Wednesday, November 27, 2013

Hikmah Islam tidak turun di Tanah Melayu

''kalau Islam turun di Tanah Melayu, mungkin tak akan sampai ke Thailand" kata seseorang.

Aku tak menaruh apa-apa harapan terhadap gerakan penentangan dan revolusi di sini (kalau ia terjadi). Apa sebab? Contoh dah banyak di depan mata. Melayu ni tak boleh tengok orang lebih sikit mulalah iri hati kemudian terjadilah jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.

Gila jawatan, bergaduh sesama sendiri. Argh.. macam-macamlah.

 Ramai yang perasan ulamak. Ulamak apa yang kejar jawatan?

 Baru menang sikit dah bercakaran sebab jawatan..

 Jawatan.. jawatan.. jawatan.. pertembungan kerana jawatan dan label melabel berlaku..

 Dulu-dulu punya cerita.. masa susah dulu semuanya OK..

Ditambah dengan pembodohan oleh agamawan-agamawan yang cinta dunia..

Last but not least.. ini yang paling celaka. Kerusi menang sikit tapi demand macam-macam. Buangla kopiah atas kepala tu, buat malu saja.

DAP pernah minoriti di Kedah, PKR minoriti di Kelantan dan pernah minoriti di Terengganu, tapi tak adalah ugut mengugut dan mintak jawatan bagai..


Kalaulah Khomeini itu orang Melayu, dan revolusi Iran itu ditukar menjadi revolusi Malaysia, memang tinggal mimpi ajelah nak tukarkan pemerintah yang zalim.


Thursday, November 21, 2013

Kesiannya rakyat Malaysia

Aku cukup-cukup kesian dengan semua warganegara Malaysia (tak termasuk pendatang yang pegang IC biru ciplak). Aku kata semua warganegara, maksudnya semua oranglah. Driver teksi, makcik cleaner, mak cik kantin, budak-budak sekolah, macai pencacai parti-parti politik sama ada yang memerintah atau oposisi.

Sebab apa? Sebab kita ada kerajaan yang cukup zalim dan menindas, hari-hari rakyat diperbodohkan. Tapi dalam masa yang sama, kita ada barisan parti pembangkang yang bersedia untuk mengganti kerajaan yang sedia ada, tapi malangnya pembangkang-pembangkang tersebut terbukti bodoh. Senang cakap, ada kerajaan tapi kerajaan jahat, ada pembangkang tapi pembangkang pulak bodoh tak boleh diajar



Wednesday, November 20, 2013

Menulis kerana hobi atau trend?

Lama betul tak menaip di blog ini. Kali terakhir aku mengemaskini blog ini adalah pada tahun lepas. Jadi aku mengakui, menulis ini kerana trend. Blog ini ditubuhkan pada tahun 2009, aku masih lagi belajar pada waktu itu. Dan ketika itu isu rampasan kuasa di Perak tengah hangat, ditambah pula dengan campur tangan Sultan Perak.

Darah aku mendidih dan perasaan nak melepaskan perasaan ke dalam blog membuak. Dan waktu itu pula ialah ketika penulisan blog menjadi trend. (Sekarang semua orang beralih menulis dalam Facebook). Aku memutuskan untuk menubuhkan blog, dan blog ini merupakan blog sulung. Tujuan utama ialah menulis ulasan dan pendapat aku mengenai situasi politik semasa tanah air.

Cukup aktif aku mengemaskini pada masa itu. Dalam sehari paling banyak 3 entri aku tulis. Kalau boleh setiap hari mesti sekurang-kurangnya 1 entri aku masukkan. Kemudian beransur-ansur berkurangan bila tahun 2010. Sehari satu posting. Kadang-kadang tak menulis langsung. 2011 dan 2012 memang tersangat tidak aktif. Dan tahun ini paling parah, dekat hujung tahun baru terkial-kial nak menulis semula.
Malas adalah salah satu faktornya. Boleh dikatakan hari-hari aku online, buka blog dan Facebook. Tapi sekadar untuk membaca dan mendapatkan informasi terkini. Jarang sekali aku komen mengenai situasi semasa, walaupun di dalam Facebook. Di sana, aku sekadar ‘like’ apa yang ditulis oleh orang lain. Komen pun jarang bagi.

Aku perhatikan penyakit ini bukan kena kat aku sorang saja. Blogger-blogger lain yang dahulunya aktif pun sama saja sekarang ini. Jarang kemaskini blog dan tak menulis sampai berbulan-bulan. Masing-masing selesa dengan kemaskini status Facebook sahaja. Jadi, menulis memerlukan bakat dan anugerah. Semua orang boleh menulis, tapi tak semua menjadi penulis.

Jika zaman dulu, sikit saja orang yang boleh menulis dan menerbitkan hasil penulisan mereka ke dalam majalah dan akhbar. Dan penulisan mereka mempunyai kualiti. Penulisan bertahap sampah langsung tak ada. Mereka terus menulis kerana bakat. Tapi sekarang, dibantu dengan teknologi yang canggih ramai yang menulis, hasilnya kebanyakkan penulisan adalah sampah, sikit sahaja yang bermanfaat.


Walaupun bukan trend blogging dah sekarang, aku akan cuba menulis dan jadikannya sebagai hobi. Walaupun tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penulis, aku akan tetap berusaha untuk terus menulis agar entri-entri di dalam blog ini boleh dijadikan bahan kenangan dan catatan di mana waktu mudaku banyak dihabiskan. Sekarang, aku kembali.