Tuesday, June 7, 2011

Negara Islam vs Negara Kebajikan


Semenjak berakhirnya muktamar, kita dapat tengok pemimpin-pemimpin UMNO beserta juak-juak mereka resah dan gelisah dengan Negara Kebajikan PAS. Menyalaklah semua dengan mengatakan PAS tidak lagi mahu memperjuangkan negara Islam.

Pertama sekali, cuba belek Perlembagaan PAS, dan cuba cari ada atau tidak word "Negara Islam"? Kedua, cuba tanya puak-puak yang menyalak itu tentang definisi dan ciri-ciri Negara Islam. Boleh jawab?

Islam berteraskan keadilan. Keadilan kepada semua adalah perkara yang fundamental di dalam Islam, ia merangkumi kebajikan kepada rakyat. Maka dengan inilah lahirnya istilah negara kebajikan.

Negara Islam bukan hanya setakat hudud semata-mata. Hukum hudud hanyalah satu bahagian kecil di dalam undang-undang Islam. Dan undang-undang Islam ada beberapa bahagian pula, ada undang-undang kekeluargaan, muamalat, jenayah, dan lain-lain. Hudud hanya sebahagian kecil di dalam bab jenayah.

Saya pernah ulas isu ini dulu pada tahun lepas dan soalan saya, kenapa negara Islam mesti hudud dan hudud mesti negara Islam? Apakah negara Islam hanya setakat hudud semata-mata?? perkara inilah yang perlu diterangkan dan difahamkan pada semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan-golongan yang bebal yang tinggal di kampung dan felda.

Tak bolehkah negara Islam disinonimkan dengan negara yang mengimplimentasikan soal keadilan dan kebajikan pada semua rakyat?

Jenama negara Islam tidak penting. Dan yang penting adalah perlaksanaannya. Soal tranparency, integriti, penghapusan rasuah, penyelewengan, nepotisme dan kronism - inilah yang patut diketengahan. Apa gunanya berjenama Islam tapi masalah kemiskinan dan pengangguran tidak dapat diatasi?

UMNO, sudah mula rasa kepanasan kerana terancam dengan perubahan PAS. Dasar pandy kutty, chittttt!

0 comments: