Showing posts with label Organisasi PAS. Show all posts
Showing posts with label Organisasi PAS. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Menjelang Muktamar : Ulama Adalah Candu Kepada Masyarakat

STADIUM MALAWATI SHAH ALAM PADA TAHUN LEPAS - AMBIL GAMBAR DARI PARKING LOT

Muktamar tiba lagi. Kali ini saya tidak bercadang untuk mengikuti persidangannya seperti tahun lepas. Tahun lepas, Muktamar PAS ke-55 diadakan di Shah Alam - telah merobah sama sekali persepsi dan harapan saya kepada parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini. Jujur saya katakan - saya tidak lagi menghormati PAS sama seperti keadaan sebelum Muktamar pada tahun lepas, di mana hancur luluh hati saya kerana melihat keadaan dan perangai pimpinan parti ini.


Sebagai seorang yang bercita-cita mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik, saya meletakkan harapan yang begitu tinggi pada parti-parti pembangkang. Sebeb itu tak kira sama ada PAS, PKR, atau DAP - saya sokong kesemua dasar perjuangan mereka. Tapi di antara tiga parti tersebut - saya tak dapat menipu bahawa diri saya lebih dekat dengan PAS - ini disebabkan oleh suasana di tempat saya membesar.


Saya masih ingat - muktamar pada tahun lepas merupakan detik yang celaka bagi PAS. Selepas berakhirnya muktamar itu - kebanyakan blogger berpaling 360 darjah. Jika sebelum itu sasaran mereka hanyalah UMNO dan BN, kini sasaran mereka turut melibatkan sesetengah pemimpin PAS yang memang sah dan terang tidak layak diangkat menjadi pemimpin.


Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam - merupakan muktamar paling celaka - pertama kali saya melihat kononnya ulama menggelabah mahu mempertahankan kedudukan mereka, inilah salah satu bukti bahawa ulama juga gilakan kuasa. Laungan kepimpinan ulama tercabar kedengaran sebelum dan semasa muktamar berlangsung. Dengan berbekalkan gelaran ulama - mereka mencandukan ahli-ahli supaya mempertahankan ulama.


Ketua Dewan Ulama pada masa itu - Daud Iraqi - menuduh bahawa ada calon yang cuba merasuah perwakilan dengan mengadakan jamuan makan dan memberi hadiah, tapi bila ditanya siapa, dan diminta bukti - dia hanya diam. Kerana ianya adalah hearsay sahaja. Celaka! Patutkah ketua sesebuah dewan yang dipenuhi oleh orang alim menuduh tanpa bukti?


Ingat lagi - siapa yang menetapkan peraturan bahawa Presiden dan Timbalan mesti ulama? Apa gunanya bertitlekan ulama tapi tak reti jaga parti? Hebat sangatkah sehinggakan Harun Taib pernah mencadangkan bahawa ketiga-tiga jawatan Naib Presiden semuanya mesti ulama'? Bullshit - pure bullshit! Apakah selama ini yang kuat menentang penyelewengan, membongkar kes rasuah, turun ke jalan raya, ditangkap dan dilokap adalah ulama?


Dengan bersenjatakan Kepimpinan Ulama - mereka mencandukan ahli. Calon Timbalan Presiden ada 3 - Mat Sabu, Husam Musa, dan Nasharuddin. Secara asalnya saya sangat bersetuju dengan Mat Sabu, kerana imej marhaennya. Husam juga apa kurangnya. Tapi tidak pada calon yang ketiga - yang mahu mempertahankan jawatannya sehingga lahirlah istilah kepimpinan ulama tercabar.


Malam sebelum keputusan diumumkan pada esok pagi - secara tak rasmi Husam Musa mendahului Mat Sabu dan Nasharuddin. Tapi apabila keputusan diumumkan - undi yang diperolehi Husam jatuh mendadak. Akhirnya Nasharuddin menang. Dalam PAS pun ada politiking. Tapi, terbukti bahawa Nasharuddin sebenarnya ditolak - kerana jika dicampur undi yang diperolehi oleh Mat Sabu dan Husam - sudah boleh menewaskan Nasharuddin.


Tahu saja keputusan memihak pada Nasharuddin - saya yang ketika itu menjadi pemerhati terus angkat punggung dan blah... Lebih baik balik dan tido. Nasharuddin - sebelum itu kerap dipuji oleh Utusan dan mendapat sokongan daripada blogger-blogger UMNO melalui blog mereka.


PADERI ZAMAN PERTENGAHAN EROPAH


Menjual Certificate of Indulgences


Perbuatan sesetengah pemimpin PAS mencandukan pengikutnya dengan kepimpinan ulama, ulama tercabar, wala' dan sebagainya - tak ubah seperti perbuatan paderi-paderi Kristian pada zaman pertengahan Eropah - sehingga Dark Age - zaman kegelapan. Di mana paderi-paderi mengambil kesempatan di atas sikap wala' rakyat kepada gereja sehinggakan paderi mendakwa mereka boleh mengampunkan dosa rakyat yang bersalah - kemudian mesti membeli Certificate of Indulgences - sijil pengampunan - bukti bahawa dosa mereka sudah terampun.


Gereja pada waktu itu mempunyai pengaruh yang begitu kuat dalam masyarakat. Bahkan boleh mempengaruhi istana. Tak hairanlah paderi-paderinya mengambil kesempatan atas nama agama. Ini sama seperti PAS. Pemimpinnya mengambil kesempatan atas nama Parti Islam, Jemaah Islam - ulama dihiaskan dengan berbagai-bagai gelaran dan diberi gambaran seolah-olah mereka itu maksum. Nasib ahli dan penyokong PAS sama seperti masyarakat Eropah pada zaman Dark Age dahulu.


SIAPA MARTIN LUTHER DALAM PAS?


Tapi kebatilan tidak bertahan lama. Melihat begitu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh gereja atas nama agama - bangkit Martin Luther - yang membawa fahaman Protestan - paderi juga manusia biasa, mereka tidak boleh mengampunkan dosa.


Dalam PAS sebenarnya sudah ada Martin Luther ini. Mereka tidak mematuhi pemimpin dengan sewenang-wenangnya. Ulama tidak maksum - mereka pun boleh dikritik. Sikap Martin Luther ini boleh saja turun pada Khalid Samad, atau yang sealiran dengan beliau. Saya ingat lagi tentang peristiwa ramai orang PAS yang jadi pemerhati bersorak dan marah pada Khalid Samad yang ketika itu sedang berucap selaku perwakilan.


Khalid Samad membongkar itu-ini, Puncak Niaga, taktik musuh, peperangan Siffin, ucapan Pemuda PAS seperti Pemuda UMNO - inilah ucapan yang berani, tidak seperti ucapan perwakilan yang bercakap mengarut - ada yang puji pimpinan - tak berani nak lantang macam Khalid Samad. Tapi ada beberapa pemerhati yang menjadi seperti beruk di dalam hutan dengan menjerit pada Khalid Samad yang ketika itu sedang berucap.


Jika skop lebih luas lagi - mungkin orangnya adalah Wan Gee. Blogger Penarik Beca? Beliau terlalu gemuk untuk menjelma sebagai Martin Luther - kah kah kah

p/s : woit! jangan marah no..

Ini bukan zaman 80-an. Zaman di mana orang ramai begitu kemaruk pada ulama. Tak hairanlah pada zaman itu Revolusi Iran baru berlaku. Zaman di mana orang PAS tanpa ada rasa bersalah atau hati perut menghalau Asri Muda turun dari pucuk pimpinan, berselangi dengan kata-kata Pergi Mampus Asri (Marakbar Asri).


Tak mustahil senario itu boleh berlaku lagi jika sesetengah pemimpin PAS yang bermain-main dengan penyokongnya.


Selepas daripada Muktamar tersebut - saya jadi tawar hati pada PAS. Hormat saya tak seperti dulu. Saya menjadi benci jika mendengar perkataan yang agak popular selepas itu seperti wala', thiqah, jemaah, adab, dan lain-lain - benci dengan perkataan ini.


Mereka pandai ambil kesempatan apabila ramai yang menaruh prasangkan terhadap gelaran mereka. Dalam PAS, nak jadi ulama senang saja. Belajar saja di Mesir atau di mana-mana negara Arab - balik di Malaysia sudah boleh jadi ulama. Ulama, bagi saya tempat mereka yang selayaknya hanyalah sekadar menjadi penasihat - menegur jika ketua membuat silap. Bukan rembat semua jawatan.


Orang ramai percaya akan imej baik Ustaz mahupun Ulama. Tapi dengan imej sebegitu, berapa ramai yang mengotorkan imej tersebut? Ada yang kahwin lebih dari satu, tapi tak adil. Ada yang pukul bini, tapi depan orang ramai tunjuk muka alim. Ada busuk hati - tak senang apabila melihat ada orang yang sedang menaik dan bakal mengancam kedudukan mereka. Dan lain-lain. Tapi ahli dan penyokong membutakan mata - kerana terpesona dengan imej dan ayat-ayat suci yang keluar dari mulut mereka.


Jika lebih 100 tahun dahulu Karl Marx berkata "Agama merupakan candu kepada masyarakat". Dan hari ini, saya ingin mengulangi perkataan tersebut tapi dengan sedikit perubahan.


"Ulama merupakan candu kepada masyarakat"


Dari mana datangnya istilah kepimpinan ulama? Ambil dari ajaran siapa ni? Pernah jumpa tak hadis yang meriwayatkan bahawa ulama itu memegang amanah nabi selagi mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan?


Nota : Lepas ini saya mesti bersedia - sama ada cermin dipecahkan - atau disimbah cat - tapi malangnya saya tak ada kereta kah kah kah


Telinga mesti bertahan apabila ada yang tak senang dengan tulisan ini. Pasti ada yang menyerang.

Ini adalah ulasan orang yang kecewa - kecewa dengan pengkhianatan - kecewa dengan pemimpin mudah lupa diri - kecewa dengan politiking dalam parti Islam - kecewa dengan mamat berperut gendut - dalam PKR ada baju batik berperut gendut - dalam PAS pula ada berjubah dan berperut gendut - dua-dua gendut jangan sampai berlaga perut - nanti nampak macam Teletubbies - kah kah kah

Saturday, May 29, 2010

Mungkin Ustaz Zol Juga Akan Dilabel Sebagai Blogger Celaka




Kritikan Ustaz Zol terhadap pimpinan PAS Perlis di sini [link] dan komen menghentam beliau di sini [link]



Sindrom penafian ini boleh dikatakan ada dalam semua orang yang berada di dalam satu kelompok atau puak. Mereka ini lebih suka dengan berita yang hanya boleh menguntungkan mereka dan menyedapkan telinga mereka apabila mendengarnya dan kalau boleh tak mahu sedikitpun mendengar tentang kelemahan kelompok mereka.


Apabila musuh mereka ditelanjangkan, mereka akan bersorak keriangan. Tetapi apabila kelemahan mereka didedahkan dan kelompok mereka dikritik, terutamanya apabila disuarakan oleh ahli dari kelompok mereka, serta merta terpacul perkataan Astaghfirullah (konon-kononnya nak tunjuk warak), istighfarlah, pergi jumpa dulu dengan pimpinan, guna saluran yang betul (saluran paip?), dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang melenting serta mengamok.


Kelompok Wahhabi yang mendakwa mereka aliran Salaf sedaya upaya mahu menunjukkan merekalah yang benar dan menghentam aliran yang tidak sehaluan dengan mereka. Begitu juga dengan kelompok Syiah (terutamanya Syiah Melayu yang semakin bertambah di Malaysia ini - ataupun Syiah celup). Dalam menangkis serangan terhadap mereka, mereka tidak mahu mendengar sebarang kritikan terhadap sesetengah tindakan mereka dan menyerang balik si pengkritik itu - mereka-mereka ini hanya melihat kelompok merekalah yang terbaik dan tidak mahu menerima sebarang teguran dan kritikan. Lebih teruk lagi ada yang memandang rendah terhadap aliran lain.


Kelompok Ahlus Sunnah wal Jamaah juga tidak ketinggalan dalam bersifat kepuakan. Mereka juga mendakwa merekalah kumpulan yang paling benar dan golongan yang terselamat. Dengan bermodalkan itu, mereka menganggap aliran yang berlainan dari mereka sebagai sesat. Lebih malang lagi, ada dikalangan mereka ini bergaduh sesama sendiri. Ini kerana kelompok ini mempunyai 4 orang Imam Fiqh. Pengikut-pengikut setiap Imam ini mendakwa fatwa Imam merekalah yang paling benar dan tepat.


Inilah sifat 'assabiyyah. Semangat berpuak-puak. Kalau kelompok sendiri buat silap mereka akan pejamkan mata, tetapi akan serang habis-habisan apabila melihat kelompok lawan membuat kesilapan. Apabila kelompok sendiri ditegur, mereka akan mengamok. Selama ini orang-orang PAS mengatakan UMNO itu parti 'assabiyyah kerana mereka perkauman. Orang-orang PAS ini telah menyempitkan maksud 'assabiyyah itu sendiri. Mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka pun bersifat sedemikian. Mereka akan rasa panas hati apabila pimpinan sendiri ditegur dan dikritik. Tapi kalau bab serang-menyerang UMNO, merekalah nombor wahid.


Sudah ada contoh, lihat saja blog Ustaz Zolkharnain Abidin, salah seorang pemimpin PAS dari Perlis yang mengkritik pimpinan PAS Perlis. Kemudian, berjela-jela komen masuk dalam ruangan komen dan menghentam beliau (tapi pengkomen tersebut ternyata pengecut rupanya, komen pun pakai Anonymous je). Cuba perhatikan posting-posting Ustaz Zol yang menhentam UMNO. Komen yang masuk sikit saja. Tapi kalau posting bab hentam pimpinan PAS, posting tersebutlah yang paling banyak komen masuk. Kalau boleh orang-orang PAS ini mahu orang dari kalangan mereka ini menyatakan perkara yang baik-baik saja tentang parti. Orang itu bersifat hipokrit pun tak pe, janji jangan cakap benda negatif terhadap parti.


Kalaulah Ustaz Zol ini up sikit dia punya tulisan terhadap parti, mungkin nasib beliau sama dengan blogger-blogger PAS Reform dan Task Force 13 yang telah dilabelkan sebagai Blogger Celaka oleh orang tertentu. Nasib Ustaz Zol akan sama seperti Pakaq, Aduka Taruna, Ali, Wan Gee, dan sebagainya.

Monday, March 8, 2010

Nasib Baik Kita Ada Mahfuz Omar

Kenyataan YB Mahfuz Omar dipetik dari blog beliau :


“Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,”

Keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama,"



Pemimpin yang secerdik beginilah yang kita perlukan demi untuk tidak mengeruhkan suasana serta mengukuhkan semangat setiakawan diantara parti-parti komponen. Usah excited sangat kalau tengok orang yang beria-ria sangat cakap pasal Islam. Periksa dulu macam mana orangnya. Selepas itu baru buat penilaian. Bukan main tangkap muat saja.


Tuan Ibrahim mungkin expert dalam bidang-bidang dakwah. Tapi dalam politik? Belum tentu.. Daripada buat kenyataan-kenyataan bodoh sebelum ini, lebih baik dia berusaha macam mana nak bersihkan imejnya yang telah kotor dek kerana keputusan JK Disiplin yang diketuainya.

Sunday, November 8, 2009

Barisan Kepimpinan Yang Baru



Mursyidul Am :


TG Nik Abdul Aziz Nik Mat



Presiden :


Ustaz Azizan Razak / Salahuddin Ayub


Timbalan Mursyidul Am :


Ustaz Ahmad Awang


Timbalan Presiden :


Mohd Nizar Jamaluddin


Naib Presiden :


Mahfuz Omar , Dr. Mujahid Yusof Rawa , Dr. Syed Azman


Setiausaha Agung :


Husam Musa


Ketua Dewan Ulama :


Tuan Ibrahim Tuan Man / Ustaz Taib Azamuddeen


Ketua Dewan Pemuda :


Zaki Ibrahim


Timbalan Ketua Dewan Pemuda :


-


Bendahari :


Dr. Hatta Ramli


Ketua Penerangan :


Mohamad Sabu


Pesuruhjaya Negeri Selangor :


Khalid Samad


Pesuruhjaya Negeri Terengganu :


Dr. Syed Azman


Pesuruhjaya Negeri Perak :


Mohd Nizar Jamaluddin


Nota :


Mustafa Ali, Nasha, Harun Taib, Haron Din dilihat condong kepada UG. Haron Din didakwa bahawa dialah pimpinan tertinggi yang menelefon Ustaz Ahmad Awang minta beliau pertimbangkan penggabungan dengan UMNO di Perak selepas PRU 12. Pimpinan dari Terengganu yang jumud/geng Terengganu harus disingkirkan walaupun mereka banyak berjasa kepada parti. Kepimpinan Ulama hanya berkesan sewaktu tahu 80an, sesuai dengan angin Revolusi Iran. Sekarang eloklah golongan ulama hanya bertindak sebagai penjaga dasar, yang melaksanakan biarlah daripada golongan profesional. Salahuddin Ayub dan Mohamad Nizar dilihat sesuai menduduki tempat tertinggi. Ustaz Azizan kemungkinan hanya boleh tumpukan negeri Kedah, tapi beliau juga layak menduduki kerusi Presiden. PJ Selangor sesuai diduduki oleh YB Khalid Samad, beliau seorang yang terbuka, tegas, lantang, dan berani. PJ Perak, sesuai diletakkan Mohd Nizar, kerana Nizar adalah ikon kepada Pakatan Rakyat negeri Perak. Tambahan pula Mohd Nizar antara pemimpin PAS yang popular.

Inilah barisan kepimpinan yang saya idamkan. Kearah memperkukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat.


"Berdoa Kearah Perubahan PAS"