Thursday, April 28, 2011

Budaya hantar ke sekolah pondok

"Bila anak Melayu menyetan, mengapa hantar ke sekolah pondok?" soalan berbisa yang ditanyakan oleh Obefiend dalam salah satu posting di dalam blognya.
Seakan satu trend dalam budaya Melayu moden, anak yang jahat dihantar ke sekolah pondok. Hasilnya, budak-budak pondok tak jauh bezanya dengan budak-budak yang bukan dari aliran agama. Pondok ialah satu tempat untuk membina kerohanian insan dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, bukannya sebagai tempat pemulihan.
Saya lihat perangai budak-budak pondok dah tak ada bezanya dengan budak sekolah yang nakal. Boleh dikatakan dalam 100 orang pelajar pondok, hanya 2,3 yang betul-betul jadi "orang". Orang Melayulah yang rosakkan institusi pondok.
Lalu apa solusinya? Solusi untuk menangani anak-anak nakal adalah di tangan kerajaan. Buat satu kem ala ketenteraan seperti di negara China. Ibu bapa di sana hantar anak-anak mereka yang bermasalah ke kem ala tentera untuk dibentuk jatidiri, jalankan latihan fizikal seperti tentera dan berjoging setiap hari sehingga cukup beberapa ribu kilometer (kem ini kem bergerak, semua tidur dalam trak tentera). Selama 90 hari mereka tidak boleh menghubungi ibu bapa mereka.

Tuesday, April 26, 2011

Taksub mentaksub

Bekas calon DUN Tepuh (Terengganu), Abu Bakar Abdullah merupakan salah satu contoh pentaksub. Dalam Buletin Online, kenyataan dia menunjukkan masih lagi dalam keadaan state of denial. Dia juga perlu bermuhasabah kenapa dia kalah di DUN Tepuh pada tahun 2008. Saya ada seorang kawan, Cina dari Sarawak. Dia kata, kebanyakan kawan-kawannya masih lagi keliru dengan pendirian PAS dan takut melihat penampilan sesetengah pemimpin PAS. Dan Abu Bakar Abdullah dengan Hadi Awang dua kali lima saja, dengarlah pidato diorang, memang membosankan. Dan Abu Bakar Abdullah meniru style Hadi Awang, tak hairanlah dia tidak mendapat sambutan di tempat sendiri.

Sunday, April 24, 2011

Kenapa saya tolak HT 1

"Kamu tanya dia, awak nak masuk syurga ke neraka? Kalau nak syurga, pakai tudung labuh,".

Inilah dialog yang saya ingat kira-kira lebih setahun lalu, apabila kawan saya bangun menanyakan soalan pada seorang ustaz Hizbu Tahrir di HQ yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Soalan kawan saya berkenaan tentang seorang rakan perempuan beliau yang akan memakai tudung labuh bila dia berasa rela dan bukan terpaksa. Untuk makluman, kawan saya dan rakan perempuan beliau adalah pelajar yang beraliran konvensional, bukan Islamik. Biasalah kalau pakai tudung pun, bukan tudung labuh.

Bila dengar saja jawapan ustaz tersebut, fikiran saya terus berubah. Manusia ni, kalau mahu berubah bukan berubah secara 100% mendadak, mestilah secara beransur-ansur/berperingkat. Tak boleh dipaksa. Jadi beginilah rupanya jika HT berjaya mendapat mandat - mereka akan merubah segala-galanya dalam sekelip mata sama macam Attaturk merubah Turki dalam masa beberapa bulan.

Thursday, April 21, 2011

Anak muda bangkit

Anak muda Malaysia adalah golongan yang paling malang. Golongan mahasiswa disekat daripada terlibat dengan politik, hasilnya lahirlah ramai anak muda yang tak ambil cakna tentang isu-isu yang berlaku di dalam negara. Golongan berserban pula (aka ustaz-ustaz muda) dituakan sebelum sampai waktunya. Ini boleh diklasifikasikan sebagai kucing tersepit, tapi awas. Ibarat pepatah cina, cakaran kucing boleh jadi sehebat harimau apabila semakin dihimpit. Sebaiknya anak muda tak perlu terikat dengan parti politik yang tertentu - bak kata seorang penulis yang selalu dilanyak - Letakkan Allah itu lebih atas dari thiqah kepada si fulan dan lebih tinggi dari wala' kepada si fulan.
nota : perkataan si fulan itu telah di-edit

Tuesday, April 19, 2011

Karenah Puak Anti-Demokrasi


Kekadang rasa panas hati jugak dengan puak yang menentang demokrasi ni. Bagi saya, mereka inilah muka tak tahu malu, lawan demokrasi tapi masih duduk dalam negara yang mengamalkan demokrasi (lupakan sekejap demokrasi tempang di Malaysia).

Kenapa tak duduk je dekat negara yang tak ada demokrasi? Nak tengok puak-puak ni boleh hidup ke tak. Semoga akan ada infiltrasi ke dalam mana-mana pertubuhan yang anti-demokrasi, yang akan menyebabkan mereka mengubah pendirian.

Infiltrasi oleh golongan liberal seperti yang berlaku pada parti komunis di China - menjadi murtad apabila mula mengiktiraf private property - hasil daripada infiltrasi oleh puak liberal selama bertahun-tahun. Semoga perkara yang sama berlaku pada HT dan sekutu-sekutunya, memang mengganggu sungguh.

Sunday, April 17, 2011

Legasi Raja Beruk Berterusan


DAP menjadi begitu bergaya di Sarawak. PKR kurang menyerlah. PAS? lupakan saja. Walaupun tidak mencapai 2/3 kerusi Dewan Negeri Sarawak, namun semangat kaum Cina yang kuat mahukan perubahan begitu menyenangkan hati. Nampaknya, DAP dan PKR menjadi produk dan jenama yang sesuai di Sarawak. Kaum Bumiputera pula, masih belum rela untuk melepaskan Raja Beruk Berbulu Putih kembali ke habitatnya, biarlah berulang-alik dari rumah ke sekolah dan office dengan menaiki bot, merentasi sungai yang dipenuhi oleh buaya, asalkan Raja Beruk Berbulu Putih selesa di dalam singgahsana.