Orang Melayu mempunyai perangai suka alihkan isu dan selalu tumpukan pada soal cabang berbanding soal pokok. Inilah salah satu punca kenapa bangsa ini semakin hari semakin terkebelakang walaupun mengaji tinggi-tinggi dan kehidupan semakin moden.
Bila datang isu Perhimpunan Bersih, mereka tinggalkan perkara yang dibangkitkan dan sebaliknya membuka cerita tentang S. Ambiga beserta IFC.
Selepas Mat Sabu dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PAS, isu Syiah muncul – menyebabkan isu dan dasar yang diperjuangkan tidak berapa diambil kisah.
Duk sibuk bertengkar dan bertegang urat pasal cara mendekapkan tangan ketika solat, menggerakkan jari telunjuk sewaktu tashahud dll tanpa menumpukan perhatian terhadap masalah ramai orang Islam masih tak menunaikan solat. Sedangkan, peratusan mereka yang berbalah tentang soal furu’ sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan yang tidak mendirikan solat!
Inilah orang Melayu. Inilah masyarakat Melayu. Kerja UMNO sangat mudah dengan sikap orang Melayu yang sebegini. Mudah lupa. Masyarakat Tionghua masih belum lupakan Teoh Beng Hock walaupun lebih 2 tahun berlalu. Tapi masyarakat Melayu begitu cepat melupakan Sarbini dan Aminulrasyid dengan tempoh tak sampai 2 bulan!
Sekarang, orang sibuk memainkan isu Mat Sabu sokong komunis dan isu tuntutan-tuntutan Bersih semakin tenggelam.
0 comments:
Post a Comment