Showing posts with label Copy Paste. Show all posts
Showing posts with label Copy Paste. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Chegubard Layak Jadi Ketua AMK

Catatan di bawah ini saya copy dan siarkan tanpa izin daripada blog Chegubard yang bertarikh 24 Disember 2006.

Catatan ke Terengganu : Jangan jadi Cicakman


Oleh kerana kewangan yang amat teruk mulanya nak batal sahaja program ke Terengganu, tetapi mengenangkan Pok Jak, Ketua Bahagian Kuala Terengganu yang

bersungguh – sungguh dan Ng Chai Heng, Setiausaha Negeri Terengganu aku tekad juga untuk pergi. Cadangnya untuk naik bas ekspress aja memandangkan kereta yang ‘tidak berapa sihat’ dan untuk lebih menjimatkan.


18 Disember 2007, 7.00 pagi keluar rumah dengan berbekal RM 10.00 yang dipinjam dari mak dan wang yang sememang ada dalam poket RM 7.00. Itupun hanya cukup isi minyak kereta yang dah teruk sangat ’kering’ sebanyak RM 15.00.Dari rumah aku terus ke Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban untuk mengambil semula deposit sewa dewan yang di gunakan untuk Dialog Ekonomi pada 26 November lepas. 8.00 pagi sampai di sekolah itu aku dimaklumkan Encik Tham, Pegawai yang bertugas akan masuk lewat sekitar jam 11.30 pagi. Tiada pilihan lain selain dari menunggu beliau kerana tiada jalan lain untuk mendapatkan tambang ke Terengganu.


Jam 11.45 pagi aku meninggalkan sekolah tersebut dengan pulangan deposit yang di tunggu. Walaupun tidak seperti jumlah yang disangka, hanya RM 150 di pulangkan. RM 450 telah dipotong kerana penggunaan dewan lebih masa dan tambahan kerusi. Resit tertulis RM 450 (Deposit) di tolak RM 150 (sewa kerusi) RM 100 (sewa kantin) RM 50 (sewa lebih masa). Selain tercatat RM 950 untuk sewa dewan dan P.A system yang telah dibayar sebelum program bermula.Deposit itu aku ambil kerana setengah dari jumlah kos sewaan tersebut aku pinjamkan wang sendiri tetapi akhirnya setelah dikira wang jualan tiket dan kutipan hari tersebut aku tak jadi ambil balik wang yang dipinjamkan kerana wang tersebut cukup – cukup untuk projek print vcd percuma. Maka aku niat infaqkan sahaja kecuali deposit ini aku terpaksa ambil.


12.00 tengahari sampai Terminal One Seremban. Malangnya trip bas pagi dah terlepas (11.00 pagi) dan paling awal pun 8.00 malam nanti. Tiada cara lain, aku ambil keputusan bawak kereta keliasa aku yang tiada aircon (kerana compressor rosak) dan rim bengkok teruk. Paling tidak sehingga Kuantan untuk dapatkan bas ke Terengganu. Kena isi minyak ! Sedikit lega kerana teringat mata terkumpul dalam Kad Smile. Sampai Kuala Pilah aku berhenti di Esso. Aku tebus 1000 mata dapat minyak free RM 15 dan aku tambah RM 40 lagi. Lega selepas isi minyak dengan kelajuanbiasa dan tidak menggunakan aircond, minyak yang ada ini cukup bukan setakat Kuantan tetapi terus ke Kuala Terengganu pun cukup.


Dalam perjalanan melepasi Kuala Pilah aku telefon Rizan Ali, Ketua AMK Pahang untuk bertanya mengenai jadual bas dari Kuantan ke Kuala Terengganu. Rizan memberi tahu bas hanya ada pukul 5 petang dan akan sampai Kuala Terengganu sekitar 10.30 malam.


Aku tersenyum kerana aku terpaksa pandu kereta yang macam kereta kuda (kerana rim bengkok teruk) terus ke Kemaman. Cuaca yang mendung telah menyelamatkan aku aku dari kepanasan kerana tiada aircond. Cuma aku perlu berhenti di Stesen Minyak di Muadzam Shah untuk beli minyak enjin. Tambah sikit minyak enjin kerana risau juga lama tak tukar, mungkin kering atau dan terlalu kotor.

Aku hubungi Setiausaha Bahagian Kemaman yang lebih di kenali sebagai Din Bangla (maaf jika Din terbaca dan marah aku dedahkan nick dia) untuk bertanyakan jadual perjalanan Bas dari Kemaman. Bas terakhir ialah jam 5 petang dan biasanya sampai ke Kuala Terengganu sebelum 9.00 malam. Aku sedikit lega, tetapi melihat waktu yang suntuk dan perlu sampai Kemaman sebelum 4.30 petang, aku batalkan untuk berhenti makan. Memang lapar kerana dari pagi belum makan.


Jam 3.00 petang melepasi pintu gerbang masuk ke Kemaman. Terlalu letih memandu ’kereta kuda’ seorang tanpa henti dari Seremban. Lapar pula. Aku berhenti kedai runcit sebelum Masjid Kemaman untuk beli roti krim dan air kotak. Cadang hendak berhenti makan roti, rehat dan solat di Masjid Kemaman.


4.00 petang aku berjumpa Din di depan Restoran Briani depan Maybank Kemaman. Dia minta pandu ikut belakang keretanya. Rupanya dia suruh ikut ke pejabatnya dan minta letak ’kereta kuda’ depan pejabatnya. Dia hantar ke stesen bas dan dalam kereta dia hulurkan tiket bas sambil berkata anggap (tiket ini) keADILan Kemaman belanja. Aku yang sememangnya tengah kering tersenyum sambil ucap terima kasih.


4.30 petang tepat aku telah berada dalam bas. Tetapi malangnya sehingga 5.30 petang bas tersebut tak jalan lagi kerana rosak. Risau tidak sempat sampai sebelum 9.00 malam, telefon Din, minta dia ambil dan hantar ke pejabatnya semula. Terpaksa juga naik ’kereta kuda’ tu ke Kuala Terengganu juga.Pun tak tahu kenapa tiba – tiba ringan mulut untuk mempelawa seorang lelaki cina yang duduk di tempat duduk bahagian belakang bas untuk sama ke Kuala Terengganu.


Tapi pilihan tepat. Lelaki itu yang bekerja dengan syarikat carigali minyak baru sahaja sampai ke darat setelah 3 bulan di tengah laut. Dia sekarang sedang buat survey mengenai beberapa kawasan yang berpotensi sebagai telaga minyak baru. Sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu terlalu banyak ilmu baru aku perolehi darinya. Dia tak henti bercerita mengenai tugasnya cuma sesekali aku ada ruang untuk bercakap.


Jam 9.00 malam aku turunkan dia di Jalan Kampung Cina Kuala Terengganu selepas bertukar nombor contact. Dia janji akan layari blog ini. Kalau dia layari dan baca jangan lupa beri komen.Aku terus ke Hotel Kenangan, ambil kunci terus ke bilik dan mandi. Jam 9.30 malam aku masuk ke dewan di tingkat 4 hotel tersebut. Nampak sahaja Pok Jak di terus salam dan peluk aku. Aku gelak je sebab teringat sebelum program dan dalam perjalanan entah berapa ratus kali dia hubungi aku dan hanya beberapa kali sahaja panggilan dia yang aku angkat. Kesian dan aku kagum melihat kesungguhan Pok Jak yang tua ini.


Dewan hampir penuh lebih 50 orang aktivis keADILan telah berada dalam dewan. Razali Alias mulakan sesi motivasi. Sebelum aku ambil tempat sebelum Cikgu Zul. Malam itu baru aku tahu Cikgu Zul bakal dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Terengganu. Tahniah.Malam itu crowd bercampur, sama banyak yang veteran dan yang muda, jadi aku tak tekan habis. Aku habiskan satu jam untuk terangkan pada mereka mengenai 4 perkara ;


Adakah kita pernah kaji sebab kekalahan pilihanraya lepas ? cuba buat senarai puluhan alasan tersebut dan sebelum pilihanraya selesaikan semua persoalan itu..jika tidak kita tidak layak masuk pilihanraya lagi... Keadaan parti ini sekarang. Parti ini merupakan kenderaan yang bagus tetapi kita sebenarnya terlalu mengharapkan DSAI. Kita seolah terlupa untuk mengenengahkan tokoh dan menyusun gerak kerja di peringkat kita sendiri ? kita seharusnya buat apa yang termampu henti salahkan orang lain. Jika kita pemimpin suruh orang buat kita kena tunjuk kita boleh buat dulu.


Keperbagaian pendekatan. Pendekatan dan program perlu lebih kreatif dan perbagai. Angkatan Muda khususnya perlu berfikir di luar kotak (luar biasa). Rumusan pula berkongsi formula kemenangan dan faktor x


Sesi malam itu berakhir sekitar 12.15 tengahmalam selepas sesi soal jawab. Ada yang kelihatan boleh menerima dan nampak semangat serta jelas bagaimana mahu bergerak selepas sesi ini jika dinilai dari riak muka dan bahasa tubuh mereka tetapi ada juga yang terus kekal mandom. Apa yang mereka perlukan bukan arahan – demi arahan tetapi perjumpaan dan pertemuan fizikal yang membincangkan idea untuk bergerak akan menguatkan iltizam mereka. Pemimpin perlu turun ke bawah membawa idea gerakan yang kreatif.


Selepas program Suhaimi, Timbalan Ketua Perhubungan telah membawa bersama Cikgu Zul dan yang lain ke gerai makan sebelah hotel. Tak sabar rasanya untuk rasa nasi yang pertama setelah seharian berlapar. Selepas makan Pok Jak dan Ibrahim (aktivis keADILan Kuala Terengganu) telah bawa pusing – pusing Bandar Terengganu. Dalam kereta Pok Jak hulur sampul surat katanya dia tahu aku takda duit. Dalam keadaan serba salah tak mampu menolak hanya senyum, ucap terima kasih dan ambil. Ada 4 keping RM 50.


Dia juga tunjukkan pejabat di kawasan tengah bandar yang baru dia sewa untuk dijadikan pejabat Parti. Banyak cerita dan persoalan yang dibincangkan. Tanpa menunjukkan minat untuk mebincangkan masalah aku tarik perbualan dengan berkongsi idea bagaimana nak bergerak secara lebih kreatif. Ibrahim pula rupanya ada kemahiran IT yang tinggi jadi kami berbincang apa yang Ibrahim boleh buat membantu parti di Terengganu.


Jam 2.00 pagi sebaik sahaja turun dari kereta Pok Jak, telefon bimbit berbunyi. Sahabat lama semasa di MPRM yang kini balik bercuti di kampungnya, Kuala Terengganu dari mengajar di Sabah ajak berjumpa. Katanya esok tak sempat kerana dia nak balik rumah mak mertuanya di Perak. Kami habiskan masa lebih sejam berborak depan 7 eleven tengah Bandar Kuala Terengganu. Banyak cerita di perbual tapi aku lebih menunjukkan minat menarik perbualan untuk mengetahui keadaan politik di Sabah, kebetulan kerana dia merupakan antara orang yang aktif dalam Umno di Sabah.


Hampir 4 pagi baru melelapkan mata di bilik 2112 Hotel kenangan.


Jam 9.00 pagi aku meninggalkan hotel. Destinasi sebuah restoran di Kuala Berang. Pagi ini aku berjanji meluangkan masa untuk bersarapan dengan beberapa Puteri Umno yang seorangnya merupakan teman lama aku.Perjumpaan dihadiri oleh 5 orang. Kawan aku yang menjawat dalam Puteri Umno negeri, dan 4 lagi ajk dari bahagiannya. Perbualan bermula dengan yang ringan – ringan hinggalah ke persoalan politik yang berat.


Dalam pertemuan itu mereka bangkitkan rasa tidak puas hati mengenai penyelewengan yang berlaku. Kata mereka Terengganu paling ramai kontraktor kelas F dan paling banyak projek tapi malangnya yang dapat asyik kelompok yang sama. Bila kita bising dia cuma tubuh syarikat lain dan pasang proksi tapi masih orang sama.Mereka minta juga dibangkitakan isu MSA Bina Sdn Bhd yang sering dapat projek kerajaan dan agihkan projek secara sub. Sekarang ini orang Umno sendiri gelar Idris Josoh sebagai Menteri Besar Besut kerana semua projek mesti dapat kepada kontraktor Besut.


Mereka kata ramai dah mula serik dengan Umno janji bertabur tapi habuk pun tiada , mereka yang jumpa rakyat ini mula di cemuh. Projek tak berdasarkan kepentingan buat masjid besar bukan ada khariah ramai pun, buat bangunan tambahan sekolah kelas yang lama pun tak penuh dan contoh paling jelas ialah Pasang lampu macam – macam di Kuala Terengganu di jambatan Sultan Mahmud siap pasang lampu ikan tetapi malangnya kawasan Bukit Bauk, Dungun dan kawasan seperti Kampung – kampung di Kuala Berang kegelapan.


Mereka diterangkan mengenai perkara ini berlaku kerana nak kerja senang gaih projek tanpa buat survey kepentingan projek. Mereka bangkitkan untuk menyokong PAS secara terus mereka ada beberapa benda yang tidak puas hati juga dengan PAS khususnya semasa PAS jadi kerajaan. (Bab ini aku tak nak debatkan panjang dengan mereka sebab aku tak nak larikan fokus perbualan)


”keADILan ok kami sokong khususnya jika Datuk Seri Anwar benar – benar boleh perbaiki ekonomi” kata mereka tetapi mereka juga menyatakan kekesalan kerana keADILan di Terengganu senyap dan tiada apa.


”keADILan hanya nampak bila Anwar datang. Penyokong ramai. Tengok bila Anwar datang kami orang Umno pun nak jumpa...tu yang perpuluh ribu jadinya” tambahnya sambil ketawa.


Mereka di beri jaminan kita dalam usaha serius susun jentera keADILan di peringkat bawah khususnya di Terengganu. Mereka juga di pelawa masuk dan sama bina keADILan Terengganu jika ingin lihat Anwar jadi Perdana Menteri. Pelawaan itu disambut dengan sengih ala kerang sahaja dan InsyaAllah. Nampaknya peluang ada jika orang Umno pun dah mula bosan cuma perlu perhatian khusus penyusunan jentera dan seumpamanya.


Jam 1.30 petang, tiba di Cabang 3, Kuala Terengganu. Destinasi ialah Restoran Pok Jak, makan tengahari free. Pok Jak sambut dengan mesra. Terus order nasi ayam dan limau suam. Sedang rancak berborak dengan Pok Jak datang seorang lelaki, seperti pelanggan tetap Pok Jak. Pok Jak ajak duduk dan perkenalkan dia sebagai orang kuat Umno dan bekas Setiausaha Pemuda Umno Terengganu.


Pok Jak minta aku terangkan pada dia mengenai kes wanita monggolia dan kemungkinan penglibatan Najib. Setelah aku terangkan mengenai penglibatan pengawal peribadi Najib dan Rosmah serta penggunaan bom C4 itu mukanya berubah serius. Aku cuba ingatkan dia mengenai kes Mustakizah yang akhirnya ditutup dengan kematian misteri saksi, kes itu juga dikatakan juga ada kaitan dengan Menteri Kanan Umno. Kemudian perbualan aku lajakkan dengan menerangkan mengenai beberapa angle mengenai ekonomi rasuah dan sebagainya. Nampaknya melalui tajuk ini dia pun setuju kerana dia turut menimbulkan rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan Terengganu. Nampaknya dia paham apa yang berlaku.... dah dijolok dan terpulang pada Pok Jak untuk follow up lain kali.


3.00 petang aku rasa badan tak selesa lalu selepas keluar dari Restoran Pok Jak di Cabang 3, aku terus memandu menuju ke Masjid Kuala Terengganu. Di sana aku mandi dan tukar baju. Selepas solat. Oleh kerana masih banyak masa aku terus ke Pantai Batu Buruk. Sampai di tepi pantai, parking kereta betul – betul mengadap pantai. Tenang sangat rasanya dengan angin yang kuat dan bunyi ombak besar yang menghempas pantai. Sesekali terdengar pekikan kanak – kanak bermain layang – layang tak jauh dari situ. Duduk di luar kereta atas pasir pantai sambil membaca buku menghabiskan membaca buku Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam terbitan penerbitan Muttaqin.


Ketenangan membaca terhenti apabila Zul Marang menelefon aku. Dia nak jumpa katanya untuk menerangkan mengenai perjumpaan malam ini. 5.30 petang berjumpa dengannya di Gerai belakang hospital yang betul – betul menghadap Laut China Selatan.


Dia menerangkan pada bahawa perjumpaan malam ini bukan sahaja akan dihadiri ahli parti keADILan tetapi turut akan disertai oleh ahli PAS dan ahli Umno. Zul menerangkan mengenai isu paling besar yang mereka hadapi kini ialah pindaan kanun tanah.


Perjumpaan dengan Zul petang itu ringkas dan pendek sahaja. Hanya 30 minit. Kemudian dia bergegas pulang ke Marang dan saya berjanji bertemu beliau di Pekan Marang selepas Isya’.


Masa yang banyak aku ambil dengan memandu perlahan ke Marang sambil singgah di tepi pantai tengok aktiviti orang kampung dan sempat beli keropok lekor untuk ole – ole. Adalah lima kai berhenti. Selepas Maghrib aku sempat pergi ke Cyber Cafe di depan Sekolah Kebangsaan Marang untuk melihat berita terkini dan update blog. Dapat email gambar Rosmah berlaga pipi dengan artis Bollywood... aku terus naikkan gamabr itu sahaja nak update yang lain tak dapat kerana line lambat sangat.


Selesai Isya’ aku tunggu Zul di luar pagar masjid belakang pejabat Umno Marang. Jam tepat 9.15 malam sudah 3 sms aku hantar pada Zul tidak berjawab. Hujan lebat kereta tanpa aircond berkuap. Kereta wira Zul muncul. Dia lambat kerana keretanya bergesel dengan kereta lain tetapi tiada apa yang rosak cuma cermin sisinya pecah.


Perjalanan ke Pengkalan Berangan mengambil masa 35 minit dari Pekan Marang. Jauh masuk ke dalam lokasi perjumpaan ini. Kereta pula tidak boleh laju, cermin yang berwap kerana tiada aircond menghadkan penglihatan.


Sampai di lokasi hujan lebat sangat. Jam 10.00 malam, terpaksa menunggu sebentar kerana untuk panggil semula ada yang balik kerana mereka menjangkakan perjumpaan di batalkan kerana hujan sangat lebat dan telah lewat.


Perjumpaan malam itu dimulakan dengan menerangkan beberapa perkara mengenai perkembangan semasa. Kemudian perbincangan mengenai isu yang mereka hadapi bermula. Perjumpaan dan perbincangan panjang lebar ini hanya tamat jam 12.30 tengah malam. (isu tanah akan diturunkan dalam penulisan akan datang kerana ia isu sensitif yang memerlukan penumpuan khas dan masih menunggu beberapa salinan dokumen yang dijanjikan Zul untuk hantar melalui pos)


Bersalaman untuk pulang terasa sedih kerana nak meninggalkan mereka yang sedang bergelut dengan masalah dan seolah mereka ini dilupakan kerana duduk jauh di pendalaman. Mereka juga pejuang khususnya ahli – ahli keADILan ada yang menjadi ahli semenjak 1999. Majoriti kais pagi makan pagi dalam itu ada yang pernah kumpul duit naik bas hanya untuk sertai demonstrasi di Kuala Lumpur, tapi kini mereka ada masalah mereka bergelut sendirian. Insya Allah saya memberi jaminan mereka tidak akan dilupakan saya berjanji akan menjengah sekali lagi dan isu mereka akan saya bangkitkan nanti.


Salaman erat mereka dengan membayangkan mereka ini pejuang ikhlas. Kata – kata mereka ’kami cukup terharu kerana belum pernah pemimpin dari kuala lumpur datang jengok sampai ke kampung kami’ cukup menusuk dan tersemat di hati.


Kalaulah mereka tahu apa yang berlaku......pemimpin ego, terlalu politiking dan seumpamanya tentu kecewa remuk hati mereka bukan kepalang. Dalam perjalanan keluar dari kampung tersebut saya tersentak dengan sms dari Ketua AMK Terengganu, Wan Anies yang berada di Kuala lumpur. Anies memaklumkan yang dia di hubungi oleh pemangku Ketua AMK Shamsul yang mempersoalkan kenapa aku dibenarkan masuk dan bertemu dengan AMK Terengganu..... aku sedih sangat kenapa ini perlu berlaku ??? Namun Anies minta take note yang dia beritahu Shamsul yang aku hanya turun untuk ceramah anjuran keADILan Kuala Terengganu..... (kepada mereka jangan risau jaminan diberi tidak akan bertanding jawatan nombor satu AMK itu..) Anies tidak salah dia menjawab begitu mungkin baginya itu jalan terbaik dan selamat.


Sampai di pekan Marang hujan masih lebat, Zul membawa aku berhenti di satu kedai tepi jalan, rupanya Cikgu Fariz (exco keADILan) telah sedia menunggu. Dia baru pulang bersama keluarga dari Kuala Lumpur. Kebetulan dia juga tinggal di kawasan Rhu Rendang. Kira – kira 20 minit minum Kopi O keras, aku minta diri.


Memandu keseorangan pulang, hujan lebat, cermin berwap kerana tidak ada aircond dan kereta berhenjut ala kereta kuda amat meletihkan. Jam 4.30 pagi, tidur sebentar di depan 7-eleven Bandar Kemaman.


6.30 pagi selesai solat di Masjid Kemaman hujan agak teduh, cuma renyai – renyai, meneruskan perjalanan.


Beberapa kali berhenti kerana terlalu mengantuk mengakibatkan masa perjalanan panjang.


11.45 pagi ketika melintasi Felda Bukit Selancar aku memberhentikan kenderaan kerana melihat orang ramai di tepi jalan. Rupanya kampung mereka di landa banjir secara tiba – tiba, mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang cuma ada yang sempat membawa kereta mereka ke jalan raya utama yang lebih tinggi bagi mengelakkan turut tenggelam.


Berdasarkan kenyataan anggota polis yang sempat aku berbual di tepi jalan itu. Katanya Johor, Melaka dan Gemas teruk dilanda banjir. Air naik tiba – tiba. Aku terus sms Ezam yang berada di Jakarta bersama Erahanim, Nurin dan Shahida yang menghadiri satu program di Habibie Centre mewakili GERAK.


Memandu semula sambil cuba menghubungi teman AMK NS. Mengidupkan radio kereta dengan mendengar siaran NS FM. Sah Pekan Gemas telah tenggelam. Ariffin dan Amir gagal dihubungi. Azizi menjawab panggilan telefon. Arahan kepada Azizi, panggil segera mesyuarat khas di rumahnya, akan sampai kira – kira jam 3.30 petang.


Jam 3.45 petang sampai di Senawang. Terus menuju rumah Azizi. Mesyuarat ringkas memutuskan menghantar pasukan ke Gemas dan satu pasukan berjaga – jaga di linggi kerana aras air sungai dilaporkan sedang naik mendadak.


Baki duit dalam poket aku ada RM 207.00 .... aku hulurkan RM150 kepada Azizi untuk tambah duit yang ada. Aku kata padanya ini duit baki deposit dewan tempoh hari. Dia ambil dan tengok muka aku tanda paham.... kita sama – sama takda duit tapi bila rakyat susah kita kena turun bantu bawa panji keADILan... itu perjuangan.


Bangga dengan teman – teman AMNS mereka faham apa yang terjadi tetapi semua mereka telan. Demi meneruskan perjuangan, terus setiakawan mengasak keadilan, meratah kezaliman, memartabatkan perjuangan.


Malam itu dalam kereta semasa perjalan ke Gemas, kami bincang tentang keberanian menyuaran kebenaran. Dalam perjuangan jangan selalu sangat main politik selamat sebab kita akan dilupakan. Tengok pejuang yang dikenang hingga hari ini semua mereka yang berani....memang benar sejarah ditulis oleh mereka yang menang tetapi lebih penting sejarah tidak pernah mengenang mereka yang penakut dan asyik main politik selamat.


Maka keluar satu perumpamaan.... kita nak berjuang kena ada idola... tapi jangan jadi cicakman ... asyik main politik selamat mati tak sedar silap – silap terkapit kat pintu pun orang tak sedar mati keras kat situ dah lah bangkai tak berbau. Ketawa kami terhenti apabila Amir menekan brek sambil menjerit di tengah – tengah kebun Getah Sungai Kelamah kerana terkejut ranting pokok jatuh di depan kereta.....

Wednesday, February 18, 2009

Sila COPY & PASTE...kemudian SEBARKAN!

Mengapa Yahudi Bijak?
Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:

- makan buah sebelum makan nasi

- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa

- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan

- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung

- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannyasedang umat Islam sendiri mengabaikannya.WassalamBaca… Renung… Fikir… Bertindak!Based on true story...


Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak". Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliaumelahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato!"

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Dr. Stephen Carr Leon

Tuesday, February 17, 2009

RAHSIA

Rahsia untuk mencapai hidayah Allah



Pertama, ialah ikhlas dengan Allah. Apa-apa perbuatan, pekerjaan hendaklah dibuat dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah. Jangan peduli apa yang orang bilang kepada kita.

Kedua, redha dengan apa yang Allah turunkan atau ujian ke atas diri kita. Jangan persoalkan dan merunggut kerana sesuatu yang Allah turunkan/uji itu ada hikmah-hikmah yang tidak mudah kita fahami. Atas ujian itu bukan menunjukkan Allah zalim, sebab Allah tidak zalim kepada sesiapa pun. Ujian juga kalau tahu menerimanya ia merupakan pahala percuma dari Allah untuk seseorang.

Ketiga, berlapang dada, jangan persulitkan masalah. Setiap masalah hendaklah dianggap sebagai ujian dan jangan terbelenggu dengannya. Masalah bukan bahaya, tetapi yang bahanya ialah bagaimana menangani masalah itu. Begitu juga dengan rezeki, jangan bimbang dengan rezeki sebab semua rezeki untuk makhlukNya dijamin olehNya.

Keempat, tahu mengatur diri dalam berhadapan dengan masalah atau ujian Allah. Tidak perlu panik terhadap sesuatu musibah yang menimpa diri. Kena menerimanya dengan hati yang lapang dan tenang.

Kelima, yakin kepada Allah. Jangan menyerahkan diri kepada mana-mana kuasa tetapi serahlah kepada Allah. Allah tahu menguruskan kehidupan kita. Allah akan memenuhi janji-janjiNya kepada semua manusia. Di samping itu kita perlu banyak bertaubat dan memohon keampunan Allah s.w.t.