Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Mana Ada Orang Gila Yang Mengaku Dirinya Gila?

Saya Seorang Yang Waras, Kembali Ke Pihak Yang Benar - The Malaysian Insider


“Sebenarnya sejak sekian lama saya sudah tertarik dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) baru yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.




“Saya seorang yang waras dan sebab itu saya perlu keluar PKR dan kembali ke pihak yang benar (BN).




“Ini kerana saya melihat semenjak Najib memimpin BN dan juga kerajaan Malaysia ekonomi negara semakin mantap serta kuat selain keadaan negara aman damai,” katanya.





Blah la lu. Kecewa tak dapat jadi calon, keluar parti. Dapat tawaran dan pujukan sikit dari anak Hashim Gera lepas tu isytihar masuk BN, tak gitu?



Bodoh. Selama ini buat apa kau berjuang dalam parti pembangkang? Objektif kau hanyalah untuk kepentingan diri, bukan? So, from now on, pergi jahanam kau dengan parti asal engkau itu!



Ekonomi mantap? Negara aman damai? don't make me laugh...

Wednesday, April 14, 2010

Sokong Zaid Ibrahim di Hulu Selangor




Sudah terjawab teka-teki mengenai calon PKR bagi Hulu Selangor. Orang yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi tersebut ialah Zaid Ibrahim. Walaupun masih baru dalam PKR, tapi beliau diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti untuk menjadi calon PRK.


Semoga PRK kali ini berjalan lebih lancar dan tugasan kami hanyalah untuk membantu mempertahankan kemenangan bagi Pakatan Rakyat dan diharap pilihanraya kali ini tidak ada lagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (terutamanya PAS) yang buat babi seperti PRK-PRK yang lepas, yang memaksa kami menyerang mereka.


Ayuh bagi sokongan penuh kepada Zaid Ibrahim!

Thursday, March 18, 2010

Zahrain Oh Zahrain

INI BUKAN ZAHRAIN, INI YANG BERHORMAT MR. WILD-WILD BOAR FROM PEARL ISLAND

Kita dapat lihat bahawa sesungguhnya orang UMNO dan manusia yang mempunyai bekas-bekas dan tanda UMNO memang tidak boleh dipercayai. Menolong mereka ibarat seperti melepaskan anjing yang tersepit. Belum ada pangkat dan gelaran masih lagi boleh bersama dengan barisan pembangkang. Tapi bila dah ada title Dato' Seri, lepas tu tak dapat habuan, mulalah bertindak seperti orang gila meroyan dan menyerang membabi buta walaupun terhadap kawan baiknya sendiri.


Semalam Zahrain buat gila dalam parlimen. Macam-macam perkara yang didedahkan tentang kepincangan PKR dan DAP selama 2 tahun serta menyerang Anwar Ibrahim. Tapi kenapa baru lepas 2 tahun baru berani cakap? Inilah dasar perangai lahanat puak-puak UMNO. Duduk dalam senyap menikus, bila keluar mula berlagak seperti singa. Ok la jugak, ini satu pukulan tepat kena atas kepala Anwar, percaya sangat kat kawan-kawan bekas UMNO. Lepas tu jadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Padan muka. Padahal hubungan Anwar-Zahrain memang sangat rapat sejak dari dalam UMNO lagi.


Anwar mesti kecewa sangat lalu bertindak keluar dari Dewan Rakyat walaupun si Zahrain masih lagi belum menamatkan perbahasannya.

Saturday, March 6, 2010

Zul Noordin Dipecat Dari PKR

INI BUKAN ANWAR IBRAHIM NAIK ANGIN, INI LEMBU BUANG ANGIN

INI BARU MUKA MAMAT POYO DARI KULIM KENA PECAT


PKR pecat Zulklifi Noordin - Malaysiakini


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Komen : Akhirnya..bye-bye kepada MP Kulim Bandar Baharu, Zul Noordin. Adakah Zul Noordin juga akan kosongkan kerusinya?

Walaubagaimanapun, salah tetap salah. Tapi jangan sampai tidak mendatangkan keadilan. Saya tertanya-tanya juga, permintaan Zul Noordin untuk diadili oleh panel Muslim dalam JK Disiplin PKR itu kenapa susah sangat untuk dipenuhi???

Monday, March 1, 2010

Bekas ADUN PKR Penanti Sertai UMNO


Bekas Adun PKR Penanti Fairus sertai Umno



KUALA LUMPUR, 28 Feb — Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.

Beliau pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.

Fairus keputusan melepas jawatan Adun bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.

Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.

Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Najib dalam ucapannya pula berkata atas nama Presiden Umno beliau menyambut penyertaan Fairus, yang menurutnya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR ke dalam Umno.

“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan... mahu menjadi anggota Umno.

“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” katanya.

Pada majlis ini Fairus juga menandatangani borang menyertai ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong dan Umno secara rasmi.


Berita Dipetik Sepenuhnya Dari web portal The Malaysian Insider

Saturday, December 12, 2009

Pergolakan Dalaman PKR Terengganu

Posted by : Admin



Pemimpin-pemimpin tertinggi PKR patut memantau sebarang masalah atau pergolakan dalaman parti di mana-mana parti. Usah hanya fokus untuk menambah ahli dan memenuhi cita-cita orang tertentu, sehinggakan masalah yang menimpa hanya dianggap sekadar lalat sahaja. Terbaru adalah mengenai masalah dalaman PKR Terengganu, di mana salah seorang bekas pemimpin PKR negeri ini merancang satu komplot untuk menyingkirkan Ketua AMK Negeri, Fariz Musa. Sehinggakan bekas pemimpin ini mempersoalkan tindakan Fariz yang berjumpa dengan Haji Hadi untuk membuka cawangan baru di Terengganu.


Menurut Fariz Musa, bekas pemimpin inilah (yang juga merupakan sahabat beliau sendiri) yang bertanggungjawab dalam perbincangan dengan pemimpin PAS Terengganu sehinggakan pada PRU-10 (1999), PKR hanya dapat bertanding di 2 kerusi sahaja iaitu DUN Telemong dan Parlimen Kemaman. Dan juga membuatkan PKR hanya seolah-olah "melukut di tepi gantang". Sekarang ini, bekas pemimpin PKR Terengganu itu telahpun berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk memecat Fariz Musa sebagai Ketua AMK Terengganu. Nampaknya inilah politik Melayu, penuh dengan hasad dengki dan tikam menikam dari belakang.


Nota :


Persoalan PKR adalah sekadar "melukut di tepi gantang" itu memang benar, kerana di kawasan Timur, PAS lebih sinonim di sini. Walau sepopular manapun PKR, ia akan ditenggelami oleh imej PAS di kawasan Pantai Timur. PKR hanya boleh bergerak dengan cemerlang di kawasan Utara dan juga kawasan Pantai Barat. Sejak dari dulu lagi, kawasan-kawasan Timur (terutamanya Terengganu dan Kelantan) dikenali sebagai kawasan lingkaran hijau.



Kerusi PKR di Terengganu bertambah pada PRU-12 lepas. 3 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen. Bilangan ini sudahpun memadai, kalau banyak-banyak kerusi pula, bimbang jugak nanti akan ada yang menjelma jadi katak hehehe. Masa PRU-12 dulupun dah ada masalah berebut nak jadi calon di N14 DUN Bandar. Di antara Dr. Manaf dengan Ng Chai Hing (sekarang ini pengerusi DAP negeri). Akhirnya Dr. Manaf yang dapat jadi calon. Tapi kalah dalam pilihanraya. Ada baiknya Dr. Manaf ini kalah, kerana sikap dan personalitinya sewaktu kempen tidak menepati sebagai seorang Yang Berkhidmat (YB). Sombong, tidak mesra - lagipun Dr. Manaf (Ketua PKR Cabang Kuala Terengganu) adalah bekas Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang pernah menyerang pimpinan PAS Terengganu suatu ketika dahulu. Adakah boleh dipercaya orang macam dia ini boleh menjadi seorang wakil rakyat yang baik?


p/s : Pemimpin PKR kena baiki dalaman parti itu, begitu juga PAS. Sama-sama ada krisis dalaman. Kalau ini berterusan dan menjadi semakin teruk, macam mana nak dapatkan kepercayaan rakyat???

Thursday, October 29, 2009

Seekor Lagi ADUN Lompat Katak


Mamat bersongkok ini namanya Badrul Hisham Abdullah, ADUN Pelabuhan Klang yang baru mengisytiharkan keluar dari PKR menjadi wakil rakyat Bebas di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kerja sebagai ADUN pun lumayan juga, ada pendapatan, mana boleh senang-senang nak letak jawatan, betul tak? Oleh kerana sudah naik muak kerana disuruh letak jawatan oleh MB Selangor, maka dia ini menjadi Bebas (sebenarnya nak ke UMNO, tapi takut orang sumpah seranah, jadi Bebas le selamat sikit - nampak neutral).


Maka PKR sudahpun mempunyai 4 ekor katak jadian. 2 dari Perak, 1 dari Lunas, dan yang terbaru dari Pelabuhan Klang. Itulah kalau dah rasa tak boleh jalankan tanggungjawab serta amanah, janganlah duk sibuk-sibuk nak bertanding. Di dunia dapat penghinaan, di akhirat dapat laknat.


Cadangan kepada YB Anwar Ibrahim :


Saya cadangkan pada pemilihan calon PKR yang akan bertanding pada PRU-13 nanti, bagi calon yang Muslim mereka patut membuat bai'ah kepada kepimpinan parti. Contohnya, "Jika aku mengkhianati parti, akan jatuhlah 1 talak kepada isteri aku (bagi yang berkahwin), dan aku akan dilaknat oleh sekelian makhluk,"

Jika yang bertanding itu masih bujang, bai'ahnya mungkin begini, "Jikalau sekiranya aku mengkhianati amanah pengundi dan parti, sampai bila-bila aku tak akan bertemu jodoh dan aku akan dilaknat oleh sekelian makhluk,"


Jika bai'ah sebegini, pasti tidak ada yang berani khianat lagi. Amacam,Pak Anwar? Saya akan post-kan komen ke dalam blog beliau mengenai cadangan ini ;p