Thursday, November 11, 2010

Kepundekan Melayu dalam parti majority Melayu.

Oleh : AdukaTaruna [link]


Masa dulu, masa gua masih single-mingle dan uma bersama rakan2nya pun bujang trang tang2, kami menghabiskan duwet sehari suntuk bagi menjayakan demo BERSIH. BERSIH adalah satu gerakan yang diwakili parti2 politik dan NGO2 terbesar. Apakah tuntutan BERSIH? BERSIH menuntut ketelusan undi dalam Pilihanraya Malaysia.

Dalam tuntutan BERSIH, terdapat 2 parti majority Melayu. Parti yang menuntut ketelusan undi. Tapi bila sebut bab Melayu, pasti genetik pundek itu tidak sedar diri.

1. PKR menuntut SPR telus dalam undi. Ambil satu tajuk sahaja cukup. Yakni penggunaan dakwat kekal. Tapi bila pengundian tahap kecil berbanding tahap SPR, jangankan kata dakwat kekal, kertas undi berlainan kaler pun boleh kena seludup keluar. Kepundekan Melayu dalam parti majority Melayu.

2. Sama gak parti ulama nih. Masalahnya bukan masalah ulama. Tapi masalah Melayu. Ulama Melayu. Kiraan undi bagi pemilihan PAS pun takda penggunaan dakwat kekal. Kiraan juga tanpa wakil dan buat secara gelap, wala' dan husnuzon.

Anwar dan keluarga dia yang berkampung kat dalam PKR tu tahu kehendak anak muda khususnya, rakyat amnya tentang kebebasan memilih. Dan jaminan ketelusan dalam memilih. Tapi, bila Allah uji untuk tahap parti sendiri, pun gagal. Sepanjang Wan Azizah Presiden, dan sepanjang Anwar yang berbuih2 mulut cerita bab kejujuran pemilihan, mana dia contoh dan model dalam pemilihan sekecil party? Mana dia penggunaan dakwat kekal?

Hadi Awang dan barisan PAS Terengganu yang berkampung dalam PAS Pusat, yang sibuk menjatuhkan hukum2 Islam, mana dia kaizen bab pemilihan, bab pengundian? Undi untuk organisasi sekecil PAS pun masih tahap zaman Jepun. Pengundian dikira tanpa wakil. Semua pakat2 husnuzon. Wala' kepala Ayah Chik. Islam meminta kita berubah dari baik kepada yang lebih baik. Bukannya kaedah Nabi guna kayu sugi, sampai kiamat guna kayu sugi. Bab unta tak nak guna plak tu. Masing2 kereta mewah siap no plat pun mewah. Haram jadah punya ulama Melayu.

Mana dia pengiraan undi secara terbuka seperti MCA parti genetik Cina? Mana dia penggunaan dakwat kekal seperti yang dituntut PAS? Apakah semua orang dalam PAS kasta ulama, maka, penggunaan dakwat kekal tidak perlu? Kasta ulama ada darjat special?

PAS sokong penggunaan dakwat kekal dalam undian. Tapi undian parti sendiri pun tak guna. PAS sokong gaji minimum, tapi gaji pekerja Harakah sendiri tak terjaga.

Pundek punya ulama. Tapi sebab dia ulama, apa2 kesalahan, takda dosa bai... cuma miss satu pahala sahaja dari peruntukan 2 pahala. Kat mana gua nak dapat sijil ulama? Gua nak apply. Mudah sket gua masuk syurga.

Wednesday, November 10, 2010

Bajet kaum mooxiang di gua mooxiang


Kaum musang, sebelum pergi memburu telah mengadakan perhimpunan agung di gua musang.

"Kita akan ubah tektik." Kata ketua kabilah kaum musang yang ada lesung pipit.

"Ada sebarang cadangan?" Tanya ketua kabilah kaum musang yang dilantik oleh kabilah kaum musang besar untuk mengetuai musim perburuan kali ini.

"Kita akan beri mereka daging percuma!" Sorak seekor musang.
"Susu percuma?" Teragak-agak seekor perwakilan musang yang mempunyai ekor pendek dan rambut tegak. Dia macho tapi segan sedikit.

"Ya, susu percuma!"Jerit musang lelain.
"Susu siapa?" Tanya seekor musang betina yang tidak ada kening. Dia cukup pantang dan taboo bab-bab susu ni.

"Susu musanglah. Takkanlah susu beruang? Ka kaka kaka." Ketawa beberapa ekor musang nakal yang agak jambu.

Ketua kabilah kaum musang meletakkan jari di pinggir bibir mengisyaratkan kesemua kaum musang agar senyap.

"Kita tipu mereka lagi!" Sorak seekor musang yang bersorak di awal tadi.

"Ya, lepas kita bagi susu, kita nak bagi apa lagi?"

Daging sudah, duet ringgit? Zaman kayu kayan ni nak pakai duit nak buat apa? Tak guna la. Ini zaman barter. " Ayam, buah-buahan, sayur-sayuran bla blabla bla bla bla bla etc etc...,"

"Okey, no hal. Kita akan bagi semua ini. Dengan tambahan peruntukan istimewa lagi, kita bagi baja."

"Baja?" Punggung-punggung kesemua perwakilan kabilah kaum musang terangkat. "Mana nak carik baja memalam macam ni? Lagipun waktu perburuan dah dekat dan tidak berapa lama lagi."

Ya, sudah tidak sepurnama lagi. Fikir musang yang bisu tidak boleh bercakap dan membuat bising.

"Mmmm, sabar sabar. Baja bukan payah sangat nak dibuat. Kita buat guna najis kitalah. Baja kan banyak dari najis?"

Kata-kata ketua kabilah kaum musang itu akhirnya menyuraikan kaum musang.

Seekor anak musang sesudah perhimpunan agung itu berlari-lari seperti kucing mengejar rerama ke arah ketua kabilah.

"Tuan, takkanlah mereka semua ni senang sangat kena tipu?" Tanya anak musang itu kedungu-dunguan, kebodoh bodohan dan kebuntu buntuan.

Senyum simpul sahaja ketua kabilah gerombolan kaum musang itu. Anak ini terlalu jujur dan mulus untuk memahami art of war. Anak musang yang kelihatan berjurus itu menggesek gesek kepala apabila melihat ketuanya senyum meleret kepadanya.

"Tak. Tak jugak senang. Tapi, kalau tetiap masa dan ketika kita buat kerja kerja menipu begini, tentulah mereka pun akan lupa akan semua segala kejahatan kita. Betul tak? Lagipun bukan selalu kita datang sini. Dua tiga purnama sekali."

Be toollollolool...! Hilai hingar dari seluruh kaum musang yang mash belum lelap dan terdengar diskusi itu berjelaga memenuhi seisi gua tempat mereka bersidang untuk bajet kali ini.

Dan memanglah, manusia itu banyak kali ditipu oleh kaum musang..

Tanya jangan tak tanya

kaunter pertanyaan dibuka, sebarang soalan boleh dihantar di http://formspring.me/reformisjalanan

Saturday, November 6, 2010

Gelombang Yang Semakin Lesu

Tak sampai 3 tahun! Saya melihat mood kebanyakan orang terhadap parti-parti politik semakin lesu, terutamanya di sebelah PR. Jika 2 tahun lepas rakyat masih lagi memasang angan-angan untuk melihat perubahan dan yakin pada Anwar Ibrahim, sekarang semuanya entah ke mana. Nampaknya mereka semua sudah menolak "politik harapan". Bermacam-macam harapan yang dijanjikan sebelum pilihanraya tapi mereka mendapati apa bezanya kerajaan yang memerintah di beberapa buah negeri dengan kerajaan pusat?

Anwar Ibrahim contohnya. Dari dulu sampai sekarang cakap pasal "reform". Nak reform itu dan ini tapi pada hakikatnya parti sendiri pun dia gagal nak reform. Berbagai masalah ditambah pula dengan gelagat pimpinan dan golongan elitis dan berkepentingan di dalam parti tersebut. Selepas PRu 2008, beberapa kali siri pilihanraya kecil dilihat memihak kepada PR kerana waktu itu mood rakyat yang mahukan kepada pembaharuan dan perubahan masih lagi menebal. Sekarang, satu demi satu tumpas. Dan UMNO/BN (la`natullah) berjaya menarik kembali sokongan rakyat dan pengundi sedikit demi sedikit.

Sebelum bercakap nak menuju ke Putrajaya, lebih baik bersiap sedia dengan kemungkinan akan terlepas negeri-negeri yang berjaya ditawan pada PRU 2008.