Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Kenapa Pakatan Rakyat Tak Menang-Menang?

credit to bohiem.blogspot.com


Kalaulah benar perjuangan Pakatan Rakyat (PAS terutamanya) menentang segala bentuk kemungkaran, penyelewengan dan memperjuangkan keadilan kepada semua rakyat, sudah tentu usaha dan niat yang murni ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Tapi cuba tengok, sudah berapa puluh tahun parti pembangkang berjuang di negara ini? Lihat hasilnya - kadang-kadang menang besar, kemudian kalah teruk - ini berterusan selama berpuluh tahun.

PAS contohnya - kalaulah benar niat mereka berjuang hanya kerana Allah, sudah tentu dari dulu lagi Allah permudahkan perjuangan mereka. Ini samalah seperti hujah yang diberikan oleh pensyarah kepada saya :

"Allah pasti tidak akan membiarkan kerajaan yang zalim terus berkuasa - kalau benar Mahathir itu jahat, sudah lama kerajaan ini hancur"

- kata-katanya yang bertujuan membela kerajaan Baghal Nasional (BN). Lebih kurang macam itulah kata-katanya.

Tapi apakah hujah tersebut boleh diterima? Kezaliman dan penyelewengan terang-terangan berlaku di depan mata. Rakyat hidup dalam kesusahan, negara berada di dalam keadaaan tidak aman. Jenayah berleluasa.

Saya fikir, Tuhan memang memurkai corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang tapi Dia tidak lagi memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat kerana ada segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang bersikap bobrok dan jahat tidak ubah seperti pemimpin UMNO. Ini juga termasuk pada masalah niat-niat sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang ada hanya mementingkan kepentingan perut mereka sahaja.

Tuhan tangguhkan dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ada sesetengah pemimpinnya yang mempunyai niat yang tidak baik apabila berkuasa. Sekarang cuba lihat perangai dan gelagat sesetengah pemimpin Islam dari Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR.

PAS ada buat onar dengan caranya yang tersendiri. Begitu juga dengan PKR. Lihat isu terbaru - Krisis diantara Azmin dengan Menteri Besar Selangor. Azmin itu memang dalam pandangan mata kasar saya ialah seorang yang tidak boleh dipercayai berdasarkan tingkah lakunya. Budaya cantas mencantas yang dahulunya berleluasa di dalam UMNO kini turut berada di dalam PAS dan PKR. Dulu Azmin Ali buat hal dengan Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim pernah menceritakan di dalam blog beliau betapa di dalam PKR ada segolongan manusia yang berhati busuk - Zaid buat makan di rumah beliau, ada orang PKR sindir, kononnya Zaid nak berkempen.

Kemudian, apa lagi aktiviti busuk hati dalam PKR? Dulu. lebih kurang 4 tahun lepas Shamsul Iskandar pernah merasa terancam dengan Che Gu Bard mengenai jawatan pimpinan di dalam Angkatan Muda sehinggakan si Shamsul ini mempertikaikan urusan Che Gu Bard di Terengganu yang didakwanya nak berkempen!

Dalam PAS, pertembungan di antara golongan yang kononnya ulamak dengan bukan ulamak. Ulamak sibuk nak mempertahankan kedudukan mereka. Hassan Ali dilepaskan Khalid Samad digantung tugas. Dulu pertembungan di antara Hassan Ali dengan Menteri Besar Selangor. Macam-macam lagilah. Parti pembangkang kalau menang sikit memang mudah lupa diri. Yang hairan dan peliknya - hal-hal dan masalah sebegini hanya berlaku kepada pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam di dalam PAS dan PKR.

Mereka ini bodoh berpolitik. Macam inikah orang Melayu berpolitik? Membantutkan usaha memperjuangkan hak dan nasib rakyat. Kalau dalam PAS, Mustafa Ali and the gang adalah parasit, maka dalam PKR ada Azmin Ali yang mahu menggantikan Azizah sebagai isteri Anwar!

Saturday, March 27, 2010

Jika Benar, Ianya Adalah Kerja Celaka Di Dalam PAS!


Terasa lama benar tak update blog ini walaupun hanya beberapa hari. Bukan apa, line internet di sini macam sial. Nak keluar pergi cyber cafe rasa malas. Takkan keluar hanya semata-mata nak update blog kut?


Banyak perkara yang saya tertinggal sepanjang ketiadaan saya di alam maya selama beberapa hari. Antaranya :


1. Pendedahan "berani" Zul Noordin di parlimen.

2. YB Hulu Selangor meninggal dunia (al-Fatihah). PRK datang lagi. Oleh kerana YB Hulu Selangor dari PKR tidak membuat apa-apa onar sebelum ini, elok sajalah biar calon PKR yang diletakkan di sana (dengar kata nak letak Zaid Ibrahim?).


3. TGNA bersedia untuk letak jawatan.


Kali ini biar saya sentuh dulu perkara yang ketiga. TGNA berkata beliau sedia melepaskan jawatan selaku Mursyidul Am. "Mujur sangatlah kalau tidak diberi apa-apa jawatan," katanya. Sememangnya saya juga merasa kasihan terhadap keadaan fizikal dan tahap kesihatan beliau. Terpaksa ulang alik Kelantan-KL, menguruskan pentadbiran negeri Kelantan, turun bertemu rakyat bawahan, kuliah mingguan di Dataran Ilmu, imam solat subuh, dan lain-lain lagilah. Tak padan dengan tubuh lesunya dengan kerja yang banyak itu.


Saya hormati keputusan itu. Ringankan sedikit bebanan beliau. Tapi, ada satu perkara yang perlu kita fikirkan. TGNA adalah orang yang paling kuat menentang sebarang bentuk kerjasama PAS-UMNO. Pasti akan ada yang melompat kegirangan atau ketawa terkekek-kekek dalam bilik air apabila mendengar berita ini. Dan pasti juga akan ada yang keluar air liur meleleh-leleh kerana nakkan jawatan Mursyidul Am. Siapa? Fikirlah sendiri.


Satu lagi persoalan, kenapa Ustaz Ahmad Awang tidak dijemput ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS? Sudah ada khabar yang diberitakan bahawa Ustaz Ahmad Awang bakal digugurkan daripada menjadi Ahli Majlis Syura? Perlu diingat, Ustaz Ahmad Awang juga adalah orang yang menentang kerjasama PAS-UMNO di Perak, dan juga sekepala dengan TGNA. Cuba flashback balik ucapan beliau di Mukatamar PAS di Shah Alam baru-baru ini.


Sebelum ini saya berharap bahawa orang yang menggantikan tempat TGNA adalah Ustaz Ahmad Awang. Beliaulah paling layak. Tapi jika benar bahawa ini adalah konspirasi untuk membuang/menyingkirkan pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat, sememangnya ini adalah kerja yang celaka.


Siapa yang mempengerusikan mesyuarat itu? Ianya ialah Presiden PAS bersama Timbalannya. Dan dapatkah kita mengagak apa keputusannya nanti? Lebih kuranglah dengan tindakan bodoh wa bahlul dengan melantik Mustafa Ali menjadi SUA dan juga mengekalkan Hassan Ali menjadi PJ PAS Selangor! Bukankah kedua-dua pemimpin tertinggi PAS tersebut pro-UG?


Kalau Ustaz Ahmad Awang menjadi outcast, alamatnya terkenyeh panjanglah si Harussani, kerana sudah dapat geng di dalam PAS!

Sunday, February 14, 2010

Bye-Bye To U Too, Zahrain.


Akhirnya telah keluar satu lagi duri di dalam daging bagi PKR, seterusnya bagi Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang. Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru telah selamat keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Ini berita baik. Ini suatu yang bagus. Semoga dengan terkeluarnya malaon-malaon yang satu spesis dengannya, maka PKR akan mengalami satu proses pembersihan dalaman.


Mudah-mudahan lebih ramai lagi pemimpin yang satu spesis seperti Zahrain diharap keluar daripada Pakatan Rakyat (bukan PKR saja). Kami tak perlukan pemimpin yang memegang jawatan semata-mata mahu memenuhi kehendak sendiri. Lepas ni, bila pula ya kita akan mengucapkan "bye-bye" kepada Ahli Parlimen Bachok, ADUN Gombak Setia, Setiausaha Agung PAS, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, dan yang sewaktu dengan mereka? Tak sabarnya nak menunggu adegan yang seterusnya.


Sekurang-kurangnya PKR sudah ada sedikit proses pembersihan. PAS bila lagi? Selama ini orang PAS mendabik dada bahawa parti mereka tidak ada wakil rakyat yang lompat parti seperti PKR. Ingat, bukan susah bagi Allah untuk menterbalikkannya kepada kamu semua. PAS juga perlukan pembersihan seperti PKR dengan diharap keluarnya dua-tiga kerat pemimpin yang bermasalah. Rakyat tahu menilai. Mereka bukan bodoh. Kalau nak kalah teruk, silakanlah kekalkan mangkuk-mangkuk tersebut di dalam parti.

Saturday, February 13, 2010

Perbetulkan Niat Dulu


Suka atau tidak, kita semua kena mengakui bahawa harapan untuk melihat Malaysia menjadi lebih baik dan diperintah oleh pemimpin yang lebih elok dengan keadilan - sudah musnah dan hancur berkecai! Harapan yang dibina semenjak Mac 2008 hanyalah tinggal sekadar mimpi dan angan-angan.


Tiada lagi Harapan Baru Untuk Malaysia, tiada lagi Keadilan untuk Semua. Satu demi satu bala menimpa terhadap golongan yang boleh kita (rakyat) sangkakan mampu menggantikan rejim yang sedia ada di negara ini. Ada sesiapa tahu mengapa satu demi satu bala menimpa Pakatan Rakyat? Kalau pendapat saya, senang saja. Apakah niat sebenar dan angan-angan disebalik dua tiga kerat pemimpin kita?


Adakah diantara mereka berniat ikhlas untuk mengembalikan keadilan di Malaysia ataupun ada diantara mereka yang belum memperoleh kuasa sudah berangan yang bukan-bukan. Mengimpikan kedudukan dan kemewahan yang bakal dinikmati jika mereka berjaya menawan Putrajaya. Agaknya, mungkin kerana niat yang tidak betul tadi, tuhan telah membantutkan segala perancangan yang dibuat sejak dari mula. Adakah pemimpin-pemimpin kita benar-benar ikhlas mahu mentadbir negara ini? Kalau ya, sudah tentu tuhan mempermudahkannya.


Tapi mengapa jadi begini? Ia berkaitan dengan niat. Oleh itu, perbetulkan niat dahulu sebelum menawan Putrajaya.

Tuesday, November 17, 2009

Pertahankan Negeri Selangor!


“Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

“Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habisan,” katanya. - Anwar Ibrahim, Malaysiakini.



Walaupun saya bukan orang Selangor, tapi memandangkan Selangor merupakan tempat saya menimba ilmu, secara automatik ia menjadi rumah kedua saya. Dan saya tak rela melihat UMNO/BN menceroboh dan merampas Selangor, sama ada dengan cara halal, ataupun dengan cara seperti pondan sepertimana mereka merampas Perak (menang cara pondan). Semua tahu, selepas Perak, sasaran UMNO/BN yang diketuai oleh isteri Bik Mama menghalakan sasaran ke Selangor pula. Banyak isu yang ditimbulkan bertujuan untuk menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. ADUN-ADUN disiasat oleh SPRM. Hassan Ali cuba mendekatkan PAS dengan UMNO. Isu perarakan kepala lembu, dan lain-lain. Belum lagi masuk percakaran diantara pemimpin-pemimpinnya.


Walaupun kerajaan PR Selangor bukanlah terbaik, banyak kelemahan, tapi ia seribu kali lebih baik daripada kerajaan Selangor yang diketuai oleh Khir Toyol dulu. Semasa pemerintahan Khir Toyol, rumah rakyat miskin diroboh, surau-surau dan masjid tidak bebas mengadakan majlis ilmu, banyak rasuah dan penyelewengan dilakukan, unsur-unsur kekafiran dimasukkan dan dikekalkan di dalam kerajaan walaupun pemimpinnya hampir kesemuanya Islam.


Selepas ini, Pakatan Rakyat harus mantapkan lagi kedudukan di Selangor. Jangan hanya cakap di mulut saja. MB Selangor, Khalid Ibrahim jangan jadi lembab dan bodoh serupa Hadi dengan mengekalkan barua-barua UMNO dalam pentadbiran negeri Selangor. Hassan Ali harus disingkirkan daripada Kerajaan Negeri Selangor, beserta sekutu-sekutunya. Jika ada sesuatu isu timbul ataupun perselisihan, hendaklah diselesaikan secara berhemah dan jangan biarkan UMNO memanipulasi isu tersebut.


Jahanam! Jahanam! Jahanam UMNO!


Jangan biarkan kedua-dua ekor laki bini toyol ini mencuri duit rakyat Selangor sekali lagi.

Saturday, November 14, 2009

You Are The Best, Tok Guru!

Sumber Gambar : Aduka Taruna


Tak perlu buat undian melalui TV, blog, website, dan sebagainya. Tanya saja kepada sesiapa tentang pemimpin yang paling terpengaruh di dalam Pakatan Rakyat. Sudah tentu majoritinya memberi jawapan bahawa pemimpin tersebut ialah Tok Guru Nik Aziz. Beliau disenangi oleh seluruh lapisan masyarakat. Ramai yang menghormati beliau selaku ulama', murabbi, pemimpin, ayah, dan datuk. Keperibadian seperti beliau agak sukar untuk dicari ganti. Kepimpinan beliau terbukti berkesan, lihat saja keadaan negeri Kelantan yang ditadbir selama 19 tahun. Tak seorangpun orang bukan Islam merungut cara pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh Tok Guru. Jika sebelum PRU-12 dulu, dan beberapa kemudiannya, pengaruh atau fenomena Anwar Ibrahim begitu tinggi di dalam Pakatan Rakyat. Tapi sekarang populariti Tok Guru Nik Aziz jauh meninggalkan Anwar. Undian di NTV7 semalam menunjukkan Tok Guru 22% mendahului Anwar. Diikuti LKS dan Haji Hadi yang masing-masing 9%.


Nota :


Berkenaan satu lagi krisis di negeri Kelantan, saya rasa saya tak mahu ulas kerana saya langsung tidak tahu maklumat mengenainya, antara menantu Tok Guru, Kickdefella, Husam dan PMBK. Dan tentang keputusan Tok Guru membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun ini atas tajaan sebuah syarikat, saya menyatakan sangat setuju dengan tindakan beliau walaupun beliau kelihatan sebak memandangkan usaha orang yang mahu memburukkan beliau itu berjaya. Sebagai pemimpin dan ulama tok guru juga harus menjaga persepsi orang ramai terhadap dirinya. Jika nama pun pemimpin, rasuah akan datang melalui berbagai cara dan berbagai usaha yang dilakukan oleh orang tertentu. Saya tak kata orang yang mahu menaja Tok Guru itu mahu merasuah memandangkan blogger Penarik Beca sudahpun menjelaskan siapakah orang yang menaja Tok Guru itu. Tapi walau betapa rapatnya orang tersebut dengan tok guru, orang ramai boleh membuat bermacam-macam andaian. Jadi, tindakan membatalkan hasrat untuk menunaikan haji itu tidakan yang tepat lagi bijak. Semoga tok guru panjang usia untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya.

Saturday, October 31, 2009

Ustaz Azizan Lebih Layak Ganti Haji Hadi?


Saya merujuk kepada sebahagian tulisan Prof. Aziz Bari yang terdapat di PerakExpress. Sememangnya Ustaz Azizan layak menggantikan Haji Hadi untuk menerajui PAS. Walaupun beliau dikatakan tidak berminat, PAS harus paksa beliau. Bagi saya Ustaz Azizan memang mempunyai ketokohan yang mirip dengan almarhum Ustaz Fadzil, cuma ada yang "kureng" sikit, aura belum cukup kuat. Kebolehan serta kecekapan Ustaz Azizan mentadbir Kedah jauh lebih baik sewaktu Kerajaan PAS di Terengganu dahulu. Ustaz Azizan berjaya menangkis serangan-serangan daripada UMNO dengan bijak sekali. Bermula sewaktu awal-awal Pakatan mengambil alih Kedah. Isu Tadika Kemas dikunci dimainkan, tapi berjaya diselesaikan oleh Ustaz Azizan sehinggakan UMNO tidak mampu membalas balik.


Begitu juga ketegasan beliau dalam isu perobohan rumah sembelihan babi. Isu ini hanya seketika, kemudian hilang dibawa angin. Sehingga sekarang, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Ustaz Azizan yang agak selamat daripada peluru-peluru UMNO, berbanding negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Potensi kerajaan Kedah sekarang jauh lebih baik daripada Kerajaan Terengganu sewaktu tahun 1999-2004 lalu. Nak dibandingkan dengan Presiden yang sedia ada yang sudah terbukti lembab, menjadi boneka kepada beberapa kerat pemimpin PAS tertentu, jauh beda. Terengganu gagal dipertahankan kerana lalai dan mudah lupa diri. Syok sendiri orang kata. Dia ingat rakyat sokong PAS. Sebab itu buat lebih kurang. Hubungan dengan parti komponen Barisan Alternatif dahulu tidak dijaga dengan baik, sehingga DAP bertindak keluar daripada BA. Presiden yang lembab, ikut saja telunjuk geng-geng Terengganu.


Haji Hadi sewaktu mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu dahulu, sejumlah wang yang besar nilainya dijumpai di dalam laci bekas MB Terengganu, Wan Mokhtar. Tapi Haji Hadi membuat keputusan tidak perlu siasatan. Buat-buat baik. Dan juga oleh kerana ke"mengongan" beliau memperkenalkan dokumen negara Islam, membuatkan pengundi bukan Islam semakin menjauhi PAS, tambahan pula ketika itu gejala "Islamophobia" masih lagi menghantui orang bukan Islam dengan tragedi 11 September di New York. Cerdik kan Haji Hadi??? Dia ingat dengan memperkenalkan dokumen itu, dah boleh jalankan hudud, rejam orang, kerat tangan (sebab istilah "hudud" itulah yang sering dilaungkan Haji Hadi di dalam kuliahnya, nak sangat hudud tapi bodoh dalam strategi). Dia masih lagi amalkan strategi 80-an, ketinggalan zaman. Style ceramah dia pun kekalkan, membosankan.


Almarhum Ustaz Fadzil tak macam itu. Tak terburu-buru nak laksanakan Islam, kerana ada benda yang jauh lebih penting untuk diselesaikan. Apabila almarhum ditanya oleh wartawan antarabangsa, adakah Ustaz Fadzil akan menutup pusat judi di Genting Highlands jika BA memerintah negara? Dengan bijaksana dan tidak lembabnya Ustaz Fadzil menjawab, (saya petik dari sini), “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.” - tengok jawapannya. Jauh lebih cerdik daripada pengganti beliau, yang siang malam berkokok umat Islam harus tegakkan Islam, tapi strategi hancur. Ustaz Azizan ada kredibiliti seperti Ustaz Fadzil. Cerdik. Tidak bengap.


Sama tapi tak serupa


Haji Hadi terbukti seorang yang lemah. Dia diibaratkan Abdullah Badawi, banyak mendiamkan diri, membisukan diri, seperti orang tidur. Aduka Taruna gelar ''the Sleeping Buddha". Masalah yang ditimbulkan oleh Hassan Ali di Selangor dia buat-buat sardin. Perarakan kepala lembu, dia buat-buat tidur. Bila hampir kesemua AJK PAS Pusat minta Hassan Ali ditukarkan, Haji Hadi nakkan siasatan dijalankan. Padahal dah terbukti mangkok itu bermasalah. Nak siasat buat apa lagi. Haji Hadi juga seorang pemimpin yang lemah. Ikut telunjuk Mustafa Ali, jadi puppet atau wayang kulit kepada Mustafa Ali, dari dulu sampai sekarang. Dulu lingkup Terengganu, sekarang kemungkinan besar lingkup PAS pula.


Tengoklah semasa sidang media, Mustafa Ali banyak bercakap di pihak Haji Hadi. Dialah mastermind, dia kawal parti, dia kawal Harakah, dia kawal Presiden. Haji Hadi dah jadi macam pemimpin UMNO, ayat yang biasa terkeluar dari pemimpin UMNO sekarang ada pada Haji Hadi, "Kita akan siasat", "siasatan akan dibuat,". Dah tahu sebelum ini orang tak suka Hassan Ali, dan ada permintaan supaya Hasan Ali ditukarkan, tapi si Presiden lembab ini kekalkan juga. Setiausaha Agung, Mustafa Ali dipilih. Tak ada orang lain ke? Apa beza PAS dengan UMNO? Sepatutnya Pesuruhjaya Negeri dilantik oleh PAS-PAS Kawasan, bukan lantikan terus daripada Pusat, tak peduli suara bawahan. Nak pelingkup parti betul.


Saya tak boleh ulas dan kondem banyak-banyak, nanti ada bahasa yang tak elok terkeluar. Elok berhenti setakat ini saja. Ustaz Azizan layak berbanding Hajo Hadi, ketuai Parti Islam Se-Malaysia. Basmikan PAS daripada Geng Terengganu.

Saturday, October 17, 2009

Masalah Di Dalam Pakatan Rakyat

Jika masalah-masalah di bawah ini tidak ditangani dengan bijaksana sebelum ianya merebak dan menjadi lebih teruk, macam mana ya nasib PAS, PKR, dan DAP pada PRU yang akan datang? Rakyat sekarang ini rata-ratanya sudah tahu memerhati dan menilai, kerana kedua-dua gabungan iaitu BN dan PR sama-sama mempunyai kerajaan, yang bedanya cuma PR sahaja yang tidak menguasai Pusat. Jika pada PRU 2008, kebanyakan rakyat meluat dengan BN lantas membuat keputusan untuk memangkah calon selain daripada lambang dacing, tapi PRU yang akan datang rakyat pasti akan membuat penilaian berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat.


Masalah-masalah :


1) Pergeseran di antara PAS dan DAP yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin tertentu di dalam parti tersebut. Pembuat masalah di dalam PAS ialah : Hadi, Mustafa, Nasha, Hasan Ali. DAP pula : Teresa, Ronnie, Jeff Ooi.


Isu : Arak di Selangor, Selcat, tulisan jawi di papan tanda, Kerajaang Perpaduang, kandang babi, dan lain-lain.


2) Pergolakan dalaman PAS : Di antara puak pro-Kerajaang Perpaduang Makang Ikang dengang puak pro-Pakatan Rakyat (yang digelar "Erdogan" oleh UMNO). Di Selangor lebih ketara, diantara Khalid Samad dengan Hassan Ali.


3) Kerajaang Perpaduang - skandal perjumpaan dalam gelap, Task Force, perjumpaan di hotel Sheraton, Subang.


4) Lompat parti : Di Perak dan Kedah (wakil rakyat PKR)


5) Kegagalan agenda 16 September


6) Menyerang setiap konsert - tetapi tidak mencadangkan alternatif, ataupun serang konsert didahulukan, kemungkaran yang lain buat-buat tak nampak (saya merujuk kepada Pemuda PAS yang semakin menjengkelkan dan membosankan semenjak jawatan Ketua Pemuda bertukar tangan, dah la imej skema macam budak tadika, anak-anak muda tidak cuba didekati)


7) Krisis di dalam PKR - isu Zaid Ibrahim bercuti selama 6 bulan, dipercayai ada kaitan dengan Azmin Ali.


p/s : Rupa-rupanya Azmin Ali ini spesis yang nakkan jawatan juga, mengamuk sakan bila ketua-ketua PKR cabang di Sabah sepakat menolak Azmin, sehinggakan Anwar pun tak dapat nak tenangkan dia. Dari sumber yang lain, Azmin Ali resah dan cemburu kerana Zaid Ibrahim banyak sumbangkan idea kepada Anwar dan ini membuatkan Zaid dan Anwar menjadi rapat. Busuk hati punya orang. Dah la tiru semua gaya Anwar. Dari gaya pakaian sampailah kepada gaya bercakap. Lebih teruk dari perempuan.


Masalah yang lain :


PAS mempunyai masalah dalaman (diantara pemimpin), PKR pun sama, tambahan pula mempunyai 3 orang wakil rakyat yang lompat parti, DAP pula mempunyai masalah yang sehingga kini tidak boleh ngam dengan dasar Islam.


Nota :


Nampaknya bermula dari sekarang pemimpin-pemimpin PR patut selesaikan masalah-masalah seumpama ini dengan gentlemen. Baru setahun lebih berpakat, sudah timbul bermacam-macam isu. Setiap parti ada masalahnya yang tersendiri. Jika tak mahu peratusan kemenangan berkurang pada PRU yang akan datang, eloklah baiki apa yang rosak di dalam sistem PR. Jika ada yang perlu dibuang, buanglah jauh-jauh!

Wednesday, August 5, 2009

Menyokong Kenyataan Hasan Ali


Akhirnya PAS Selangor bersuara untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar melalui Pesuruhjayanya, Hasan Ali. Saya banyak terdengar kata-kata yang kurang enak dilontarkan terhadap PAS apabila sesudah memenangi pilihanraya, janji untuk berbuat amar makruf tidak ditunaikan, contohnya arak dan judi di beberapa negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.


Saya dengan ini menyokong kenyataan Hasan Ali yang dikeluarkan melalui sidang medianya semalam bahawa beliau meminta YAB Menteri Besar Selangor menukar portfolio Exco Kerajaan Selangor iaitu Ronnie Liu selaku Exco Kerajaan Tempatan dan menggantikannya dengan ADUN yang lain, ataupun portfolio itu dipegang sendiri oleh YAB Menteri Besar. Ini berlaku kerana Ronnie Liu mendesak pihak MBSA yang merampas jualan arak yang terbuka di Shah Alam memulangkannya balik kepada premis yang menjualnya.


Rampasan dibuat kerana aduan dan bantahan penduduk Melayu Muslim yang majoriti di Shah Alam. Jadi Ronnie Liu sila jadi manusia yang reti bahasa, jadi ADUN atau Exco, jadilah ADUN untuk semua, bukan hanya ADUN bagi orang kafir saja. Fikirkanlah sensitiviti dan perasaan umat Islam. Saya berasa sedikit berbangga dengan usaha kecil yang dilakukan oleh Hasan Ali, walaupun tidak dapat membasmi kemungkaran sepenuhnya, tapi ini sudah berbaloi memandangkan parti Islam hanya minoriti di dalam DUN Selangor.


Dan inilah untungnya PAS menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Rakyat, jika ada kesalahan yang dilakukan, bolehlah menegur dan menyatakan ketidakpuasan hati. Cuba bayangkan kalau PAS bekerjasama dengan UMNO, saya rasa mungkin Hasan Ali akan diberi amaran oleh UMNO Selangor berikutan usaha amar makruf yang dilakukan.


PAS tidak boleh sepenuhnya melaksanakan Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat walaupun kerusi majoriti di Kedah,mempunyai Menteri Besar di Perak, dan mempunyai exco kanan di Selangor. Walaupun tak boleh melaksanakan Islam sepenuhnya, buatlah sekadar yang termampu. Contohnya menghadkan penjualan arak kepada orang bukan Islam sahaja, dan menguasai masjid. Jika mahu melaksanakan Islam sepenuhnya, pastikan PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana Dewan Undangan Negeri. (saya menerangkan ini kerana masih ada Melayu yang bodoh + bengong + bahalol yang mempersoalkan PAS tidak melaksanakan Islam walaupun ada exco agama)


Tentang DAP yang agak kurang mesra dengan Islam, bagi saya ia bukan suatu yang menghairankan. Pemimpin-pemimpin DAP membesar dengan keadaan yang tidak ada kefahaman Islam, jadi tidak hairanlah jika ada sesetengahj pemimpin mereka yang kurang senang dengan Islam. Itu boleh diubah, dan sudah menjadi tugas PAS untuk menerangkannya sedikit demi sedikit dan memberi kefahaman Islam kepada DAP. Dan jika ada perselisihan, eloklah kerana ia dapat mematangkan komponen-komponen Pakatan Rakyat. Lainlah UMNO. Rupa saja Islam, tapi hanyalah topeng. Jika dibuka topengnya, dapatlah kita lihat wajah munafik.


p/s : Apa-apapun, saya lebih senang melihat PAS bekerjasama dengan DAP yang bukan Islam dan menyokongnya daripada melihat PAS bersama-sama UMNO yang munafik.