Showing posts with label Yahudi. Show all posts
Showing posts with label Yahudi. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Yang Benci Sangat Dengan Yahudi Tu, Kenapa?



Riuh dengan berita Anwar Ibrahim bertemu dengan Yahudi di Amerika. Tak kurang juga ada yang marah-marah. Sesiapa yang berkawan dengan Yahudi seolah-olah orang itu tak ada beza dengan Yahudi. Tahulah awak tu marah dengan Israel, tapi takkanlah dengan perasaan marah tu habis semua orang Yahudi nak dibalun?

Yahudi jenis mana yang patut ditentang? Adakah memerangi mereka hanya kerana mereka berdarah Yahudi ataupun kerana perangai mereka? Kita sedia maklum perbuatan dan sikap golongan Zionis yang ditentangi dan dilawan oleh masyarakat antarabangsa (bukan orang Islam saja yang lawan Zionis) :

1. Menganggap bangsa lain adalah bangsa kelas kedua - hanya mereka saja berada di tempat teratas.

2. Menafikan hak-hak asasi rakyat Palestin.

3. Melakukan jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

4. Dasar penjajahan terhadap negara Palestin.

Tapi, ada atau tidak bangsa atau golongan yang bukan dari keturunan Yahudi tapi bersifat seperti di atas? Ada atau tidak golongan di negara ini yang memandang rendah golongan yang lain dan menganggap diri mereka saja yang suci (terutamanya golongan yang beragama)?

Ada atau tidak kelompok yang memandang kelompok lain lebih rendah tarafnya daripada mereka? Ada atau tidak golongan yang menafikan hak-hak asasi rakyat dan menindas mereka? Kenapa kita bising-bising dengan orang Yahudi dan menunjukkan rasa marah terhadap mereka sedangkan pada masa yang sama kita melupakan Zionis di sekeliling kita?

Janganlah kita pula yang ambil peranan mereka sebagai Zionis. Kita memandang rendah orang Yahudi, menghina bangsa mereka, dan memusuhi mereka - hanya semata-mata kerana mereka itu Yahudi, jadi apa bezanya kita dengan Zionis???

Kalau nak halakan meriam, halakan kepada Yahudi yang berfahaman Zionis, bukan pukul rata saja semua Yahudi yang bernafas di atas muka bumi ini. Tak ada ke golongan Yahudi yang menentang gagasan Israel? Tak adakah orang Yahudi yang sama-sama menentang keganasan rejim Zionis?

Facebook

Yang lawaknya, ada dari puak-puak yang anti-Yahudi ini pada siang harinya bising memarahi Yahudi, tapi pada sebelah malam mata terlekat di skrin komputer melayan Facebook. Hello kawan, kalau dah benci sangat kepada Yahudi, kenapa masih guna Facebook? Takkan tak tahu, Mark Zuckerberg itu keturunan Yahudi? Yang pi pakai produk dia tu kenapa?

Iyalah, dah kalau ketagih dengan aktiviti tagging gambar, komen, chatting, cari pasangan, cari kawan, cari awek cun - lantaklah kepunyaan Yahudi ke, sapa ke - yang penting enjoy! Hahaha~~ ^^ Saya cabar mereka, kalau dah benci sangat kepada bangsa Yahudi, jangan guna Facebook lagi. Apa macam? Ada berani?

Boikot

Ini satu lagi lawak antarabangsa yang dicipta oleh rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu yang mengaku Islam ini. Salah satu aktiviti kegemaran mereka adalah boikot bermusim! Setiap kali dengar berita Zionis buat keganasan, maka akan beredarlah risalah boikot-memboikot ini. Tak kurang juga ada yang membuat lawak lain yang menyeru aktiviti boikot-memboikot produk Yahudi ini melalui Facebook (kah kah kah nak tolak barang Yahudi tapi guna media Yahudi, kah kah kah)

Tak payah bersusah-susah nak menahan diri kalau diri itu sudah ketagih dengan barang Yahudi sejak dari kecik. Aktiviti boikot-memboikot ini tak akan berjaya selagi mana tak dapat kerjasama daripada Kerajaan Malaysia (me-nyah-kan produk-produk tertentu keluar dari negara ini) - nak buat macam mana, yang pegang lesen produk Yahudi tu kroni depa juga. Sampai kiamatlah boikot-memboikot ini tak akan berjaya.

Nak makan, guna, beli - silakanlah. Memang dari dulu lagi rakyat Malaysia duk guna produk-produk ini. Kalau boikot kang, sekejap saja - hangat-hangat tahi ayam :

1. Nak minum Coca-Cola - minumlah, selagi mana tak ada bahan haram.

2. Nak makan di McDonald - makanlah, selagi mana makanan itu dijamin halal.

3. Nak minum Starbucks Coffee - minumlah, kalau dah jenis peminat kopi.

4. Beli barangan Nestle - beli jangan tak beli, maggi tu bukan makanan orang Yahudi ponn~ ^^

5. Masuk Carrefour dan Tesco - masuk dan belilah barang yang ada di dalam tu, asal jangan beli babi buat lauk makan malam sudahh.

Yang pandai-pandai buat keluar fatwa yang mengharamkan semua di atas ini, sapa ajar?

Keturunan Yahudi

Majoriti daripada 25 orang Rasul adalah terdiri daripada Yahudi. Bermula dari Isaac sehingga Jesus. Nabi Muhammad pun, walaupun keturunan Arab - tapi baginda mempunyai salah seorang isteri daripada keturunan Yahudi - Safiyyah.

Nabi Muhammad pun kahwin dengan orang Yahudi, kita ini nak buat musuh dengan orang Yahudi? Berkawan dengan Yahudi pun salah?

Thursday, June 3, 2010

Adakah Mangkok Ini Tali Barut Yahudi Zionis?


JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN ESOK - mstar online


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.

"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.


Pembaca semua nilailah sendiri kata-kata mangkok ini. Tengok pada rupanya, saya pasti dia seorang Melayu yang beragama Islam. Demonstrasi besok adalah demonstrasi anti Zionisme. Tak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia, bahkan tak menjejaskan pun kuasa Najib Razak. Atau mungkinkah ejen-ejen Mossad Israel di dalam PDRM atau wakil APCO yang menyuruh mangkok ini mengeluarkan kenyataan di atas?


Ini negara demokrasi ke atau negara apa. Demokrasi kepala bana apa macam ni. Perhimpunan adalah salah satu prinsip asas yang terkandung dalam sistem demokrasi. Mangkok ini sudah jadi tali barut Yahudikah? Apa yang pasti, kenyataannya itu telah memalukan umat Islam. Mungkin nama mangkok ini patut disebut dalam bacaan Qunut Nazilah!

Wednesday, June 2, 2010

Siapa Kata Dalam PAS Tak Ada Yahudi Zionis?

KEZALIMAN ZIONIS DI SURAU SRI DAMANSARA





Agak terkejut, apabila melihat cermin keretaku telah pecah. Tiada barang berharga yang hilang, waima dalam keretaku itu, ada tersimpan satu plastik wang syiling dan sebuah kamera. Di maklumkan oleh seseorang, bahawa dilihat seorang yang nampak memecahkan keretaku itu. Dari yang diceritakan, aku dapat mengagak siapa yang melakukan demikian, kerana kami pernah bersua. Orang itu, adalah antara pembaca blogku ini. - Wan Gee (g-82.blogspot.com)


Cermin kereta Ustaz Wan Gee dipecahkan pada malam tadi sewaktu beliau menyampaikan kuliah di Surau Sri Damansara. Info lebih lanjut sila ke blog beliau. Apa yang saya nak ulas disini, mengikut kenyataan Ustaz Wan Gee di atas, tak ada barang berharga yang hilang di dalam keretanya. Cuma cermin saja yang dipecahkan. Ini bukan kerja orang yang ketandusan duit. Ini bukan kerja Mat-Mat Dadah atau Mat Ganja yang mencari income. Ini adalah kerja orang yang bersifat Yahudi Zionis tapi berselindung di sebalik imej Islam.


Siapa tak kenal Ustaz Wan Gee. Kalau dibaca blog beliau, kita sudah tahu apa fikrah beliau. Beliau ahli PAS. Kita tahu apa pendirian beliau serta kritikan terhadap PAS. Ini adalah kerja khianat. Pesan saya, setakat pecah cermin saja tanpa berani bersemuka itu bukan anak jantan. Itu pondan namanya. Inikah tarbiyyah yang dia dapat selama ini di dalam PAS? Tarbiyyah yang menghalalkan kerosakan di atas harta benda orang? Ini tarbiyyah PAS atau tarbiyyah Yahudi Zionis?


Wah...baru beberapa hari lepas kita dimaklumkan tentang keganasan yang dilakukan oleh komando Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang datang secara aman. Nampaknya unsur-unsur keganasan Yahudi Zionis Israel itu sudah dipraktikkan oleh ahli PAS yang kononnya cintakan parti. Anasir Zionis sudah menyerap masuk ke dalam diri mereka. Inikah orang Islam? Inikah seorang ahli dari parti yang kononnya Islam? Inikah yang ustaz-ustaz mereka, ulamak-ulamak mereka ajar?


Dengan ini, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap yang memecahkan cermin kereta Ustaz Wan Gee. Takut nak bersemuka ke? Apa barang kalau setakat pecahkan cermin lepas tu lari. Apa pasal tak tunggu saja hingga Ustaz Wan Gee keluar dari surau. Itu baru samseng. Ini samseng apa, pecahkan cermin lepas tu lari. Samseng taik kucing? Laporan polis perlu dibuat oleh Ustaz Wan Gee. Dan Ustaz Wan Gee juga perlu membaca Qunut Nazilah sebanyak 2 kali. Satu untuk Zionis Israel, lagi satu untuk Yahudi di dalam PAS.

Tuesday, June 1, 2010

Salute Kepada Bani Israel Zionis

Bangsa yang dilaknat di dalam al-Quran



Tragedi serangan komando-komando Israel ke atas kapal-kapal yang memuatkan aktivis-aktivis kemanusiaan ke Palestin yang tidak bersenjata memang patut kita perangi. Dan sebenarnya bentuk-bentuk bantahan kita tidak hanya terbatas sekadar menyumpah seranah, memaki hamun, mengadakan demonstrasi, menghantar memorandum, forum, dan sebagainya, tapi hendaklah lebih daripada itu. Lebih daripada itu? Selain daripada tindakan-tindakan di atas, apakah kita masih punya jalan lain untuk "mengajar" golongan Bani Israel yang Zionis itu?


Jawapannya, ya memang ada. Dan tindakan yang selayaknya kepada mereka ialah melalui operasi ketenteraan. Nyawa dibalas dengan nyawa. Darah dibalas dengan darah. Adilkah buat kita khususnya umat Islam, mereka membantai umat Islam tapi hanya sebilangan saja negara-negara Islam yang bersuara. Tetapi apabila timbulnya "kekecohan" dan "huru-hara" yang ditimbulkan oleh orang Islam terhadap orang kafir, maka serta merta Israel dan sekutu-sekutunya melenting. Samalah juga dengan Israel dan Amerika mempunyai senjata nuklear, tapi pada masa yang sama mahu menyekat Iran daripada memiliki senjata tersebut.


Apakah Umat Islam Mampu Berperang?


Lihatlah mana-mana negara umat Islam. Kesemuanya lembik. Iran sehingga sekarang masih lagi berdiam diri dan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras terhadap Israel. Turki? Boleh dimaafkan kerana mereka mempunyai kekangan daripada pihak tentera yang berfahaman sekular. Malaysia? Haha jangan buat lawak. Perbuatan menghantar memorandum serta mendesak pihak Tentera Malaysia menghantar tentera untuk melawan Yahudi Israel bukanlah satu perbuatan yang cerdik. Mengapa? Kerana lihat saja kelengkapan peperangan yang dimiliki Malaysia. Semuanya dibeli daripada negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Israel. Dengan Eurocopternya, kapal selamnya, jetnya, dan senjata-senjata lain.

p/s : Perbuatan menghantar memorandum pada pihak tentera Malaysia pernah dibuat oleh Hizbut Tahrir Malaysia


Maka dengan itu, mudah bagi pihak musuh mengesan kekuatan serta kelemahan kita, kerana bekalan senjata kita bergantung kepada negara Barat. Kita tidak mampu membuat senjata sendiri yang gagal difahami oleh pihak musuh, sebagaimana Amerika gagal memahami dan mengetahui kekuatan serta kelemahan Iran, kerana Iran membuat senjata mereka sendiri. Kerana itulah sampai hari ini Amerika tidak serang Iran.



Salut kepada Bani Israel yang Zionis kerana kecerdikan mereka



Umat Islam gagal mencontohi kecerdikan Bani Israel/orang Yahudi. Saya cukup teruja dengan kecerdikan kaum ini. Lihatlah, ekonomi dunia mereka kuasai. Produk-produk mereka terkenal dan umat Islam menjadi pengguna tetap produk keluaran bangsa mereka. Salah satu sebabnya, orang Yahudi sejak dari belum lahir dididik oleh ibu bapanya untuk menjadi seorang yang cekap. Sila rujuk pada entri ini [link]. Link yang diberi ini menunjukkan salah satu bukti mengapa kaum Yahudi begitu pandai.


Bani Israel, jumlahnya sikit saja. Tapi mampu menguasai dunia. Mampu membuatkan Amerika melutut kepada negara haram Israel. Boleh menjadikan pemerintah negara Islam seperti Arab Saudi, Jordan, dan Mesir sebagai anjing mereka. Lihat bagaimana Yahudi boleh mempengaruhi Amerika supaya memujuk King Husein dari Jordan membuat perjanjian damai dengan Israel. Lihat juga macam mana Israel berjaya membangsatkan Hosni Mubarak dengan menutup pintu sempadan Gaza-Mesir. Kecerdikan mereka patut disalute.


Idea pembentukan negara Israel


Inilah gerakan dan kecerdikan yang paling agung buat bani Israel. Tanpa kenal putus asa dan penat lelah, dengan jumlah yang sedikit mereka berjaya membina negara mereka dengan berbekalkan kecerdikan dan kecekapan mereka dengan mengumpul kekayaan, mencari maklumat, proses pembentukan Israel pada 1948 berjaya. Dan orang yang bertanggungjawab meniup semangat pembentukan negara Israel ialah Theodor Herzl.


Asalnya, Theodor Herzl hanyalah seorang wartawan dan editor sastera serta penulis drama komedi. Tapi dia berjaya mempengaruhi serta menyatukan orang Yahudi untuk membentuk negara Israel dan usahanya memakan masa berpuluh tahun. Dengan kekayaan yang dimiliki yang dihimpun tanpa penat lelah, dia cuba menyogok Sultan Abdul Hamid II (Khalifah terakhir Othmaniyah) dengan wang beratus juta pound sterling untuk membeli Palestin. Walaupun gagal, tapi dengan kekayaan itu, dia melobi Amerika, British dan Perancis supaya campurtangan. Maka terlepaslah wilayah Palestin kepada golongan Zionis ini.


Dengan terjayanya rancangan itu, usaha-usaha Theodor akhirnya membuahkan hasil. Bukan sekadar berjaya membentuk negara Yahudi, tetapi berjaya membuatkan negara kecil itu menjadi begitu berkuasa di dunia ini sehingga mampu menimbulkan kegerunan dan rasa takut umat Islam yang begitu ramai terhadap bangsa Yahudi yang begitu sedikit.


Pengajaran


Dengan cerita di atas, umat Islam sepatutnya melakukan gerakan yang sama seperti yang dilakukan oleh Yahudi-Yahudi yang mahu mengasaskan negara Israel. Sepatutnya umat Islam memulakan kerja-kerja ini dari dahulu lagi. Tapi tidak boleh kerana umat Islam sendiri meninggalkan ajaran Islam, tidak berpegang teguh seperti mana Bani Israel berpegang teguh pada Taurat dan Talmud. Bani Israel ini berjuang ratusan tahun atas dasar agama. Sebab itu mereka berjaya.


Lagipun, golongan Yahudi ini mengikut sunnah Rasulullah SAW dalam menjaga perihal pemakanan dan menjadi cerdik. Lihat cara dan gaya pemakanan kaum Yahudi yang begitu berbeza dengan umat Islam. Mereka menjaganya dengan teliti dan menurunkan pada anak mereka sebelum lahir lagi. Mereka (Yahudi) ini, dalam kehidupan mereka mengikuti ajaran-ajaran yang mirip dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad, tapi hanya sebahagian-sebahagian. Benarlah kata Tuhan, bahawa mereka ini mengikuti agama separuh, kemudian meninggalkan separuh yang lain.


Umat Islam, bila lagi? Sampai bila mampu berdemonstrasi saja tanpa ada satu pun usaha membina kekuatan dan perpaduan Islam seluruh dunia? Iran dan Turki, dua buah negara ini telah mengeluarkan kenyataan keras. Malaysia? Mana dia pemimpin negara Malaysia yang bergelar Islam ini? Mana perginya kenyataan serta tindakan mereka kerana konvoi tersebut turut memuatkan beberapa rakyat Malaysia? Kalau keluarpun hanya setakat yang lunak-lunak saja. Adakah ini kerana mereka masih dibawah pengaruh APCO Worldwide? Mungkin. Umat Islam sudah kalah dengan bangsa yang sedikit ini.



Semoga semua yang masih hidup terselamat dan pulang ke negara masing-masing. Yang terkorban mudah-mudahan mendapat rahmat Allah.