
Tapi malangnya kerana dari dulu golongan-golongan fundamentalist menduduki carta tertinggi parti sehingga menyebabkan imej PAS menjadi radikal dan hanya bercita-cita mahu melaksanakan undang-undang yang belum difahami sepenuhnya oleh orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.
Saya lahir pada tahun 1989. Maka oleh itu saya tidak sempat melihat perkembangan dan keadaan PAS sewaktu penghujung 70-an dan sepanjang 80-an dan 90-an. Oleh itu, untuk mengetahui perkembangan tersebut, saya hanya membaca tulisan-tulisan lama yang layak dijadikan bahan sejarah mengenai PAS.
Tapi walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana tidak dilahirkan pada 10 atau 15 tahun sebelum tahun 1989. Ini kerana jika saya lahir pada waktu itu, saya sekarang ini sudahpun menjadi orang tua dan kemungkinan besar akan terikut-ikut dengan rentak golongan fundamentalis sebagaimana orang-orang tua sekarang.
Dan kalaulah PAS lebih terbuka sejak dahulu dan Pakatan Rakyat telah lama diwujudkan, maka kemungkinan regime UMNO/BN tidak memerintah pada masa kini. Tapi memandangkan puluhan tahun lalu perjuangan PAS hanyalah berfokuskan kepada masyarakat Melayu dan menggunakan modal agama semaksima mungkin untuk political mileage, ia gagal menarik sokongan rakyat Malaysia dan hanya mendapat tempat di kampong-kampong sebelah Timur dan Utara semenanjung.
Dan saya - amat benci dengan perjuangan PAS dahulu dan sangat suka dengan dasar PAS waktu kini. Waktu dulu, PAS bersikap keras/radikal terhadap perjuangannya dan hanya tumpu kepada Islam UMNO dan Islam PAS. Sikap ini melahirkan golongan PAS yang begitu dingin terhadap ahli politik bukan Islam sehingga ada Dewan Ulama PAS Kelantan mengkafirkan mana-mana pihak yang menubuhkan kerajaan bersama orang kafir - dengan itu, ramai penyokong bawahan PAS menganggap bekerjasama dengan kafir menjadi kafir. Ini menimbulkan tidak senang hati dikalangan orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri.
Ustaz Ahmad Awang - salah satu pesanan beliau di dalam suratnya terhadap Anwar Ibrahim dan Nakhaie Ahmad sebelum masuk UMNO adalah jangan mendekati pemimpin kafir. Ini apa? Tengok apa terjadi kesudahannya - Ustaz Ahmad Awang sendiri boleh berpeluk dan duduk sekali dengan Lim Kit Siang sewaktu Pakatan Rakyat masih lagi memerintah negeri Perak.
Tapi PAS pada hari ini sungguh menyenangkan terutamanya selepas PRU 2008. Ia lebih terbuka dan liberal kerana ada pemimpin seperti Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad. Mereka ini dan yang seangkatan dengannya, lebih menumpukan isu dan permasalahan yang lebih besar di Malaysia ini. Tatkala rakyat bawahan bergelut dengan kepayahan hidup - mereka hanya fokus bagaimana caranya untuk menghapuskan punca yang menyusahkan rakyat - iaitu UMNO.

Kalaulah tidak ada pemimpin seperti mereka, saya rasa Pakatan Rakyat mungkin sudah berpecah dan peristiwa tahun 2001 berlaku kembali, selepas pertelingkahan DAP dan PAS mengenai isu negara Islam. Belum lagi memerintah dan menawan Putrajaya dah bercakap nak negara itu dan ini - padahal musuh masih lagi kuat. Mereka lebih suka bercakap benda itu berbanding berbincang bagaimana nak jatuhkan UMNO.
Cakap senang - nak laksanakan hukum Islam, tapi rakyat masih belum cukup memahami bagaimana rupa sebenar hukuman itu. Tambahan pula, mereka (golongan fundamentalis/radikal) seolah-olah tidak memikirkan cabaran Islam pada zaman ini - buku-buku tentang Islam yang ditulis oleh para orientalis yang menjadi bahan bacaan masyarakat kini, menimbulkan berbagai persepsi dan tafsiran yang berbeza mengenai Islam.
Mereka lebih suka bercakap tentang ini dan misi utama mereka adalah "haramkan" itu dan ini berbanding mencari penyelesaian untuk membasmi kemiskinan, bagaimana mahu wujudkan pemerintahan yang adil untuk semua bangsa dan agama, dan menaiktaraf ekonomi negara. Kalau betul nak laksanakan Islam, teraplah dulu kefahaman mengenainya sedikit demi sedikit. Janganlah jadi Taliban.
*Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang patut tutup mulut mereka dan hentikan bercakap mengenai hal ini. Dah bersatu dalam Pakatan Rakyat, ikut sajalah resolusi yang diputuskan di dalamnya. Buat apa nak timbulkan perbezaan???
** Ada orang tanya, - Nik Aziz kata hukum hudud boleh elakkan pembuangan bayi. Tapi di negara-negara kafir yang tidak laksanakan undang-undang Islam kita lihat tak ada pun kes begini. Dan ia hanya berleluasa di Malaysia sehingga kita semua sudah menjadi lali dengan cerita tersebut. Masalahnya berpunca di mana sebenarnya??