Protes naik harga, tiga siswa ditahan - Malaysiakini (BM) [klik link ini]
Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.
Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.
Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.
Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.
Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.
Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka. (Malaysiakini)
Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka. (Malaysiakini)
Komenku (tulisan kecil kerana copy dari Facebook) : Ku teringat cerita-cerita sejarah yang pernah ku baca tentang kehebatan mahasiswa Melayu pada tahun 70'an. Betapa beraninya mahasiswa-mahasiswa di IPT yang diketuai oleh Brother Anwar Ibrahim (waktu ini beliau masih lagi bagus, solid, chicand trendy) tentang isu kemiskinan dan kebuluran di Baling, Kedah yang mana ia telah menggugat kerajaan BN yang diketuai oleh bapak Najib.
Dan juga ku terkenangkan solidariti mahasiswa IPT di Tasek Utara yang diketuai oleh Hishamuddin Rais. Begitu cool dan hebat. Walaupun gerakan mereka tidak berjaya sebagaimana gerakan-gerakan mahasiswa di negara luar (ini disebabkan oleh kebodohan yang terlampau kaum Melayu), tapi mereka berjaya mendatangkan resah dan menggugat penguasa yang angkuh lagi zalim terhadap rakyat.
Kini, langkah-langkah mereka yang veteran itu sudahpun dicontohi dan diikuti oleh hero-hero kita di atas. Mereka adalah penerus perjuangan mahasiswa terdahulu, mereka meneruskan legasi Brother Anwar Ibrahim (versi muda) dan Hishamuddin Rais dalam menyuarakan hak dan membela rakyat tertindas!! Hidup Mahasiswa!! Student Power!! Usah mudah patah semangat jika perjuangan kita kurang mendapat sambutan, usah mudah putus asa kerana lama-kelamaan perkara yang kita sampaikan pasti akan memberi impak dan kesan yang besar terhadap negara, dengan izin Allah.
Majulah mahasiswa untuk kebaikan negara. Diriku sentiasa bersama-sama dengan kalian. Ayuh! Tunjukkan taring kita. Bangkitlah semua setelah berpuluh tahun tidur dengan nyenyak!
0 comments:
Post a Comment