Showing posts with label ulama'. Show all posts
Showing posts with label ulama'. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Menjelang Muktamar : Ulama Adalah Candu Kepada Masyarakat

STADIUM MALAWATI SHAH ALAM PADA TAHUN LEPAS - AMBIL GAMBAR DARI PARKING LOT

Muktamar tiba lagi. Kali ini saya tidak bercadang untuk mengikuti persidangannya seperti tahun lepas. Tahun lepas, Muktamar PAS ke-55 diadakan di Shah Alam - telah merobah sama sekali persepsi dan harapan saya kepada parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini. Jujur saya katakan - saya tidak lagi menghormati PAS sama seperti keadaan sebelum Muktamar pada tahun lepas, di mana hancur luluh hati saya kerana melihat keadaan dan perangai pimpinan parti ini.


Sebagai seorang yang bercita-cita mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik, saya meletakkan harapan yang begitu tinggi pada parti-parti pembangkang. Sebeb itu tak kira sama ada PAS, PKR, atau DAP - saya sokong kesemua dasar perjuangan mereka. Tapi di antara tiga parti tersebut - saya tak dapat menipu bahawa diri saya lebih dekat dengan PAS - ini disebabkan oleh suasana di tempat saya membesar.


Saya masih ingat - muktamar pada tahun lepas merupakan detik yang celaka bagi PAS. Selepas berakhirnya muktamar itu - kebanyakan blogger berpaling 360 darjah. Jika sebelum itu sasaran mereka hanyalah UMNO dan BN, kini sasaran mereka turut melibatkan sesetengah pemimpin PAS yang memang sah dan terang tidak layak diangkat menjadi pemimpin.


Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam - merupakan muktamar paling celaka - pertama kali saya melihat kononnya ulama menggelabah mahu mempertahankan kedudukan mereka, inilah salah satu bukti bahawa ulama juga gilakan kuasa. Laungan kepimpinan ulama tercabar kedengaran sebelum dan semasa muktamar berlangsung. Dengan berbekalkan gelaran ulama - mereka mencandukan ahli-ahli supaya mempertahankan ulama.


Ketua Dewan Ulama pada masa itu - Daud Iraqi - menuduh bahawa ada calon yang cuba merasuah perwakilan dengan mengadakan jamuan makan dan memberi hadiah, tapi bila ditanya siapa, dan diminta bukti - dia hanya diam. Kerana ianya adalah hearsay sahaja. Celaka! Patutkah ketua sesebuah dewan yang dipenuhi oleh orang alim menuduh tanpa bukti?


Ingat lagi - siapa yang menetapkan peraturan bahawa Presiden dan Timbalan mesti ulama? Apa gunanya bertitlekan ulama tapi tak reti jaga parti? Hebat sangatkah sehinggakan Harun Taib pernah mencadangkan bahawa ketiga-tiga jawatan Naib Presiden semuanya mesti ulama'? Bullshit - pure bullshit! Apakah selama ini yang kuat menentang penyelewengan, membongkar kes rasuah, turun ke jalan raya, ditangkap dan dilokap adalah ulama?


Dengan bersenjatakan Kepimpinan Ulama - mereka mencandukan ahli. Calon Timbalan Presiden ada 3 - Mat Sabu, Husam Musa, dan Nasharuddin. Secara asalnya saya sangat bersetuju dengan Mat Sabu, kerana imej marhaennya. Husam juga apa kurangnya. Tapi tidak pada calon yang ketiga - yang mahu mempertahankan jawatannya sehingga lahirlah istilah kepimpinan ulama tercabar.


Malam sebelum keputusan diumumkan pada esok pagi - secara tak rasmi Husam Musa mendahului Mat Sabu dan Nasharuddin. Tapi apabila keputusan diumumkan - undi yang diperolehi Husam jatuh mendadak. Akhirnya Nasharuddin menang. Dalam PAS pun ada politiking. Tapi, terbukti bahawa Nasharuddin sebenarnya ditolak - kerana jika dicampur undi yang diperolehi oleh Mat Sabu dan Husam - sudah boleh menewaskan Nasharuddin.


Tahu saja keputusan memihak pada Nasharuddin - saya yang ketika itu menjadi pemerhati terus angkat punggung dan blah... Lebih baik balik dan tido. Nasharuddin - sebelum itu kerap dipuji oleh Utusan dan mendapat sokongan daripada blogger-blogger UMNO melalui blog mereka.


PADERI ZAMAN PERTENGAHAN EROPAH


Menjual Certificate of Indulgences


Perbuatan sesetengah pemimpin PAS mencandukan pengikutnya dengan kepimpinan ulama, ulama tercabar, wala' dan sebagainya - tak ubah seperti perbuatan paderi-paderi Kristian pada zaman pertengahan Eropah - sehingga Dark Age - zaman kegelapan. Di mana paderi-paderi mengambil kesempatan di atas sikap wala' rakyat kepada gereja sehinggakan paderi mendakwa mereka boleh mengampunkan dosa rakyat yang bersalah - kemudian mesti membeli Certificate of Indulgences - sijil pengampunan - bukti bahawa dosa mereka sudah terampun.


Gereja pada waktu itu mempunyai pengaruh yang begitu kuat dalam masyarakat. Bahkan boleh mempengaruhi istana. Tak hairanlah paderi-paderinya mengambil kesempatan atas nama agama. Ini sama seperti PAS. Pemimpinnya mengambil kesempatan atas nama Parti Islam, Jemaah Islam - ulama dihiaskan dengan berbagai-bagai gelaran dan diberi gambaran seolah-olah mereka itu maksum. Nasib ahli dan penyokong PAS sama seperti masyarakat Eropah pada zaman Dark Age dahulu.


SIAPA MARTIN LUTHER DALAM PAS?


Tapi kebatilan tidak bertahan lama. Melihat begitu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh gereja atas nama agama - bangkit Martin Luther - yang membawa fahaman Protestan - paderi juga manusia biasa, mereka tidak boleh mengampunkan dosa.


Dalam PAS sebenarnya sudah ada Martin Luther ini. Mereka tidak mematuhi pemimpin dengan sewenang-wenangnya. Ulama tidak maksum - mereka pun boleh dikritik. Sikap Martin Luther ini boleh saja turun pada Khalid Samad, atau yang sealiran dengan beliau. Saya ingat lagi tentang peristiwa ramai orang PAS yang jadi pemerhati bersorak dan marah pada Khalid Samad yang ketika itu sedang berucap selaku perwakilan.


Khalid Samad membongkar itu-ini, Puncak Niaga, taktik musuh, peperangan Siffin, ucapan Pemuda PAS seperti Pemuda UMNO - inilah ucapan yang berani, tidak seperti ucapan perwakilan yang bercakap mengarut - ada yang puji pimpinan - tak berani nak lantang macam Khalid Samad. Tapi ada beberapa pemerhati yang menjadi seperti beruk di dalam hutan dengan menjerit pada Khalid Samad yang ketika itu sedang berucap.


Jika skop lebih luas lagi - mungkin orangnya adalah Wan Gee. Blogger Penarik Beca? Beliau terlalu gemuk untuk menjelma sebagai Martin Luther - kah kah kah

p/s : woit! jangan marah no..

Ini bukan zaman 80-an. Zaman di mana orang ramai begitu kemaruk pada ulama. Tak hairanlah pada zaman itu Revolusi Iran baru berlaku. Zaman di mana orang PAS tanpa ada rasa bersalah atau hati perut menghalau Asri Muda turun dari pucuk pimpinan, berselangi dengan kata-kata Pergi Mampus Asri (Marakbar Asri).


Tak mustahil senario itu boleh berlaku lagi jika sesetengah pemimpin PAS yang bermain-main dengan penyokongnya.


Selepas daripada Muktamar tersebut - saya jadi tawar hati pada PAS. Hormat saya tak seperti dulu. Saya menjadi benci jika mendengar perkataan yang agak popular selepas itu seperti wala', thiqah, jemaah, adab, dan lain-lain - benci dengan perkataan ini.


Mereka pandai ambil kesempatan apabila ramai yang menaruh prasangkan terhadap gelaran mereka. Dalam PAS, nak jadi ulama senang saja. Belajar saja di Mesir atau di mana-mana negara Arab - balik di Malaysia sudah boleh jadi ulama. Ulama, bagi saya tempat mereka yang selayaknya hanyalah sekadar menjadi penasihat - menegur jika ketua membuat silap. Bukan rembat semua jawatan.


Orang ramai percaya akan imej baik Ustaz mahupun Ulama. Tapi dengan imej sebegitu, berapa ramai yang mengotorkan imej tersebut? Ada yang kahwin lebih dari satu, tapi tak adil. Ada yang pukul bini, tapi depan orang ramai tunjuk muka alim. Ada busuk hati - tak senang apabila melihat ada orang yang sedang menaik dan bakal mengancam kedudukan mereka. Dan lain-lain. Tapi ahli dan penyokong membutakan mata - kerana terpesona dengan imej dan ayat-ayat suci yang keluar dari mulut mereka.


Jika lebih 100 tahun dahulu Karl Marx berkata "Agama merupakan candu kepada masyarakat". Dan hari ini, saya ingin mengulangi perkataan tersebut tapi dengan sedikit perubahan.


"Ulama merupakan candu kepada masyarakat"


Dari mana datangnya istilah kepimpinan ulama? Ambil dari ajaran siapa ni? Pernah jumpa tak hadis yang meriwayatkan bahawa ulama itu memegang amanah nabi selagi mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan?


Nota : Lepas ini saya mesti bersedia - sama ada cermin dipecahkan - atau disimbah cat - tapi malangnya saya tak ada kereta kah kah kah


Telinga mesti bertahan apabila ada yang tak senang dengan tulisan ini. Pasti ada yang menyerang.

Ini adalah ulasan orang yang kecewa - kecewa dengan pengkhianatan - kecewa dengan pemimpin mudah lupa diri - kecewa dengan politiking dalam parti Islam - kecewa dengan mamat berperut gendut - dalam PKR ada baju batik berperut gendut - dalam PAS pula ada berjubah dan berperut gendut - dua-dua gendut jangan sampai berlaga perut - nanti nampak macam Teletubbies - kah kah kah

Thursday, April 29, 2010

Pemergian Yang Mengejutkan Dan Menyedihkan



Terkilan hati saya dan berasa kesal kerana tidak mengambil cakna tentang pemergian Tuan Guru Haji Abdul Rahman Fatani yang meninggal pada 2 tahun lepas. Dan saya baru mengetahuinya pada hari ini melalui salah seorang pelajar Pondok Darussalam, Kuala Ibai. Tadi saya bercadang untuk pergi ke sana dengan harapan dapat bertemu dengan Tuan Guru (almarhum). Kali terakhir saya bertemu almarhum ialah pada 3 tahun lepas.


Almarhum pernah berjasa pada saya. Saya terhutang budi padanya dan saya kesal kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada beliau. Dengan ini, hanya surah al-Fatihah saja yang mampu saya beri melambangkan ucapan terima kasih. Matinya seorang alim ulama', memang teramat sukar untuk mencari pengganti.


*** Tuan Guru Haji Abdul Rahman Fatani (gambar) juga merupakan guru agama kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK) sewaktu RPK menetap di Kuala Ibai Terengganu pada 1974-1994. Adakah beliau (RPK) sudah lama mengetahui bahawa gurunya telah meninggal?

Saturday, March 27, 2010

Jika Benar, Ianya Adalah Kerja Celaka Di Dalam PAS!


Terasa lama benar tak update blog ini walaupun hanya beberapa hari. Bukan apa, line internet di sini macam sial. Nak keluar pergi cyber cafe rasa malas. Takkan keluar hanya semata-mata nak update blog kut?


Banyak perkara yang saya tertinggal sepanjang ketiadaan saya di alam maya selama beberapa hari. Antaranya :


1. Pendedahan "berani" Zul Noordin di parlimen.

2. YB Hulu Selangor meninggal dunia (al-Fatihah). PRK datang lagi. Oleh kerana YB Hulu Selangor dari PKR tidak membuat apa-apa onar sebelum ini, elok sajalah biar calon PKR yang diletakkan di sana (dengar kata nak letak Zaid Ibrahim?).


3. TGNA bersedia untuk letak jawatan.


Kali ini biar saya sentuh dulu perkara yang ketiga. TGNA berkata beliau sedia melepaskan jawatan selaku Mursyidul Am. "Mujur sangatlah kalau tidak diberi apa-apa jawatan," katanya. Sememangnya saya juga merasa kasihan terhadap keadaan fizikal dan tahap kesihatan beliau. Terpaksa ulang alik Kelantan-KL, menguruskan pentadbiran negeri Kelantan, turun bertemu rakyat bawahan, kuliah mingguan di Dataran Ilmu, imam solat subuh, dan lain-lain lagilah. Tak padan dengan tubuh lesunya dengan kerja yang banyak itu.


Saya hormati keputusan itu. Ringankan sedikit bebanan beliau. Tapi, ada satu perkara yang perlu kita fikirkan. TGNA adalah orang yang paling kuat menentang sebarang bentuk kerjasama PAS-UMNO. Pasti akan ada yang melompat kegirangan atau ketawa terkekek-kekek dalam bilik air apabila mendengar berita ini. Dan pasti juga akan ada yang keluar air liur meleleh-leleh kerana nakkan jawatan Mursyidul Am. Siapa? Fikirlah sendiri.


Satu lagi persoalan, kenapa Ustaz Ahmad Awang tidak dijemput ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS? Sudah ada khabar yang diberitakan bahawa Ustaz Ahmad Awang bakal digugurkan daripada menjadi Ahli Majlis Syura? Perlu diingat, Ustaz Ahmad Awang juga adalah orang yang menentang kerjasama PAS-UMNO di Perak, dan juga sekepala dengan TGNA. Cuba flashback balik ucapan beliau di Mukatamar PAS di Shah Alam baru-baru ini.


Sebelum ini saya berharap bahawa orang yang menggantikan tempat TGNA adalah Ustaz Ahmad Awang. Beliaulah paling layak. Tapi jika benar bahawa ini adalah konspirasi untuk membuang/menyingkirkan pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat, sememangnya ini adalah kerja yang celaka.


Siapa yang mempengerusikan mesyuarat itu? Ianya ialah Presiden PAS bersama Timbalannya. Dan dapatkah kita mengagak apa keputusannya nanti? Lebih kuranglah dengan tindakan bodoh wa bahlul dengan melantik Mustafa Ali menjadi SUA dan juga mengekalkan Hassan Ali menjadi PJ PAS Selangor! Bukankah kedua-dua pemimpin tertinggi PAS tersebut pro-UG?


Kalau Ustaz Ahmad Awang menjadi outcast, alamatnya terkenyeh panjanglah si Harussani, kerana sudah dapat geng di dalam PAS!

Monday, March 8, 2010

"Ulamak" Cap Keldai


Inilah kesan daripada kenyataan bodohnya yang ingin mengutip balik sampah yang dibuang oleh rakan, hari ini sampah tersebut sudah menyatakan jawapannya :


Salam 2 all.

Berikut lapuran daripada M-Star semalam. Saya ucapkan syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Datuk Tuan Ibrahim.

Sudah pasti saya akan mengkaji dengan serius pelawaan beliau. Insyallah saya mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan tidak lama lagi.

Kira ok juga teman yop, tak sampe sehari teman menjando dah ada yang masuk meminang ;)

Sementara itu, relax dulu lah yop. Teman baru lepas menjanda, eddah pun tak abih lagi yop ;))


Cerdik ke bodoh pimpinan macam ini? Nak suruh PKR dan PAS bergusti kah? Dia ingat kenyataan dia mempelawa mangkok itu cerdik kah? Dah la PAS masih lagi tak selesai-selesai masalah dalaman lepas tu dia pula nak bawa masuk orang yang bermasalah. Atau nak tengok mangkok dari Kulim bertumbuk dengan Khalid Samad?

Friday, November 13, 2009

Balasan Kepada Kebodohan Orang PAS


Sekarang semua boleh lihat PAS ditimpa masalah satu persatu. Dan kesemuanya menjadi isu besar yang telah menjahanamkan imej PAS. Ini semua bermula selepas daripada kemenangan PAS yang tak boleh dibanggakan pada PRU-12. Dan juga beberapa kemenangan kecil PAS pada beberapa PRK yang membuatkan pemimpin dan penyokongnya menjadi bongkak.


Bermula dengan isu berkendak dalam gelap (muzakarah, muqabalah, bla bla bla). Ini kerja daripada beberapa pemimpin PAS. Kemudian lebih parah lagi adanya usaha-usaha untuk mendekatkan PAS kepada UMNO. Pemimpin PAS seperti bermain silap mata dengan rakyat. Apabila isu ini hangat, pemimpinnya berkata isu ini ditutup. Tak lama kemudian, kedengaran lagi isu ini. Sekali lagi presiden lembab berkata isu ini ditutup. Selepas muktamar, semua proksi UG dikekalkan jawatan, isu ini sekali lagi bergema. Kemudian pemimpin PAS bermain wayang dengan menayangkan adegan bermaaf-maafan sewaktu sidang media.


Beberapa bulan kemudian, UG menjelma kembali. Ia ditutup tetapi tak berkunci. Melarat kepada isu EGM/Muktamar Khas yang kemudiannya beralih kepada Mesyuarat Khas, dan dengan Seminar di Taman Melewar. Lebih teruk ada pemimpin PAS yang pergi menjemput bloggers termasuk blogger UMNO untuk mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya didedahkan. Dan perkara malang yang terbaru yang menimpa PAS ialah mengenai isu bai'ah cerai taklik. Ada pemimpin PAS kata perkara itu memang wujud, ada pula yang menafikan.


Lihatlah! Bertitik tolak daripada isu UG, kemudian isu Nasha-Hassan-Mustafa, melarat kepada isu bai'ah. Baru setahun menang dah macam-macam masalah timbul, angkara sebilangan pemimpin PAS. Tapi yang paling bodoh adalah pemimpin dan penyokong PAS itu sendiri. Rela korbankan parti asalkan jangan dikorbankan beberapa kerat pemimpin. Macam mana pun nasihat diberi, kritikan dan sebagainya, orang-orang PAS akan melawan walaupun demi kebaikan parti. Mereka itukan parti yang terbaik, paling suci, banyak tok lebai.



Tapi seperti biasa, jika kita menegur, mendedahkan, atau mengkritik/menghentam, semua orang PAS menjadi seperti orang gila meroyan. Bila kita menghentam UMNO, semuanya enjoy dan gembira, tapi apabila hentaman itu kepada PAS, mulalah mereka mengeluarkan tuduhan - ejen UMNO, orang UMNO, dan lain-lain. Si Nasharuddin tu memang terbukti makhluk perosak, tapi oleh kerana sifat kebodohan genetik Melayu di dalam PAS, alasan kepimpinan ulama (kepimpinan keldai bawa kitab) perlu dilindungi menjadi agenda. Kena wala' pada pemimpin.


Oleh kerana kebodohan orang PAS juga, Prof. Aziz Bari yang kerap mengkritik demi kebaikan PAS sudah tak mahu lagi ambik port mengenai parti syok sendiri ini. Itulah orang PAS, bila kita serang UMNO, dipuji melambung. Bila serang PAS, semua komen macam-macam. Serang penulis blog. Bila penulis blog tulis isu lain yang tak ada kena mengena dengan PAS, tak reti pulak nak komen. Mungkin baca pun sepintas lalu saja!


Sekarang PAS ditimpa bermacam-macam isu yang merugikan parti. Bai'ah itu menurut blogger Mahaguru58 (mahakeling) didedahkan sendiri melalui mulut Nasharudin. Tapi pemimpin dan penyokong PAS macam biasa saja. Macam tak ada apa-apa. Mereka sendiri yang sokong Nasha kekal jadi Timbalan Presiden. Mereka sendiri tak rela Presiden lembab yang serupa Abdullah Badawi itu berundur. Biarkan. Biar pengundi menghukum PAS atas kebodohan penyokong dan pemimpin PAS sendiri. Kita tegur, melenting. Serang UMNO, semua pakat bersorak. Krisis dalam parti, semua lembab.


Semua tak boleh diharap, dari Presiden lembab, sampailah kepada Badan Disiplin. Hasan Ali, Nasha, Mustafa Ali, Harun Taib masih lagi bebas dengan aktiviti mereka. Biarkanlah. Orang PAS serupa dengan orang UMNO tahap kebodohan mereka. Saya walaubagaimanapun masih lagi bersama PAS hanyalah atas faktor Tok guru Nik Aziz. Mungkin selepas ini tak tahulah.

Tuesday, November 10, 2009

Biar Parti Lingkup Asalkan Pemimpin Selamat




Biarlah, apa nak jadi pada parti jadilah. Asalkan kepimpinan Ulama diselamatkan. Tak boleh buang pemimpin, sebab dia banyak berjasa pada parti. Tak boleh suruh dia undur. Dia ulama. Pewaris nabi. Kita mesti hormat. Biar PAS kalah asalkan Islam menang.


Kalau macam ini parti lingkup pun tak apa, biar semua pengundi lari. Biar pengundi atas pagar tak percaya lagi kepada PAS. Biar penyokong PAS meluat dengan PAS. Biar pengundi bukan Islam tak mahu lagi tengok bendera bulan. Biarkan, biarkan. Asalkan dua tiga kerat pemimpin tidak berundur. Mungkin inikah yang PAS mahukan? Ramai ulama tapi setakat jadi keldai bawak kitab buat apa. Parti tak reti jaga. Bila diadakan pemilihan riuh rendah kata kepimpinan ulama tercabar. Biarlah. Mungkin penyokong ulama mahu apa yang menimpa PAS pada PRU yang akan datang lebih teruk daripada keputusan 2004.


"(Ustaz) Nasharudin (Mat Isa) memang lemah. Tapi dia ulama," kata seorang ustaz dari Terengganu kepada seorang ustaz lain di Gombak.


KHAAKKK PTUIH!!!!

Monday, June 15, 2009

Gugurnya Sebutir Permata



Hari Sabtu yang lepas merupakan hari kesedihan bagi umat Islam di seluruh dunia, kerana permata yang menyinar sebelum ini sudahpun malap. Syeikh Fathi Yakan, ulama' besar Lubnan telah kembali ke rahmatullah akibat sakit yang dideritainya. Ini merupakan satu kehilangan yang besar bagi orang Islam, ulama' yang sukar untuk dicari ganti. Banyak jasa almarhum di dalam menggerakkan perjuangan Islam sama ada di Lubnan ataupun dunia.



Salah satu kitab karangan almarhum yang masyhur ialah "maza ya'ni intima'i lil Islam" , atau diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu ialah "Apa Ertinya Saya Menganut Islam". Saya ada menyimpan satu terjemahannya yang dikeluarkan oleh Pustaka Salam. Isi di dalam kitabnya mudah dan senang difahami. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat.



Ungkapan "patah tumbuh hilang berganti" tidak sesuai digunakan untuk ulama'. Kerana dengan kehilangan mereka, untuk mencari penggantinya adalah amat sukar sekali. Inilah tandanya kiamat semakin hampir. Di akhir zaman Allah SWT menarik ilmu agama secara beransur-ansur dengan mematikan para alim ulama'. Maka kesannya ramai manusia menjadi bodoh dan jahil. Dengan itu, mereka akan melantik pemimpin di kalangan mereka yang jahil tentang ilmu agama. Apabila ditanyakan kepada pemimpin mereka akan masalah agama, maka pemimpin tersebut akan menjawab mengikut nafsunya, tidak tahu apa yang dicakapkan, dan keluarlah fatwa yang sesat lagi menyesatkan. Akhirnya, lebih ramai yang suka pergi konsert dan enjoy daripada pergi ke majlis ilmu.

Saturday, June 13, 2009

Kesian Haji Hadi...

Sekarang sudah ramai yang tidak segan silu berani menghina, mengutuk, mengecam, dan mengumpat Haji Hadi ini ekoran idea yang diperkenalkannya. Walaupun pada pandangan kita, dia memang salah, tapi takkanlah sampai berani melabelkan beliau sebagai "sial", "bodoh", "stupid", "celaka", dan sebagainya. Memang salah Haji Hadi sebab dia yang perkenalkan idea itu, dan tidak pula mahu menjelaskan dengan lebih lanjut, tapi dia pun manusia. Dia pun tak sunyi dari buat salah dan silap.


Kalau dah marah sangat, berlapiklah bila mengata kat dia. Dia bukannya orang biasa. Dalam dadanya penuh dan sarat dengan ilmu yang bermanfaat. Kalau dah tak suka, benci, sekurang-kurangnya hormatilah dia kerana ilmu yang dimiliki. Janganlah memaki dan menyumpah dia seolah-olah dia langsung tidak ada jasa di dalam mengembangkan ajaran Islam dan juga PAS. Beliau tanpa kenal lelah jemu menyampaikan firman tuhannya. Kenanglah sikit jasanya dahulu, di saat negara dilanda fenomena kepimpinan baru pada tahun 80-an. Di masa itu Mahathir baru saja menjadi PM. Memang aura dia kuat, rakyat banyak yang sokong. Ditambah lagi dengan fenomena Anwar Ibrahim yang menyertai UMNO.


Siapa yang mengimbangkan sokongan rakyat kepada UMNO kalau bukan Haji Hadi? Pada tahun 80-an jugalah Haji Hadi mula menonjol, PAS semakin mendapat sokongan, sehinggakan PAS menjadi saingan utama kepada UMNO. {engaruh Haji Hadi masa itu tidak terbatas di Terengganu saja, bahkan hampir keseluruh negara. Pahang, Kelantan, Perlis, Kedah, Selangor, dan Kuala Lumpur. Ramai yang berminat dengan perjuangan Islam ketika itu, ditambah lagi dengan angin Revolusi Iran pada lewat 70-an. Haji Hadilah salah seorang yang banyak berjasa dalam menarik rakyat menyokong perjuangan PAS.


Kesian Haji Hadi. Tak cukup dengan UMNO selalu menghentam beliau, orang sendiri pun nak hentam? Dulu Haji Hadi banyak berhadapan dengan ujian dan dugaan. Kenyataan beliau selalu diputar belitkan oleh kerajaan pemerintah. Dia dituduh di dalam isu kafir mengkafir, ekoran menyampaikan kuliah menggunakan kitab Mustika Hadis, di dalam bab cara yang boleh membatalkan iman.


Tak termasuk dengan Amanat Haji Hadi yang diselewengkan. UMNO menyeleweng amanat tersebut dengan mendakwa, Haji Hadi menyeru rakyat menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, tetapi kerana UMNO berkawan dengan orang bukan Islam. Sungguh berat fitnah itu. Sedangkan amanat yang original ialah semasa Haji Hadi menyampaikan ceramahnya di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang berbunyi ;


Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Inilah amanat yang sebenar. Cukuplah UMNO saja yang selalu mengutuk Haji Hadi, termasuk UMNO Terengganu yang kuat memaki hamun beliau, janganlah penyokong PAS sendiri yang membuat perkara yang sama. Kesianlah sikit kepada beliau. Beliau telah mengorbankan sebahagian besar kehidupannya demi menyebarkan Islam di negara ini. Berterima kasihlah sikit.