Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday

Tuesday, January 24, 2012

Soalan yang berlegar dalam kepala (1)

Kalau kita dilarang mengucapkan selamat pada hari perayaan kaum lain - contohnya pada Tahun Baru Kalendar Lunar,kenapa kita tak dilarang mengambil serta memakan limau yang dihadiahkan oleh mereka?

Dan kalau mengucapkan Merry Christmas pada penganut Kristian pada 25 Disember boleh sebabkan jatuh kufur seperti yang ditegaskan oleh golongan the so called ''pejuang Islam'' dan polis moral, kenapa kita tak dilarang daripada menggunakan kalendar Masehi??

Saturday, January 21, 2012

UMNO yang tidak bertamadun


Orang tua ini naik angin sebab program ABU (Asalkan Bukan UMNO - Anything But UMNO) mendapat sambutan orang ramai.

Umur lanjut macam dia sepatutnya tunjukkan contoh yang baik.

Tapi inilah tahap pengundi saluran 1 UMNO.

Pakai kopiah, baru lepas sembahyang jumaat tapi perangai macam beruk dan kera.

Apa-apapun, PRU-13 nanti sama-samalah kita doakan pengundi yang setaraf dengan orang tua dalam gambar ini mampus dibaham tanah.

Biar tak boleh mengundi. Ha Ha Ha.

ABU - Anything But UMNO - Asalkan Bukan UMNO

Revolusi 2012.

Friday, January 20, 2012

Budaya taksub pada parti


Bila kita taksub pada sesuatu pihak, maka hasilnya yang hitam diputihkan.

Sebab itulah untungnya menjadi orang yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana parti politik.

Mana-mana pihak yang salah tidak akan dilepaskan, kesalahan mereka tidak akan dipandang sebelah mata walaupun mereka turut berjuang untuk Malaysia yang lebih baik dan makmur.

Kenapa kita bersorak dan menyokong apabila mereka menyerang parti pemerintah yang bobrok, sedangkan dalam masa yang sama kita turut mencemuh mereka yang menegur dan memprotes akan sikap zalim di pihak kita?

BIAS. Double-standard.

Kenapa kalian semua tidak pernah mengeluarkan kata-kata berikut apabila mereka menyerang pentadbiran Najib dan kerajaan BN?

"Kenapa tak bersemuka dan berbincang dengan Najib?"

"Kenapa tak gunakan saluran yang betul untuk tegur kerajaan?"

"Kenapa tak minta penjelasan Najib dengan mengadakan pertemuan tertutup?"

Tapi, kata-kata diatas dilontarkan apabila mereka menyerang dan memprotes pemimpin dari Parti yang melawan BN.

"Bukan ke lebih elok jika bersemuka dengan Ustaz Azizan sendiri tentang isu ini?"

B-U-L-L-S-H-I-T!

Taksub pada parti, automatik menjadi pak turut.

Wednesday, January 11, 2012

Agama alat untuk pembodohan umat


Candu, atau opium dalam Bahasa Inggeris boleh menjadi bermanfaat jika digunakan untuk tujuan perubatan. Tapi ia juga boleh mendatangkan mudarat yang amat besar jika disalahgunakan. Kerana candu, Penjajah Inggeris dapat menakluki China dengan lebih mudah dalam Perang Candu dalam abad ke-18.
Begitu juga dengan agama. Manusia memang memerlukan agama kerana ianya adalah fitrah. Agama, jika diamal dengan betul ia mampu mendatangkan kesejahteraan di dalam masyarakat. Tetapi bila ia disalahgunakan untuk kepentingan sesetengah pihak - ia adalah satu malapetaka yang maha dahsyat. Proses pembodohan melalui agama mendatangkan hasil yang lumayan. Agama dijadikan sebagai medium untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia adalah senjata yang ampuh, terutamanya agama Islam yang mana kebanyakan penganutnya bersikap taksub dan fanatik.
Kata-kata Karl Marx patut dikaji balik secara adil. Beliau mahukan masyarakat berfikir dengan bersandarkan pada realiti. Proses pembodohan umat melalui agama menyebabkan masyarakat Eropah menjadi mundur dalam segala bidang. Bukannya beliau bermaksud untuk menggalakkan masyarakat tidak mempunyai pegangan agama. Tidak!
Saya bukan berfahaman sosialis. Tapi banyak poin yang saya setuju dalam fahaman tersebut. Dengan melihat pada realiti zaman sekarang, terutamanya di Malaysia - di mana agama dijadikan medium untuk memperbodohkan rakyat, memainkan sentimen keagamaan, alat untuk menghasut dan mencapai kepentingan politik (seperti Zul Noordin, Hassan Ali, Perkasa, UMNO, sesetengah "ulamak" dalam PAS, dll), tak hairanlah sekularisme semakin diyakini dan dituntut.
Sekular tak semestinya anti pada agama. Sifat sekular boleh jadi terhasil apabila tidak sanggup melihat agama yang suci dijadikan alat untuk mencapai kepentingan tertentu.
Agamawan yang bijak dan ikhlas tidak akan sekali-kali mempergunakan agama untuk meraih sokongan.

Tuesday, January 10, 2012

Apakah sistem kehakiman sudah tidak korup?

Dari Timeline salah seorang rakan Fb..


Penyokong-penyokong Pakatan beserta pimpinan-pimpinan mereka bersorak keriangan selepas Anwar diputuskan tidak bersalah oleh hakim mahkamah tinggi. Pro-UMNO pulak frust menonggeng, sampai ada yang main bom. Persoalannya, apakah iktiqad atau pegangan orang-orang Pakatan terhadap mahkamah sudah berubah? Kalau kita buat revision terhadap proceeding kes Anwar sebelum ini, memang jelas kebarangkalian Anwar untuk kembali semula ke behind the steel bar adalah tinggi, tambahan pula dengan usaha dan keringat UMNO dan juak-juak mereka yang bekerja keras untuk menjatuhkan Anwar.
Bukannya saya tak suka Anwar sudah dibersihkan, walaupun saya sebenarnya tidak kisah sama ada beliau lepas atau tidak. Sebabnya, dua-dua menguntungkan. Kalau Anwar dipenjara, pembangkang boleh raih simpati daripada pengundi. Kalau bebas pun, bebaslah. Back to normal - Anwar masih lead Pakatan.
Tapi, macam mana boleh seorang hakim yang diketahui sebelum ini bahawa memang dia pro-UMNO, sistem kehakiman memang sudah korup - berubah dengan berpihak pada Anwar pada saat-saat terakhir? Saya terlalu yakin bahawa ini memang satu wayang - kononnya untuk menunjukkan mahkamah adalah telus. Bab Anwar ada deal dengan Najib tu, saya tak mahu komen, sebab tak terbukti kesahihan cerita tersebut.
Akhir sekali, seperti kata rakan Fb saya di atas, kalau perhimpunan 901 bukan untuk Anwar, tapi untuk perjuangkan keadilan dan melawan sistem yang korup - habis ianya untuk apa? Anwar sudah lepas - kenapa sudah senyap sunyi?

Wednesday, January 4, 2012

Wahai anak muda

Sajak di bawah ini pernah disiarkan di dalam Facebook pada tahun lepas.


wahai anak muda!

ketahuilah dan sedarlah bahawa

engkau adalah harapan negara

engkaulah penggerak perubahan

engkaulah barisan hadapan

dalam menjana perubahan umat


wahai anak muda!

sesungguhnya engkau punya kelebihan

serta keistimewaan yang tidak ternilai

yang dianugerahkan oleh Tuhan

iaitu semangat anti-establishment

yang bisa memarakkan api perubahan


wahai anak muda!

Google adalah tok gurumu

YouTube adalah saluranmu

blogspot adalah akhbarmu

Facebook adalah penghubungmu

lupakan Utusan Meloya dan TV3 suku

kerna ianya bisa mencacatkan otakmu


wahai anak muda!

tanyalah tok gurumu, internet ciptaan Bernes-Lee

kejatuhan Soeharto, Chung Doo-hwan dan Reza Pahlevi

adalah bersumbukan nyalaan semangat anak muda

yang bosan dan benci dengan retorik pemerintah

awas! kuku besi dan korupsi

adalah musuh utama anak muda


wahai anak muda!

tidakkah engkau rasa malu?

lihatlah di negara-negara Timur Tengah

anak-anak muda di sana syahid

melawan pemerintah durjana

tapi kau masih lagi berpoya-poya di sini?


wahai anak muda!

bangkitlah!sedarlah tugas utamamu

bukan mencari awek cantik atau balak hensem

bukan mengumpul handphone canggih

bukan menjadi poyo dengan I Luv Islam

bukan bergaya dengan fesyen terbaru

tetapi tugas utamamu adalah

memberi peringatan kepada pemerintah


wahai anak muda!

bangkitlah! engkau adalah perwira

tempat bagi perwira adalah di jalan raya

pedulikan salakan anjing yang bersahutan

yang memarahimu kerana menggunakan jalan raya

kerana mereka itu sekadar jaguh di atas keyboard

realitinya mereka berhati tikus


wahai anak muda!

bangkitlah! ajar si pemerintah berkuku besi

yang tidak peduli dengan kesengsaraan rakyat

tatkala harga barangan membebankan

pada masa yang sama mereka bersenang lenang

di dalam mahligai yang mewah


wahai anak muda!

belajarlah dari temanmu dari negara luar

yang berani melawan kezaliman pemerintah

jadikan ia sumber aspirasimu di sini

buktikan sekiranya engkau punya maruah

buktikan dan tunjukkan pada dunia


wahai anak muda!

kita sudah tidak punya masa

bawalah harapan baru kepada rakyat

engkau lebih dipercayai berbanding politikus

yang memperdayakan rakyat untuk meraih undi

bangkitlah! semarakkan api perjuangan

semarakkan api revolusi