Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Politik dan alam kemahasiswaan.

Oleh : Ibn Ali [link]


Tulisan ini pendek sahaja. Cukup pendek.

Konvokesyen kami semua baharu sahaja dilabuhkan tirainya. Kereta-kereta mewah yang bersidai di padang bola kami telah hampir lebih 24 jam meninggalkan perkarangan bumi mahasiswa kami. Semua mahasiswa yang sudah mencapai satu lagi title iaitu graduan, sudah mula melangkahkan kaki mencari-cari haluan sendiri. Ke manakah mereka semua akan pergi selepas ini?

Bersebabkan tulisan ini amat pendek dan kelihatan naif daif sama sekali maka disarankan agar membaca bab Diploma dan Pak Turut pada muka surat 141 di dalam karya besar Hisyamuddin Rais bertajuk Keganasan, Penipuan dan Internet. Cuma, selepas dekad mahasiswa ini dan menjengah alam pra graduasisasi para graduan akan menempa takah baru; sama ada aku betul-betul akan menjadi manusia yang memanusiakan orang lain, atau menjadi serigala balaci barua politik masakini yang tidak endah pada kerosakan teruk alam manusiawi.

Saturday, January 2, 2010

Sikap Orang PAS pro- Geng Terengganu

Oleh : Admin


Sekarang ini di alam maya sudah tercetus pertempuran diantara blogger-blogger. Aduka Taruna dengan Songkok Putih (webmaster TKO), dan Tulang Besi dengan Songkok Putih dan Batu Api (penulis artikel di TKO). Si Aduka sudah beberapa kali mendaftar di TKO tapi tidak pernah berjaya. Aduka Taruna memang dikenali sebagai pencetus idea Projek Langgar Hadi 2010 dan amat menentang idea Kerajaang Perpaduang, begitu juga dengan Tulang Besi (Rahman Talib).


Aduka Taruna (AT) mahu mengimplementasikan ideanya ke dalam TKO supaya difahami oleh orang-orang Terengganu (penyokong Hadi khususnya). Hadi dikategorikan oleh Aduka Taruna (dan kebanyakan blogger pro-PR sendiri, termasuk saya) sebagai pemimpin yang lembab yang gagal mengetuai parti dengan baik. Sekarang AT mendakwa webmaster TKO menyekat haknya untuk berdaftar di TKO (TranungKite Online).


Manakala Batu Api menuduh Tulang Besi (yang anti kerajaang perpaduang) memusuhi Hassan Ali kerana Hassan Ali tidak memenuhi permintaan Tulang Besi (saya sudah lupa permintaan apakah itu). Tulang Besi pula mendakwa Batu Api dan Songkok Putih adalah orang yang sama, memfitnah Tulang Besi.


Apa yang hendak dinyatakan di sini, punca pertembungan-pertembungan tersebut adalah berkenaan penyokong dan anti kepada Geng Terengganu. Tranung Kite Online (TKO), adakah sudah terdesak gara-gara mahu melindungi kelemahan pemimpin PAS Terengganu sehinggakan sanggup mensabotaj ID Aduka Taruna dan menyerang Tulang Besi? TKO merupakan website yang diuruskan oleh Pemuda PAS Kawasan Dungun. Mereka-mereka ini tidak tahukah hormati perbedaan pendapat? Serta tidak mengakui kelemahan pimpinan sendiri. Saya sendiri orang Terengganu tapi saya melihat banyak kepincangan yang berlaku di dalam PAS Terengganu.


Apa yang mereka tahu, "ulamak" tidak boleh disentuh. Tok guru harus dipertahankan. Biarpun parti bakal lingkup. Di sini saya sertakan kesan-kesan pemerintahan yang gagal, sumber di sini.


Corak kepimpinan Hadi menyebabkan setiap kabilah bukan sahaja pecah di antara kabilah, tetapi sesama kabilah turut pecah.

  • Hadi ditentang oleh majority blogger PAS sendiri.
  • Hadi ditentang oleh cendekiawan negara. Dari Prof kangkong, sampai Prof yang PAS sendiri puja pandangannya.
  • Hadi melahirkan kabilah tradisional vs kabilah Endorgan.
  • Hadi punca perpecahan tajuk UG.
  • Hadi ditakdirkan Allah punca Barisan Alternatif pecah.

Berkenaan dengan website TKO, sudah lama saya tidak jenguk. Dengan TKO, sama seperti saya lihat akhbar Harakah dan Siasah. Saya sudah lama tidak sentuh Harakah dan Siasah. Melihat dua akhbar tersebut, tidak ada beda dengan akhbar Utusan, Berita Harian, dan Harian Metro. Yang ditonjolkan ialah "kemaksuman pemimpin", kelemahan diri ditutup, hentam parti lawan tapi perangai sendiri serupa dengan perangai parti lawan.


Saya berkeyakinan bahawa ada "tangan ghaib" yang mengawal pengurusan parti dan akhbar Harakah. Sama seperti "tangan ghaib" yang uruskan parti sehinggakan PAS kalah teruk, terutamanya di Terengganu. Sumber berita di dalam Harakahpun saya sendiri ragui.


p/s : Mana dia laporan siasatan terhadap Hassan Ali??????????????????????????????????

Thursday, December 3, 2009

Kickdefella Tidak Siarkan Komen Saya



Seperti yang saya jangkakan, blogger Kickdefella tidak akan melepaskan komen saya daripada disiarkan di dalam blognya berkenaan posting terbaru yang bertajuk "Sandiwara Di Kelantan". Saya menulis komen tersebut pada jam 11 pagi tadi. Berikut adalah komen saya yang tidak disiarkan di dalam blognya :


sudahla tu syed azidi a.k.a kickdefella. dulu serang ariffahmi, sekarang serang tok guru pula. kalau betul ariffahmi itu orang yg salah, apa pasal dari dulu lagi you tak bersuara? lepas dibuang dan ditendang barulah bising-bising macam perempuan gila meroyan. nampaknya khabar-khabar yang saya tahu sebelum ini berkenaan you tak buat kerja dan asyik makan gaji buta itu semakin benar. kebenaran semakin jelas. sepatutnya kalau you benar-benar teraniaya, dari dulu lagi you patut berkokok berkenaan si menantu tu.


Selepas puas menyerang menantu Tok Guru, kini Kickdefella menghalakan sasarannya kepada Tok Guru pula. Dia tidak puas hati jika mangsa yang menjadi sasarannya tidak dijatuhkan dan selagi kemahuan dia tidak dipenuhi. Kalaulah betul si Ariffahmi itu seorang yang korup, sepatutnya dari dulu lagi Kickdefella ini bersuara. Saya juga berasa sangsi mengenai komen-komen yang terdapat di dalam blog beliau. Komen-komen yang menghina dan mencerca Tok Guru Nik Aziz dilepaskan, dan hampir kesemua komen itu merupakan komen yang menghentam tok guru.


Dan jika dilihat pada waktu yang terdapat pada setiap komen, jaraknya terlalu dekat. Beda sesuatu komen dengan komen selepasnya hanya beberapa minit. Mungkinkah benar seperti yang di dakwa oleh beberapa blogger bahawa yang membuat komen-komen itu adalah Kickdefella sendiri, dengan menggunakan nama samaran yang lain. Sanggup dia menghina tok guru, semata-mata kehendak dan kemahuan diri tidak tertunai. Dia jugalah dahulu yang memuji-muji tok guru, dan mengungkitkan cerita dia di zaman kecil, dimana dia duduk di atas riba tok guru Nik Aziz, dan tok guru menanyakan mengenai jarinya yang tercedera terkena kipas.


Kini semua perasaan hormat itu lenyap akibat daripada kesilapan dia sendiri. Adakah benar seperti yang didakwa bahawa Kickdefella berbulan-bulan tidak masuk pejabat dan hanya menerima gaji buta, dan setiap laporan diserahkan hanya kepada Husam Musa, orang yang dikaguminya.


p/s : Saya juga semakin sangsi akan kesahihan cerita mengenai MSO yang dikeluarkan di dalam blog dia beberapa bulan lepas.

Tuesday, November 24, 2009

Blogger UMNO Makhluk Paling Hina



Saya tak tahu apakah tujuan sebenar makhluk-makhluk seperti ini bernafas di dunia ini. Adakah mereka sedar atau buat-buat tak sedar tentang dosa pahala? Saya yakin mereka ini 100% Melayu yang mengaku Islam. Gambar di atas ini hanyalah 1 daripada berpuluh-puluh gambar yang diciptakan hanya bertujuan untuk memfitnah, mencaci dan menghina. Selebihnya saya sendiri tak sampai hati nak tengok. Walaupun ada dikalangan blogger pro-PR yang mengedit gambar, tapi tidaklah sampai seteruk blogger-blogger upahan UMNO mengeditnya, dengan menyerang peribadi pemimpin PR, menghina tok guru, tanpa berlandaskan bukti dan fakta.


Sesetengahnya menggunakan kaedah maki hamun, tapi langsung tiada poin atau fakta. Sekadar memfitnah, dan kalau dibaca memang langsung tidak masuk akal tuduhannya. Contohnya Parpu Kari. Dan ramai lagi blogger yang sekepala dengannya. Persoalan mereka dibayar atau tidak untuk menulis blog, memang ada logiknya. Mereka sanggup menggadaikan maruah mereka semata-mata untuk UMNO, dengan cara tidak bertamadun seperti ini. Antara karekter yang sering menjadi mangsa puak-puak ini ialah Anwar Ibrahim (paling banyak) - dengan gambar edit yang sangat teruk, Husam Musa, Tok Guru Nik Aziz, dan lain-lain lagi pemimpin PAS, PKR, dan DAP. DAP dituduh komunis.


Akal yang ada digunakan atau tidak? Yang hairannya followers sampai beratus-ratus. Dasar puak-puak yang kepala mereng. Dah namanya pun UMNO, sudah tentu tak fikirkan dosa pahala, hari akhirat, syurga dan neraka. Tiap-tiap hari menyalak mereka itu Islam. Tapi sikap teruk mengalahkan orang kafir.

Saturday, November 21, 2009

Bloggers Diibaratkan Seperti Hang Tuah?

Ilustrasi pendekar pondan (Tuah) melawan hero sebenar Melayu (Jebat).




Tadi rasa macam nak tergelak apabila membaca artikel terbaru dari Malaysia Waves yang ditulis oleh Tulang Besi (Raman). Beliau mengibaratkan bloggers seperti Hang Tuah yang mahu menyelamatkan Tun Teja daripada Megat Panji Alam. Tun Teja itu diumpamakan sebagai PAS, manakala Megat Panji Alam itu tidak diberitahu mewakili apa, tapi memandangkan Megat Panji Alam itu hero Melayu Terengganu, mungkin beliau mahu megumpamakan Megat Panji Alam itu seperti Geng Terengganu.


Perumpamaan tak tepat la syeikh! Saya tak mahu setujulah. Megat Panji Alam itu bukannya jahat. Sebaliknya yang berdosa ialah Hang Tuah dan Tun Teja sendiri. Inilah lagi satu masyarakat Melayu dicandukan dengan sejarah yang sengaja digelapkan. Hang Tuah dijulang menjadi hero Melayu. Sedangkan bagi saya Hang Tuahlah pendekar yang bacul dan bodoh kerana sanggup bunuh kawan baik sendiri semata-mata wala' membabi buta kepada Sultan yang fasik. Alasannya "Orang Melayu tak akan menderhaka kepada Raja," - sekarang kita lihat kebanyakan orang Melayu menjiwai Hang Tuah, raja buat apa pun tak apa. Tak boleh menderhaka, nanti kena tulah.


Jarang sekali orang Melayu menjiwai watak Hang Jebat - "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah," Sebab itulah di Perak orang Melayu buat sardin je. Ramai yang berebut jadi Hang Tuah. Hai Tuah, kau tanggunglah dosa kerana taat kepada penguasa yang zalim, dan kau juga menunjukkan teladan yang buruk kepada generasi Melayu pada zaman ini. Sultan Melaka merupakan sultan yang paling ceroi dalam sejarah. Nak kata gila pun boleh. Isteri tak cukup satu. Tun Teja itu tunangan orang (Megat Panji Alam). Bapa Tun Teja, Sultan Pahang mahu menjodohkannya dengan anak Raja Terengganu, Megat Panji Alam. Dalam agama, bapa merupakan wali mujbir, yang berkuasa menentukan jodoh anaknya, walaupun anaknya itu tidak bersetuju. Sebagai anak, Tun Teja telah derhaka, dan mendapat satu lagi dosa kerana lari bersama lelaki yang bukan mahram. Mengikut satu versi, Hang Tuah telah melakukan maksiat dengan Tun Teja sewaktu membawa Tun Teja lari. (Gambar : Ilustrasi khayalan Megat Panji Alam, pendekar yang mahir dalam seni tombak)




Hang Tuah pun bodoh, apa yang Sultan Melaka nak itulah yang diturutinya. Haram merampas tunangan orang. Sultan jenis apa macam tu? Bukankah Sultan itu ketua agama? Berbalik kepada Megat Panji Alam, lebih 3 tahun dulu saya ada mendengar cerita dari cikgu saya mengenai Megat Panji Alam. Kononnya setiap pagi Megat Panji Alam berlatih melontar tombak ke udara kemudian dia menahan mata tombak itu dengan dadanya. Sebaik saja berita Hang Tuah melarikan Tun Teja sampai ke pengetahuannya, Megat Panji Alam memimpin sejumlah tentera untuk menyerang Melaka. Hang Tuah merasa tidak yakin dapat menewaskan Megat Panji Alam, lalu membuat taktik kotor untuk menewaskan Megat Panji Alam. Hang Kasturi dan Hang Lekir disuruh bertarung dengan Megat Panji Alam, dan Hang Tuah menikamnya secara curi-curi. Salah satu bukti kepondanan Hang Tuah.


Dipendekkan cerita, Hang Tuah didakwa kononnya berzina dengan gundik Sultan, lalu Sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh. Tetapi Bendahara tidak membunuh Hang Tuah, sebaliknya disembunyikan di suautu tempat. Masa inilah Hang Jebat mengamuk dan menguasai istana kerana menuntut bela atas apa yang dilakukan oleh Hang Tuah. Sultan bersembunyi di rumah bendahara, dan waktu itulah Sultan baru mengetahui bahawa Hang Tuah masih hidup, lalu disuruh Hang Tuah mengadapnya dan diperintahkan untuk berhadapan dengan Hang Jebat. Bodohnya Hang Tuah, walaupun dalam keadaan begitu, masih lagi patuh kepada Sultan.


Mengikut cerita, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dengan menggunakan tipu helah. Sehingga hari ini, Hang Tuah yang pondan itu dianggap hero Melayu. Hang Jebat itu penderhaka. Sama la dengan sejarah komunis itu pengganas. Yang menjadi hero ialah askar Melayu dibawah British. Heeee apalah nasib orang Melayu. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dibodohkan.


Takkanlah bloggers nak diibaratkan sama seperti Hang Tuah yang bodoh dan bacul itu?

Monday, November 9, 2009

Blogger Memfitnah Atau Pemimpin Berbohong?

Saya petik sedikit daripada blog Misbahul Munir Masduki (s/u Mohd Nizar):


Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.

Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.


Blogger selalu dikaitkan dengan penipu, pemfitnah, dan penyebar khabar angin. Sekarang pimpinan-pimpinan PAS sudah mula meragui akan berita dan sumber daripada blogger pro-Pakatan Rakyat. Ini bertitik tolak daripada sebilangan blogger yang swing 360 darjah menyerang segelintir pimpinan PAS. Sejak selepas dari PRU-12 lagi, sumber berita yang dibawa oleh blogger yang mendedahkan keselingkuhan segelintir pemimpin PAS dianggap satu ancaman yang bahaya dan fitnah kepada PAS. Sehinggakan jentera IT PAS digerakkan. Tapi apa yang jadi?


Pertemuan dalam gelap antara Nasharuddin Mat Isa dengan pemimpin UMNO dinafikan oleh Nasha sendiri. Kemudian ugut nak menyaman blogger terbabit yang didakwa berbuat fitnah. Hassan Ali turut menafikan ada pertemuan sulit dengan pemimpin UMNO di Selangor. Akhirnya, PM ketika itu Abdullah Badawi membongkar bahawa memang ada pertemuan sulit dengan pemimpin PAS. Sekarang siapa yang terkena? Siapa yang berbohong? Ustaz Ahmad Awang sendiri mendedahkan ada pimpinan tertinggi menelefon beliau menyuruh pertimbangkan semula membentuk kerajaan Perak bersama UMNO/BN.


Hassan Ali dan konco-konco turut berbohong dengan mengemukakan beberapa bukti sebab sebenar Khalid Samad dan Saari Sungib dipecat, tapi bukti (perkara) tersebut berlaku selepas Saari Sungib dan Khalid Samad dipecat. Hassan Ali juga yang bertanggungjawab membocorkan tentang cerai taklik PAS itu. Mana ada pimpinan PAS ambil tindakan?


Sekarang kes Abu Bakar Chik (ABC) dengan tok guru Nik Aziz pula. Sekali lagi blogger dituduh menipu dan memfitnah. Kalau yang berkata itu ABC sendiri bolehla dipertimbangkan kenyataan tersebut. Tapi masalahnya ABC langsung tak keluarkan kenyataan walaupun berita ini sudah tersebar. Mana dia tuan empunya badan? Kenapa mesti orang lain yang menjawab?


Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.


Takkanlah TGNA nak membocorkan kandungan mesyuarat? Biasalah orang politik memang banyak berselindung. Banyak keluarkan kenyataan yang samar-samar. Misbahul Munir sendiri mengakuinya dengan menulis "Dan kalau pun ada di kalangan AJK yang ceritakan perjalanan mesyuarat tersebut, AJK PAS Pusat itulah yang paling tidak berdisiplin dan berakhlak dan tidak layak menjadi AJK PAS Pusat."



Sekarang ini saya menunggu mana dia ABC, sila tampil untuk membela diri kalau betul dia tak ungkapkan perkataan tersebut kepada TGNA. Keluarkan kenyataan bahawa semua ini fitnah. Begitu juga AJK-AJK yang ada semasa mesyuarat malam itu. Mereka juga harus keluarkan kenyataan yang menafikan perbuatan ABC itu. Kalau semua sudah sahih berita ini memang palsu dan salah, saya akan buang posting berkenaan Bakar Chik di bawah ini dan seterusnya membuat posting baru tentang permohonan maaf kepada beliau.