Showing posts with label puji-pujian. Show all posts
Showing posts with label puji-pujian. Show all posts

Sunday, April 26, 2009

Singa Baru Dunia Islam

Sudah lama penulis nak menulis tentang dia ini. Tapi asyik tertangguh. Dan akhirnya dapat juga penulis menceritakan serba sedikit tentang dia ni pada hari ini, salah seorang tokoh, dan juga seorang pemimpin yang penulis amat kagumi. Dia ialah Mahmoud Ahmadinejad, presiden Republik Islam Iran. Perwatakannya sederhana, bertubuh rendah, mempunyai jambang seperti tidak terurus, dan rambut yang kasar, seperti tidak pernah memakai minyak rambut. Perwatakan beliau tidaklah sehebat pemimpin-pemimpin yang lain, tetapi, beliau amat digeruni oleh negara-negara yang memusuhi Islam, khasnya Amerika dan Israel laknatullah. Kelantangannya melawan Amerika dan sekutu-sekutunya patut dipuji oleh pemimpin-pemimpin Islam yang lain.


Gaya hidupnya juga sederhana, setiap hari beliau pergi ke pejabat, menjalankan tugas sebagai presiden, hanya membawa kereta kepunyaan beliau, kereta Porsche buatan tahun 1977 (tak silap penulis), dan beliau memandu sendirian. Tak perlukan pemandu. Pemimpin ini juga tak lupa akan asal-usulnya yang pernah hidup dalam kesusahan, tidak tergilakan harta benda, rumahnya hanyalah sederhana, yang terletak di pinggir bandar Teheran. Setiap pagi, pasti beliau akan membawa bekal yang disediakan oleh isterinya untuk ke pejabat - hanya 2 keping roti bersama keju, yang disapu dengan minyak zaitun. Nama asalnya ialah Mahmoud Saborjihan, akan tetapi keluarga beliau menukar nama beliau ke Mahmoud Ahmadinejad sebaik sahaja berpindah ke Teheran. Penulis sudah lupa sebabnya.


Beliau juga seorang penganut mazhab Ja'afari yang taat. Setiap suruhan agama dituruti. Ditambah dengan kehidupannya dan keperibadiannya yang agak low profile, tak hairanlah dia digeruni oleh musuh-musuh Islam. Dan Mahmoud Ahmadinejad merupakan presiden Iran yang pertama yang bukan dari kalangan ruhaniawan, kerana sebelum ini, presiden Iran kebiasaannya terdiri daripada yang berserban hitam, serta berjubah. Semasa Mahmoud di zaman mahasiswa, beliau turut memainkan peranan dalam melawan rejim Shah Reza Pahlavi (Shah Iran), mencetak pamplet yang berunsurkan perjuangan menentang Shah Iran. Di samping itu, beliau juga turut menyebarkan kaset-kaset ceramah yang disampaikan oleh Almarhum Ayatollah Imam Khomeini - yang sewaktu itu berada di dalam buangan, di Perancis.


Sehingga kini, perjuangan Imam Khomeini diwarisi oleh Mahmoud Ahmadinejad, bangkit diantara pemimpin-pemimpin Arab Islam yang bacul, sebagai Singa Baru di Dunia Islam, berbangsa Parsi. Lantang mengkritik Amerika, tidak mengiktiraf negara haram Israel, dan menyeru supaya al-Aqsa di Palestina dibebaskan. Agak susah untuk menjumpai pemimpin Islam seperti Mahmoud Ahmadinejad ketika ini. Sepatutnya pemimpin-pemimpin OIC mencontohi sikapnya ini, walaupun bukan berbangsa Arab, tapi lantang membela nasib Arab Palestin. Jauh untuk dibandingkan dengan "pemimpin Islam" di Malaysia...

Wednesday, April 15, 2009

Haji Nizar Bakal Naib Presiden?



Dikhabarkan bahawa Menteri Besar Perak Ir, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun menerima dua pencalonan jawatan Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan Temerloh. Akhir-akhir ni beliau menjadi semakin popular, bermula dengan krisis di Perak, kemudian menang bertanding menjadi MP baru Bukit Gantang.


Dia ni jugak berjaya membuktikan bahawa dia mempunyai karisma serta ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Pasti ramai yang dicalonkan sempena Muktamar PAS tahun ini. Syabas kepada PAS. Berani mengetengahkan pemimpin tanpa mengharap apa-apa balasan, tak sebagaimana UMNO-UMNO bahagian.

Monday, April 6, 2009

P. 59, N. 25, dan N. 29

Esok, tanggal 7hb April, ialah hari bersejarah. 3 pilihanraya diadakan serentak di tempat yang berlainan. Memang mencemaskan. Memang agak mencabar bagi pihak Pakatan Rakyat, terutamanya di Bukit Selambau, kerana terlalu ramai calon. Di 2 bukit, iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau, PAS dan PKR bertindak sebagai pertahanan. Kena sentiasa bersiap sedia, menghadapi serangan dari pihak lawan, yang tidak diketahui caranya. BN digambarkan seperti penyerang. Kalau PR kecundang di kedua-dua tempat ni, akan berkuranglah kerusi.


Manakala di Batang Ai pula, PKR bertindak sebagai penyerang, dan BN sebagai pertahanan. Di sini, tak apa kalau PR kecundang, kerana tidak mengalami kekurangan kerusi. Bagi pandangan peribadi saya, saya yakin PR dapat mempertahankan P.59 dan N.25, berdasarkan mood orang Semenanjung, yang rata-ratanya menolak UMNO/BN. Di Batang Ai, penulis kurang pasti. Sebab keadaan di Malaysia Timur agak beda berbanding semenanjung, walaupun angin perubahan sudah mula kelihatan di sana. Apa-apapun, di harap Tuhan kurniakan kejayaan kepada kita.

Nasrun minallah wa fathun qarib. (pertolongan daripada Allah dan kejayaan menghampiri)


Selepas ni, diharap semua pihak menumpukan perhatian di dalam krisis ekonomi yang teruk, yang melanda negara ni. Ramai yang dibuang kerja. Dan diharap tidak akan ada pilihanraya dalam masa terdekat. Banyak duit dilaburkan.. Harap-harap Bukit Lanjan tidak berlaku pilihanraya, begitu juga DUN Penanti (YB Fairus), dan jugak Kepala Batas (takkan Pak Lah masih nak duduk dalam parlimen, tengok orang lain berkuasa, kemungkinan dia akan kosongkan jugak kerusi tu). Dan kepada YB Elizabeth Wong, penulis setuju agar dia meneruskan kerjayanya, bukan silap dia, orang menceroboh hak privasinya..


Berkenaan pada bekas ADUN Bukit Selambau, sekalung tahniah diucapkan, kerana mempertahankan prinsip, dan memilih meletak jawatan berbanding melompat ke BN. Walaupun dia bukan Islam, tapi prinsip dan moralnya jauh lebih tinggi daripada Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu yang mengaku Islam.


Akhir sekali, calon PAS beruntung kerana tokoh cendekiawan dan sasterawan negara turut berkempen untuk menolak calon UMNO, kerana kerajaan masih berkeras nak teruskan dasar PPSMI. Antara yang turun ialah sasterawan negara, A. Samad Said dan Prof. Dr. Abdullah Hassan. Sama-sama kita berdoa agar kejayaan yang lebih besar kepada PAS di Bukit Gantang, walaupun kerusi itu secara tradisinya milik BN.

Tuesday, March 24, 2009

Nik Aziz Dah Bagi Restu...



Mursyidul Am PAS, jugak merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dah bagi restu kat calon PRK p.59 Bukit Gantang, Hj. Nizar Jamaluddin untuk bertanding pada 7hb depan.


Dia cakap Nizar sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak adalah calon yang tepat untuk berdepan dengan calon dari UMNO/BN, Ismail Saffian. " Saya dah hubungi Nizar dan merestuinya untuk bertanding," Nik Aziz bagitau kat wartawan selepas menerima lawatan daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Ashok K. Kantha kat pejabat dia.


Nik Aziz berkata bulan lepas, dia tak setuju dengan cadangan untuk meletakkan Nizar sebagai calon di Bukit Gantang, kerana kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak.


Sementara itu, Nik Aziz juga menyatakan rasa kesal dia kerana keputusan KDN menggantung permit penerbitan akhbar milik parti pembangkang, iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan. Dia kata, tindakan tersebut tak demokratik dan mempunyai kaitan dengan penglibatan kedua-dua parti (PAS dan PKR) dalam Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai.

Masing-Masing Punya Kelebihan

Salam 2 all..


Pagi ni aku nak bercakap tentang masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sesetengah orang, kelebihan yang ada pada dirinya tidak terdapat pada diri orang lain. Kadang-kadang seseorang tu tengok orang lain punya banyak kelebihan, tapi dia tak sedar yang dia pun ada kelebihan, yang tiada pada orang lain.


Di sini aku nak menulis pasal kelebihan menulis dan berpidato. Sesetengah tokoh dikurniakan oleh Allah SWT akan bakat berpidato. Akan tetapi, jika menulis, dia tidaklah sehebat sebagaimana dia berpidato. Begitu juga dengan sesetengah tokoh yang dikurniakan bakat menulis, sehingga mampu menghasilkan beberapa buah buku dalam masa yang pendek, ataupun menulis beberapa kali dalam satu hari, tetapi tidak dikurniakan kelebihan berceramah mahupun berpidato. Begitulah yang selalu berlaku. Kelebihan yang ada pada orang tak terdapat pada kita, tetapi kita pun ada jugak kelebihan yang tidak terdapat pada diri orang lain.


Ada yang lebih bernasib baik, dikurniakan oleh Allah SWT kedua-dua bakat menulis dan berpidato. Antara tokoh penulis yang aku kagumi ialah Mohd Sayuti Omar (MSO), Hishamuddin Rais, Shamsuddin Othman (Dinsman), Subky Abdul Latif, dan Yahaya Ismail.


Bagi pidato pula, tokoh yang aku minat ialah Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Haji Mahfuz Omar, Zulkifli Noordin, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, dan Ezam Mohd Noor. Mereka ni satu buku pun tak pernah hasilkan, tapi ceramah diorang mampu menarik minat orang ramai.



Begitu juga Tn. Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, cara berpidato, berceramah serta memberi kuliah mampu menarik ribuan hadirin, tetapi tidak mampu pun hasilkan walaupun sebuah buku. Dia takde bakat menulis. Yang korang semua tengok buku yang ada ditulis nama dia tu, sebenarnya bukan dia yang tulis, tapi ditulis oleh setiausaha politiknya, Annual Bakri Haron, berdasarkan ceramah dan tazkirah yang diberikan oleh Nik Aziz sendiri.



Sama jugak dengan Subky Abdul Latif. Cara penulisan dia bagus, ramai peminat, tetapi jika dia memberi ceramah, ia tidakla sehebat penulisannya.


Begitulah.....setiap orang ada kelebihan masing-masing...

Sunday, March 22, 2009

HARI-HARI TERAKHIR DOLAH




Maka tersebutlah alkisah, seorang memanda Perdana Menteri akan meninggalkan kerusi empuknya, dan akan diganti oleh timbalannya. Diala Dolah Badawi, yang hayatnya akan berakhir pada pemilihan agung UMNO hujung bulan ini.. Baru 1 penggal memerintah, sudah disumpah, dimaki hamun, dibenci oleh rakyat, pembangkang, malahan tak ketinggalan oleh orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO..


Masa mula-mula naik dulu, dia dikenali sebagai "Mr. Clean". Tapi hampeh, ternyata rupa-rupanya seorang yang kuat tido..negara jadi kucar-kacir, inflasi meningkat, dek kerana tabiatnya nakkan banyak duit, naikkan harga petrol sesuka hati, beberapa kali, kadar jenayah pun meningkat, sehinggakan, bagi aku, Malaysia tidak lagi selamat untuk didiami.. semua gara-gara kau, Dolah. Memanjakan menantu kesayangan, KJ, membiarkan anak dan kroni berkuasa, mengambil semula orang yang tak guna seperti Mat Taib, kau memang tak guna wahai Dolah.. Tunggulah nanti kau akan disembelih pada hujung bulan ini..hahaha.. Kau juga dibenci oleh mantan PM negara ini, Mahathir Yahudi. Sedangkan bagi aku, peribadi kau mungkin jauh lebih tinggi dari Si tua itu.


Apa-apapun Dolah, selamat bersara aku ucapkan. Aku juga berharap orang-orang ko nanti ada jugakla tempat dalam kerajaan baru nanti, pimpinan orang Mongolia..walaupun calon favourite kau dah tak dibenarkan bertanding, tapi ko masih boleh letak harapan kat KJ, menantu kesayangan kau tu..

Friday, February 13, 2009

DAULAT TUANKU


Di atas ini ialah Sultan bagi negeri Terengganu. Juga adalah Yang Di-Pertuan Agong ke-13. Baginda adalah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Aku nak cerita sikit pasal baginda ni. Baginda ni kawan rapat cikgu aku masa sekolah rendah di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu. Cikgu aku nama dia Azmi bin Jusoh. Masa aku form 1 ngan 2, dia ngajar BI. Masa aku form 4 &5, dia ngajar Sains plak. Ok lah. Dia ada cerita pasal teman rapat dia ni. Sebenarnya nama sebenar Agong ni masa dulu hanyalah Tengku Zainal Abidin. Tak ada lagi Mizan. Tapi ntah la kenapa dia tambah nama Mizan. Tu kena tanya baginda sendiri lah. Tuanku ni dia selalu main bola dengan cikgu aku nih. diorang rapat sampailah ke dewasa. Sekarang ni pun masih lagi berhubung. dan kalau baginda bertemu dengan cikgu aku, diorang hanya membahasakan diri diorang ''mu, aku''. Tengok ni, sultan yang dah selalu bergaul dengan rakyat jelata. Isteri sultan ni plak, Tuanku Nur Zahirah. Isteri sultan Mizan ni bukanlah dari kerabat diraja, dan aku dengar dulu pekerjaan permaisuri ni sebelum berkenalan dengan Tuanku Mizan hanyalah seorang penjual tiket bas. Tengok, Tuanku Mizan sanggup pilih rakyat bawahan untuk dijadikan isteri. Pastu yg aku perhati, hanya isteri Agong sahaja yang menutup aurat. BETUL TAK? Beza tak ngan isteri sultan yang lain? Bukan ke Sultan ni ketua agama dan adat? Pikir2kan la.. Ni yang membuatkan aku rasa amat bangga kerana jadi rakyat Terengganu yang memmpunyai sultan sebegini. MMuahh! I love you Tuanku. DAULAT TUANKU!