Thursday, December 3, 2009

Kickdefella Tidak Siarkan Komen Saya



Seperti yang saya jangkakan, blogger Kickdefella tidak akan melepaskan komen saya daripada disiarkan di dalam blognya berkenaan posting terbaru yang bertajuk "Sandiwara Di Kelantan". Saya menulis komen tersebut pada jam 11 pagi tadi. Berikut adalah komen saya yang tidak disiarkan di dalam blognya :


sudahla tu syed azidi a.k.a kickdefella. dulu serang ariffahmi, sekarang serang tok guru pula. kalau betul ariffahmi itu orang yg salah, apa pasal dari dulu lagi you tak bersuara? lepas dibuang dan ditendang barulah bising-bising macam perempuan gila meroyan. nampaknya khabar-khabar yang saya tahu sebelum ini berkenaan you tak buat kerja dan asyik makan gaji buta itu semakin benar. kebenaran semakin jelas. sepatutnya kalau you benar-benar teraniaya, dari dulu lagi you patut berkokok berkenaan si menantu tu.


Selepas puas menyerang menantu Tok Guru, kini Kickdefella menghalakan sasarannya kepada Tok Guru pula. Dia tidak puas hati jika mangsa yang menjadi sasarannya tidak dijatuhkan dan selagi kemahuan dia tidak dipenuhi. Kalaulah betul si Ariffahmi itu seorang yang korup, sepatutnya dari dulu lagi Kickdefella ini bersuara. Saya juga berasa sangsi mengenai komen-komen yang terdapat di dalam blog beliau. Komen-komen yang menghina dan mencerca Tok Guru Nik Aziz dilepaskan, dan hampir kesemua komen itu merupakan komen yang menghentam tok guru.


Dan jika dilihat pada waktu yang terdapat pada setiap komen, jaraknya terlalu dekat. Beda sesuatu komen dengan komen selepasnya hanya beberapa minit. Mungkinkah benar seperti yang di dakwa oleh beberapa blogger bahawa yang membuat komen-komen itu adalah Kickdefella sendiri, dengan menggunakan nama samaran yang lain. Sanggup dia menghina tok guru, semata-mata kehendak dan kemahuan diri tidak tertunai. Dia jugalah dahulu yang memuji-muji tok guru, dan mengungkitkan cerita dia di zaman kecil, dimana dia duduk di atas riba tok guru Nik Aziz, dan tok guru menanyakan mengenai jarinya yang tercedera terkena kipas.


Kini semua perasaan hormat itu lenyap akibat daripada kesilapan dia sendiri. Adakah benar seperti yang didakwa bahawa Kickdefella berbulan-bulan tidak masuk pejabat dan hanya menerima gaji buta, dan setiap laporan diserahkan hanya kepada Husam Musa, orang yang dikaguminya.


p/s : Saya juga semakin sangsi akan kesahihan cerita mengenai MSO yang dikeluarkan di dalam blog dia beberapa bulan lepas.

0 comments: