Showing posts with label Zul Noordin. Show all posts
Showing posts with label Zul Noordin. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Ah Moi Bertemu Dengan Nik Aziz

Masjid - atau mana-mana tempat ibadat orang Islam merupakan pusat berkembangnya agama Islam. Tempat bagi semua golongan bersosial dan saling bertukar fikiran di samping menyebarkan ilmu. Masjid juga boleh menjadi daya penarik kepada sesiapa yang mahu mendekati dan mengenali Islam, termasuk kepada orang bukan Islam.

Hari ini, oleh kerana wujudnya satu entiti yang bernama UMNO (laknatullah), masjid menjadi hambar. Usah kata orang bukan Islam tidak dimesrai, malahan orang Islam sendiri pun ada yang dihalau daripada masjid. Itulah jadinya jika masjid tersebut terdiri daripada imam, bilal dan siak UMNO (laknatullah). Tak pernah lagi dengar orang Islam dihalau daripada gereja, tokong ataupun kuil atas tujuan lawatan.

Tak ada masalah orang bukan Islam nak masuk masjid atau surau. Yang bermasalah cuma UMNO (laknatullah) dan lebih celaka lagi, dikatanya ah moi DAP tersebut memberi tazkirah. Juak-juak UMNO juga tak ketinggalan daripada meninggalkan komen mereka. Dimulai dengan MAIS dan JAIS, pejuang Islam kita Zul Noordin (laknatullah) pun tumpang semangkuk.

Thursday, May 13, 2010

Mana Dia Zul Noordin?

INI BUKAN ZUL NOORDIN, INI YANG BERHORMAT DONKEY


KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.


Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.


Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.


Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.


Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.



Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.



"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.


Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir. - Harakahdaily




Woit!


Mana dia pejuang Islam kita dari Kulim?? Senyap semacam saja. Cakap pasal Islam berdegar-degar. Takkan setakat komen dalam blog kut. Tak ada sidang media ke? Pegi serang DAP buat apa. Parti yang kau kata "laknatullah" itulah yang lawan judi dalam parlimen.


Takut tegur Najib ke? atau takut kena himpit dengan bik mama?

Monday, March 8, 2010

"Ulamak" Cap Keldai


Inilah kesan daripada kenyataan bodohnya yang ingin mengutip balik sampah yang dibuang oleh rakan, hari ini sampah tersebut sudah menyatakan jawapannya :


Salam 2 all.

Berikut lapuran daripada M-Star semalam. Saya ucapkan syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Datuk Tuan Ibrahim.

Sudah pasti saya akan mengkaji dengan serius pelawaan beliau. Insyallah saya mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan tidak lama lagi.

Kira ok juga teman yop, tak sampe sehari teman menjando dah ada yang masuk meminang ;)

Sementara itu, relax dulu lah yop. Teman baru lepas menjanda, eddah pun tak abih lagi yop ;))


Cerdik ke bodoh pimpinan macam ini? Nak suruh PKR dan PAS bergusti kah? Dia ingat kenyataan dia mempelawa mangkok itu cerdik kah? Dah la PAS masih lagi tak selesai-selesai masalah dalaman lepas tu dia pula nak bawa masuk orang yang bermasalah. Atau nak tengok mangkok dari Kulim bertumbuk dengan Khalid Samad?

Saturday, March 6, 2010

Zul Noordin Dipecat Dari PKR

INI BUKAN ANWAR IBRAHIM NAIK ANGIN, INI LEMBU BUANG ANGIN

INI BARU MUKA MAMAT POYO DARI KULIM KENA PECAT


PKR pecat Zulklifi Noordin - Malaysiakini


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Komen : Akhirnya..bye-bye kepada MP Kulim Bandar Baharu, Zul Noordin. Adakah Zul Noordin juga akan kosongkan kerusinya?

Walaubagaimanapun, salah tetap salah. Tapi jangan sampai tidak mendatangkan keadilan. Saya tertanya-tanya juga, permintaan Zul Noordin untuk diadili oleh panel Muslim dalam JK Disiplin PKR itu kenapa susah sangat untuk dipenuhi???