Friday, February 27, 2009

Pokok Semalu...





Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi.



Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.





Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).




Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.




Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.




Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.




Kita fikirkan pula dan lihat sekeliling kita. Berapa ramaikah lagi perempuan/wanita/gadis yang masih lagi mempunyai sifat-sifat seumpama pokok semalu yang disabdakan oleh Nabi kita?




1) Berapa ramaikah wanita yang mempunyai perasaan malu? Selalu kita tengok ialah bertampar, memegang-megang dengan lelaki yang bukan mahram, Mendedahkan aurat,Berada di tempat yang tidak sepatutnya, bergaul bebas, mana perginya perasaan itu? Yang lebih teruk, yang bertudunglah yang banyak buat hal.




2) Berapa ramaikah wanita pada masa ini berjaya mempertahankan maruahnya? Kita biasa lihat adegan-adegan di Dataran Merdeka, Bukit Bintang, pasar-pasar raya, di pusat bandar, mereka tak segan-segan membuat sesuatu yang menjatuhkan maruah mereka. Yang menyedihkan, MAJORITI adalah Melayu Islam.




3) Berapa ramaikah yang benar-benar berpegang teguh kepada ajaran Islam? Berapa ramaikah yang mempunyai walaupun sedikit keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T? Kebanyakan kes yang aku dengar, ramai yang sopan bertudung, bahkan bertudung labuh, pakaian yang sopan. Tapi disebalik pakaian yang sopan itu ada apa? Salib? hmm....



4) Berapa ramaikah anak gadis kita yang tetap didalam rumah apabila malam menjelang? Yang kita selalu lihat, time-time macam ni lah ada yang jemput dengan motor, kereta.. ada yang baru balik rumah sampai pukul 2-3 pagi... Wanita ibarat permata yang berharga, cantik. Tempatnya di dalam kotak yang penuh dengan perlindungan, yang tidak mudah bagi seseorang untuk menyentuhnya.. Tapi apa yang terjadi jika permata tersebut berada di jalanan yang penuh dengan debu? Fikirkanlah.....



Berapa ramaikah lagi yang punya roh Islam dalam diri? Inilah permasalahan yang besar melanda umat Islam pada zaman sekarang. Yahudi dan Nasrani terang-terangan sudah berjaya mempengaruhi muda-mudi Islam... Tak payah tengok negara-negara luar...kita tumpukan kepada Malaysia sahaja..berapa ramai muda-mudi Melayu Islam hanyut? Melebihi bangsa-bangsa lain yang bukan Islam di negara ini..



Alahai...

0 comments: