Wednesday, March 30, 2011

Poco-Poco Haram, Tayangan Wayang Pacak Porno Macam Mana Pulak?

Dedah video seks tindakan jijik, kata majlis rundingan bukan-Islam

KUALA LUMPUR 28 Mac – Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha Kristian Hindu Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar telah pun menafikan dakwaan itu

Presidennya Rev Dr Thomas Philips berkata perkembangan itu meletakkan negara pada peta kerana sebab-sebab yang berbeza Malah kata beliau ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat percaya yang Malaysia dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama “Datuk T”

“Matlamat mereka mengaibkan Ketua Pembangkang Parlimen yang dipilih menyinggung sensitiviti mereka yang mementingkan kesopanan tidak kira kaum atau agama mereka anuti ” kata beliau Philips berkata sejak beberapa dekad lalu rakyat Malaysia “dilayan” oleh siri skandal kewangan sosial dan politik yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya memperlihatkan “kepimpinan melalui teladan ”

Kata beliau imej Malaysia tercemar disebabkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang mengaku terlibat dalam tindakan memalukan seperti itu “ Oleh itu kami meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap mereka di sebalik tabir skandal ini video seks dan mewujudkan era baru yang diisi dengan semangat hormat-menghormati bermaruah percaya dan harapan bagi keseluruhan rakyat negara ini ” katanya.

- The Malaysian Insider
klik untuk besarkan imej di sini [link]

Di saat majlis bukan-Islam mengutuk dan membantah perbuatan jijik sebarkan video porno yang bertujuan mengaibkan orang, pak mufti kita sempat lagi berfatwa mengenai poco-poco! Apakah hukum Islam setakat poco-poco saja? Nampaknya para paderi dan tok-tok sami lebih berkualiti dan lebih warak berbanding mufti harus sani sini. Hari demi hari, kebangangan pencacai-pencacai kerajaan UMNO semakin menjadi-jadi terutamanya yang memakai kopiah dan berjawatan mufti. Porno dihalalkan, poco-poco dijadikan sasaran!

Notis : Para pelayar blog yang mempunyai akaun Facebook dipelawa untuk sertai Fan Page blog ini pada [link ini] atau lihat badge di bahagian kanan blog. Di Facebook, saya lebih kerap update isu-isu politik berbanding di dalam blog ini kerana ia lebih mudah dan ringkas.

Monday, March 28, 2011

Politik Binatang

Terus-terang saya katakan, sekarang ini saya sudah tidak berapa ghairah dan berahi untuk mengulas dan menulis mengenai politik Malaysia ini (ia menjadi salah satu sebab mengapa saya jarang update blog ini). Ianya menjadi semakin sucks - membatasi tatasusila dan nilai-nilai Islami. (sebenarnya ada beberapa lagi sebab tapi akan diberitahu kemudian).

Apakah kita berpolitik cara binatang yang tidak mengenal malu atau aib? Tak habis-habis dengan bontotnya, liwatnya, pornonya - lebih mengaibkan, modal-modal sebeginilah yang digunakan oleh orang-orang politik yang mengaku Islam untuk menyerang musuh politik mereka.

Jika inilah taraf mentaliti orang-orang besar negara, tak hairanlah rakyat Malaysia turut terikut-ikut dengan budaya mereka. Maka dengan itu, jangan hairan dengan isu gejala sosial dan seks bebas yang semakin membarah dalam kalangan anak-anak Melayu.

Tayangan porno dibuat macam wayang pacak. Kalau orang yang berfikiran waras, dia tidak akan anggap Malaysia ini sebagai sebuah negara Islam. Saya, bukan suka sangat dengan Anwar Ibrahim. Saya pun benci dengan cara beliau berpolitik tapi sudah-sudahla gunakan cara binatang haiwan untuk aniaya dia. Dan, sekali lagi jika seseorang itu Islam dan berfikiran waras, pasti dia akan menolak dan membenci UMNO. Hanya orang yang gila dan tidak waras saja terus menyokong dan mainkan isu-isu bodoh ini sehingga melupakan negara ini yang semakin hancur di bawah pemerintahan UMNO dan BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sedar bahawa mereka itu kotor, jijik dan tidak bermaruah. Sebab itulah mereka juga mahu memalitkan perbuatan dan sikap mereka itu pada pemimpin-pemimpin pembangkang. Dan, dengan tersebarnya isu ini membuatkan saya semakin benci dan berkobar-kobar untuk hapuskan UMNO walau dengan apa cara sekalipun!

Notis : Para pelayar blog yang mempunyai akaun Facebook dipelawa untuk sertai Fan Page blog ini pada [link ini] atau lihat badge di bahagian kanan blog. Di Facebook, saya lebih kerap update isu-isu politik berbanding di dalam blog ini kerana ia lebih mudah dan ringkas.

Thursday, March 24, 2011

Kerajaan KAFIR Jepun Baikpulih Jalan Dalam Masa 6 Hari Saja

Berita disedut dari sini - http://www.dailymail.co.uk/news/article-1369307/Japan-tsunami-earthquake-Road-repaired-SIX-days-destroyed.html

The Japanese road repaired SIX days after it was destroyed by quake

The picture of gaping chasms in a Japanese highway demonstrated the power of the March 11 earthquake.

Now the astonishing speed of reconstruction is being used to highlight the nation’s ability to get back on its feet.

Work began on March 17 and six days later the cratered section of the Great Kanto Highway in Naka was as good as new. It was ready to re-open to traffic last night.

Now you see it...: This stretch of the Great Kanto highway was wrecked by deep chasms in the March 11 earthquake - but was repaired in just six days

Now you see it...: This stretch of the Great Kanto highway was wrecked by deep chasms in the March 11 earthquake - but was repaired in just six days

Many workers returned to their jobs the day after the quake and subsequent tsunami and some businesses in the worst-hit regions have already reopened.

The Japanese recovery has prompted some investors, including American Warren Buffett, one of the world’s richest men, to declare that the disaster which has left 23,000 dead or missing represents a ‘buying opportunity’ in the money markets.



Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1369307/Japan-tsunami-earthquake-Road-repaired-SIX-days-destroyed.html#ixzz1HUk2z23L

Komen : Kerajaan ISLAM Malaysia terchenta ini pula macam mana? Jalan berlubang bertahun-tahun, selagi tak ada kemalangan ngeri, selagi tu lah dia duk biar aje. Nak boleh dibaiki tu, makan berapa lama pula masa?

Boleh atau tak kerajaan Malaysia repair jalan dalam masa 6 hari?

Jawapannya - BOLEH - jika sesuatu tempat itu berlangsungnya Pilihanraya Kecil (PRK)!!

Rakyat Malaysia sekalian - sampai bila nak jadi kurang cerdik, tengok Jepun - walaupun tak ada sumber asli seperti petrol, gas, arang batu, balak dsb, ada nuklear tapi semua kembali pada rakyat Jepun - rakyatnya dapat menikmati semua manfaat daripada kerajaan.

Tapi Malaysia, ada berbagai sumber asli, tapi hasilnya masuk ke dalam poket pak-pak menteri serta kroni-kroni mereka, rakyat dapat hampas - dapat sikit pun bila musim pilihanraya. Bina stadium bangunan runtuh, macam-macam runtuh. Nampaknya kerajaan kafir jauh lebih baik daripada pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam ni.

Thursday, March 3, 2011

UMNO Libya & UMNO Malaysia = Sama-sama Bangang


Pagi tadi, tertengok berita di TV (tak ingat TV berapa), tunjuk ada juga rakyat Libya yang kuat menyokong si gila yang bernama Muammar Ghadafi. Perangai UMNO ni ada di mana-mana saja, iaitu membutakan mata serta membodohkan diri kalau lihat pemimpin depan mata buat salah dan dosa. Ada di mana-mana saja, kalau dalam parti politik, dalam PAS dan PKR pun ada sifat cilanat ni.

Ada orang suka Ghadafi sebab dia lantang dengan US. Lantang tak lantang pun, kalau dia buat naya kat rakyat sendiri, harta negara buat macam harta kepala bapak sendiri, zalim, negara tak stabil - tak guna jugak. Pemimpin-pemimpin Iran pun "lantang" jugak pada US, tapi negara hancur - rakyat sendiri dizalimi, amalan double standard cukup menebal di Iran - pun sama, tak jadi apa jugak. Dan ini kebanyakannya atau hampir keseluruhannya berlaku dalam kalangan pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam saja.

Sejahat-jahat Amerika, dia tak bunuh rakyat sendiri. Freedom of speech itu memang betul-betul dipraktikkan di sana, berbanding dengan negara-negara Islam. Toksah bodohkan diri la, suruh pergi Iran kalau nak tahu keadaan sebenar - kalau ikut teori bodoh Dr sastera tu la - sama la kita suruh pelancong luar yang tak tahu apa-apa pasal masalah dalaman Malaysia datang ke negara ni, memang la dia akan nampak bahagian-bahagian yang baik saja.

Apa-apapun, salah satu perkara yang buat saya cukup benci, meluat dan menyampah pada orang-orang UMNO sebab berperangai babi buta seperti ni lah. Segalanya dah jelas depan mata, berbagai-bagai kepincangan dalam negara tapi buat derk saja, sayangkan pemimpin kononnya merekalah yang bangunkan negara ni - bina bangunan tinggi-tinggi, buat jalan raya, bagi lampu jalan, buat sekolah, tapi buat bodoh dalam masa yang sama mereka aniaya rakyat, harga barang naik dan rembat duit berbilion-bilion. Dasar tak ada maruah.

Ada orang kurang akal selalu berkata, orang Syiah suka kafirkan penganut mazhab lain. Saya tak pernah kafirkan penganut mazhab lain, tapi satu-satunya kelompok orang yang mengaku Islam yang pernah saya kafirkan hanyalah orang UMNO. Sama ada Sunni atau Syiah, kalau dia UMNO atau condong pada UMNO - saya tetap kafir kan mereka. Saya tahu ada juga orang Syiah yang condong pada UMNO, condong pada pemimpin-pemimpin UMNO - so what? Bukan semua Syiah sekepala - saya tetap kafirkan mereka.

Hari ini, kita tengok ada jugak rakyat Libya yang bangang menyalak-nyalak nyatakan sokongan pada si gila Ghadafi - tak peduli dia dah bunuh, tembak dan bom ribuan rakyatnya sendiri. UMNO Libya dengan UMNO Melayu Malaysia sama-sama bodoh, bodoh tak boleh diajar. Yang bezanya rakyat Libya bukan terdiri daripada ayam-ayam daging macam masyarakat Malaysia. Rakyat Libya tahu juga bangkit, lawan pemimpin zalim. Tapi rakyat Malaysia? Pentingkan diri sendiri, pentingkan perut sendiri. Lantaklah apa yang jadi kat luar, asalkan tak ganggu periuk nasi aku. Macam ni lah perangai masyarakat Malaysia - Melayu terutamanya, diikuti dengan Cina dan lain-lain - sama-sama pentingkan diri.

Kalaulah ada bala bencana besar turun di Malaysia ni, belum tentu lagi ayam-ayam daging Malaysia ni sedar diri.

Tuesday, March 1, 2011

Ketua Menteri Paling Cerdik


Ali Rustam kata: “Dia (PAS) nak undi Cina tapi barang China tak nak pakai, PAS ini kan hipokrit... saya beli monorel dari China pasal sokong Cina. Jadi saya sokong China... saya sokong orang Cina jadi saya beli monorel China. DAP kata nak undi Cina tapi monorel China tak nak beli. Dia cakap lain tapi buat lain, saya berani beli monorel,”

Hebatnya Ali Rustam dia akui beli monorel dari China, sedangkan barang RM2 pun orang Cina Malaysia tak beli, tapi Ali Rustam beli barang tak berkualiti dan akhirnya dihari pelancarannya dah memalukan rakyat didalam negeri Melaka itu sendiri apabila penumpang monorel terpaksa dikeluarkan dengan menggunakan kren akibat kerosakan yang dialami oleh barang murah yang dibeli oleh Ali Rustam.