi calon BN. Apabila berlaku pilihanraya kecil di kawasan itu, isu anak tempatan sekali lagi timbul dan Azman Shapawi menolak orang luar.

Wahid Endut dicalonkan, akhirnya sebahagian pengundi PAS yang mengundi BN sebelum itu memberikan undi mereka kepada calon PAS hanya kerana calon PAs adalah anak tempatan. Jadi, saya berharap sangat supaya tidak melihat lagi kebodohan tersebut menjelma di Galas. Isu itu, hanya orang bodoh dan tolol saja yang memainkannya.

Wednesday, October 20, 2010

Macam Ahmadinejad Pula


Sekali pandang macam Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Tapi, apa perbedaannya? Mr. Ahmadinejad memang berasal daripada keluarga yang susah, manakala Sultan Muhammad V berasal daripada keluarga diraja yang dilimpahi dengan kemewahan. Yang kedua, Mr. Ahmadinejad sedikit slim manakala Sultan Muhammad V agak gempal. Dan yang ketiga, Mr. Ahmadinejad mengekalkan kesederhanaannya semenjak sebelum bergelar Presiden dan Sultan Muhammad V berusaha menjadi sederhana semenjak bakal dinobatkan sebagai Sultan.

Pemimpin yang merendahkan diri, hatinya mudah dekat kepada Sang Pencipta. Untunglah bagi sesiapa yang mempunyai pemimpin sebegini. Pemimpin yang tidak pernah bercita-cita membuat sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyatnya, seperti Menara 100 tingkat. LOL!

Friday, October 15, 2010

Yeahh!!! Matlamat Perjuangan Kita Adalah Menghalang Konsert Semata-Mata!! Allahuakbar!!

Kira-kira 200 anggota Pemuda PAS dan aktivis kumpulan mahasiswa Islam malam ini antara yang hadir ke konsert artis 'gay' Amerika Syarikat Adam Lambert. Bagaimanapun, kehadiran mereka bukan untuk berpesta, sebaliknya bagi menyatakan bantahan terhadap artis tersebut, antaranya dengan mengoyak dan memijak poster artis American Idol itu.

Sejak 7.30 malam, mereka berkumpul di sebuah surau, kira-kira 300 meter dari Stadium Bukit Jalil - tempat program itu berlangsung.

Mereka kelihatan menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berarak beramai-ramai ke stadium berkenaan.
Dipimpin Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, mereka bertakbir dan melaungkan pelbagai slogan anti artis tersebut, antaranya "bantah artis gay' dan "bantah Adam Lambert". - Malaysiakini

Komen : Ya...inilah satu-satunya perkara yang hanya tahu dibuat oleh Pemuda PAS - halang dan haramkan konsert. Bukannya tak boleh, tapi seolah-olah hanya ini yang diperjuangkan oleh mereka melebihi isu-isu besar yang lain. Isu lain tak reti pula nak berdemonstrasi. Biasanya demonstrasi macam ini disertai oleh brigade Polis moral, mat-mat skema, ustaz-ustaz muda yang baru belajar simpan janggut di IPT, mamat-mamat siswa berkopiah, berjubah, etc. Secara tidak langsung mentuakan mereka yang belum lagi tua. Anak-anak muda dituakan. (tengok sendirilah macam mana penampilan Ketua Pemuda PAS, agaknya dia nak anak-anak muda macam tu le). Banyak lagi isu penting yang patut diperjuangkan oleh orang muda, takkanlah ini saja? Come onnnnn....