Showing posts with label Unity Government. Show all posts
Showing posts with label Unity Government. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

Flip Flop wal Auta Dalam PAS


APA SEMUA INI?? WHAT IS THE MEANING OF THIS???


Ada sesiapa lagi yang masih ingat, siapa ye yang mengeluarkan amanat yang berbunyi begini ;


" Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad. Derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." - 1981


Kerana ucapan beginilah berlakunya pertelingkahan, pemulauan, pergaduhan dan pembunuhan diantara orang PAS dan UMNO. Sekarang (2009), cuba lihat ucapannya :


"PAS tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu. Sesetengah pihak salah anggap peranan PAS di parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul. Dalam perbahasan di parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan.


Takkan asyik nak bergaduh saja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik."


Gila apa kalau hanya perbedaan pendapat? Kalau macam itu tak ada bezalah PAS dengan UMNO.


"Jihad yang paling afdhal ialah bercakap benar," - ucapan di Konvensyen blogger PAS.


Bercakap benar?


1. Didedahkan adanya beberapa pertemuan dengan pemimpin UMNO, mengapa dinafikan?

2. Kata idea Kerajaang Perpaduang telah dibincangkan dan dipersetujui dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, PKR setuju, DAP pun setuju, tapi kenapa Lim Guan Eng menafikan adanya perbincangan itu??


Sumber berita yang lain :


KUALA LUMPUR, Dis 20 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.


Kata Anwar Ibrahim :


SHAH ALAM, Dis 21 — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.

Ia kini dalam proses pendaftaran.

Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.

“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.

Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.


p/s : Pening betul dengan gelagat pemimpin PAS ni. Adakah ini juga kerja-kerja penasihat-penasihat tertentu? Huhuhu UMNO bertopengkan PAS.

Sunday, December 20, 2009

Geng Perpaduang Tak Pernah Putus Asa

Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama. - Sinar Harian


RJ : Tak habis-habis lagi. Berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia politik, masih lagi tak nampak bahawa UMNO sekali-kali tidak pernah insaf dan hanya sekadar mahu mengambil kesempatan di atas peluang yang terbuka memandangkan mereka dalam keadaan lemah. UMNO memang tak boleh dipercayai. Nak bekerjasama dalam beberapa hal, boleh, tapi biar UMNO nyawa-nyawa ikan dulu, bukan kuat macam sekarang ni.


Beberapa hari lepas, Hj. Hadi dan Mustafa Ali pergi bertemu Tengku Razaleigh. Yang syoknya, Mustafa Ali kata kat tok guru Nik Aziz, "doh tak ada apa-apa doh, Anwar pun tak boleh pertahankan dia," - Hj. Hadi senyap membisu saja. Tapi Mustafa Ali menafikan adanya pertemuan itu, sedangkan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim menyatakan ada pertemuan, begitu juga dengan Ku Li sendiri.


Nota :
Nampaknya sebelum PAS memulakan kempen UMNO Pengkhianat Rakyat, PAS perlu lancarkan dulu pembasmian pengkhianat-pengkhianat dalam parti.

Saturday, November 7, 2009

Kau Memang Kurang Ajar, Bakar Chik..!!


Nampaknya sekarang pimpinan-pimpinan PAS Terengganu/Geng Terengganu sudah sampai di satu pihak yang terdesak sehingga sanggup berkelakuan kurang ajar terhadapa Mursyidul Am, tokguruku Nik Abdul Aziz. Tak cukup dengan perangai Haji Hadi, Mustafa Ali, Nasha, dan Hasan Ali, sekarang kau pula nak tunjukkan belang terhadap TGNA yang sudah tua dan sakit itu? Di mana maruah kau sebagai ustaz, Bakar Chik?


Dahlah kau salah seorang yang membantah pemecatan Hassan Ali sebagai PJ PAS Selangor masa Mesyuarat Khas malam itu. Suatu hari nanti aku berharap akan ada orang-orang PAS yang akan kata perkara yang sama kepada kau seperti apa yang kau katakan kepada tok guruku pada malam itu, sehinggakan tok guru terpaksa pulang awal dari Mesyuarat Khas kerana sesak nafas dan sakit dada kerana terkilan. Oh betapa jahatnya Geng Terengganu ini. Sebelum ini Harun Taib dan Haji Hadi menyindir tok guru kerana menggunakan blog untuk menegur pimpinan PAS, kemudian Mustafa Ali yang sememangnya sudah belot bersama Nasharudin, dan tindakan Hassan Ali yang juga menghina tok guru kerana menggunakan blog, sekarang tambah kau lagi seorang yang mengatakan tok guru patut meletak jawatan sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am. Akibat daripada perbuatan kau inilah, sebab yang sebenarnya tok guruku itu dikejarkan ke IJN.


Ya Allah, limpahkanlah laknatMu kepada puak-puak pro-UG dan Geng-geng Terengganu. Gagalkanlah perancangan mereka. Pecahkanlah kumpulan mereka. Dan lanjutkanlah usia tok guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat.


p/s : Sila rujuk http://baganutama.blogspot.com/2009/11/kenapa-tg-nik-aziz-tidak-hadir-sidang.html untuk mengetahui cerita sebenar kenapa TGNA pulang awal pada malam mesyuarat khas itu. Selepas ini saya memasang tekad untuk berjuang di alam cyber, membela TGNA dan menentang habis-habisan Geng-geng Terengganu yang menguasai PAS.

Saturday, October 24, 2009

PAS Perlukan Muktamar Khas


Sebagai parti yang berteraskan Islam, PAS patut menjadi contoh kepada parti-parti yang lain di negara ini. Tambahan pula PAS adalah antara parti yang senior. MCA, sebuah parti cina. Walaupun bukan Islam, tapi jelas mereka mementingkan maruah. Mereka membuat EGM untuk memecat pimpinan mereka yang bermasalah.


Adakah PAS parti yang tidak bermaruah? Membiarkan perosak-perosak bermaharajalela di dalam parti bahkan ada yang mempertahankannya! Para pemimpin serta ahli PAS patut menyahut cadangan Tuan Guru Nik Aziz di dalam blognya, supaya PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan masalah didalam PAS. Walaupun TGNA tidak mempunyai kuasa untuk menentukan Muktamar khas ini, tapi sebagai pakar rujuk di dalam PAS, pandangan beliau wajar dinilai dengan teliti. Takkanlah beliau nak rosakkan PAS. Biarkanlah kalau ada pemimpin yang akan meninggalkan parti. Pemimpin datang dan pergi. PAS pernah kehilangan orang yang hebat ketika dahulu seperti Dato' Asri dan Nakhaei Ahmad. Tapi PAS dapat bangkit semula.


Patutkah pemimpin yang menjadi liabiliti kepada parti dikekalkan? Mana pergi maruah penyokong, ahli, dan pemimpin PAS itu sendiri? Itulah bahana wala' membabi buta. Dan sejurus selepas TGNA mengeluarkan pandangan, kita dapat lihat beberapa malaun yang kelihatan tidak setuju. Mereka inilah sebenarnya masalah yang patut dilenyapkan didalam parti.


Roslan SMS - "Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana PAS Pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di dalam peringkat kepimpinan parti"


Hasan Ali - PAS Selangor menolak cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.


Nasha - "Dasar yang besar perlu kepada keputusan mesyuarat. Presiden tak boleh, timbalan presiden tak boleh, dan tiada sesiapa boleh membuat keputusan secara individu. Saya berpegang kepada prinsip kita (PAS) ada cara dan kaedah untuk menentukan sebarang perubahan dalam parti,"

p/s : Kaedah apa mangkok? Jumpa dalam gelap tak mengaku. Ugut nak saman. Bila dah terkantoi, buat keluar dalil al-Quran.


Mustafa Ali - enggan mengulas kenyataan TGNA (dah terasa lah tu. Baru beberapa bulan duduk kerusi empuk Setiausaha Agung, kawal presiden, kawal parti, buat Harakah macam hak milik mak bapak dia)


Dan seperti biasa, barua ini pun bersuara tidak bersetuju. Lihat sini.

Saturday, June 20, 2009

Surat Terbuka Kepada Ustaz Nik Abduh


Assalamu'alaikum w.b.t
Kepada al-fadhil Ustaz Nik Abduh, semoga Allah SWT memberi kesihatan serta kekuatan kepada ustaz dalam menghadapi berbagai ujian dan halangan. Diharap Ustaz bersama keluarga hidup di dalam limpahan rahmat Allah SWT hendaknya.
Tujuan saya menulis surat terbuka ini kepada ustaz hanyalah untuk menyatakan keresahan dan kebimbangan saya sejak akhir-akhir ini apabila melihat keadaan jemaah parti sudah mula retak, dan takut-takut jika dibiarkan terlalu lama, maka sejarah lama yang menimpa Almarhum Dato' Asri mungkin berulang buat kali kedua.
Walaupun saya bukanlah ahli berdaftar kepada gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), namun saya sangat cakna kepada perkara yang menimpa parti kesayangan saya ini, memandangkan inilah satu-satunya parti yang memperjuangkan al-Qur'an dan as-Sunnah di negara Malaysia yang dicintai ini.
Semenjak saya membaca posting ustaz di http://nikabduh.wordpress.com/ saya menjadi kagum terhadap ustaz yang membongkarkan "rahsia di dalam rahsia". Akhir-akhir ini keadaan di dalam parti semakin kucar-kacir semenjak idea Kerajaan Perpaduan dimainkan semula oleh sesetengah pihak. Dan ketika inilah pertama kali saya menyaksikan orang bawahan dan penyokong sanggup memaki hamun dan menyumpah pemimpin sendiri. Manakala di pihak atasan pula ada yang cuba menangguk di air yang keruh.
Tuan Guru Presiden terpaksa berangkat ke luar negara buat sementara waktu, dan sambil menerangkan kepada rakyat Malaysia di sana. Manakala Timbalan Presiden pula sudah menghilangkan diri, sidang parlimen pun tidak dihadiri. Setiausaha Agung pula diam membisu seribu bahasa, walaupun dia sudahpun mengeluarkan kenyataan bahawa semua pihak hendaklah berhenti bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan.
Namun, mulut manusia tidak boleh ditutup sebagaimana mulut tempayan. Di kedai kopi, kedai gunting rambut, warung-warung, kaki lima, dan alam maya sekalipun isu ini menjadi tajuk perbualan utama dan menjadi topik yang hangat. Pemimpin UMNO pula terlalu teruja sehinggakan mendapat reaksi positif daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan juga Ketua Pemuda UMNO.
Ditambah lagi dengan kali pertama Tuan Guru Mursyidul Am, yang merupakan ayahanda Ustaz, memberitahu kepada wartawan tentang Timbalan Presiden. Jika Timbalan Presiden berminat juga untuk meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan, lebih baik dia meletakkan jawatan selaku Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok, kemudian sertai UMNO. Kenyataan ini mengejutkan semua pihak. Dan juga tindakan 10 orang Ahli Parlimen PAS yang menyokong Mursyidul Am tentang penolakan Kerajaan Perpaduan. Ini "mungkin" akan memburukkan keadaan di dalam parti dan juga pakatan pembangkang.
Seperti yang semua maklum, Tuan Guru Mursyidul Am lah yang paling keras menolak idea yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden. Beliau masih tidak dapat melupakan kezaliman UMNO yang menyingkirkan PAS pada 1978 dan seterusnya merampas Kelantan dengan cara yang tidak wajar. Dan juga Kelantan dianak tirikan selama 18 tahun. Tapi benarkah Kerajaan Perpaduan seperti yang difahamkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am sama seperti Kerajaan Perpaduan yang berasal dari Tuan Guru Presiden? Benarkah Tuan Guru Mursyidul Am mengeluarkan kenyataan "keras" beliau tanpa "dicucuk" oleh sesiapa? Saya harap Ustaz siasat.
Saya pun buat masa sekarang tidaklah menyokong sebarang rundingan dan perbincangan dibuat dengan UMNO, namun saya tidaklah membenci mereka yang menyokong idea ini, sama ada sokong secara terang-terangan mahupun secara diam. Dalam masa yang sama, saya turut menyokong golongan yang menentang idea ini, namun bukanlah sokong sepenuhnya. Kerana bagi saya kedua golongan ini ada bahagian baiknya, dan ada bahagian buruknya. Kecuali beberapa pimpinan yang sudah dikenal pasti sebagai "gunting di dalam lipatan,"
Ustaz Nik Abduh, sejarah juga telah memceritakan bahawa penasihat memberi peranan yang besar di dalam sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh seseorang pemimpin. Saya bawakan kisah Firaun dan wazirnya, Haman. Kerana di dakwah oleh Nabi Musa A.S, Firaun telah hampir-hampir memeluk Islam, tetapi hasrat Firaun itu telah ditegah oleh Haman, yang menyebabkan Firaun membatalkan niatnya, dan terus menerus mengancam Nabi Musa. Begitu juga dengan dakwah Rasulullah S.A.W melalui surat kepada Maharaja Rom, iaitu Hercules. Hercules juga telah hampir-hampir memeluk Islam, tapi ditegah oleh pembantunya dengan mengatakan, Hercules akan kehilangan takhta dan harta jika memeluk Islam. Hercules juga membatalkan hasratnya untuk memeluk Islam, sama seperti Firaun.
Saya menyebut kisah di atas sebagai respons kepada tulisan ustaz di blog yang menyiarkan kisah "wazir-wazir" yang berada di sekeliling Tuan Guru Mursyidul Am. Benarkah Tuan Guru berkeras mengenai Kerajaan Perpaduan atas dasar pendiriannya, bukan "dinasihati" oleh orang yang mahu melagakan kedua-dua Tuan Guru? Siapa? Jika Tuan Guru Presiden mempunyai "orang di belakangnya", maka siapakah "orang di belakang" Tuan Guru Mursyidul Am? Betulkah kali ini "mee-mee celup" tidak punyai peranan terhadap isu Kerajaan Perpaduan?
Saya bimbang, jika pemimpin atasan tersilap langkah, ia mendatangkan kerosakan besar di dalam jemaah. Saya harap sangat jemaah ini kembali sedia kala, seperti dahulu. Saya yakin Ustazlah yang benar-benar memahami ayahanda ustaz, kerana bukan setahun dua ustaz mengenali beliau, tapi sudah 40 tahun hidup serumah. Pasti Ustaz faham benar mengenai kelakuan ayahanda Ustaz, selain daripada kekanda dan ibunda ustaz sendiri. Saya harap Ustaz berani tampil ke hadapan untuk menyatakan kebenaran.
Sekian.
Reformis Jalanan,
Bangi, Selangor Darul Ehsan, 10.26 AM

Friday, June 19, 2009

Golongan UG Tersepit

Pendirian tegas yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS tentang idea Kerajaan Perpaduan membuatkan golongan yang menyokong idea itu diam membisu. Nasharuddin sudah berkali-kali ditelefon, tetapi tak berjawab. Haji Abdul Hadi Awang buat masa sekarang masih lagi berada di luar negara, manakala Mustafa Ali diam seribu bahasa.




Dan mereka mungkin lebih tersentak lagi dengan tindakan 10 ahli parlimen PAS yang menyokong serta berdiri teguh di belakang Mursyidul Am di dalam isu kerajaan perpaduan. Mereka ialah Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).




Dengan tindakan itu, maka diharap idea Kerajaan Perpaduan berhenti serta merta. Janganlah bila penyokong sudah bising, diminta jangan ulas lagi isu ini. Lepas tu pemimpin UMNO bagi respon, dan pemimpin pro-UG ini bersuara semula. Kalau dah sekali senyap, biar senyap terus. Dan berita terbaru, Kelab Penyokong PAS awal-awal lagi dah bagi warning kepada pemimpin pro-UG supaya jangan turun ke Manik Urai. Tengoklah, gara-gara Kerajaan Perpaduanlah habis jadi kecoh. Dan satu lagi kononnya poster Presiden PAS tidak akan ditampal di sana. Yang ada hanyalah poster calon bersama Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan.




Satu-satu perkara yang berlaku berkaitan dengan idea Kerajaan Perpaduan telah membuatkan pendokongnya tersepit. Inilah padahnya bila mengemukakan idea yang tidak pernah dibentangkan di dalam mana-mana mesyuarat parti dan juga dalam Pakatan Rakyat. Dan untuk menghapuskan kekeliruan ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan dihadiri pemimpin tertinggi parti itu bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan. Dan mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Thursday, June 18, 2009

Amaran dan amarah Tuan Guru Nik Aziz


Tak pernah dilihat kenyataan dan percakapan Tuan Guru Nik Aziz sebegitu lantang dan keras terhadap partinya sendiri sebelum ini. Namun ianya terhambur dari mulutnya semalam, sewaktu sidang media selepas Mesyuarat Exco. Beliau menyuruh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan dan menyertai UMNO kalau mahu meneruskan agenda kerajaan perpaduan. Itulah reaksi beliau apabila Nasharuddin dilihat terus memperjuangkan idea tersebut.
Dan juga mengatakan Nasharuddin hanya membuat sampah yang mengotorkan PAS, dan sudah merosakkan perpaduan yang sedia ada di dalam PAS. Selain itu TGNA turut berkata jika Nasharuddin benar-benar setuju maka lebih baik dia meletakkan jawatan sebagai MP Bachok dan sertai UMNO. Ini kerana Nasharuddin menyambut baik kenyataan Najib yang mengatakan PAS ikhlas dalam soal kerajaan perpaduan. Khairy Jamaluddin, dan Syed Ali al-Habshee turut memberi reaksi positif.
Berdasarkan kenyataan sebegitu, bagi saya ia bukannya arahan untuk meletakkan jawatan, sebaliknya ia lebih kepada bersifat amaran. Amaran yang keras. Kenapa dua tiga kerat "puak-puak" ini masih lagi berdegil untuk teruskan agendanya sedangkan penyokong dan pemimpin sendiri membantah dengan keras? Tak faham ke? Memang PAS tidak memerlukan orang seperti Nasharuddin, dan satu lagi, sepatutnya TGNA turut menyebut nama Mustafa Ali, salah seorang penyokong kuat idea ini. Memang kedua-dua makhluk ini adalah perosak.
Tapi jika difikirkan dari sudut lain, benarkah kenyataan tersebut adalah betul-betul kenyataan TGNA tanpa "dicucuk" oleh sesiapa? Kita sendiri sedia maklum TGNA sudah beberapa kali melakukan kesilapannya akibat daripada kenyataannya sendiri yang "terlalu awal". Kalau orang yang berdiri di belakang Abdul Hadi adalah Mustafa Ali, siapa pula orang yang berdiri di belakang Nik Aziz?
Dengan ini, TGNA sendiripun telah melakukan kesilapan di Kelantan dengan membiarkan 2 kerusi parlimennya dipegang oleh orang yang tidak sepatutnya; iaitu Pasir Mas dan Bachok. Sekarang PAS berada di dalam keadaan yang sangat bercelaru. Gara-gara isu Kerajaan Perpaduanlah. Seperti posting yang dibawah, PAS perlu mencabut duri di dalam daging parti itu untuk mengembalikan keadaan seperti sedia kala.
Si Nasharuddin masih lagi membisu tentang Leftenan Jeneral Wan Abu Bakar, tentang agenda Task Force 2010. Kalau dia nak sangat berpadu dengan UMNO, lebih baik dia pergi sorang, bawa sekali Mustafa Ali. Tak payahlah nak libatkan parti pula. Lagipun, menurut Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, yang juga MP Pengkalan Chepa, menjelaskan di dalam Dewan Rakyat sebagai respon kepada MP Putaan, Marcus Mojinggoh tentang Kerajaan Perpaduan. Beliau menjelaskan isu kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana peringkat yang beliau menjadi anggotanya sebelum ini termasuklah Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa Politik PAS.
Sama seperti kenyataan TGNA sebelum ini yang menyatakan bahawa isu Kerajaan Perpaduan juga tak pernah dibincangkan sama ada di dalam PAS atau Pakatan Rakyat. Tapi ada yang ada ialah hanyalah pertemuan 8 mata di antara TGNA, Haji Hadi, Haron Din dan Anwar Ibrahim. Nasharuddin kalau dia faham akan kenyataan marah Nik Aziz itu pasti dia akan membuat kenyataan bahawa ianya hanyalah pandangan peribadi dia. Dan selepas itu pergi berjumpa dengan TGNA.
UMNO pasti sedang berpesta kerana melihat keretakan di dalam PAS. Bila dah kalah teruk baru teringat soal perpaduan Melayu, baru ingat tentang Islam. Sebelum ni jangan kata nak kembali kepada Islam, hampir tiap-tiap minggu atau bulan hentam PAS. Lebih-lebih lagi bila dekat pilihanraya. Si Khairy Jamaluddin pula dulu sengaja mempermainkan hudud apabila menjerat Husam di dalam debat. Lepas itu menggelarkan PAS sebagai "kluk-klek" sewaktu PRK Kuala Terengganu beberapa bulan lepas. Sekarang terhegeh-hegeh mahukan PAS pula.
UMNO penuh dengan muslihat dan tipu daya. Hati-hatilah bila musuh selalu memuji kita, dan tiba-tiba menaikkan kita. Lihat di TV, nama Nasharuddin selalu disebut-sebut. Habis rosak parti kalau dibiarkan lama-lama.

Saturday, June 13, 2009

Kesian Haji Hadi...

Sekarang sudah ramai yang tidak segan silu berani menghina, mengutuk, mengecam, dan mengumpat Haji Hadi ini ekoran idea yang diperkenalkannya. Walaupun pada pandangan kita, dia memang salah, tapi takkanlah sampai berani melabelkan beliau sebagai "sial", "bodoh", "stupid", "celaka", dan sebagainya. Memang salah Haji Hadi sebab dia yang perkenalkan idea itu, dan tidak pula mahu menjelaskan dengan lebih lanjut, tapi dia pun manusia. Dia pun tak sunyi dari buat salah dan silap.


Kalau dah marah sangat, berlapiklah bila mengata kat dia. Dia bukannya orang biasa. Dalam dadanya penuh dan sarat dengan ilmu yang bermanfaat. Kalau dah tak suka, benci, sekurang-kurangnya hormatilah dia kerana ilmu yang dimiliki. Janganlah memaki dan menyumpah dia seolah-olah dia langsung tidak ada jasa di dalam mengembangkan ajaran Islam dan juga PAS. Beliau tanpa kenal lelah jemu menyampaikan firman tuhannya. Kenanglah sikit jasanya dahulu, di saat negara dilanda fenomena kepimpinan baru pada tahun 80-an. Di masa itu Mahathir baru saja menjadi PM. Memang aura dia kuat, rakyat banyak yang sokong. Ditambah lagi dengan fenomena Anwar Ibrahim yang menyertai UMNO.


Siapa yang mengimbangkan sokongan rakyat kepada UMNO kalau bukan Haji Hadi? Pada tahun 80-an jugalah Haji Hadi mula menonjol, PAS semakin mendapat sokongan, sehinggakan PAS menjadi saingan utama kepada UMNO. {engaruh Haji Hadi masa itu tidak terbatas di Terengganu saja, bahkan hampir keseluruh negara. Pahang, Kelantan, Perlis, Kedah, Selangor, dan Kuala Lumpur. Ramai yang berminat dengan perjuangan Islam ketika itu, ditambah lagi dengan angin Revolusi Iran pada lewat 70-an. Haji Hadilah salah seorang yang banyak berjasa dalam menarik rakyat menyokong perjuangan PAS.


Kesian Haji Hadi. Tak cukup dengan UMNO selalu menghentam beliau, orang sendiri pun nak hentam? Dulu Haji Hadi banyak berhadapan dengan ujian dan dugaan. Kenyataan beliau selalu diputar belitkan oleh kerajaan pemerintah. Dia dituduh di dalam isu kafir mengkafir, ekoran menyampaikan kuliah menggunakan kitab Mustika Hadis, di dalam bab cara yang boleh membatalkan iman.


Tak termasuk dengan Amanat Haji Hadi yang diselewengkan. UMNO menyeleweng amanat tersebut dengan mendakwa, Haji Hadi menyeru rakyat menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, tetapi kerana UMNO berkawan dengan orang bukan Islam. Sungguh berat fitnah itu. Sedangkan amanat yang original ialah semasa Haji Hadi menyampaikan ceramahnya di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang berbunyi ;


Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Inilah amanat yang sebenar. Cukuplah UMNO saja yang selalu mengutuk Haji Hadi, termasuk UMNO Terengganu yang kuat memaki hamun beliau, janganlah penyokong PAS sendiri yang membuat perkara yang sama. Kesianlah sikit kepada beliau. Beliau telah mengorbankan sebahagian besar kehidupannya demi menyebarkan Islam di negara ini. Berterima kasihlah sikit.

Thursday, June 11, 2009

Haji Hadi, Pakatan Rakyat, dan Kerajaan Perpaduan

Walaupun pimpinan PAS meminta kepada semua pihak supaya menghentikan berkomentar dan menyentuh isu berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan, tetapi saya tetap mahu sentuh sedikit di dalam blog ni. Apa yang saya faham mengenai Kerajaan Perpaduan ini ialah kerajaan tanpa pembangkang. Kalau kerajaan campuran, pembangkangnya mesti ada. Dan Haji Hadi berkata Kerajaan Perpaduan ini melibatkan semua parti di dalam negara ini untuk menyelesaikan berbagai permasalahan di dalam serta di luar negara.


Idea tentang Kerajaan Perpaduan ini memang dicetuskan oleh Haji Hadi, ekoran kegagalan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah Badawi di dalam Dewan Rakyat. Memang PAS tersilap kali ini. Sepatutnya isu ini tak perlu ditimbulkan kerana ia masih terlalu awal dan ramai yang tak faham. Tengoklah kesannya sekarang. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat termasuk PAS sudah mula mengecam serta menyumpah pimpinan terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden. Saya memang tidak setuju kalau sebarang rundingan, perbincangan, dan pertemuan dilakukan dengan pimpinan UMNO. Walaupun di dalam ajaran Islam, pintu rundingan sentiasa terbuka luas walaupun dengan musuh dan orang kafir, tetapi saya berpendapat UMNO ini terlalu liat, degil dan mustahil untuk bersikap ikhlas kalau sebarang perbincangan dibuat.


Saya mengikut kata-kata Husam, dan saya bersetuju jika perbincangan dan rundingan dibuat dengan UMNO bila kita (Pakatan Rakyat) berkuasa nanti. Bila UMNO kalah teruk, dan pemerintahan negara ini bertukar tangan, barulah boleh diadakan perundingan. Buat masa sekarang terlalu awal kalau perundingan diadakan. Oleh kerana tersilap langkah, PAS sudah dikecam oleh berbagai pihak.


Sekarang penyokong Pakatan Rakyat sendiri sudah ada menyumpah Presiden dan Timbalan Presiden. Saya mahu katakan bahawa Haji Hadi tak perlu dipersalahkan di dalam hal ini. Dulu saya rajin mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau, dan beliau sentiasa menceritakan tentang pengkhianatan UMNO kepada PAS 30 tahun lalu. Dan saya tak fikir bahawa idea yang dicadangkan olehnya itu memudaratkan, cuma kesilapannya, ia terlalu awal dan rakyat masih belum faham. Haji Hadi juga manusia biasa. Lakukan banyak kesalahan.


Lainlah pendapat saya dengan Nasharuddin, memang dia patut dipersalahkan, kerana dialah yang beria-ria, lebih dari Presiden mempromosikan Kerajaan Perpaduan. Lagi pula, dia pernah menipu ahli-ahli PAS pada tahun lepas dengan menafikan bahawa tidak terdapat pertemuan dengan pimpinan UMNO. Dan apabila Abdullah Badawi membongkarkannya, barulah si Nasha ini tergagap-gagap mahu menjawabnya.


Memang ramai sudah mula tidak menghormati Haji Hadi. Walaupun saya marah juga dengan tindakannya, namun saya tidak sanggup untuk menyumpahnya, seperti kebanyakan blogger Pakatan Rakyat. Selain itu, kita patut lihat siapa di sekeliling Haji Hadi, siapa yang selalu memberi nasihat serta pandangan kepada Haji Hadi, dan kadang-kala Haji Hadi mengikuti cadangan tersebut. Kebanyakannya daripada pimpinan PAS Terengganu. Saya akui, Haji Hadi gagal untuk mentarbiyah pimpinan Terengganu, sebagaimana berjayanya Tuan Guru Nik Aziz mendidik pimpinan PAS serta rakyat Kelantan.


Memang jauh beda antara Haji Hadi dan Nik Aziz. Nik Aziz lebih dihormati, baik orang Islam mahupun bukan Islam. Nik Aziz ada aura tersendiri berbanding Haji Hadi yang semakin malap, walaupun Haji Hadi pernah suatu ketika dahulu popularitinya mengalahkan Nik Aziz.


Apa yang saya harapkan ialah 2 perkara, iaitu PAS hendaklah melupakan segala perbuatan yang boleh mendatangkan rasa syak penyokong, dan juga hendaklah menghentikan sebarang rundingan mahupun pertemuan dengan pimpinan UMNO. Yang kedua, khusus buat penyokong PR, saya minta sangat-sangat, walaupun kamu semua ada yang membenci dan menyumpah Haji Hadi, kalau kamu benci kepada beliau, benci akan sikap serta peribadi beliau, namun saya minta tolonglah hormati ilmu yang ada kepadanya.


2 PERMATA DI DALAM PAS... Pernahkah kalian semua berfikir, apa yang akan terjadi kepada jemaah dan kita jika kedua-dua tokoh di atas pergi meninggalkan kita? Siapa yang benar-benar layak menggantikan tempat mereka? Oleh itu semasa mereka masih hidup inilah, hargailah mereka, serta hormatkanlah mereka. Walaupun patah tumbuh hilang berganti, namun pepatah ini tidak sesuai ditujukan kepada ulama'. Di akhir zaman, orang yang faham akan agama semakin berkurangan. Saya rasa tiada di dalam PAS yang dapat meneruskan kecekalan Haji Hadi dan kezuhudan Nik Aziz. Buatlah baik kepada mereka sementara mereka masih hidup.



ANWAR IBRAHIM...walaupun saya kurang menyukai beliau, namun ada 2 perkara pada beliau yang membuatkan saya rasa amat kagum. 1) kebolehannya menarik minat serta sokongan rakyat melalui pidatonya. 2) sifat "husnul zan" yang menebal, dari dulu hingga sekarang. Almarhum Ustaz Fadzil Noor sangat mempercayai beliau, walaupun Anwar berpuluh kali melukakan hati almarhum, namun almarhum tetap yakin terhadap Anwar. Tak mungkin orang seperti almarhum tersilap di dalam menilai Anwar Ibrahim. Oleh itu, selagi dia berada di dalam landasan yang benar, saya akan menyokong Anwar selaku Ketua Pakatan Rakyat.



INDAHNYA PERPADUAN....di mana lagi kita boleh lihat keadaan seumpama di atas? Kita sedia maklum bahawa kaum Tionghua biasanya makan menggunakan sudu atau chopstick. Tapi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tanpa rasa kekok makan menggunakan tangan, dan duduk bersebelahan dengan MB Perak, Ir. Nizar dan Ustaz Ahmad Awang, menikmati juadah berbuka puasa. Di dalam BN memang confirm kita tak akan jumpa babak sebegini. Ada ke Ong Tee Keat makan sekali dengan Najib, tanpa sudu dan garpu? Ada ke kita lihat Shahrizat dan Samy Vellu makan dalam satu talam? Tak ada. Kita hanya boleh lihat keharmonian seperti di atas HANYA di dalam Pakatan Rakyat. Oleh itu kekalkanlah perpaduan seperti di atas. Inilah yang ingin dilihat oleh semua rakyat Malaysia, kepimpinan baru yang membawa perubahan.