Monday, October 24, 2011

HIMPUN? Lanchiow apa tu?

Salah satu babak di dalam filem Nasi Lemak 2.0. Gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan entri ini.

Apabila pemerkasaan agama Islam dan peranan para pendakwah dipandang sebelah mata, kenapa salahkan agama lain yang juga mahu mempromosikan agama mereka? Islam itu tertegak dan disebarkan melalui hujah, bukan sekadar diwarisi daripada nenek moyang. Apabila orang bukan Islam berjaya mengambil alih tugas dan peranan yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang Islam, maka siapa yang harus dipersalahkan?
Apa gunanya dengan bilangan umat Islam yang ramai tapi rata-rata dari mereka tidak mempunyai hujah yang kuat kenapa mereka memilih Islam sebagai pegangan. Kalaulah benda ini berjaya dihandle dengan cemerlang oleh para pendakwah, idea dan cita-cita "Negara Islam" seperti yang diimpikan oleh sesetengah pihak boleh dikira berjaya.
Apa gunanya jenama Islam tapi isinya tak macam Islam?
Lagi satu, boleh ke akidah umat Islam Malaysia ni dipulihkan hanya dengan terjerit-jerit dan menangis dalam stadium? Dan, ada permit ke tak tu? FRU apa khabar? Brother-brother polis pulak?
p/s: memang lanchiow agama dipergunakan untuk meraih sokongan dan simpati orang ramai. No wonder pemikiran berbau sekularisme semakin bercambah.