Monday, June 13, 2011

Mudarat kecil dan mudarat besar


Belum apa-apa lagi dah ada banyak ekor yang dengki sama Bang Mat Sabu. Nak sabotaj la pulak. Kalau dari puak UMNO laknatullah memang kita tak hairan, tapi masalahnya yang nak sabotaj ni orang-orang kita jugak. Musuh dalam selimut. Dalam proses untuk menggantikan UMNO/BN, macam-macam ujian kena tempuhi. Dasar Melayu bila berpolitik, tak boleh tengok orang lebih sikit mulalah timbul rasa hasad, baik yang tak pakai kopiah ke puak-puak berserban dan berjubah.
Dalam PKR pun satu, banyak parasit. Anwar Ibrahim pun satu, Azmin pun satu. Tapi bak kata bro Penarik Beca dan ISA, yang penting UMNO wajib dimampuskan terlebih dahulu kerana ianya adalah mudarat yang besar, yang parasit dan anai-anai dalam kelambu sendiri ini mudarat kecil. Hapuskan mudarat besar dulu, yang lain kita kira kemudian. Bila berjaya ambil alih Putrayaja tapi perangai masih serupa dengan tuan rumah yang lama, kita tibai depa ni pulak. Inilah untungnya jadi orang yang tak terikat dengan mana-mana parti, tak taksub dan hanya meluahkan pandangan selaku warganegara walaupun acapkali dilabel sebagai lalang.

2 comments:

ISA said...

Salam bro;

Perghh... sekurang-kurangnya ada juga yang memahami, hp gua tak henti berdering + sms + email.

kena hentam kiri kanan... dengan totok pemimpin/parti..., sedih pun ada gak dengan mentaliti politik macam tu...

Admin said...

biasalah bro, bak kata Aduka Taruna - genetik melayu maa..

taksub, taksub, taksub