Friday, February 20, 2009

TINGGAL 2 LAGI HALANGAN

Aku bebas di peringkat pertama hari ni. Aku baru je selesai menjawab paper BAR 2102 (Bahasa Arab 2) tadi. Selepas ni tinggal 2 lagi paper, (atau aku umpamakan sebagai 2 halangan yang aku mesti tempuhi untuk memperoleh kebebasan sepenuhnya) paper Micro dan Math pada 3hb dan 5hb. Lebih 10 hari lagi. Sempat lagi la nak rilek2.. Paper Bahasa Arab tadi lebih tahan la susah dia, tapi aku masih boleh jawab. Aku yakin aku akan dapat result yang baik untuk paper Arab ni sebagaimana semester lepas.



Lagipun, ustaz aku, (Mohd Rofian Ismail) cakap bila cuti sem nanti, (2 bulan lebih), dia akan ambil masa untuk perhalusi paper kitorang. Lagipun aku punya carry mark bleh tahan la tinggi. Masa jawab paper tadi akulah antara orang yang keluar dewan paling awal, start jawab paper dekat pukul 3, aku keluar dekat pukul 4. Tak sampai sejam. Sepatutnya masa diberi 3 jam untuk menjawab. Tapi disebabkan aku ada ingat skit tajuk yang keluar dalam paper tu, so takde masalah untuk aku menjawabnya walaupun susah skit.




Ok lah. Tak nak fikir lagi paper yang dah dijawab. Sekarang tinggal 2 lagi paper, 2 lagi halangan, atau perumpamaannya seperti 2 pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah. Perumpamaan aku akan hadapi 2 paper tu seperti pihak Pakatan Rakyat akan hadapi 2 PRK tu nanti. :)


Masih ada masa lagi untuk kumpul maklumat...............

2 comments:

Juraimi Zainal said...

Salam adik,

Semoga adik mendapat keputusan yg cemerlang dlm pelajaran ya....

Insyallah kemenangan akan berpihak kpd Pakatan Rakyat pd PRK nanti, mungkin jd 3 bukit nnti... Bukit Eli Lanjan pun mungkin diPRK kan... Bukan nak kata, insyallah result nya spt yg sy pos kan dlm siasah tu... So far mmg hampir tepat, (PRU & PRK KT&PP). Saje suka2 buat analisa sikit2...

Sy tak der blog.. cuma suka2 jengok blog2 orang..

Wasalam.

Reformis Jalanan said...

Terima Kasih kerana memberi sokongan..


Insya-Allah kemenangan akan berpihak pada PR.


Lawatilah selalu blog ini.

Sekian.