Monday, March 28, 2011

Politik Binatang

Terus-terang saya katakan, sekarang ini saya sudah tidak berapa ghairah dan berahi untuk mengulas dan menulis mengenai politik Malaysia ini (ia menjadi salah satu sebab mengapa saya jarang update blog ini). Ianya menjadi semakin sucks - membatasi tatasusila dan nilai-nilai Islami. (sebenarnya ada beberapa lagi sebab tapi akan diberitahu kemudian).

Apakah kita berpolitik cara binatang yang tidak mengenal malu atau aib? Tak habis-habis dengan bontotnya, liwatnya, pornonya - lebih mengaibkan, modal-modal sebeginilah yang digunakan oleh orang-orang politik yang mengaku Islam untuk menyerang musuh politik mereka.

Jika inilah taraf mentaliti orang-orang besar negara, tak hairanlah rakyat Malaysia turut terikut-ikut dengan budaya mereka. Maka dengan itu, jangan hairan dengan isu gejala sosial dan seks bebas yang semakin membarah dalam kalangan anak-anak Melayu.

Tayangan porno dibuat macam wayang pacak. Kalau orang yang berfikiran waras, dia tidak akan anggap Malaysia ini sebagai sebuah negara Islam. Saya, bukan suka sangat dengan Anwar Ibrahim. Saya pun benci dengan cara beliau berpolitik tapi sudah-sudahla gunakan cara binatang haiwan untuk aniaya dia. Dan, sekali lagi jika seseorang itu Islam dan berfikiran waras, pasti dia akan menolak dan membenci UMNO. Hanya orang yang gila dan tidak waras saja terus menyokong dan mainkan isu-isu bodoh ini sehingga melupakan negara ini yang semakin hancur di bawah pemerintahan UMNO dan BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sedar bahawa mereka itu kotor, jijik dan tidak bermaruah. Sebab itulah mereka juga mahu memalitkan perbuatan dan sikap mereka itu pada pemimpin-pemimpin pembangkang. Dan, dengan tersebarnya isu ini membuatkan saya semakin benci dan berkobar-kobar untuk hapuskan UMNO walau dengan apa cara sekalipun!

Notis : Para pelayar blog yang mempunyai akaun Facebook dipelawa untuk sertai Fan Page blog ini pada [link ini] atau lihat badge di bahagian kanan blog. Di Facebook, saya lebih kerap update isu-isu politik berbanding di dalam blog ini kerana ia lebih mudah dan ringkas.

0 comments: