Thursday, December 3, 2009

Ayuh Berikan Sokongan Kepada Kepimpinan Tok Guru


Jika UMNO berjaya kumpulkan ratusan orang berkumpul di hadapan bangunan SUK bagi mendesak tok guru meletak jawatan, maka penyokong-penyokong tok guru dan pencinta Islam patut melawannya balik dengan berkumpul dengan jumlah yang berlipat kali ganda. Bukannya taksub, tapi sudah terbukti bahawa tok guru Nik Aziz merupakan Menteri Besar yang paling berjaya dan terbaik di Malaysia. Beliau berjaya mengekalkan status kehidupannya walaupun tempoh beliau mengetuai Kelantan hampir mencapai 2 dekad. Ayuh sama-samalah tunjukkan sokongan kepada tok guru agar beliau terus bersemangat meminpin Kelantan dan tabah menempuhi rintangan dan dugaan. Jangan biarkan musuh-musuh dalam selimut ketawa terkekeh-kekeh melihat kesusahan dan ujian yang menimpa tok guru yang disayangi ramai ini.

0 comments: