Thursday, December 10, 2009

Bodoh Dan Keras Kepala


Mahu kenal si kepala batu yang tidak cerdik? Cari gambar brother bear di dalam blog ini.


Kesempatan apa yang mahu dilakukan oleh dia sementara masih ada sedikit masa bagi dia untuk meninggalkan PMBK? Kepada yang berkenaan, tak payah lah larang orang daripada nak mengulas isu negeri Kelantan, kalau Mahfuz diam pun, UMNO telahpun menggunakan si Ariffahmi ini sebagai modal untuk menyerang TGNA.


Dia ni buat sardin je bila orang desak letak jawatan. Keras kepala sungguh. Ikut prosedurlah, banyak kerja lagilah, dan macam-macam. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan Mahfuz Omar. Memandangkan sudah ada pemuja-pemuja tok guru Nik Aziz yang sudah menyerang Mahfuz, saya pun tidak mahu ketinggalan untuk hal ini. Tak semua tindakan-tindakan mereka itu benar dan kenapa mahu halang orang lain nak komen? Kalau perkara ini ditangani awal-awal, kalau dah faham bahasa, isu ini tak akan berbangkit. Gara-gara menantu yang seorang inilah.


“Saya tidak tersinggung kerana saya orang muda. Bagaimanapun, saya juga tidak mahu melihat kenyataan saya ini memberi peluang kepada Umno untuk dipolitikkan.

“Sebab itu saya telah mengatakan bahawa saya sayang Tok Guru dan boleh melihat Umno dan parti-parti lain mula menggunakan Arif (Ariffahmi) untuk mengkritik beliau.

“Sebab itu saya minta Arif (Ariffahmi) dengan segera melepaskan jawatan dia,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Mahfuz menambah beliau tidak faham mengapa sukar sangat bagi Ariffahmi meletakkan jawatan dengan segera.

“Saya tidak melihat sesuatu yang sukar untuk beliau meletakkan jawatan kerana mengikut Seksyen 12 Akta Kerja 1955, ia tidak seharusnya menjadi satu masalah.

“Seksyen 12 berkaitan dengan soal bagaimana kita boleh memutuskan kontrak dan saya menggesa Arif tamatkan kontrak dia dan majikan boleh menggunakan klausa yang sama,” katanya.

Kata beliau, jika Ariffahmi memberi notis tiga bulan, maka majikan boleh menggunakan Seksyen 12 untuk membayar tiga bulan gaji bagi beliau meninggalkan dengan segera. - Mahfuz Omar, The Malaysian Insider.

0 comments: