Thursday, April 16, 2009

Cerita Sidang DUN Terengganu

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telahpun berakhir. Banyak berita panas yang menyaksikan percakaran diantara dua team di dalam UMNO Terengganu. Bermula dengan ura-ura ADUN BN mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Said, Menteri Besar, selepas itu, Speaker DUN pula menjelaskan tidak menerima sebarang notis, dan Ahmad Said dikhabarkan telah meminta bantuan ADUN daripada PAS untuk campur tangan, dan terakhir tentang SMS ugutan terhadap 3 ADUN BN yang dikhabarkan terlibat dalam mengemukakan usul undi tidak percaya. Banyak drama di Terengganu yang rakyat dapat saksikan minggu ini. Ia diumpamakan filem yang "panas" bermain di pawagam, dan bakal mencatatkan kutipan tertinggi.

Apa kata pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu....


Rosol Wahid (ADUN Ajil) : Semalam dia menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Said. Dan dia yakin Menteri Besar mampu uruskan negeri dengan baik, sekali gus menafikan adanya percakaran di dalam UMNO Terengganu.. (biasalah, pemimpin UMNO dan sikap selalu menafikan adalah sebati..)


Ahmad Said (Menteri Besar, ADUN Kijal) : Dengan wajah yang ceria dan tersenyum, mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN BN yang hadir pada hari berikutnya, dan menyatakan biar pihak polis yang membuat siasatan terhadap penyebar SMS ugutan itu.


Idris Jusoh (Bekas MB, ADUN Jertih) : Dia ni berkata kepada Ahmad Said, "jangan takut pada bayang-bayang," (bayang-bayang apa tu????)


Sidang DUN 3 hari lepas dikuasai dan didominasi oleh pembangkang (8 ADUN PAS). Kerusi DUN Terengganu berjumlah 32, kerusi exco dan Menteri Besar sebanyak 10 buah, manakala kerusi ADUN BN hanya 3, kerana 10 ADUN BN lain memboikot sidang pada hari itu, dan selebihnya 8 buah ialah kerusi PAS. Dan pada hari tersebut kesemua soalan dan ucapan dibuat oleh PAS, wakil daripada BN satu pun tidak bercakap. Hanya diam seribu bahasa.


Hal ini dinyatakan sendiri oleh ADUN PAS Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang penulis berkesempatan bertemu dengan beliau tadi, di Masjid Negeri, sama-sama solat Zohor berjamaah. Dr. Syed Azman menjelaskan, selama ini pun hanya wakil daripada PAS saja yang berbahas, wakil-wakil BN yang lain hanya diam, langsung tidak ambil peduli, soalan pun tidak ada satu pun yang dikemukakan oleh ADUN-ADUN BN selama ini. Dan yang penting lagi, beliau berkata, Menteri Besar, Ahmad Said sudahpun menjadi "member" kepada PAS.

Wednesday, April 15, 2009

Masih ada yang tak faham bahasa...


Gambar banner ni penulis ambil masa penulis jalan-jalan di belakang diantara Wisma Persekutuan dan Wisma Negeri, Terengganu, semalam. Nampaknya ada lagi barua-barua yang berusaha membodek pemerintah, dan menggadaikan kedaulatan bahasa ibunda, dengan menggunakan ayat daripada sahabat nabi dan wali Allah, Sayyidina Ali. Nampaknya mereka tak faham, mereka telahpun mengkhianati bangsa sendiri...

Beda dengan gambar banner di bawah...

Ini gambar penulis ambil semasa masih berada di Kuala Lumpur, sebelum balik Terengganu. Banner ini diletakkan di pagar hadapan Masjid Negara, pada hari penulis berjumpa dengan Jamil Kucing di Bukit Bintang.. (11 Mac 2009).. Banner menyatakan kemarahan kepada puak-puak yang menguncupkan bahasa ibunda...

Haji Nizar Bakal Naib Presiden?



Dikhabarkan bahawa Menteri Besar Perak Ir, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun menerima dua pencalonan jawatan Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan Temerloh. Akhir-akhir ni beliau menjadi semakin popular, bermula dengan krisis di Perak, kemudian menang bertanding menjadi MP baru Bukit Gantang.


Dia ni jugak berjaya membuktikan bahawa dia mempunyai karisma serta ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Pasti ramai yang dicalonkan sempena Muktamar PAS tahun ini. Syabas kepada PAS. Berani mengetengahkan pemimpin tanpa mengharap apa-apa balasan, tak sebagaimana UMNO-UMNO bahagian.

Tuesday, April 14, 2009

Pengumuman

Salam.


Perhatian kepada semua pelayar blog reformis jalanan. Penulis baru sahaja melancarkan satu lagi blog, khusus untuk menceritakan tentang kehidupan dan peristiwa yang berlaku dalam hari-hari dalam kehidupan penulis. Nak kata diari, tak juga. Ia berkecuali daripada politik. Blog ini (reformisjalanan) barulah khas untuk politik.


Semua boleh melawat di blog yang kedua iaitu http://diarireformis.wordpress.com/

lawatilah selalu........

JADI KE?


Semalam penulis dapat tau, ADUN-ADUN dari BN di Terengganu dah nekad nak buat usul undi tak percaya, dan Menteri Besar Ahmad Said dilaporkan menghantar wakil untuk berbincang dengan beberapa ADUN daripada PAS untuk meminta ADUN-ADUN PAS turut campur tangan. Pastu malam tadi, di warta berita, Speaker DUN Terengganu, Tengku Putera memaklumkan tidak terima sebarang notis daripada mana-mana ADUN untuk mengemukakan usul undi tak percaya terhadap Menteri Besar.


Penulis tertunggu-tunggu jugak. Betul ke tidak. Jadi ke tidak. Sebab bukannya senang nak tengok puak-puak ni sama sendiri berkelahi...Best! Memang betul berlaku percakaran dan perang dingin di antara team Menteri Besar, Ahmad Said dengan team bekas Menteri Besar Idris Jusoh. Penulis membayangkan jika benar, pasti best tengok Ahmad Said memaki hamun Rosol Wahid sebagaimana dia dulu memaki hamun ADUN PAS Abdul Wahid Endut.


Dan berita terbaru, 10 ADUN BN memulaukan persidangan DUN pagi tadi berhubung dengan usul undi tidak percaya, ekoran beberapa orang daripada mereka menerima ugutan melalui SMS, meminta mereka tidak meneruskan usul undi tak percaya malam semalam, dan mereka yang terbabit sudahpun membuat laporan di balai polis. Wah...panas..panas.. adegan yang ditunggu-tunggu bakal tiba hehehe...


ADUN-ADUN BN yang menerima ugutan dan membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Terengganu ialah ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh. Mereka berdua membuat laporan pada 12.40 pagi tadi. Manakala ADUN Ajil Rosol Wahid membuat laporan yang sama di ibu pejabat polis daerah Hulu Terengganu pada 12.30 malam.


Abdul Halim berkata mereka menerima SMS tersebut kira-kira 11.20 malam daripada individu yang mereka kenali selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri.


Best betul, bukannya senang nak tengok diorang bercakaran.....