

Perkara 10.1 (a) Perlembagaan Negara Malaysia - tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;




- diasaskan oleh Dr. Wan Azizah pada April 1999 ekoran gelombang Reformasi yang tercetus akibat pemecatan dan penganiayaan yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
- ditubuhkan pada tahun 1951, presiden pertama ialah Ahmad Fuad Hassan.Sebelum ini sudah kita ketahui bahawa pada zaman muda beliau sangat komited dalam memperjuangkan dan men
egakkan Islam. Beliau lah yang mengasaskan ABIM, dan giat menyebarkan dakwah islamiah lebih kurang 30 tahun dahulu. Sekarang setiap kali kita mendengar ceramah mahupun ucapannya, tidak sah jika tidak terkeluar sepotong ayat suci al-Quran ataupun hadis dari mulut beliau. Begitulah Anwar Ibrahim. Pengaruh Islam masih bersisa di dalam dirinya hingga kini. Semenjak menyertai UMNO pada 1981, sudah jelas kelihatan bahawa pengaruh sekular sudah menjangkiti pemimpin rakyat ini. Beliau dilihat ''menghalamkan'' sesuatu yang jika dilihat boleh dinilai berdosa. Contohnya pertandingan ratu cantik. Tidak ada apa-apa tindakan walaupun beliau menjawat jawatan sebagai orang no. 2 dalam negara ini.
Walaupun begitu, tidak dapat kita menafikan bahawa beliaulah yang membawa imej Islam ke dalam UMNO. Cara berpakaian isteri beliau, Dr. Wan Azizah yang sentiasa bertudung, menambahkan trend baru ke dalam Wanita UMNO yang sebelumnya tidak bertudung. Anwar ini juga pernah menjadi pengerusi UIA.
Tapi itu cerita lama....
Sekarang, pada pengamatan aku,manusia yang bernama Anwar ini masih lagi komited dengan Islam, cuma auranya tidaklah sekuat sebagaimana beliau di zaman mahasiswa dahulu. Sehingga sekarang aku mendengar ceramahnya, pasti akan ada ayat Quran ataupun hadis terkeluar dari mulut beliau. Memang tidak dinafikan Anwar seorang pemimpin yang baik, peka dengan masalah rakyat, mempunyai perangai yang baik, cuma pendirian beliau mengenai Islam tidak begitu jelas. Sekarang dia lebih mementingkan perpaduan antara kaum, dengan parti ''multi racial'' dia tu. (PKR). Sebagai contoh, peristiwa Zulkifli Nordin (MP Kulim Bandar Baru) membuat bantahan terhadap Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam dan juga tindakan beliau (YB Zul) mengeluarkan kenyataan di Parlimen bahawa Islam di negara ini dipandang rendah, baik di sebelah pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Anwar apabila ditanya mengenai perkara tersebut, berkata YB Zul akan dihadapkan ke Badan Disiplin Parti. YB Zul juga dihadapkan ke Badan Disiplin akibat tindakan beliau membantah Forum anjuran Majlis Peguam.
Persoalan bermain di fikiran aku, apa sebenarnya pendirian PKR (khususnya Anwar) terhadap Islam? Begitu juga mereka (PKR) membisu tentang isu hudud yang dimainkan oleh UMNO.
Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya Anwar masih tetap mempertahankan keislamannya. Aku masih tetap menyokong Anwar sebagai pembangkang dan selagi beliau tidak menggadaikan prinsip yang dimiliki. Kalau korang nak tau, sokong-sokong Anwar pun, aku pun banyak jugak kritik dia ni. KRITIK tak semestinya MENENTANG/BENCI ok.
Kalau ada apa-apa untuk aku perbaiki tentang kenyataan atau sikap aku ni, tinggalkan komen.



BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
Alahai...aku sebenarnya tengah hadapi final exam ni..hingga saat post ini ditulis, aku dah selesai 3 paper, iaitu pada hari Isnin, 16/02/09 (paper English), Selasa 17/02/09 (paper Islamic Studies ngan Akidah & Akhlak). Lagi 3 paper tinggal. Aku ambik 6 subjek. Esok paper Bahasa Arab (20/02/09 2.45 ptg - 5.45 ptg). Pastu jadual aku kosong selama 2 minggu. hehehe. Lagi 2 paper pada 03/03/09 (Microeconomics) dan 05/03/09 (Mathematics for Economics). Tapi masih sempat layan blog ye? Hehehehe biasalah orang yang punya darah pejuang katakan... Esok paper bahasa arab aku tak perlu la risau sangat, aku pnyer carry mark tinggi. Aku rasa kejayaan paper bahasa arab pada semester lepas akan berulang pada sem ni. Amin...
Aku terpaksa tangguhkan dulu isu yang bermain dalam kepala otak aku untuk diisi dalam blog ni BUAT SEMENTARA. Banyak isu yang menanti korang, antaranya (iklan)... Isu Perangai sebenar si Celaka Zahid Hamidi, tentang Mat Taib, Sisters In Islam, dan lain2 la..tunggu je la.. dan diselitkan sedikit kisah tentang aku. Ok. Doakan aku berjaya.... Adios!



Kata Aku : Bagus2 Dato' Seri, saya menyokong sepenuhnya tindakan Dato' Seri. Apa barang kerajaan haram BN di Perak. Apa-apapun, all the best to you.
P/S : Sokong PR. Tapi jangan taksub. Pemimpin yang baik macam Ir. Nizar kita terima, pemimpin yang tak baik kita tendang.

Aku tertanya-tanya la kan? Apa pasal la orang UMNO ni bengap n bahalol sangat. Diorang dah lupa ke apa yang berlaku di Terengganu tahun lepas? Ni buat demonstrasi, nak tunjuk hero? Pigi dahh.......parti mana yg pinda undang-undang tarik imuniti raja-raja melayu? Jawab....Jawabla sekarang! Bak kata-kata Mahatuazalimnakmampuih haprak, (che det) yang jahat, MELAYU MUDAH LUPA.......................melayu mudah lupa...............melayu mudah lupa....melayu mana???? Bangsaku MELAYU HAPRAKKKKKKK.......
Polis Di Raja Malaysia.......aku la ni cukup sedih ngan puak-puak ni. Kenakadang ikut arahan pihak atasan membabi buta. Maybe diorang nak jadi poor blind pig kot? Apa pasal yg aku marah sangat ngan diorang ni??? Suka ati aku la....Memang dasar barua tali barut hamba abdi kepada UMNO....korang ingat tragedi 8 sept di Batu Burok dulu? Pikir2 la sendiri.. Pastu, bleh plak diorang buat bodo je ngan Pemuda UMNO buat perhimpunan haram kutuk Karpal Singh. Double Standard. Bila opposition buat assembly, cepat2 malaun ni prepare water cannon, gas, cota bla3... malaunnnnnnnnnn.... Si Khairy plak dah jadi beruk jalan raya. Bleh la dia kawan ngan geng2 beruk dia kat zoo tu. Lagi ko orang ingat, masa Pilihanraya Kecik kat tempat aku, P36. Bandar tempat kelahiran aku dah jadi macam WAR ZONE.. macam nak perang je...perang ngan sapa mangkuk woi? Nak jaga keamanan? Peh...alangkah bgusnya kawalan ketat sebegitu juga dibuat di sempadan negara..halang PATI masuk Malaysia..baru la tak di salah guna.. ni dah la polis yg dipaksa bertugas, elaun pun tak dapat. dapat nasi bungkus ada la. dah la jenayah makin menjadi2 la ni. Semalam kuar kat surat khabar, orang Arab dah pandai nak menyamun kat negara Malaysiaku tercinta ni. Apa kena ngan puak2 ni sekarang hah?