Tuesday, December 8, 2009

Kenapa Susah Sangat Nak Letak Jawatan


Sedar atau tidak, tindakan Ariffahmi yang melambat-lambatkan perletakan jawatan selaku CEO PMBK telah memberi bebanan kepada Tok Guru Nik Aziz, sekaligus mengguriskan kewibawaan beliau sebagai ulama dan politikus. Buat apa nak ikut lagi prosedur-prosedur tu? Yang degil sangat tu kenapa? Sekarang masalah demi masalah menimpa kerajaan negeri Kelantan.


Walau apa pun alasannya dan sebab musababnya, memang tidak boleh mana-mana ahli keluarga ataupun yang mempunyai tali persaudaraan kepada pemerintah di sesebuah negeri/negara turut sama menjawat jawatan di dalam kerajaan. Walaupun dia seorang yang berkelayakan dan berkebolehan. Ia mengundang persepsi dan andaian yang tidak betul akhirnya bertukar menjadi fitnah. Ia juga mempunyai unsur-unsur nepotisme. Ingatlah bahawa Saidina Usman dibunuh kerana rakyat marahkan dia yang mengamalkan nepotisme di dalam pemerintahannya.


Dengan ini, saya kira Tok Guru Nik Aziz telah membuat 3 kesalahan selaku ketua kerajaan Kelantan dan juga Pesuruhjaya PAS negeri :


1. Membenarkan Ibrahim Ali bertanding di Parlimen Pasir Mas pada PRU-12 dengan menggunakan lambang bulan.


2. Melantik Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) sebagai calon parlimen Bachok.


3. Melantik Ariffahmi, menantu beliau menduduki kerusi CEO PMBK.


Mungkin ini berpunca daripada kelemahan Tok Guru Nik Aziz sendiri, iaitu kuat berprasangka baik (husnuz-zan). Berpunca daripada sifat itu, akhirnya memakan diri. Benar seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz Nik Abduh :


Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing!


p/s : Buat Nik Amalina, tindakan anda membalas serangan Kickdefella demi membela suami anda adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan yang penuh emosi. Sedarlah sesungguhnya anda telah memalukan ayahanda anda sendiri.

0 comments: