Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Friday, October 15, 2010

Yeahh!!! Matlamat Perjuangan Kita Adalah Menghalang Konsert Semata-Mata!! Allahuakbar!!

Kira-kira 200 anggota Pemuda PAS dan aktivis kumpulan mahasiswa Islam malam ini antara yang hadir ke konsert artis 'gay' Amerika Syarikat Adam Lambert. Bagaimanapun, kehadiran mereka bukan untuk berpesta, sebaliknya bagi menyatakan bantahan terhadap artis tersebut, antaranya dengan mengoyak dan memijak poster artis American Idol itu.

Sejak 7.30 malam, mereka berkumpul di sebuah surau, kira-kira 300 meter dari Stadium Bukit Jalil - tempat program itu berlangsung.

Mereka kelihatan menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berarak beramai-ramai ke stadium berkenaan.
Dipimpin Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, mereka bertakbir dan melaungkan pelbagai slogan anti artis tersebut, antaranya "bantah artis gay' dan "bantah Adam Lambert". - Malaysiakini

Komen : Ya...inilah satu-satunya perkara yang hanya tahu dibuat oleh Pemuda PAS - halang dan haramkan konsert. Bukannya tak boleh, tapi seolah-olah hanya ini yang diperjuangkan oleh mereka melebihi isu-isu besar yang lain. Isu lain tak reti pula nak berdemonstrasi. Biasanya demonstrasi macam ini disertai oleh brigade Polis moral, mat-mat skema, ustaz-ustaz muda yang baru belajar simpan janggut di IPT, mamat-mamat siswa berkopiah, berjubah, etc. Secara tidak langsung mentuakan mereka yang belum lagi tua. Anak-anak muda dituakan. (tengok sendirilah macam mana penampilan Ketua Pemuda PAS, agaknya dia nak anak-anak muda macam tu le). Banyak lagi isu penting yang patut diperjuangkan oleh orang muda, takkanlah ini saja? Come onnnnn....

Thursday, August 26, 2010

Lahirkan Lebih Ramai Dzulkefly Ahmad


Kalaulah orang seperti Dzulkefly Ahmad dan seangkatan dengan beliau wujud pada tahun 1980-an, nescaya PAS akan menjadi moderat dan lebih diterima oleh masyarakat Islam dan bukan Islam pada masa ini.

Tapi malangnya kerana dari dulu golongan-golongan fundamentalist menduduki carta tertinggi parti sehingga menyebabkan imej PAS menjadi radikal dan hanya bercita-cita mahu melaksanakan undang-undang yang belum difahami sepenuhnya oleh orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Saya lahir pada tahun 1989. Maka oleh itu saya tidak sempat melihat perkembangan dan keadaan PAS sewaktu penghujung 70-an dan sepanjang 80-an dan 90-an. Oleh itu, untuk mengetahui perkembangan tersebut, saya hanya membaca tulisan-tulisan lama yang layak dijadikan bahan sejarah mengenai PAS.

Tapi walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana tidak dilahirkan pada 10 atau 15 tahun sebelum tahun 1989. Ini kerana jika saya lahir pada waktu itu, saya sekarang ini sudahpun menjadi orang tua dan kemungkinan besar akan terikut-ikut dengan rentak golongan fundamentalis sebagaimana orang-orang tua sekarang.

Dan kalaulah PAS lebih terbuka sejak dahulu dan Pakatan Rakyat telah lama diwujudkan, maka kemungkinan regime UMNO/BN tidak memerintah pada masa kini. Tapi memandangkan puluhan tahun lalu perjuangan PAS hanyalah berfokuskan kepada masyarakat Melayu dan menggunakan modal agama semaksima mungkin untuk political mileage, ia gagal menarik sokongan rakyat Malaysia dan hanya mendapat tempat di kampong-kampong sebelah Timur dan Utara semenanjung.

Dan saya - amat benci dengan perjuangan PAS dahulu dan sangat suka dengan dasar PAS waktu kini. Waktu dulu, PAS bersikap keras/radikal terhadap perjuangannya dan hanya tumpu kepada Islam UMNO dan Islam PAS. Sikap ini melahirkan golongan PAS yang begitu dingin terhadap ahli politik bukan Islam sehingga ada Dewan Ulama PAS Kelantan mengkafirkan mana-mana pihak yang menubuhkan kerajaan bersama orang kafir - dengan itu, ramai penyokong bawahan PAS menganggap bekerjasama dengan kafir menjadi kafir. Ini menimbulkan tidak senang hati dikalangan orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri.

Ustaz Ahmad Awang - salah satu pesanan beliau di dalam suratnya terhadap Anwar Ibrahim dan Nakhaie Ahmad sebelum masuk UMNO adalah jangan mendekati pemimpin kafir. Ini apa? Tengok apa terjadi kesudahannya - Ustaz Ahmad Awang sendiri boleh berpeluk dan duduk sekali dengan Lim Kit Siang sewaktu Pakatan Rakyat masih lagi memerintah negeri Perak.

Tapi PAS pada hari ini sungguh menyenangkan terutamanya selepas PRU 2008. Ia lebih terbuka dan liberal kerana ada pemimpin seperti Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad. Mereka ini dan yang seangkatan dengannya, lebih menumpukan isu dan permasalahan yang lebih besar di Malaysia ini. Tatkala rakyat bawahan bergelut dengan kepayahan hidup - mereka hanya fokus bagaimana caranya untuk menghapuskan punca yang menyusahkan rakyat - iaitu UMNO.


Kalaulah tidak ada pemimpin seperti mereka, saya rasa Pakatan Rakyat mungkin sudah berpecah dan peristiwa tahun 2001 berlaku kembali, selepas pertelingkahan DAP dan PAS mengenai isu negara Islam. Belum lagi memerintah dan menawan Putrajaya dah bercakap nak negara itu dan ini - padahal musuh masih lagi kuat. Mereka lebih suka bercakap benda itu berbanding berbincang bagaimana nak jatuhkan UMNO.

Cakap senang - nak laksanakan hukum Islam, tapi rakyat masih belum cukup memahami bagaimana rupa sebenar hukuman itu. Tambahan pula, mereka (golongan fundamentalis/radikal) seolah-olah tidak memikirkan cabaran Islam pada zaman ini - buku-buku tentang Islam yang ditulis oleh para orientalis yang menjadi bahan bacaan masyarakat kini, menimbulkan berbagai persepsi dan tafsiran yang berbeza mengenai Islam.

Mereka lebih suka bercakap tentang ini dan misi utama mereka adalah "haramkan" itu dan ini berbanding mencari penyelesaian untuk membasmi kemiskinan, bagaimana mahu wujudkan pemerintahan yang adil untuk semua bangsa dan agama, dan menaiktaraf ekonomi negara. Kalau betul nak laksanakan Islam, teraplah dulu kefahaman mengenainya sedikit demi sedikit. Janganlah jadi Taliban.

*Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang patut tutup mulut mereka dan hentikan bercakap mengenai hal ini. Dah bersatu dalam Pakatan Rakyat, ikut sajalah resolusi yang diputuskan di dalamnya. Buat apa nak timbulkan perbezaan???

** Ada orang tanya, - Nik Aziz kata hukum hudud boleh elakkan pembuangan bayi. Tapi di negara-negara kafir yang tidak laksanakan undang-undang Islam kita lihat tak ada pun kes begini. Dan ia hanya berleluasa di Malaysia sehingga kita semua sudah menjadi lali dengan cerita tersebut. Masalahnya berpunca di mana sebenarnya??

Monday, June 21, 2010

Dr. Asri Nak Masuk PAS atau UMNO, Sibuk Apa?



Timbul ura-ura, Dr. Asri akan menyertai UMNO. Semenjak dia tidak lagi bergelar mufti di negeri yang kononnya "Darul Sunnah", Dr. Asri dilihat agak rapat dengan PAS. Ada spekulasi yang mengatakan beliau akan menyertai politik kepartian dan akan bertanding dalam pilihanraya. Bagi saya, kalau nak masuk bertanding, baguslah. Suburkan amalan demokrasi.

Cuma saya agak bingung dengan beberapa orang yang mengulas kononnya beliau akan sertai parti politik sama ada PAS atau UMNO. Ada yang kata beliau akan tubuhkan parti sendiri. Kata saya, sama ada dia nak buat parti sendiri ke, masuk PAS ke, UMNO ke, kau orang sibuk apa? Biarlah dia dengan keputusannya sendiri. Kalau dia beria-ria nakkan UMNO, so kenapa nak halang? Nasihat dan komen itu ini macam di sini [link].

Ada orang UMNO nak dia join UMNO, orang PAS pun macam tu. Pejuang Islam kita dari Kulim, Zul Noordin cakap lebih baik dia kekal tak berparti. Saya bukanlah peminat Dr. Asri. Pandang muka dia pun saya tak sudi. Selagi mana dia masih lagi dengan pendirian dia sewaktu menjadi Mufti dahulu, atau dia masih lagi dengan usaha menyebarkan dakyah dan fahaman yang dianutinya - saya tidak pernah menyokongnya.

Malahan, kenyataan-kenyataan, fatwa gila dan tuduhan liar yang dia keluarkan sewaktu menjawat Mufti dahulu masih lagi belum ditarik. Jadi, sekarang ini suka hati dialah nak jadi apa dan nak jadi macam mana. Malas nak campur. Yang peliknya, walaupun Dr. Asri dilihat dekat dengan PAS tapi mana dia suara-suara pejuang Islam di dalam PAS yang dahulunya pernah menempelak kenyataan Dr. Asri dahulu? Ghaib ditelan arus?

Tak usah sibuk-sibuk kalau Dr. Asri nak masuk UMNO atau nak tubuhkan parti sendiri. Dia tak jadi masuk PAS - alhamdulillah. Kalau dia masuk UMNO - lagi alhamdulillah..!

Friday, June 18, 2010

Surat PAS Reform Pada S/U Haji Hadi



Ini adalah contoh surat yang ditaip oleh Aduka Taruna. Si AT ni sempat lagi buat lawak dalam surat tu. Dia pernah kata BM dia dalam SPM gred 9 dalam blog. Rasa-rasanya betul kut, kalau dibaca surat di atas tu ha ha ha..~

Apa ni, dari dulu lagi plan nak Langgar Hadi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Ini penting untuk mendapat kepastian bahawa PAS tidak akan bersama-sama dengan UMNO. (mungkin sekarang isu UG tidak kedengaran kerana TGNA masih hidup; manalah tahu!)

Kalaulah idea goblok tersebut tidak pernah timbul, nescaya hari ini kita semua tidak mendengar nama PAS Reform. Walaupun orang yang mencetuskan idea tersebut pernah memperkenalkan idea yang bernas iaitu Negara Kebajikan, tapi tidak bermakna lain-lain ideanya itu boleh diterima.

Parti tidak akan ribut sebagaimana sekarang jika idea itu tidak muncul. Pemimpin berbalah sesama pemimpin, penyokong berbalah sesama penyokong, ahli berbalah sesama ahli - inilah bahana idea tersebut!

Memang benar Haji Hadi seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dan mungkin seorang hamba Allah yang soleh tapi tidak bermakna itu menjadi kayu pengukur untuk melayakkannya menjadi pemimpin. Ramai yang berkata blogger-blogger dan orang yang memainkan isu UG ini adalah perosak jamaah dan parti, keturunan Abdullah bin Ubai, dan sebagainya (perangai orang PAS yang mendakwa diri mereka holier than thou).

Tapi bagi saya, yang menyebabkan kerugian dan kekalahan pada parti ialah orang yang dahulunya memperkenalkan Dokumen Negara Islam dan sekarang idea berpadu-paduang ini. Saya, sebagai blogger yang menyokong pendirian PAS Reform amat bersetuju jika diadakan wacana bersama Presiden PAS.

Sekarang, terpulang pada pihak yang sana sama ada mahu menerima permintaan ini ataupun tidak.

Thursday, June 10, 2010

Menjelang Muktamar : Ulama Adalah Candu Kepada Masyarakat

STADIUM MALAWATI SHAH ALAM PADA TAHUN LEPAS - AMBIL GAMBAR DARI PARKING LOT

Muktamar tiba lagi. Kali ini saya tidak bercadang untuk mengikuti persidangannya seperti tahun lepas. Tahun lepas, Muktamar PAS ke-55 diadakan di Shah Alam - telah merobah sama sekali persepsi dan harapan saya kepada parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini. Jujur saya katakan - saya tidak lagi menghormati PAS sama seperti keadaan sebelum Muktamar pada tahun lepas, di mana hancur luluh hati saya kerana melihat keadaan dan perangai pimpinan parti ini.


Sebagai seorang yang bercita-cita mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik, saya meletakkan harapan yang begitu tinggi pada parti-parti pembangkang. Sebeb itu tak kira sama ada PAS, PKR, atau DAP - saya sokong kesemua dasar perjuangan mereka. Tapi di antara tiga parti tersebut - saya tak dapat menipu bahawa diri saya lebih dekat dengan PAS - ini disebabkan oleh suasana di tempat saya membesar.


Saya masih ingat - muktamar pada tahun lepas merupakan detik yang celaka bagi PAS. Selepas berakhirnya muktamar itu - kebanyakan blogger berpaling 360 darjah. Jika sebelum itu sasaran mereka hanyalah UMNO dan BN, kini sasaran mereka turut melibatkan sesetengah pemimpin PAS yang memang sah dan terang tidak layak diangkat menjadi pemimpin.


Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam - merupakan muktamar paling celaka - pertama kali saya melihat kononnya ulama menggelabah mahu mempertahankan kedudukan mereka, inilah salah satu bukti bahawa ulama juga gilakan kuasa. Laungan kepimpinan ulama tercabar kedengaran sebelum dan semasa muktamar berlangsung. Dengan berbekalkan gelaran ulama - mereka mencandukan ahli-ahli supaya mempertahankan ulama.


Ketua Dewan Ulama pada masa itu - Daud Iraqi - menuduh bahawa ada calon yang cuba merasuah perwakilan dengan mengadakan jamuan makan dan memberi hadiah, tapi bila ditanya siapa, dan diminta bukti - dia hanya diam. Kerana ianya adalah hearsay sahaja. Celaka! Patutkah ketua sesebuah dewan yang dipenuhi oleh orang alim menuduh tanpa bukti?


Ingat lagi - siapa yang menetapkan peraturan bahawa Presiden dan Timbalan mesti ulama? Apa gunanya bertitlekan ulama tapi tak reti jaga parti? Hebat sangatkah sehinggakan Harun Taib pernah mencadangkan bahawa ketiga-tiga jawatan Naib Presiden semuanya mesti ulama'? Bullshit - pure bullshit! Apakah selama ini yang kuat menentang penyelewengan, membongkar kes rasuah, turun ke jalan raya, ditangkap dan dilokap adalah ulama?


Dengan bersenjatakan Kepimpinan Ulama - mereka mencandukan ahli. Calon Timbalan Presiden ada 3 - Mat Sabu, Husam Musa, dan Nasharuddin. Secara asalnya saya sangat bersetuju dengan Mat Sabu, kerana imej marhaennya. Husam juga apa kurangnya. Tapi tidak pada calon yang ketiga - yang mahu mempertahankan jawatannya sehingga lahirlah istilah kepimpinan ulama tercabar.


Malam sebelum keputusan diumumkan pada esok pagi - secara tak rasmi Husam Musa mendahului Mat Sabu dan Nasharuddin. Tapi apabila keputusan diumumkan - undi yang diperolehi Husam jatuh mendadak. Akhirnya Nasharuddin menang. Dalam PAS pun ada politiking. Tapi, terbukti bahawa Nasharuddin sebenarnya ditolak - kerana jika dicampur undi yang diperolehi oleh Mat Sabu dan Husam - sudah boleh menewaskan Nasharuddin.


Tahu saja keputusan memihak pada Nasharuddin - saya yang ketika itu menjadi pemerhati terus angkat punggung dan blah... Lebih baik balik dan tido. Nasharuddin - sebelum itu kerap dipuji oleh Utusan dan mendapat sokongan daripada blogger-blogger UMNO melalui blog mereka.


PADERI ZAMAN PERTENGAHAN EROPAH


Menjual Certificate of Indulgences


Perbuatan sesetengah pemimpin PAS mencandukan pengikutnya dengan kepimpinan ulama, ulama tercabar, wala' dan sebagainya - tak ubah seperti perbuatan paderi-paderi Kristian pada zaman pertengahan Eropah - sehingga Dark Age - zaman kegelapan. Di mana paderi-paderi mengambil kesempatan di atas sikap wala' rakyat kepada gereja sehinggakan paderi mendakwa mereka boleh mengampunkan dosa rakyat yang bersalah - kemudian mesti membeli Certificate of Indulgences - sijil pengampunan - bukti bahawa dosa mereka sudah terampun.


Gereja pada waktu itu mempunyai pengaruh yang begitu kuat dalam masyarakat. Bahkan boleh mempengaruhi istana. Tak hairanlah paderi-paderinya mengambil kesempatan atas nama agama. Ini sama seperti PAS. Pemimpinnya mengambil kesempatan atas nama Parti Islam, Jemaah Islam - ulama dihiaskan dengan berbagai-bagai gelaran dan diberi gambaran seolah-olah mereka itu maksum. Nasib ahli dan penyokong PAS sama seperti masyarakat Eropah pada zaman Dark Age dahulu.


SIAPA MARTIN LUTHER DALAM PAS?


Tapi kebatilan tidak bertahan lama. Melihat begitu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh gereja atas nama agama - bangkit Martin Luther - yang membawa fahaman Protestan - paderi juga manusia biasa, mereka tidak boleh mengampunkan dosa.


Dalam PAS sebenarnya sudah ada Martin Luther ini. Mereka tidak mematuhi pemimpin dengan sewenang-wenangnya. Ulama tidak maksum - mereka pun boleh dikritik. Sikap Martin Luther ini boleh saja turun pada Khalid Samad, atau yang sealiran dengan beliau. Saya ingat lagi tentang peristiwa ramai orang PAS yang jadi pemerhati bersorak dan marah pada Khalid Samad yang ketika itu sedang berucap selaku perwakilan.


Khalid Samad membongkar itu-ini, Puncak Niaga, taktik musuh, peperangan Siffin, ucapan Pemuda PAS seperti Pemuda UMNO - inilah ucapan yang berani, tidak seperti ucapan perwakilan yang bercakap mengarut - ada yang puji pimpinan - tak berani nak lantang macam Khalid Samad. Tapi ada beberapa pemerhati yang menjadi seperti beruk di dalam hutan dengan menjerit pada Khalid Samad yang ketika itu sedang berucap.


Jika skop lebih luas lagi - mungkin orangnya adalah Wan Gee. Blogger Penarik Beca? Beliau terlalu gemuk untuk menjelma sebagai Martin Luther - kah kah kah

p/s : woit! jangan marah no..

Ini bukan zaman 80-an. Zaman di mana orang ramai begitu kemaruk pada ulama. Tak hairanlah pada zaman itu Revolusi Iran baru berlaku. Zaman di mana orang PAS tanpa ada rasa bersalah atau hati perut menghalau Asri Muda turun dari pucuk pimpinan, berselangi dengan kata-kata Pergi Mampus Asri (Marakbar Asri).


Tak mustahil senario itu boleh berlaku lagi jika sesetengah pemimpin PAS yang bermain-main dengan penyokongnya.


Selepas daripada Muktamar tersebut - saya jadi tawar hati pada PAS. Hormat saya tak seperti dulu. Saya menjadi benci jika mendengar perkataan yang agak popular selepas itu seperti wala', thiqah, jemaah, adab, dan lain-lain - benci dengan perkataan ini.


Mereka pandai ambil kesempatan apabila ramai yang menaruh prasangkan terhadap gelaran mereka. Dalam PAS, nak jadi ulama senang saja. Belajar saja di Mesir atau di mana-mana negara Arab - balik di Malaysia sudah boleh jadi ulama. Ulama, bagi saya tempat mereka yang selayaknya hanyalah sekadar menjadi penasihat - menegur jika ketua membuat silap. Bukan rembat semua jawatan.


Orang ramai percaya akan imej baik Ustaz mahupun Ulama. Tapi dengan imej sebegitu, berapa ramai yang mengotorkan imej tersebut? Ada yang kahwin lebih dari satu, tapi tak adil. Ada yang pukul bini, tapi depan orang ramai tunjuk muka alim. Ada busuk hati - tak senang apabila melihat ada orang yang sedang menaik dan bakal mengancam kedudukan mereka. Dan lain-lain. Tapi ahli dan penyokong membutakan mata - kerana terpesona dengan imej dan ayat-ayat suci yang keluar dari mulut mereka.


Jika lebih 100 tahun dahulu Karl Marx berkata "Agama merupakan candu kepada masyarakat". Dan hari ini, saya ingin mengulangi perkataan tersebut tapi dengan sedikit perubahan.


"Ulama merupakan candu kepada masyarakat"


Dari mana datangnya istilah kepimpinan ulama? Ambil dari ajaran siapa ni? Pernah jumpa tak hadis yang meriwayatkan bahawa ulama itu memegang amanah nabi selagi mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan?


Nota : Lepas ini saya mesti bersedia - sama ada cermin dipecahkan - atau disimbah cat - tapi malangnya saya tak ada kereta kah kah kah


Telinga mesti bertahan apabila ada yang tak senang dengan tulisan ini. Pasti ada yang menyerang.

Ini adalah ulasan orang yang kecewa - kecewa dengan pengkhianatan - kecewa dengan pemimpin mudah lupa diri - kecewa dengan politiking dalam parti Islam - kecewa dengan mamat berperut gendut - dalam PKR ada baju batik berperut gendut - dalam PAS pula ada berjubah dan berperut gendut - dua-dua gendut jangan sampai berlaga perut - nanti nampak macam Teletubbies - kah kah kah

Wednesday, June 9, 2010

Nak Start Muktamar, PAS Dah Mula Buat Hal


Untuk mengetahui cerita berkaitan menjelang muktamar, sila lawat [link] dan [link]


Sebelum ini saya dah buat perkiraan, pasti akan ada sesuatu isu sebelum bermulanya muktamar. Kes-kes melalui link di atas mungkin adalah permulaannya. Saya tahu, yang buat hal hanya segelintir pimpinan PAS dan beberapa kerat penyokong/ahli yang letak otak bawah tapak kaki. Tapi ia semakin melunturkan imej PAS selaku parti Islam.



Saya nak bagi peringatan pada yang berkenaan, ingat, dalam sistem demokrasi, rakyat adalah raja. Rakyat yang menaikkan pemimpin. PAS menang bukan kerana PAS semakin diterima. Ia bergantung pada keadaan semasa. Salah satu daripadanya ialah perasaan meluat pada UMNO/BN. Dan ingat, PAS menang sesebuah kerusi bukan disebabkan undi ahli-ahli PAS, tapi ia juga melibatkan undi orang-orang biasa yang tiada kepentingan di dalam PAS. Termasuk orang atas pagar.


Jadi PAS jangan mendabik dada kononnya semakin diterima. Bila-bila masa saja rakyat boleh buat swing vote kalau PAS berperangai haprak macam ini. Jangan khianati pengundi. Menang sikit dah buat hal. Oh pandai, kalau dalam hal ehwal parti, yang bukan ahli tak layak masuk campur atau bersuara. Tapi bila tiba masa mengundi, yang bukan ahli inilah yang depa cari, nak tagih undi!


Ingat, kami masih lagi belum lupa perkara yang lepas-lepas. Kalau nak rakyat tunjukkan kuasa mereka, silalah buat hal. Jangan ingat kami ini senang diperbodohkan. Kami ini bukan bodoh dan tolol macam ahli PAS yang duduk di bawah tapak kaki puak berkopiah/serban. Kami tak peduli ulamak tak ulamak, pergi mampus sama title itu. Tapi kalau berani naikkan darah kami, siaplah! Jangan sesekali mencabar kami terutamanya golongan muda yang sudah bosan dan muak dengan suasana politik negara ini!

Wednesday, June 2, 2010

Siapa Kata Dalam PAS Tak Ada Yahudi Zionis?

KEZALIMAN ZIONIS DI SURAU SRI DAMANSARA





Agak terkejut, apabila melihat cermin keretaku telah pecah. Tiada barang berharga yang hilang, waima dalam keretaku itu, ada tersimpan satu plastik wang syiling dan sebuah kamera. Di maklumkan oleh seseorang, bahawa dilihat seorang yang nampak memecahkan keretaku itu. Dari yang diceritakan, aku dapat mengagak siapa yang melakukan demikian, kerana kami pernah bersua. Orang itu, adalah antara pembaca blogku ini. - Wan Gee (g-82.blogspot.com)


Cermin kereta Ustaz Wan Gee dipecahkan pada malam tadi sewaktu beliau menyampaikan kuliah di Surau Sri Damansara. Info lebih lanjut sila ke blog beliau. Apa yang saya nak ulas disini, mengikut kenyataan Ustaz Wan Gee di atas, tak ada barang berharga yang hilang di dalam keretanya. Cuma cermin saja yang dipecahkan. Ini bukan kerja orang yang ketandusan duit. Ini bukan kerja Mat-Mat Dadah atau Mat Ganja yang mencari income. Ini adalah kerja orang yang bersifat Yahudi Zionis tapi berselindung di sebalik imej Islam.


Siapa tak kenal Ustaz Wan Gee. Kalau dibaca blog beliau, kita sudah tahu apa fikrah beliau. Beliau ahli PAS. Kita tahu apa pendirian beliau serta kritikan terhadap PAS. Ini adalah kerja khianat. Pesan saya, setakat pecah cermin saja tanpa berani bersemuka itu bukan anak jantan. Itu pondan namanya. Inikah tarbiyyah yang dia dapat selama ini di dalam PAS? Tarbiyyah yang menghalalkan kerosakan di atas harta benda orang? Ini tarbiyyah PAS atau tarbiyyah Yahudi Zionis?


Wah...baru beberapa hari lepas kita dimaklumkan tentang keganasan yang dilakukan oleh komando Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang datang secara aman. Nampaknya unsur-unsur keganasan Yahudi Zionis Israel itu sudah dipraktikkan oleh ahli PAS yang kononnya cintakan parti. Anasir Zionis sudah menyerap masuk ke dalam diri mereka. Inikah orang Islam? Inikah seorang ahli dari parti yang kononnya Islam? Inikah yang ustaz-ustaz mereka, ulamak-ulamak mereka ajar?


Dengan ini, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap yang memecahkan cermin kereta Ustaz Wan Gee. Takut nak bersemuka ke? Apa barang kalau setakat pecahkan cermin lepas tu lari. Apa pasal tak tunggu saja hingga Ustaz Wan Gee keluar dari surau. Itu baru samseng. Ini samseng apa, pecahkan cermin lepas tu lari. Samseng taik kucing? Laporan polis perlu dibuat oleh Ustaz Wan Gee. Dan Ustaz Wan Gee juga perlu membaca Qunut Nazilah sebanyak 2 kali. Satu untuk Zionis Israel, lagi satu untuk Yahudi di dalam PAS.

Wednesday, April 14, 2010

Sokong Zaid Ibrahim di Hulu Selangor




Sudah terjawab teka-teki mengenai calon PKR bagi Hulu Selangor. Orang yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi tersebut ialah Zaid Ibrahim. Walaupun masih baru dalam PKR, tapi beliau diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti untuk menjadi calon PRK.


Semoga PRK kali ini berjalan lebih lancar dan tugasan kami hanyalah untuk membantu mempertahankan kemenangan bagi Pakatan Rakyat dan diharap pilihanraya kali ini tidak ada lagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (terutamanya PAS) yang buat babi seperti PRK-PRK yang lepas, yang memaksa kami menyerang mereka.


Ayuh bagi sokongan penuh kepada Zaid Ibrahim!

Saturday, March 27, 2010

Jika Benar, Ianya Adalah Kerja Celaka Di Dalam PAS!


Terasa lama benar tak update blog ini walaupun hanya beberapa hari. Bukan apa, line internet di sini macam sial. Nak keluar pergi cyber cafe rasa malas. Takkan keluar hanya semata-mata nak update blog kut?


Banyak perkara yang saya tertinggal sepanjang ketiadaan saya di alam maya selama beberapa hari. Antaranya :


1. Pendedahan "berani" Zul Noordin di parlimen.

2. YB Hulu Selangor meninggal dunia (al-Fatihah). PRK datang lagi. Oleh kerana YB Hulu Selangor dari PKR tidak membuat apa-apa onar sebelum ini, elok sajalah biar calon PKR yang diletakkan di sana (dengar kata nak letak Zaid Ibrahim?).


3. TGNA bersedia untuk letak jawatan.


Kali ini biar saya sentuh dulu perkara yang ketiga. TGNA berkata beliau sedia melepaskan jawatan selaku Mursyidul Am. "Mujur sangatlah kalau tidak diberi apa-apa jawatan," katanya. Sememangnya saya juga merasa kasihan terhadap keadaan fizikal dan tahap kesihatan beliau. Terpaksa ulang alik Kelantan-KL, menguruskan pentadbiran negeri Kelantan, turun bertemu rakyat bawahan, kuliah mingguan di Dataran Ilmu, imam solat subuh, dan lain-lain lagilah. Tak padan dengan tubuh lesunya dengan kerja yang banyak itu.


Saya hormati keputusan itu. Ringankan sedikit bebanan beliau. Tapi, ada satu perkara yang perlu kita fikirkan. TGNA adalah orang yang paling kuat menentang sebarang bentuk kerjasama PAS-UMNO. Pasti akan ada yang melompat kegirangan atau ketawa terkekek-kekek dalam bilik air apabila mendengar berita ini. Dan pasti juga akan ada yang keluar air liur meleleh-leleh kerana nakkan jawatan Mursyidul Am. Siapa? Fikirlah sendiri.


Satu lagi persoalan, kenapa Ustaz Ahmad Awang tidak dijemput ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS? Sudah ada khabar yang diberitakan bahawa Ustaz Ahmad Awang bakal digugurkan daripada menjadi Ahli Majlis Syura? Perlu diingat, Ustaz Ahmad Awang juga adalah orang yang menentang kerjasama PAS-UMNO di Perak, dan juga sekepala dengan TGNA. Cuba flashback balik ucapan beliau di Mukatamar PAS di Shah Alam baru-baru ini.


Sebelum ini saya berharap bahawa orang yang menggantikan tempat TGNA adalah Ustaz Ahmad Awang. Beliaulah paling layak. Tapi jika benar bahawa ini adalah konspirasi untuk membuang/menyingkirkan pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat, sememangnya ini adalah kerja yang celaka.


Siapa yang mempengerusikan mesyuarat itu? Ianya ialah Presiden PAS bersama Timbalannya. Dan dapatkah kita mengagak apa keputusannya nanti? Lebih kuranglah dengan tindakan bodoh wa bahlul dengan melantik Mustafa Ali menjadi SUA dan juga mengekalkan Hassan Ali menjadi PJ PAS Selangor! Bukankah kedua-dua pemimpin tertinggi PAS tersebut pro-UG?


Kalau Ustaz Ahmad Awang menjadi outcast, alamatnya terkenyeh panjanglah si Harussani, kerana sudah dapat geng di dalam PAS!

Monday, March 15, 2010

Hanya Orang Bodoh Saja Percaya!

Rusuhan Natrah: Bila pula Melayu bersatu ketika itu? - Khalid Samad Sunday, 14 March 2010 3:23 PM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Penyatuan semula Umno dan Pas, menggunakan isu Natrah adalah tidak tepat kerana wujudnya dasar dan sikap Umno yang tidak jelas terhadap Islam itu sendiri, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.


Beliau berkata demikian dalam suatu sidang media ketika merujuk sebuah laporan Utusan Malaysia yang berjudul, 'Bukan mustahil Melayu bersatu' yang mana antara laporannya, menyifatkan bahawa perpaduan Melayu wujud dalam peristiwa rusuhan Natrah di Singapura 1950.

Sementara itu, Khalid dalam kenyataan balasnya terhadap laporan itu berkata, orang Melayu, khususnya Umno tidak pernah bersatu dengan parti-parti Melayu apabila isu rusuhan Natrah muncul ketika itu.

"Saya nak maklumkan bahawa dalam isu Natrah ini sekali pun orang Melayu tidak bersatu

"Umno ditubuhkan pada 1946. Dalam isu Natrah 1950, Umno diam membisu. Yang ke depan dalam isu itu (rusuhan Natrah) ialah Angkatan Pemuda Insaf (Api), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan sebagainya," kata beliau lagi. - erapakatan.com


Hanya orang bodoh dan tak tahu sejarah saja yang percaya bahawa orang Melayu bersatu ketika kes Natrah. Mana perginya UMNO ketika itu? They did nothing! Mungkinkah pemimpin tertinggi PAS yang mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu pernah bersatu ketika kes Natrah ini dahulu mahu mencandukan orang Melayu bahawa mereka mesti bersatu?

Macam-macam kenyataan pelik yang keluar daripada mulut beberapa pemimpin tertinggi PAS sejak akhir-akhir ini. Agaknya mabuk dengan kemenangan yang lepas maka mereka rasa teruja untuk mendapat kuasa dengan jalan bekerjasama dengan pihak yang zalim!

Monday, March 8, 2010

Nasib Baik Kita Ada Mahfuz Omar

Kenyataan YB Mahfuz Omar dipetik dari blog beliau :


“Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,”

Keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama,"



Pemimpin yang secerdik beginilah yang kita perlukan demi untuk tidak mengeruhkan suasana serta mengukuhkan semangat setiakawan diantara parti-parti komponen. Usah excited sangat kalau tengok orang yang beria-ria sangat cakap pasal Islam. Periksa dulu macam mana orangnya. Selepas itu baru buat penilaian. Bukan main tangkap muat saja.


Tuan Ibrahim mungkin expert dalam bidang-bidang dakwah. Tapi dalam politik? Belum tentu.. Daripada buat kenyataan-kenyataan bodoh sebelum ini, lebih baik dia berusaha macam mana nak bersihkan imejnya yang telah kotor dek kerana keputusan JK Disiplin yang diketuainya.

"Ulamak" Cap Keldai


Inilah kesan daripada kenyataan bodohnya yang ingin mengutip balik sampah yang dibuang oleh rakan, hari ini sampah tersebut sudah menyatakan jawapannya :


Salam 2 all.

Berikut lapuran daripada M-Star semalam. Saya ucapkan syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Datuk Tuan Ibrahim.

Sudah pasti saya akan mengkaji dengan serius pelawaan beliau. Insyallah saya mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan tidak lama lagi.

Kira ok juga teman yop, tak sampe sehari teman menjando dah ada yang masuk meminang ;)

Sementara itu, relax dulu lah yop. Teman baru lepas menjanda, eddah pun tak abih lagi yop ;))


Cerdik ke bodoh pimpinan macam ini? Nak suruh PKR dan PAS bergusti kah? Dia ingat kenyataan dia mempelawa mangkok itu cerdik kah? Dah la PAS masih lagi tak selesai-selesai masalah dalaman lepas tu dia pula nak bawa masuk orang yang bermasalah. Atau nak tengok mangkok dari Kulim bertumbuk dengan Khalid Samad?

Saturday, March 6, 2010

Saya Sudah Tidak Percaya Kepada Si Pemakai Serban dan Kopiah


Saya pernah mendengar bahawa penampilan luaran terbentuk daripada kepribadian dalaman. Jika dalamannya cantik, maka cantiklah luarannya. Begitu juga sebaliknya. Namun kata-kata ini saya tolak sama sekali dan lebih bersetuju dengan istilah "don't judge the book by it's cover". Kalaulah penampilan seseorang itu sopan, belum tentu lagi perangainya elok. Begitu juga dengan yang berpakaian yang menjolok mata. Belum tentu dia seorang yang jahat.


Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, sebagai contoh. Saya lihat perempuan bertudung di zaman sekarang ini perangai mereka lebih jahat dan biadap berbanding yang tidak pakai tudung. Pakai kopiah, tapi kuat memfitnah dan busuk hati.


Tengok lagi bukti, jelas menunjukkan Mufti haprak lagi jahat dari negeri Perak berbohong dan menokok tambah cerita, menurut ustaz Ahmad Awang. Mufti Perak kalau tengok dari luarannya memang bersopan dan lembut (walaupun muka macam penyagak). Tapi lihat perangainya dan kenyataan-kenyataannya yang bersifat "celaka" selama ini.


Begitu juga dalam PAS. Selama ini saya memandang golongan ustaz dan pemakai serban/kopiah merupakan golongan yang terbaik. Tapi itu semua hancuss semenjak berakhirnya Muktamar pada tahun lepas. Saya lihat betapa buruk dan hodohnya perangai mereka. Siapa sangka salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang terkenal dengan imej waraknya itu tergamak memujuk Ustaz Ahmad Awang membuat kerajaan campuran PAS-UMNO di Perak.


Begitu juga dengan si pemakai kopiah di Selangor. Anak Ali itu sanggup bertemu dan berunding dengan UMNO untuk kerusi Menteri Besar. Tak termasuk lagi perangai jahat dua tiga kerat pemimpin berkopiah/serban dalam PAS. Mengkritik PAS terus dilabel sebagai ejen UMNO. Kritik sikit melenting sampai keluar dalam Harakah. Jemput orang datang seminar, tapi alih-alih kata "rasa macam tak nak tengok muka awak," - ini Islam kepala bapak apa yang kamu bawa??


Pendek kata, kebanyakan golongan sebegini berlagak bagus dan merasakan mereka lebih hebat daripada orang lain. Saya sudah tidak percaya dengan golongan ini dan tidak akan terus membuat kesimpulan berdasarkan cara penampilan seseorang.

Wednesday, December 23, 2009

Contoh Yang Baik Kepada Si Bebal Kepala Batu


Dr. Rosli Allani Abdul Kadir melepaskan jawatannya selaku Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, semalam kerana diprintahkan oleh mahkamah untuk bermufaraqah dengan isteri keduanya kerana perkahwinannya diragui. Alasan beliau meletakkan jawatan,


"Walaupun saya yakin saya berada di pihak benar, demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas Pas khususnya untuk mengelakkan Pas dari turut dibabitkan dengan masalah peribadi saya, maka saya akan meletakkan kesemua jawatan saya dalam Pas berkuatkuasa serta merta,”


Dia ni jenis fikirkan masa depan parti, imej parti, tak macam sesetengah pemimpin PAS yang degil macam budak kecil apabila disuruh meletak jawatan. Kononnya tak mahu tanggalkan baju amanah, poooorahhh. Si menantu tu pun sama, dua kali lima. Mungkin tindakan Dr. Rosli ini pun salah satu cara dia memperli Si Brother Bear itu supaya letak jawatan, memandangkan selama ini dialah antara yang kuat mendesak si Ariffahmi a.k.a Brother Bear itu meletak jawatan.

Sunday, December 13, 2009

Nakhaei Ahmad Ditimpa Penyakit Gila Babi



Cerita ini seputar daripada Wacana Perdana "Islam Di Malaysia. Realiti & Harapan" yang diadakan di KTC, Kelantan. Panelisnya adalah Ustaz Nik Amar, Dr. Asri, Nakhaei Ahmad (tidak layak digelar Ustaz), dan Affandi Yusoff, Dr. Agus sebagai moderator. Saya tak datang, tapi sekadar mengutip cerita dari blog Perisik Rakyat (mohon keizinan Topeng Perak).


Ketika ditanya oleh Dr. Agus, apakah perbedaan pengalaman semasa dalam PAS dan UMNO? Nakhaei menjawab, PAS mengamalkan dasar Islam Sekular manakala UMNO amalkan Islam yang sebenar. Ha ha ha kucing pun boleh tergelak kalau dengar kenyataan macam ni. Nak membodek ke apa? Kesian kat dia ni, dulu masuk UMNO dengan harapan dapatlah jawatan Timbalan Menteri, tapi habuk pun tarak.


Nakhaei ni dulu masa dalam PAS kopiah selalu pakai. Sekarang ni kopiah entah ke mana. Inilah salah satu contoh, tak semestinya orang yang mempunyai pengetahuan agama yang luas seperti Nakahei ini mengikuti jalan yang betul. Dulu beria-ria sangat kata UMNO ini kafir. Dialah salah seorang pemimpin PAS (Naib Presiden) yang kuat mengkafirkan UMNO. Last-last dengan dia sekali masuk "kafir" masa tahun 1989.


Kalau ikut cerita dari blog Ustaz Ahmad Awang, Nakhaei ini pengecut juga. Sanggup tinggalkan anak bini berbulan-bulan ke luar negara kerana diburu oleh kerajaan dalam Operasi Lalang 1987. Apa jenis manusia dia ni? Kononnya dengan masuk UMNO agama Islam boleh berkembang. Sekarang lihatlah, dah hampir 20 tahun kau masuk UMNO, Islam di negara ini macam mana??? Padan muka kena tipu hidup-hidup oleh Mahathir yang disangkakan nak laksanakan Islam dengan penerapan nilai-nilai Islam.

Friday, November 13, 2009

Balasan Kepada Kebodohan Orang PAS


Sekarang semua boleh lihat PAS ditimpa masalah satu persatu. Dan kesemuanya menjadi isu besar yang telah menjahanamkan imej PAS. Ini semua bermula selepas daripada kemenangan PAS yang tak boleh dibanggakan pada PRU-12. Dan juga beberapa kemenangan kecil PAS pada beberapa PRK yang membuatkan pemimpin dan penyokongnya menjadi bongkak.


Bermula dengan isu berkendak dalam gelap (muzakarah, muqabalah, bla bla bla). Ini kerja daripada beberapa pemimpin PAS. Kemudian lebih parah lagi adanya usaha-usaha untuk mendekatkan PAS kepada UMNO. Pemimpin PAS seperti bermain silap mata dengan rakyat. Apabila isu ini hangat, pemimpinnya berkata isu ini ditutup. Tak lama kemudian, kedengaran lagi isu ini. Sekali lagi presiden lembab berkata isu ini ditutup. Selepas muktamar, semua proksi UG dikekalkan jawatan, isu ini sekali lagi bergema. Kemudian pemimpin PAS bermain wayang dengan menayangkan adegan bermaaf-maafan sewaktu sidang media.


Beberapa bulan kemudian, UG menjelma kembali. Ia ditutup tetapi tak berkunci. Melarat kepada isu EGM/Muktamar Khas yang kemudiannya beralih kepada Mesyuarat Khas, dan dengan Seminar di Taman Melewar. Lebih teruk ada pemimpin PAS yang pergi menjemput bloggers termasuk blogger UMNO untuk mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya didedahkan. Dan perkara malang yang terbaru yang menimpa PAS ialah mengenai isu bai'ah cerai taklik. Ada pemimpin PAS kata perkara itu memang wujud, ada pula yang menafikan.


Lihatlah! Bertitik tolak daripada isu UG, kemudian isu Nasha-Hassan-Mustafa, melarat kepada isu bai'ah. Baru setahun menang dah macam-macam masalah timbul, angkara sebilangan pemimpin PAS. Tapi yang paling bodoh adalah pemimpin dan penyokong PAS itu sendiri. Rela korbankan parti asalkan jangan dikorbankan beberapa kerat pemimpin. Macam mana pun nasihat diberi, kritikan dan sebagainya, orang-orang PAS akan melawan walaupun demi kebaikan parti. Mereka itukan parti yang terbaik, paling suci, banyak tok lebai.



Tapi seperti biasa, jika kita menegur, mendedahkan, atau mengkritik/menghentam, semua orang PAS menjadi seperti orang gila meroyan. Bila kita menghentam UMNO, semuanya enjoy dan gembira, tapi apabila hentaman itu kepada PAS, mulalah mereka mengeluarkan tuduhan - ejen UMNO, orang UMNO, dan lain-lain. Si Nasharuddin tu memang terbukti makhluk perosak, tapi oleh kerana sifat kebodohan genetik Melayu di dalam PAS, alasan kepimpinan ulama (kepimpinan keldai bawa kitab) perlu dilindungi menjadi agenda. Kena wala' pada pemimpin.


Oleh kerana kebodohan orang PAS juga, Prof. Aziz Bari yang kerap mengkritik demi kebaikan PAS sudah tak mahu lagi ambik port mengenai parti syok sendiri ini. Itulah orang PAS, bila kita serang UMNO, dipuji melambung. Bila serang PAS, semua komen macam-macam. Serang penulis blog. Bila penulis blog tulis isu lain yang tak ada kena mengena dengan PAS, tak reti pulak nak komen. Mungkin baca pun sepintas lalu saja!


Sekarang PAS ditimpa bermacam-macam isu yang merugikan parti. Bai'ah itu menurut blogger Mahaguru58 (mahakeling) didedahkan sendiri melalui mulut Nasharudin. Tapi pemimpin dan penyokong PAS macam biasa saja. Macam tak ada apa-apa. Mereka sendiri yang sokong Nasha kekal jadi Timbalan Presiden. Mereka sendiri tak rela Presiden lembab yang serupa Abdullah Badawi itu berundur. Biarkan. Biar pengundi menghukum PAS atas kebodohan penyokong dan pemimpin PAS sendiri. Kita tegur, melenting. Serang UMNO, semua pakat bersorak. Krisis dalam parti, semua lembab.


Semua tak boleh diharap, dari Presiden lembab, sampailah kepada Badan Disiplin. Hasan Ali, Nasha, Mustafa Ali, Harun Taib masih lagi bebas dengan aktiviti mereka. Biarkanlah. Orang PAS serupa dengan orang UMNO tahap kebodohan mereka. Saya walaubagaimanapun masih lagi bersama PAS hanyalah atas faktor Tok guru Nik Aziz. Mungkin selepas ini tak tahulah.

Tuesday, November 10, 2009

Biar Parti Lingkup Asalkan Pemimpin Selamat




Biarlah, apa nak jadi pada parti jadilah. Asalkan kepimpinan Ulama diselamatkan. Tak boleh buang pemimpin, sebab dia banyak berjasa pada parti. Tak boleh suruh dia undur. Dia ulama. Pewaris nabi. Kita mesti hormat. Biar PAS kalah asalkan Islam menang.


Kalau macam ini parti lingkup pun tak apa, biar semua pengundi lari. Biar pengundi atas pagar tak percaya lagi kepada PAS. Biar penyokong PAS meluat dengan PAS. Biar pengundi bukan Islam tak mahu lagi tengok bendera bulan. Biarkan, biarkan. Asalkan dua tiga kerat pemimpin tidak berundur. Mungkin inikah yang PAS mahukan? Ramai ulama tapi setakat jadi keldai bawak kitab buat apa. Parti tak reti jaga. Bila diadakan pemilihan riuh rendah kata kepimpinan ulama tercabar. Biarlah. Mungkin penyokong ulama mahu apa yang menimpa PAS pada PRU yang akan datang lebih teruk daripada keputusan 2004.


"(Ustaz) Nasharudin (Mat Isa) memang lemah. Tapi dia ulama," kata seorang ustaz dari Terengganu kepada seorang ustaz lain di Gombak.


KHAAKKK PTUIH!!!!

Saturday, November 7, 2009

Sokongan Kepada PAS Mula Merosot Dan Semakin Merosot

Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas,namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka.

Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya.

Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi.

Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran,pimpinan,strategi politik dan ideologi parti itu sendiri.
Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.

Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.

Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.

Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini. (Dr. Abu Hasan Hasbullah)


Sebelum ini, saya selalu merasa bangga kepada PAS memandangkan PAS ialah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam dan mahu menegakkan amar makruf nahi mungkar. Saya juga rajin membeli lidah rasmi PAS, iaitu Harakah beserta akhbar sampingannya iaitu Siasah. Walaupun ada yang miss, tapi boleh dikatakan kerap juga saya membeli akhbar tersebut. Setiap minggu menjadi satu kewajiban kepada saya untuk membeli Harakah, atau Siasah. Sekarang, perasaan tersebut sudah hilang sama sekali.


Saya tidak lagi merasa bangga dengan PAS, perbuatan dan sikap sebahagian besar pemimpinnya membuatkan saya menjadi meluat. Saya juga sudah menjadi seakan hilang selera kepada akhbar Harakah mahupun Siasah, jika membelinya pun, saya hanya membeli jika ada kesempatan ataupun kebetulan lalu di gerai akhbar. Jika saya miss pun, saya langsung tak rasa apa-apa. Ini kerana apabila saya teringatkan Harakah, serta merta saya teringatkan wajah Mustafa Ali. Rasa benci mula menyelubungi diri.


Dahulu saya memandang tinggi pemimpin-pemimpin PAS. Saya hormat kepada mereka. Bagi saya merekalah harapan bagi negara ini menjadi lebih baik. Sekarang? Sudah tidak ada hormat lagi, kecuali pada pemimpin-pemimpin tertentu. Walaupun sebelum ini saya ada juga rasa tidak senang dengan pemimpin PAS Terengganu yang agak jumud dan ekstrim berbanding pemimpin PAS negeri lain, tapi ketika itu saya beranggapan ia bukanlah suatu masalah kepada parti. Tapi sekarang ternyata, merekalah parasit-parasit yang bakal melingkupkan parti. Semasa saya belajar sekejap di pondok lebih 2 tahun lepas, saya memandang Haji Hadi sebagai seorang ulama besar. Sebagai orang alim yang hebat. Sekarang oleh kerana sikap dan tindakannya, saya rela menyertai Projek Langgar Hadi bersama Aduka Taruna dan beberapa blogger yang lain. Selepas muktamar lepas, saya masih lagi berpendirian mempertahankan Haji Hadi daripada serangan para bloggers, tapi sekarang saya menjadi salah seorang daripada mereka, yang berharap Haji Hadi dapat mengundurkan diri secara terhormat. Saya masih lagi sayangkan PAS. Tapi tak sekuat dulu. Saya sangat berharap pembersihan dilakukan terhadap kepimpinan parti. Bagi saya, barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang ini adalah barisan kepimpinan yang paling teruk dalam sejarah. Ia patut ditukar.


Ini adalah senarai pemimpin yang patut ditukar :


1. Haji Hadi (Presiden)

2. Haron Din (Timb. Mursyidul Am) - saya akan ulas lain kali kenapa saya mahu beliau ditukarkan.

3. Nasha Mat Isa (Timb. Presiden)

4. Mustafa Ali (Setiausaha Agung)

5. Harun Taib (Ketua Dewan Ulama')

6. Nasarudin Thontowi (Ketua Dewan Pemuda)

7. Idris Ahmad (Ketua Penerangan), dan beberapa AJK-AJK yang lain.


Siapa yang patut gantikan mereka? Bersambung........



p/s : Salah seorang pemimpin PAS Terengganu sudah mula menunjukkan kebodohan dia dengan meminta Prof Aziz Bari terjun ke dalam bidang politik semasa seminar tadi, disambut dengan beberapa laungan takbir daripada peserta yang bodoh.. Siapa dia? Entri tentang dia ada di bawah ini.

Kau Memang Kurang Ajar, Bakar Chik..!!


Nampaknya sekarang pimpinan-pimpinan PAS Terengganu/Geng Terengganu sudah sampai di satu pihak yang terdesak sehingga sanggup berkelakuan kurang ajar terhadapa Mursyidul Am, tokguruku Nik Abdul Aziz. Tak cukup dengan perangai Haji Hadi, Mustafa Ali, Nasha, dan Hasan Ali, sekarang kau pula nak tunjukkan belang terhadap TGNA yang sudah tua dan sakit itu? Di mana maruah kau sebagai ustaz, Bakar Chik?


Dahlah kau salah seorang yang membantah pemecatan Hassan Ali sebagai PJ PAS Selangor masa Mesyuarat Khas malam itu. Suatu hari nanti aku berharap akan ada orang-orang PAS yang akan kata perkara yang sama kepada kau seperti apa yang kau katakan kepada tok guruku pada malam itu, sehinggakan tok guru terpaksa pulang awal dari Mesyuarat Khas kerana sesak nafas dan sakit dada kerana terkilan. Oh betapa jahatnya Geng Terengganu ini. Sebelum ini Harun Taib dan Haji Hadi menyindir tok guru kerana menggunakan blog untuk menegur pimpinan PAS, kemudian Mustafa Ali yang sememangnya sudah belot bersama Nasharudin, dan tindakan Hassan Ali yang juga menghina tok guru kerana menggunakan blog, sekarang tambah kau lagi seorang yang mengatakan tok guru patut meletak jawatan sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am. Akibat daripada perbuatan kau inilah, sebab yang sebenarnya tok guruku itu dikejarkan ke IJN.


Ya Allah, limpahkanlah laknatMu kepada puak-puak pro-UG dan Geng-geng Terengganu. Gagalkanlah perancangan mereka. Pecahkanlah kumpulan mereka. Dan lanjutkanlah usia tok guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat.


p/s : Sila rujuk http://baganutama.blogspot.com/2009/11/kenapa-tg-nik-aziz-tidak-hadir-sidang.html untuk mengetahui cerita sebenar kenapa TGNA pulang awal pada malam mesyuarat khas itu. Selepas ini saya memasang tekad untuk berjuang di alam cyber, membela TGNA dan menentang habis-habisan Geng-geng Terengganu yang menguasai PAS.

Wednesday, November 4, 2009

Orang PAS dan Orang UMNO Sama Saja

Rupa-rupanya perangai orang-orang PAS sama teruk dengan orang UMNO. Baru saya tahu. Saya ingatkan orang UMNO saja yang tak boleh ditegur, tak mengaku kesalahan, ingat diri itu bagus - rupa-rupanya orang PAS pun sama. Biasanya kalau kita selalu mengata kepada seseorang tentang sikap buruknya, lama kelamaan sikap itu berjangkit pada kita. Umpamanya kita kata orang itu kuat menipu, suka mengumpat, tapi akhirnya kita pun terkena sifat yang serupa. Macam itulah orang PAS. Selama ini duk mengata pemimpin UMNO tak guna, kronisme, suka kepada penyelewengan, zalim - tapi pemimpin mereka sendiri (PAS) tak sedar kelemahan pemimpin mereka.


Bila orang bersuara supaya adakan pembersihan di dalam parti, pasti akan ada orang PAS yang menyalak, dikata bermacam-macam - menderhaka, tidak taat, adu domba. Suruh kukuhkan parti, tapi tak mahu hilangkan anasir-anasir yang bakal merosakkan parti. Tak ke bodoh tu? Dah macam orang UMNO la pula, orang UMNO pun wala' juga kepada pemimpin mereka. Walaupun ada sesetengah orang UMNO yang tahu pemimpin mereka jahat dan zalim, tapi mereka tetap sokong dan undi, dan juga mempertahankan pemimpin mereka apabila dicemuh oleh PAS. Orang PAS pun sama juga, bila disebut tentang kelemahan pemimpin yang sepatutnya ditukar dengan orang yang lebih berhak, semua melenting. Ingat diri merekalah yang terbaik. Piiirah. Kalau macam tu, apa beza PAS dengan UMNO???