Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Friday, September 3, 2010

Jangan dihalang non-Muslim ke masjid!

Credit to : Warung Kampung [link]

Pagi itu aku bersama-sama teman-teman sekumpulan bergerak ke Sultanahmet Camii, atau lebih terkenal dengan nama Masjid Biru, simbol kegagahan Islam di kota Istanbul. Kami masuk ke dalam masjid melalui pintu pelawat di sebelah kanan masjid sebagaimana pelawat lain. Pegawai-pegawai masjid yang berkawal di pintu masuk itu buat fashion check dulu sebelum menghulurkan plastik kasut dan kain kepada pelawat untuk menutup mana-mana bahagian tubuh yang terdedah atau bahagian yang sendat. Faham-fahamlah fesyen pakaian mahasiswa-mahasiswi Jepun ni kadang-kadang lebih barat dari barat. Tutup, jangan tak tutup.

Luar nampak purba tapi dalam, masyaAllah. Sesiapapun boleh melopong bila tengok keindahan interior masjid ini. Nak kagum lagi, masjid ini masih gagah menjalankan fungsinya sekalipun dah berusia nak dekat 400 tahun.

Sultanahmet Camii atau Masjid Biru

Aku dan teman sekumpulan hanya bersama di waktu pagi dan lepas itu kami berpecah di Egyptian Bazaar di Eminönü. Hari ini aku hanya mahu ke Egyptian Bazaar, Grand Bazaar, dan kalau masuk waktu solat balik semula ke Sultanahmet Camii. Tujuan ke bazaar cuma nak beli mushaf Qur’an made in Turkey, rehal made in Turkey, dan serbuk teh epal hijau made in Turkey. Selebihnya cuci mata. Plan yang ringkas untuk hari ini. Aku ditemani sahabat aku yang seorang ini.

Kami masih di Egyptian Bazaar masa azan Zuhur memecah langit Istanbul.

“Tak sempat kalau nak ikut solat berjemaah dekat Sultanahmet Camii ni. Macamnilah, kita ke sana Asar nanti, dan pastikan sampai di sana sebelum azan. Macamana?” aku cuba membetulkan schedule yang dah tersasar.

“Kalau macamtu, kita gerak awal ok.” kata dia tanda setuju.

Aku solat Zuhur di Yeni Camii atau Mosque of the Valide Sultan yang sangat dekat dengan bazaar. Seorang nenek yang tengah bagi roti kering dekat puluhan burung merpati yang berlegar-legar di luar pintu masjid membuatkan tangan aku gatal nak ambil gambar dia. Alahai ditutup pula mukanya lepas tu mengomel marah-marah. Bagus nenek ni. Masih kuat mempertahankan privacy.

Pastinya Asar petang itu mengujakan sahabat aku yang seorang ni sebab dia akan bersolat buat pertama kali dalam seumur hidupnya. Sejak di Jepun lagi dia menyuarakan keinginannya untuk bersolat. Aku plan nak merealisasikan impiannya itu di Sultanahmet Camii. Ada dua sebab aku pilih Sultanahmet Camii. Satu, supaya dia dapat bersolat di dalam masjid World Heritage yang terkenal serata dunia itu. Aku yakin ini akan memutikkan pengalaman manis dalam hidup dia, Dua, Sultanahmet Camii yang besar dan terkenal itu pasti akan menampung jemaah yang ramai dan pelbagai, baik dari rakyat tempatan mahupun pelancong muslim. Situasi ini aku cuba gunakan untuk tunjuk dekat dia yang Islam itu universal, boleh bersebelahan berlaga lengan dalam solat tanpa mengira negara, tanpa mengira warna kulit, dan tanpa prejudis.

Egyptian bazaar berlatarbelakangkan Yeni Camii

Muslim yang baik

Dia memang sudah bersedia hari itu. Pakaiannya sesuai untuk masuk ke masjid, tudung pun dibawa sekali disimpan dalam beg tangan, brooch yang aku hadiahkan pun dibawanya sekali. Maha Suci Allah, sebaik-baik Perancang. Aku dan dia berwudhu di tempat wudhu lelaki supaya boleh aku mengajarnya berwudhu.

“Salam Aleykum.” pemuda bersuit kelabu yang berwudhu di sebelah aku menegur.

“Waalaikumsalam.”

“Where are you from, brother?” dia bertanya sambil melirik senyuman.

“Malezya.……and she is from Japan, a friend of mine at the same university.” aku cuba memperkenalkan sahabat aku ini,Tomita (nama sebenar).

“She isn’t a Muslim, so I’m trying to teach her how to take wudhu. I’m sorry if she makes you feel uncomfortable.” saja menambah sebab nak elak fitnah la katakan.

“Masya Allah. My name is Enes. I work and stay here. Here, take my cell phone number. Call me if you need any help during your stay in Istanbul. Keep up good deeds, brother.” dia menghulurkan kertas bertulis nombor telefon dan alamat emel.

Allahuakbar. Indahnya persaudaraan Islam ini.

Sabda Rasuluallah saw,

Barangsiapa ingin merasakan nikmatnya iman, hendaklah dia mencintai saudaranya, dan dia tidak mencintainya kerana Allah.” (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah, 2300)

“Cari mana-mana makcik yang nampak baik dan duduk sebelah dia. Masa solat nanti cuba lirikkan mata perhatikan gerak-geri makcik tu dan tiru sebiji-sebiji. Jangan takut, jangan gemuruh, bertenang je bila solat nanti ye.” Itu saja yang mampu aku nasihatkan dia memandangkan tiada siapa yang aku kenal dalam ruang solat muslimah untuk aku minta tolong. Dia pula tak mahu menyusahkan sesiapa. Aku tinggalkan dia di ruang solat muslimah dan bergerak ke ruang solat di depan.

Jemaah mula masuk ke masjid menunggu azan Asar

Solat berjemaah dah selesai. Wirid pun sudah. Aku menunggu dia di pintu masuk utama. Wah, wajahnya menunjukkan suatu kegembiraan.

Sesuatu telah berlaku di ruang solat sementara menunggu azan. Tomita telah didatangi seorang muslimah Turki, pelajar universiti katanya. Pengakuan jujur Tomita yang dia adalah non-Muslim barangkali telah mengusik muslimah itu. Segala Puji bagi Allah yang Maha Penyayang, Tomita tidak ‘diusir’ keluar dari ruang solat, malah amat mengejutkan aku yang dia telah ditunjuk ajar cara bersolat oleh muslimah itu sementara menunggu iqamah. Siap ada rehearsal sekali !

Tomita bernasib baik bertemu dengan muslim yang baik dan berhati terbuka. Aku bersyukur untuk kasih sayang yang Allah swt kurniakan padanya dengan ‘menghantar’ muslimah itu.

Aku selalu bercerita dekat Tomita pasal ciri-ciri muslim yang baik. Muslim yang baik akan baik hubungannya dengan Tuhan, lakukan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang ditegah. Satu lagi syarat nak jadi muslim yang baik ialah baik juga hubungannya dengan manusia, baik muslim mahupun non-muslim, tak kira warna kulit.

Dia dah biasa dengan environment persaudaraan Islam sebab dia selalu datang ke program-program anjuran Islamic Culture Association di kampus di Jepun, cuma belum berkesempatan mengecap keindahan bersaudara. Rata-rata tak ramai mahasiswi muslimah yang datang ke program, jadi culture exchange sesama mahasiswi pun jarang. Mahasiswa muslim lebih mendominasi baik sebagai ahli jawatankuasa mahupun sebagai peserta. Ke masjid pun sudah di bawa, tapi sayang masa Isya’ hari tu takda seorang pun di ruang solat muslimah.

Hari ini, di Istanbul, rezeki dia bertemu dengan dua orang muslim Turki yang baik, di rumah Allah swt, yang memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan. Ini menguatkan lagi kepercayaannya terhadap konsep persaudaraan dalam Islam oleh muslim yang baik. Kita memang akan dapat bertemu dengan muslim yang baik di masjid kerana muslim yang baik akan selalu ke masjid.

Kami meninggalkan Sultanahmet Camii untuk menaiki tram ke Grand Bazaar. Sambil berjalan ke hentian tram, dia asyik bercerita pasal perbualan dia dengan muslimah tadi. Hatinya begitu tersentuh dan dia masih tak percaya dan tak sangka yang dia dilayan sebaik itu.

Itu ialah ayat-ayat Al-Qur’an

Kami datang semula ke Sultanahmet Camii malam itu untuk Isya’ berjemaah. Masjid dahpun ditutup untuk menerima pelawat bagi memberi peluang jemaah mengambil alih dewan solat.

“Kali ni saya tak solatlah. Saya tunggu awak di luar saja.” dia berkata.

Dia penat barangkali lepas berlegar-legar dan tawar-menawar sakan di Grand Bazaar tadi.

“Kalau macamtu awak duduk saja di dalam. Situ lebih selesa sebab awak boleh duduk.”

“Boleh ke?” dia tanya.

“Kalau pak guard tanya, awak cakaplah awak nak tengok solat. Jomlah masuk. Dalam lebih panas, luar sini sejuk” aku beriya-iya mengajak dia masuk. Tak sampai hati nak biarkan dia menunggu di luar.

Sementara aku berwudhu, dia mengenakan hijab.

Pelawat-pelawat non-Muslim lain pun ada juga disitu duduk di ruang belakang sambil mengamati dinding dan siling yang indah itu. Versi malam memang tak mengecewakan. Aku yakin mereka disitu bukan kerana siling dan dinding semata-mata, tapi juga kerana ingin melihat solat.

Selesai bersolat aku skip wirid bersama-sama dan meninggalkan jemaah dan menuju ke arah Tomita yang menunggu di belakang sana.

“Boleh tak saya duduk lagi sebab saya nak dengar apa yang sedang dibacakan.” responnya terhadap aku punya isyarat jom gerak. Allah swt mahukan aku berwirid barangkali.

“Pertama kali saya mendengar apa yang dibaca imam masa kamu semua berdiri dalam solat tadi.” dia mula bersuara lepas senyap membisu mengamati wirid tadi. Tekun betul dia mendengar.

“hmmm….susah saya nak terangkan. Saya tak faham apa yang dibacakan itu tapi hati saya terasa sejuk mendengarnya. Menenangkan dan menyenangkan.” tambahnya dengan ekspresi tipikal orang Jepun bila menerangkan sesuatu yang complicated untuk dijelaskan.

“Itu ialah petikan ayat-ayat dari Al-Qur’an.” aku menjelaskan.

“Oh ye ke. Awak mesti boleh baca Qur’an kan.”

“Membaca sajalah. Kalau nak faham maksud, saya kena ada terjemahan di sebelah.” aku jujur di situ.

“Awak sangat beruntung. Awak ada kepercayaan pada Tuhan dan awak bersungguh-sungguh dengan kepercayaan itu dan awak mesti tak pernah rasa sendirian sebab awak ada Tuhan. Hidup awak lebih bermakna kalau nak dibandingkan dengan saya. Saya rasa hidup saya semacam kosong.” dia berkata dengan nadanya sedikit sadis.

Aku biarkan saja dia bercakap dan terus bercakap tanpa aku mencelah. Yang boleh aku rumuskan dari cerita-ceritanya, dia semacam tersepit antara fahaman atheist yang menjadi tunjang masyarakat Jepun hari ini dan keinginan merasai kegembiraan hidup seperti aku, sebagai muslim.

Sultanahmet Camii, sesungguhnya masjid ini telah menyaksikan seorang manusia yang tidak terpilih untuk dilahirkan sebagai muslim sedang ‘mencari’ Penciptanya. Sesungguhnya masjid ini telah menyaksikan seorang manusia yang tidak terpilih untuk dilahirkan sebagai muslim, kunjungannya disambut dengan kasih sayang, iaitu kasih sayang Allah swt dan kasih sayang manusia-manusia beriman. Sesungguhnya masjid ini telah menyaksikan seorang manusia ini telah terbuka mata untuk mensyukuri kelahirannya sebagai seorang muslim.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah.” (Al-Qasas: 56)

Di Jepun, aku hadiahkan dia sepasang baju kurung dan sehelai tudung sutera yang aku minta seseorang di Malaysia tolong belikan.

Ya Allah, terima kasih kerana membawa dia ke masjid itu. Dia mencariMu di situ.

Jangan dihalang non-Muslim ke masjid!

Saturday, September 5, 2009

Hishamuddin Sebenarnya Lembu!

Sudah terang lagi bersuluh bahawa sesungguhnya yang melakukan demonstrasi kepala lembu di hadapan bangunan SUK Selangor adalah puak-puak UMNO yang perkauman dan tak tahu hormat agama lain. Dikenalpasti wajah-wajah yang ada sama ada di dalam video atau gambar adalah gambar ahli Pemuda UMNO, orang yang memijak kepala lembu, bersongkok, dan berbaju melayu putih itu adalah Ketua Penaja UMNO cawangan Seksyen 32 (saya dah lupa namanya, tapi nama ayahnya ialah Md. Zin).


Dan jika para penjenguk lihat posting gambar di bawah (tajuk Melayu (UMNO) Bodoh Demonstrasi), gambar yang ditulis dengan "buruknya muka orang yang pakai songkok itu" rupa-rupanya adalah orang yang sama dalam pertubuhan MAGARAN (pertubuhan Pro-ISA). Sudah sah demonstrasi itu didalangi oleh puak-puak UMNO. Begitu senang mereka demonstrasi tanpa ada gangguan dari pihak polis, tanpa ada ancaman dari Menteri Dalam Negeri. Sebab? Mereka itu UMNO!


Hishamuddin nampaknya sudah menyalahgunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri dengan memberi perlindungan kepala puak-puak yang menimbulkan provokasi dan sensitiviti agama. Senang betul orang yang buat demonstrasi itu boleh pergi ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Hishamuddin. Begitu mudah. Sedangkan sewaktu dulu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) mahu adakan rundingan, perjumpaan dengan Hishamuddin (ketika itu Menteri Pelajaran) pun payah. Selalu tak ada. Begitu juga dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mahu berjumpa dengan Hishamuddin, teramat payah.


Bila demonstrasi anti ISA diadakan, barulah muncul muka si pondan ini di kaca televisyen, mengutuk para demonstran. Polis juga digunakan untuk mengasari mereka yang tidak berdosa. Cuba bayangkan kalau para demonstran itu adalah dari kalangan orang-orang PAS, PKR mahupun DAP. Pasti akan melalaklah Hishamuddin, polis pasti akan bertindak sepantas yang mungkin untuk menangkap orang yang terlibat dalam demonstrasi itu. Kerana apa? Kerana para demonstran itu terdiri dari golongan pembangkang.


Cuba diingat balik tentang tragedi berdarah di Batu Burok Kuala Terengganu pada 2 tahun lepas. Muka-muka yang terlibat dan tidak terlibat dengan himpunan malam itu disiarkan di akhbar. Banyak tangkapan dibuat. Rasa-rasanya tindakan yang sama dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri dan Polis apabila yang membuat demonstrasi itu ialah dari kalangan pembangkang.


Oleh itu, Hishamuddinlah sepatutnya disamakan dengan lembu. Bahkan lembu pun lebih baik dari Hishamuddin, kerana dengan lembu kita boleh menikmati dagingnya, sup ekor, susu, dan lain-lain. Tapi apa yang ada pada Hishamuddin? Teloq yang kecut! pondan.


Nota : Hishamuddin sudah mewarisi perangai jahat datuk dan ayahnya dulu. Sifat busuk hati yang sangat mendalam.

Monday, August 17, 2009

Kampung Buah Pala...


Cuba lihat gambar di atas....apa pengajarannya kepada kita?



Masyarakat India yang menghuni di Kampung Buah Pala sedaya upaya mempertahankan hak mereka walaupun tanah yang mereka duduki itu bukan milik mereka. Tapi mereka ingin mempertahankannya atas dasar ianya adalah peninggalan datuk nenek mereka. Mereka sanggup berkubu di kampung mereka untuk bertempur dengan FRU dan menghalang jentolak yang ingin masuk ke dalam kampung mereka. Dikhabarkan mereka juga mengumpul najis-najis binatang untuk dijadikan senjata, dan beberapa orang dari mereka tidak mahu berganjak apabila berada di hadapan jentolak.


Orang India akan melenting jika hak mereka diusik. Bagaimana dengan orang Melayu? Sudah berapa banyak kawasan setinggan yang didiami oleh orang Melayu dirobohkan, tanpa diberi pampasan yang secukupnya? Tapi orang Melayu sifatnya tidak melawan, tidak tahu untuk mempertahankan hak mereka. Apabila hak mereka diambil, mereka hanya mendiamkannya. Kalau marahpun, itu hanya sementara, dan perasaan marah dan tak puas hati akan hilang apabila dijanjikan bermacam-macam pampasan dan habuan.


Tapi tidak bagi masyarakat India. Ternyata mereka jauh lebih bermaruah. Walaupun kerajaan Pulau Pinang menawarkan rumah yang jauh lebih selesa, tapi mereka tidak mahu. Mereka tetap mahu pertahankan kampung dan tanah yang didakwa hak mereka sejak dahulu. Mereka sanggup mengupah peguam untuk mempertahankannya. Lihat saja Hindraf. Kemuncak daripada kemarahan mereka terhadap kerajaan yang didakwa mengabaikan hak mereka selaku warganegara, mereka menghimpunkan berpuluh ribu orang India yang bertaraf marhaen untuk berhimpun di Kuala Lumpur. Mereka punyai kesedaran demi kepentingan mereka.


Melayu? Fikir saja sendiri. Jauh beda berbanding masyarakat India. Banyak hak Melayu dinafikan, biasiswa ditarik, bahasa Melayu dinazakkan, tanah orang Melayu dijual kepada golongan kapitalis, dan lain-lain. Apa tindakan orang Melayu? Tak ada, kerana mereka sanggup kehilangan hak mereka dan tidak mahu melawan kerana kononnya kerajaan yang sedia ada cukup baik kerana memberi 200-300 ringgit, menyediakan jalan raya, tiang elektrik, tar jalan. Orang Melayu merempat pun tak apa. Asalkan cukup makan.


p/s : Saya tabik kepada orang India di Kampung Buah Pala.

Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad : Bercakap Soal Usia

Yasmin Ahmad, bagi saya beliau adalah seorang pengarah filem yang agak kontroversi. Mempunyai bakat mengarah filem yang tiada pada orang lain. Unik. Tengok sajalah filem mahupun iklan arahannya. Digarap dengan penuh kreatif. Itu memang saya tak dapat nafikan. Namun begitu, sejak dari dulu hingga sekarang, saya memang tak pernah bersetuju bahkan menentang cara beliau membikin filem.


Tidak dapat dinafikan filem yang diarahnya ada menerapkan nilai yang murni, memupuk semangat perpaduan di antara kaum, dan lain-lain. Namun tak kurang juga yang bertentangan dengan adat dan budaya Islam. Memang usaha beliau bagus, tapi sayangnya filem arahannya langsung tidak menerapkan unsur-unsur Islam. Tengok saja Gubra. Filem yang diterbitkan pada tahun 2006.


Sekarang Yasmin Ahmad sudahpun kembali kerahmatullah pada jam 11.25 malam semalam, selepas beberapa ketika selesainya menjalani pembedahan. Semoga dosa-dosanya diampunkan oleh Allah. Mungkin dia telah bertaubat sewaktu di tanah suci.


Beliau meninggal sewaktu usia 51 tahun. Bagi saya ia terlalu awal. Begitulah, ajal dan maut di tangan tuhan. Manusia pada zaman sekarang hayat hidupnya semakin pendek. Tak seperti orang zaman dahulu, mampu hidup selama 80-90 tahun. Sekarang, rata-ratanya apabila umur 60 tahun sudah meninggal dunia. Yang lagi muda pun ada. Tentulah faktor yang utama yang menyebabkan pendek umur ini ialah penyakit. Dan kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan. Sekarang, yang berusia 70 atau 80 tahun jarang dijumpai, dan di sesetengah tempat, hanya boleh dibilang dengan jari sahaja.


Zaman sekarang merupakan zaman penyakit. Semua yang berada di sekeliling kebanyakannya tercemar. Kualiti udara pada masa kini tidak sama seperti dahulu. Begitu juga dengan makanan. Jika saya mempunyai pilihan, saya mahu hidup sehingga usia saya 80 tahun, jika diizinkan oleh Allah. Ini bermakna 60 tahun lagi jangka hayat saya. Adakah dunia boleh bertahan sehingga 2069??? Kenapa? Kerana saya yakin kedatangan zuriat Rasulullah pada akhir zaman sudah hampir. Imam zaman kita. Ahlul Bait Rasulullah. Siapa lagi kalau bukan Imam Muhammad (Mahdi).


Saya mahu jadi pengikut baginda. Saya mahu berjuang dengan baginda. (kalau berani). Dan pada akhir usia saya mahu melihat keadaan bumi ini selepas diperintah oleh Imam Mahdi, aman dan damai. Imam Mahdi muncul untuk menegakkan keadilan di muka bumi, membebaskan golongan yang ditindas dan menghukum golongan yang menindas. Jadi, saya selalu berdoa supaya dipanjangkan usia saya untuk berjumpa dengan Imam Mahdi.


Sentiasalah berdoa, berselawat, berzikir, dan bertawassul supaya Allah mempercepatkan kedatangan Imam Mahdi.


P/S : Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Sunday, July 19, 2009

Gambar Bercerita : Pemimpin PAS Terengganu Turun Padang

Foto Ihsan daripada Suhaimi al-Maniri


Dari jauh kelihatan Ustaz Abu Bakar Chik (ABC) bersembang dengan penduduk tempatan


Turut mengunjungi kedai mamak ini ialah Abdul Wahid Endut (MP Kuala Terengganu, ADUN Wakaf Mempelam), bersama dengan Haji Mahyuddin (bekas MP Hulu Terengganu). Perhatikan mamak yang tekun mendengar percakapan seorang pak lebai. Dia ialah Jamal, pemilik kedai makan itu (india muslim). Berniaga di situ lebih dari 10 tahun.


Abdul Wahid Endut dan Harun Taib (Pesuruhjaya PAS Terengganu) mendengar celoteh salah seorang ahli parlimen kedai kopi. Lelaki yang berpakaian belang biru putih itu ialah Ali, yang bekerja di kedai kusyen bersebelahan dengan markas pilihanraya PKR di Tanjung. Jika lihat dari jauh, wajahnya seperti Zainuddin Maidin.


Ini gambar yang saya ambil daripada salah seorang blogger yang berasal dari Terengganu. Cuma apa yang saya ingin katakan ialah kedai mamak tempat pimpinan di atas berkunjung merupakan kedai yang saya selalu pergi makan dan minum petang, lebih 3 tahun dulu, ketika saya masih belajar di sekolah menengah. Lokasinya ialah Tanjung. Ada 2 kedai mamak yang berhubungan, lagi satu ialah di seberang jalan. Mereka berniaga di sana sudah melebihi 10 tahun.


Seronok dulu apabila minum di sana, sambil mendengar ahli parlimen kedai kopi mengulas suatu isu politik bersama ahli parlimen kedai kopi yang lain. Kadangkala ulasan mereka mengalahkan Profesor kangkung di Universiti (kangkung yang hanya layak dimasukkan kedalam masakan nasi goreng kampung). Itu semua nostalgia sewaktu zaman sekolah dulu. Tapi kedai mamak ini tak berubah di bahagian hadapannya, sama seperti dahulu.


Di samping itu saya tak lupa juga mengucapkan tahniah kepada Pak Syeikh dan semua pimpinan dan penyokong PKR kerana kemasukan seorang ahli politik yang berpengalaman. Dr. Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang Dr. Chua ke dalam Pakatan Rakyat. Marilah sama-sama berjuang untuk menghapuskan UMNO/BN yang sebati dengan kezaliman dari sejarah politik Malaysia.


Dr. Chua melepaskan jawatannya sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Johor pada 3 hari lepas, dan mengumumkan menyertai PKR pada petang semalam. Tahniah. Pasti Pak Syeikh tidur dengan nyenyak semalam, dan bermimpikan dia semakin menghampiri kerusi nombor satu negara.

Monday, July 6, 2009

Penamaan Calon Di Manek Urai



1. Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 pada jam 8.45 pagi tadi. Rombongan calon dari Pakatan Rakyat mendahului daripada BN. Diikuti dengan rombongan calon BN yang tiba pada 10 minit kemudiannya.



2. Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) diiringi oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat. Antaranya ialah Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Tan Seng Giaw, dan lain-lain lagi.



3. Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat diiringi oleh Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Shafei Apdal, Mustafa Mohamad dan Hishamuddin Tun Hussein.



4. Jam 10 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS). Hanya perlawanan 2 penjuru diantara PAS dan UMNO/BN.



5. Selepas ini masing-masing sibuk berkempen untuk menerangkan agenda masing-masing apabila menawan Manek Urai. BN dalam posisi menyerang manakala PAS di dalam posisi pertahanan.



6. BN boleh gunakan isu untuk "menarik" sokongan pengundi Manek Urai, antaranya isu perbandingan tahap pelajaran antara Tuan Aziz dan Abe Uji, isu Perdana Menteri menghapuskan kuota 30% bagi bumiputera, yang bertujuan untuk menarik pelabur, isu pemberian beg sekolah percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di Manek Urai, dan pengakuan bahawa Rosmah sering "membantu" Najib dalam mengurus tadbir negara.



7. Pasti pengundi-pengundi di Manek Urai akan terlopong mulut apabila mendengarnya. Pengerusi BN Kelantan Mustafa Mohamad dan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan mesti bekerja keras untuk menawan Manek Urai, sekali gus menjadikannya sebagai anak angkat kerajaan Pusat, selepas selama hampir 20 tahun Kelantan dijadikan anak tiri.



8. UMNO/BN juga boleh gunakan taktik lama untuk mengumpan pengundi iaitu kebanjiran projek mee segera, biar pengundi di Manek Urai seperti mendapat durian runtuh. Selain itu, Mustafa dan Ahmad Maslan boleh meneruskan sandiwara seperti menoreh getah, memakai kain pelikat, makan budu sambil duduk bersila, dan lain-lain lagi seumpamanya.



9. Selamat Berkempen. HUDUP BN HANCUR PAS!

Wednesday, June 24, 2009

Islam, Generasi Muda & Perubahan

BILA PAK SYEIKH BERCERAMAH DI DEPAN ORANG MUDA


Semalam saya berkesempatan menghadiri syarahan umum yang disampaikan oleh pak syeikh yang bertempat di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tajuknya seperti di atas. KUIS merupakan antara IPT yang membenarkan pak syeikh masuk selain daripada UNISEL.



Pak syeikh banyak mengupas tentang peranan sebenar yang perlu dimainkan oleh golongan muda sebagai golongan yang membawa perubahan. Beberapa dalil al-Quran diambil untuk menguatkan hujjahnya.



Saya kira malam tadi dia tak sentuh isu politik. Tapi sebaliknya majlis semalam sudahpun bertukar seperti ceramah umum di luar. Tapi bagus juga, taklah bosan sangat. Lagipun ianya mendapat respons yang baik di kalangan hadirin.



Banyak isu politik yang disentuhnya; isu Chin Peng, skandal PKFZ, kebejatan sistem pemerintahan di negara ini, dan seumpamanya, seterusnya menyeru golongan muda mengadakan perubahan. Ceramah yang berkobar-kobar turut menaikkan semangat saya.



Tak lama pak syeikh memberi ceramah. Masa yang selebihnya diberi kepada para pelajar untuk mengemukakan soalan. Ramai juga yang bertanya. Cuma apa yang terkesan ialah kaedah pak syeikh dan rakan-rakan membina akhlak sewaktudi da lam ABIM dahulu. Selepas solat maghrib mereka akan membaca al-Ma'thurat dan seterusnya mengadakan usrah.



Sambutan luar biasa kepada dia semalam, semenjak habis berceramah sehinggalah ke saat menaiki kereta. Bagus juga program seumpama ini diadakan, tidaklah golongan muda terus jumud di dalam dunia sendiri, walaupun saya YAKIN tidak banyak perubahan di kalangan pendengar.

Sunday, June 21, 2009

Imam Khomeini : Bapa Perpaduan Umat Islam


Nama sebenar Imam Khomeini ialah Ruhullah Musavi. Beliaulah merupakan pencetus kepada Revolusi Islam Iran 1979 seterusnya merupakan pengasas Republik Islam Iran dan menjadi pemimpin agung yang pertama sehingga kewafatan beliau pada 3 Jun 1989. Sudah 20 tahun Imam khomeini meninggalkan umat Islam namun perjuangannya tetap diteruskan oleh generasi kini. Pengaruhnya tersebar luas di pelusuk dunia.



Perjalanan Hidup



Imam khomeini dilahirkan di Pekan Khomein, 300 km dari Teheran. Berasal daripada keluarga ulama'. Datuk beliau merupakan seorang ulama' dari India yang berhijrah ke Iran. Manakala datuk sebelah ibu pula merupakan ulama' di Iran Tengah. Beliau juga seorang "sayyed", yang berketurunan dari Imam Musa al-Kazhim, sampai kepada nasab Rasulullah S.A.W. Beliau mula mempelajari agama dengan lebih dalam di Najaf, Iraq, dan seterusnya berpindah ke Qom, Iran. Selepas tamat pengajian, Imam khomeini mula membuat kajian tentang ilmu falsafah Islam, syari'ah, dan ilmu Irfan (seakan-akan aliran tasawuf). Kemudian menerbitkan buku mengenai kajian-kajian beliau. Pada awal kajiannya, Imam khomeini langsung tidak terlibat dengan politik. Namun, berdasarkan kajiannya, Imam khomeini mulai sedar bahawa ulama' haruslah melibatkan diri dalam politik.



Imam Khomeini merupakan antara ulama' yang kuat menentang sistem sekular pada tahun 40-an. Kemudian beliau dianugerahkan gelaran marja' (ulama' yang boleh mengeluarkan fatwa dan ijtihad) pada 1963 selepas kematian Ayatullah Husayn Borujerdi.


Politik


Ulama' di Iran sudah sekian lama ditindas oleh Shah Reza Pahlavi, Raja Iran. Usaha ini diteruskan oleh anaknya Muhamad Reza Pahlavi. Pada 1964, Imam Khomeini dibuang negeri oleh Shah Iran ekoran kritikan yang dibuat terhadap Shah mengenai dasar di dalam kerajaan Iran. Imam Khomeini dibuang di Najaf, Iraq, seterusnya ke Perancis selepas tampuk pemerintahan Iraq jatuh ke tangan Saddam Hussein. Namun, Imam Khomeini tidak putus asa dalam memperjuangkan Islam. Beliau menulis kitab "Hukumatul Islamiyyah : wilayatul Faqih" yang menjadi dasar kepada Republik Islam Iran sekarang ini.



Beliau aktif memberikan ceramah mengenai perjuangan Islam, jihad, dan sebagainya. Dan ini telah menaikkan semangat penduduk Islam di Iran bangkit untuk menuntut perubahan. Khomeini dibantu oleh penyokong-penyokongnya di Iran dari segi dakwah, kaset-kaset beliau diedarkan, begitu juga pamplet dan risalah yang disebarkan, menuntut perubahan. Pada masa yang sama, rejim Shah Iran semakin mengganas. Semakin ramai ulama' dan orang awam dibunuh.

Revolusi


Terdapat beberapa peristiwa pada tahun 1970-an yang menyebabkan tercetusnya revolusi. Antaranya ialah layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar, sikap sekularisme Shah Mohammad Reza dan juga dakwaan bahawa SAVAK (tentera khas Shah Iran) merupakan punca kematian pemimpin Islam yang berfikiran moden, Ali Shariati dan juga penglibatan SAVAK dalam kematian putra Khomeini, Mostafa di Teheran.



Sikap Shah Iran yang suka berbelanja besar dan mendatangkan kerugian pada negara menaikkan amarah rakyat, ditambah lagi dengan musim kemarau, ramai yang kebuluran. Inflasi meningkat, namun kerajaan Shah Iran tetap melakukan pembaziran, membeli kelengkapan tentera dari Amerika yang langsung tidak mendatangkan faedah.



Demonstrasi demi demonstrasi diadakan. Ramai rakyat serta mahasiswa terbunuh. Keadaan menjadi semakin tegang atas desakan rakyat yang mahukan Imam Khomeini kembali ke Iran. Akhirnya, Shah Reza meninggalkan Iran kononnya atas sebab bercuti, namun tidak pulang-pulang selepas itu. Imam Khomeini tiba di Iran, dan kepulangan beliau disambut oleh jutaan rakyat Iran. Ini berlaku pada 1 Februari 1979. Selepas itu, Khomeini dilantik menjadi pemimpin agung Iran, yang memiliki kuasa yang meliputi ketenteraan dan keselamatan, dan juga kuasa veto untuk calon politik.


Menyatupadukan Umat Islam



Besar jasa Imam Khomeini di dalam menyatupadukan umat Islam termasuk Sunnah-Syi'ah. Imam Khomeini lah yang mengeluarkan fatwa penganut Syi'ah boleh berimam solat penganut Sunni, yang sebelum ini tidak berlaku. Antara ungkapan yang popular ialah "la syi'i wa la sunni walakin Islamiyyin". Beliau jugalah yang menyeru supaya al-Aqsa di Palestin dibebaskan. Namun usaha-usaha ini tidak disukai oleh Barat, tidak kurang juga orang Muslim itu sendiri, yang kebanyakannya dari kalangan Wahhabi. Fitnah demi fitnah dilemparkan terhadap Khomeini dan Iran, berbagai-bagai jenis buku dikeluarkan oleh ulama' ular ini kononnya membongkar kesesatan syi'ah, dan lain-lain.



Kuasa-kuasa Barat terus menekan dari luar, akhirnya berjaya mempengaruhi Iraq. Berlakulah Perang Iran-Iraq pada 1980-1988. Berakhir dengan gencatan senjata di kedua-dua belah pihak. Iran kekal menjadi Republik Islam sehingga sekarang, dan menjadi satu-satunya negara Islam yang bebas dari sebarang pengaruh dan cengakaman Barat. Sekarang ia menjadi negara yang ditakuti oleh Amerika dan Israel laknatullah. Semua ini jasa daripada perintis Revolusi Iran, iaitu Imam Khomeini.

Sekarang, perjuangan beliau diteruskan oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad, yang banyak mencontohi gaya hidup Imam Khomeini yang serba sederhana. Manakala tempat Imam Khomeini selaku Pemimpin Agung diganti oleh Ayatullah Ali Khamene'i, semenjak kewafatan Imam pada 3 Jun 1989. Angin Revolusi Iran juga banyak melanda negara-negara Islam yang lain, termasuklah Malaysia.

Imam Khomeini wafat di hospital Teheran akibat sakit tua dan keuzuran yang dialaminya. Kewafatan beliau ditangisi oleh jutaan rakyat Iran, dan jenazah Imam Khomeini dikuburkan di Beyt al- Zahra di Iran. Semoga roh Imam Khomeini dicucuri rahmat.

Friday, June 19, 2009

Contoh Pemimpin Yang Zuhud




Di saat pemimpin Islam Timur Tengah yang lain sedang leka dengan nikmat dunia yang melalaikan, tidur di dalam istana, negara punyai hasil minyak yang banyak, mempunyai simpanan yang tidak habis dimakan oleh anak cucu, sedangkan banyak negara umat Islam dibantai oleh orang kafir, tetapi....pemimpin yang seorang ini tidak mencontohi pemimpin di sekeliling negaranya.
Apabila bermalam di mana-mana hotel, beliau menolak untuk tidur di bilik yang besar, beserta tilam yang empuk, dan ditambah dengan air-cond yang nyaman, tetapi beliau lebih selesa beradu di dalam bilik yang lebih kecil, tanpa katil dan tilam, dan hanya meminta bantal dan selimut sahaja. Beliau sudah biasa tidur seperti itu sejak zaman kanak-kanak lagi. Pemimpin Islam yang lain lebih suka tidur di dalam mahligai, tetapi beliau lebih selesa di lantai.
Itulah sebabnya mengapa Allah SWT melindungi Iran daripada ancaman dan serangan daripada puak-puak kafir laknatullah, beserta mengekalkan kemenangan Ahmadinejad selaku presiden. Keperibadian yang sederhana inilah membuatkan lebih daripada 50% pengundi Iran tetap memilih Ahmadinejad. Kerana pemimpin Islam seperti beliau amat mustahil untuk dicari ganti. Bermula pada hari pertama menjadi presiden, karpet-karpet mahal di pejabatnya semuanya di sedekahkan di masjid-masjid sekitar Teheran. Ahmadinejad lebih selesa tinggal di rumah pusaka bapanya daripada tinggal di kediaman rasmi, dan tidak pula memerlukan kereta rasmi Presiden yang canggih, hanya mengekalkan Peugeot 1977 yang selalu dipandu untuk ke mana-mana.
Manakala gaji sebagai presiden tidak diterimanya, kerana beliau berkata gaji tersebut adalah milik rakyat, dan hanya bergantung kepada gaji beliau selaku pensyarah di sebuah universiti yang hanya berjumlah USD $250 sebulan! Rasa-rasanya, ada lagi pemimpin Islam sehebat beliau dan sezuhud beliau??
Beliau dari mazhab yang berbeda?! Argh persetankan!
Zuhud : Tidak meletakkan kepentingan dunia di dalam diri. Jika kita menolak dunia, kita akan kuasai dunia!!

Tuesday, June 2, 2009

Di Sebalik Kemenangan di Penanti


Walaupun PRK dah tamat, dan Dr. Mansor dinobatkan sebagai tok wakil yang baru bagi kawasan itu, namun ada 1 kisah di sebalik Penanti, pada umumnya, dan calon cap kunci, khususnya. Di Penanti timbul nama Aminah Abdullah, atau Kak Min, atau Minah Ronggeng jika diikutkan bahasa Azmin Ali. Siapa Kak Min ni? Dia adalah bekas Ketua Wanita KeADILan Penang. Kenapa "bekas"? Berapa ramai lagi "bekas" yang sama? Apakah mereka-mereka semua menjadi "bekas" kerana sebab yang sama?



Kisah pemecatan dan penganiayaan yang menimpa Anwar Ibrahim pada 1998 telah mengundang simpati rakyat bawahan, yang majoritinya Melayu, dan seterusnya mendorong mereka menyokong Anwar mereformasikan sistem di negara ini. Dan apabila Anwar ditangkap di bawah ISA, seterusnya bertapa di Sungai Buloh, maka perjuangan Reformasi diteruskan oleh isterinya Dr. Wan Azizah dan anak sulongnya Nurul Izzah, beserta pengikut dan penyokong yang setia.



Pada ketika itulah platform baru untuk memperjuangkan Reformasi, iaitu Parti KeADILan Nasional (PKN) menerima berbagai tekanan, dugaan, dan halangan. Masalah kewangan timbul, tidak ditambah lagi dengan ancaman serta ugutan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pada ketika ini ramai yang tidak mahu membantu, dan hanya beberapa kerat penyokong setia Anwar saja yang beristiqamah di dalam perjuangan Reformasi. Salah seorang yang kuat membela Anwar ketika itu ialah Kak Min inilah.



Namun, apabila detik Anwar dibebaskan pada 2003, dan kesihatan dia semakin pulih, maka dengan tiba-tiba saja muncullah "muka-muka" yang tidak pernah kelihatan bersama-sama dengan penyokong setia Anwar, menikmati gas, water cannon, FRU, ugutan, dan ancaman. Tak tahu dari busut dan semak mana mereka keluar, sejurus selepas Anwar dibebaskan. Dan apabila keadaan ini berlaku, maka golongan yang kurang berpelajaran dan berpendapatan rendah, yang banyak mengharungi kesusahan ketika Anwar dipenjara - diabaikan dan tidak dipedulikan. Mereka diabaikan, sama ada oleh pimpinan mahupun Anwar sendiri.



Ramailah yang sungguh kecewa, sehingga membuatkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan perjuangan Reformasi. Mereka bertungkus-lumus demi melihat Parti Keadilan semakin maju, namun yang mendapat hasilnya adalah orang lain, bahkan mereka diabaikan selepas jasa-jasa mereka dicurahkan untuk parti itu. Ramai yang mendokong perjuangan Reformasi ketika itu ialah orang yang bertaraf marhaen, berpelajaran rendah, dan berpendapatan tidak tinggi.



Melihat dirinya diabaikan, dan "orang asing" diberi keutamaan, menyebabkan Aminah Abdullah dan seangkatan dengannya meninggalkan PKR. Sekarang lihatlah siapa di sekeliling Anwar Ibrahim, yang senantiasa mahu berdamping dengan Anwar, dengan harapan untuk mendapatkan sedikit perhatian ataupun habuan. Kebanyakan daripada mereka langsung tiada sewaktu para penyokong Anwar ada yang ditangkap, dibelasah, dan lain-lain. Bahkan ada diantara "orang asing" ini menyindir perbuatan penyokong Anwar ini dahulu sebagai "mencampakkan diri kedalam kebinasaan". Siapa dia tu? Saya tak akan menyatakannya di dalam blog ini..



Cukuplah kita tahu bahawa Aminah Abdullah atau Kak Min atau Minah Ronggeng merupakan salah seorang yang kecewa apabila melihat jasanya menjadi seperti debu yang berterbangan, bahkan orang lain pula yang diberi perhatian.

Saturday, May 23, 2009

Penamaan Calon Di DUN Penanti (+ kemaskini)


1. Penamaan calon baru saja selesai pada pagi tadi dengan 5 orang calon, 1 dari PKR dan selebihnya adalah calon Bebas. Tempat penamaan calon bertempat di Dewan IKBN, Bukit Mertajam.


2. Dr. Mansor Othman mewakili PKR, manakala 4 calon Bebas yang lain ialah Aminah Abdullah (Altantuya?), Kamarul Ramizu (calon Bebas di Bukit Gantang), Nair Khan Ari, dan Mohd Saberi Othman. Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa calon Bebas ada yang ditaja oleh UMNO/BN.


3. PRK kali ini dilihat lebih membosankan berbanding PRK-PRK yang lepas. Mengapa? Kerana tiada adegan dan babak sorak menyorak di antara penyokong PR dan BN, tiada lagi adegan ejek-mengejek, laungan "Altantuya", dan acara baling botol air mineral. Pendek kata, di Penanti menjadi hambar tanpa penyertaan BN.


4. Dr. Mansor Othman merupakan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim semasa berada di dalam kerajaan, dan beliau merupakan salah seorang reformis yang bergerak aktif dalam Parti KeADILan semenjak 10 tahun dahulu, pada era reformasi.


5. Diharap penyertaan beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Penanti, dan apabila berjaya memenangi kerusi tersebut, bekerjalah dengan lebih baik daripada Fairus, jalankan tugas serta tanggungjawab yang dipikul, dan ingatlah akan "warning" yang diberikan oleh pengundi di Penanti supaya rajin-rajinlah turun padang, menjenguk masalah rakyat.


6. Ketua Menteri, Lim Guan Eng sudah mengumumkan, Dr. Mansor akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga Exco Kerajaan Negeri jika berjaya memenangi kerusi DUN tersebut.


7. Sama macam keadaannya semasa di Bukit Selambau, MB Kedah menjanjikan kerusi Exco kepada calon PKR, S. Manikumar.


8. Jika dipilih oleh rakyat untuk memikul amanah, ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW yang berkaitan dengan kepimpinan, "Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu akan disoal akan kepimpinanmu,".


9. Jadi, menjadi pemimpin bukan untuk suka-suka, di akhirat nanti akan disoal mengenai kepimpinannya. Jadi, laksanakan tugas serta tanggungjawab dengan betul dan ikhlas.


10. Selamat bertanding. Diharap kemenangan berpihak kepada calon PKR, dan kerusi Penanti berjaya dipertahankan. Selepas ini semua tertumpu pula ke arah DUN Manek Urai, di Kelantan. Khabarnya UMNO mahu menyertainya. Baguslah, janganlah jatuhkan maruah lagi sebagaimana rakyat tahu betapa baculnya BN kerana tak mahu bertanding di Penanti.


[kemaskini] Pegawai SPR menolak satu kertas pencalonan iaitu Mohd Saberi Othman. Jadi pertandingan di Penanti merupakan perlawanan 4 penjuru, di antara Dr. Mansor Othman, Amninah Abdullah, Nai Khan Ari, dan Kamarul Ramizu.


Sedikit profile mengenai calon : Dr. Mansor Othman, 56, merupakan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim semasa di dalam kerajaan. Aminah Abdullah pula, 56, merupakan bekas Ketua Wanita Parti KeADILan Nasional. Manakala Nai Khan Ari, 41, adalah seorang Pengurus Syarikat dan bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, dan Kamarul Ramizu, 42, adalah seorang pakar motivasi dan pernah bertanding pada PRK Bukit Gantang baru-baru ini, tetapi tewas dengan hanya berjaya mengutip lebih 90 undi sahaja.

Monday, April 27, 2009

V. Sivakumar Bakal Dihilangkan?

Sidang DUN Perak tetap akan berlansung juga pada 7hb Mei nanti. Dan nampaknya kesemua ADUN dibenarkan hadir, termasuk Zambry dan exco-exconya yang telah "dibebaskan" oleh mahkamah, dan juga ADUN-ADUN lompat iaitu Behrang, Changkat Jering, dan juga Jelapang. Jika V. Sivakumar selaku Speaker juga hadir, mungkin boleh menghalang akan usul undi tidak percaya yang akan dibuat terhadap MB Nizar Jamaluddin, memandangkan BN mempunyai majoriti, ditambah dengan ADUN Bebas yang akan menyokong BN.


Dan Zambry juga enggan mengulas berikutan kemungkinan speaker DUN Perak akan ditukar pada 7 mei nanti. Jika V. Sivakumar tiada, maka yang akan mengambil alih tempatnya selaku speaker ialah ADUN Jelapang yang menyokong BN, Timbalan speaker. Jika ini berlaku, maka berjayalah BN "merompak" kerajaan PR Perak secara rasmi. Oleh itu, satu usaha yang mungkin dilakukan oleh BN untuk menghalang V. Sivakumar untuk ke Dewan Undangan Negeri. Apakah V. Sivakumar juga turut akan menjadi mangsa "politik kidnapping"? Adakah dia bakal "dihilangkan?" Oleh itu beliau patut berlindung di mana-mana tempat yang boleh dikira selamat, sehingga 7 Mei, kerana UMNO/BN pasti akan melakukan apa saja untuk mencapai matlamat dan tujuan mereka. Kerana "politik kidnapping" seakan-akan sudah menjadi satu gaya bagi BN untuk menjayakan rancangan mereka. Cuba lihat ADUN Bota, Behrang, Changkat Jering, dan Jelapang. Mereka menjadi macam ini kerana politik kidnapping. Masih ingatkah lagi P. Balasubramaniam? mana dia?


V. Sivakumar perlu berhati-hati....

Thursday, April 23, 2009

Rais Yatim Cuba Menggertak Bloggers!


Nampaknya menteri yang baru bertukar portfolio dari Kementerian Luar ke Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan, dan Warisan, Rais Yatim sudah mula menunjukkan taringnya, cuba menonjolkan kuasanya, dengan menggertak para penulis blog bahawa kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web dan blogger yang memutar belit fakta dan menyiarkan pembohongan.


Apa, ingat kami ni tak tahu ke batasan kami selaku penulis? Dah tentulah kami akan bertanggungjawab apa yang kami tulis dan lontarkan di dalam blog. Pasti Rais tak senang dengan penulis-penulis blog yang semakin berani membuka pekung kerajaan UMNO/BN, membongkar segala salah laku, menyampaikan maklumat serta informasi yang tidak disiarkan dalam TV/radio. Lainlah kalau ada blogger yang betul-betul sampaikan fitnah. Banyak blog yang penulis lawati yang banyak mengandungi fitnah, terutamanya blog milik penyokong fanatik UMNO, banyak menulis yang tidak betul tentang pembangkang. Sepatutnya penulis blog itulah yang diambil tindakan. Susahlah macam ni, tak ada kebebasan nak lontarkan pandangan dan pendapat, macam buat jenayah pulak. Inikan negara demokrasi. Sekarang nak sekat salah satu hak rakyat negara ni? Dah la rakyat sudah hilang hak kebebasan berhimpun.


Kepada Rais Yatim, ingatlah, ekau dulu pun ada "sejarah" tersendiri. Takkanla ekau telah lupo suatu masa dulu ekau tu turut dihentam oleh UMNO/BN semasa bersama Tengku? Harap "mulut manis" ekau saja yang menjadi aset. Janganlah menafikan, dengan mulut manis ekau itulah berjaya mempengaruhi Tengku Razaleigh untuk menubuhkan S46, dengan mulut manis ekau jugak Tengku membubarkan S46 untuk bernikah semula denga UMNO, dengan bermodalkan mulut manis ekau, ekau berjaya bertanding di Parlimen Jelebu pada 1999, dan last sekali, dengan mulut manis ekau jugaklah ekau tidak tersingkir dari kabinet baru Majib (Madey-Najib).


Lagi satu, jadilah Menteri untuk semua rakyat Malaysia, jangan jadi Menteri UMNO. kehkehkeh....

Wednesday, April 22, 2009

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Paling Singkat


Kemenangannya sebagai ketua pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan lepas disambut dengan laungan "Khairy rasuah!!" oleh para perwakilan yang tidak berpuas hati. Dan setiap kali namanya disebut, kedengaran bunyi "boo" bersahutan. Dia hanya mampu tersenyum kelat.... Dia sudah tidak punya tempat bergantung, selepas dahan tempat dia bergayut bersama teman-teman dari Oxford sudah patah, bersara, tiada siapa yang kenang. Iaitulah bapa mertuanya, tempat yang dia selalu berlindung.


Sekarang, keadaan sudah berubah, pentadbiran dikuasai oleh Najib, Rosmah, dan dibantu oleh Madey Kutty. Fikirannya melayang, "macam mana aku nak survive selepas ini,". Dia ini sering diberi julukan oleh Madey sebagai "budak tingkat 4", banyak mempengaruhi keputusan Abdullah Badawi sebagai PM pada waktu itu. Lantang betul suaranya semasa perhimpunan agung UMNO yang lepas-lepas, menghentam, mengutuk, dan mencabar pembangkang. Malahan dia sudahpun dicop sebagai "pembawa malang" setiap kali tiba pilihanraya. Kegagalan menawan Kelantan pada PRU-12, ada kaitan dengan dia, dengan slogan "Pade Doh!". Begitu juga dengan PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kesalahan diletakkan atas bahunya.


Dan lebih malang, walaupun berjaya menangi kerusi Ketua Pemuda dengan "rasuah", tapi tidak terpilih untuk menganggotai kabinet Najib. Sebaliknya, lawannya yang kalah, Mukhriz anak Madey pula yang dapat kerusi Timbalan MITI. Sekarang, di dalam UMNO, dia menjadi "duri dalam daging" oleh Madey, dan Madey dikhabarkan berusaha untuk menjadikan Khairy sebagai "Ketua Pemuda Paling Singkat", dengan memanipulasi orang-orang di dalam UMNO, untuk "menyembelih" Khairy pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang. Sesungguhnya, Khairy lah salah seorang diantara 2 orang, selain daripada Anwar Ibrahim, yang dimusuhi oleh Madey.


Yang pasti, gerakan untuk menjatuhkan Khairy sudahpun bermula, seterusnya gerakan untuk "membersihkan" orang-orang Abdullah Badawi akan menyusul. SELAMAT JALAN ROMEO!

Tuesday, April 21, 2009

Singa UMNO


Seronok betul penulis tatkala mendengar atau membaca cerita pemimpin-pemimpin Melayu dulu, sama ada pemimpin berhaluan kiri mahupun kanan (UMNO). Bagi penulis, ada segelintir pimpinan Melayu UMNO dulu memang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa. Mereka sanggup mengkritik pemimpin sendiri semata-mata untuk menegakkan kebenaran. Antaranya ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar. Dahulu dia dikenali oleh orang-orang Cina sebagai "ultra malay", lantaran ketegasannya mengenai hak orang Melayu. Malah, penulis teringat akan cerita seorang veteran politik di negeri penulis (Terengganu), bekas aktivis kuat Parti Rakyat Malaya (PRM), dia menceritakan kepada penulis bagaimana Syed Jaafar Albar berkata kepada Perdana Menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman, tentang penyerahan Singapura kepada Lee Kuan Yew. Antara kata-katanya (Syed Jaafar) ialah, " Saya akan menuntutnya di akhirat kelak," - berikut kata-kata tidak puas hati kepada Tunku kerana menyerahkan Singapura kepada orang Cina.


Sewaktu itu Syed Jaafar menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sikap lantangnya dalam sesebuah isu membuatkan dia diberi gelaran Singa UMNO. Lagi satu kisah menarik, walaupun Syed Jaafar seorang UMNO, tapi beliau kuat melindungi sebuah akhbar yang didakwa berhaluan kiri, iaitu akhbar Suara Rakyat. Akhbar tersebut ada menyiarkan berita-berita dan artikel-artikel yang tidak disiarkan dalam akhbar Utusan (akhbar kawalan UMNO). Akhbar Suara Rakyat itu persis dengan akhbar Siasah yang ada sekarang, dan masa itu editornya ialah Subky Abdul Latif. Tindakan Menteri Dalam Negeri waktu itu, penulis sudah lupa namanya, - menggantung permit penerbitan akhbar Suara Rakyat, telah menaikkan kemarahan Syed Jaafar Albar, walaupun akhbar itu ada menyiarkan berita-berita yang tidak menyenangkan, tetapi Syed Jaafar tetap tidak bersetuju permit akhbar itu digantung, malahan dikhabarkan beliau adalah salah seorang pembaca setia akhbar itu! Apabila dapat tahu permit akhbar tersebut digantung, Syed Jaafar terus menelefon pejabat Kementerian Dalam Negeri dan memarahi menteri tersebut.


Malangnya, tindakan Syed Jaafar itu tidak diikut oleh anaknya, Syed Hamid Albar, bekas Menteri Dalam Negeri. Syed Hamid bukan saja tidak berani bersuara menyatakan kebenaran terhadap pimpinan UMNO, malahan tidak mencontohi ayahnya yang tidak bersetuju menggantung permit akhbar yang condong kepada pembangkang - tindakan Syed Hamid suatu ketika dulu menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan.


Sekarang, gelaran Singa UMNO kemungkinan sudah berpindah kepada pemimpin UMNO nun jauh di Kalabakan, Sabah. Iaitu Dato' Abdul Ghapur Salleh. Boleh dilihat sifat lantangnya dalam parlimen dalam menyatakan kepentingan rakyat Sabah, walaupun dia dilihat mengkritik kerajaan UMNO/BN. Mungkin adanya pemimpin seperti dia lah rakyat Sabah mahupun Sarawak masih sayang untuk menukar kepimpinan yang berlainan parti. Walaupun satu gerombolan itu terpalit dengan berbagai macam rasuah, skandal, dan penyelewengan, namun masih ada yang ikhlas...

Monday, April 20, 2009

DARI 10 KE 18



Jumlah ADUN BN yang mahu mendesak Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said telah bertambah, dari 10 ke 18 orang, daripada 24 ADUN BN. Hal ini dinyatakan sendiri oleh ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah. Nampaknya Ahmad Said semakin tersepit la.. Kesian dia, baru setahun lebih jadi MB, tentangan semakin hebat dari kalangan UMNO sendiri. Dengar cerita, PM, Najib Tun Razak turut akan campur tangan, dan lebih "hot", gerakan penyingkiran Ahmad Said selaku MB mesti dilakukan sekali lagi pada pertengahan tahun ini.


Ahmad Said, dan Idris Jusoh, cukup beda. Penulis tahu, kenapa majoriti ADUN-ADUN BN mahu Idris kembali ke tampuk pemerintahan negeri Terengganu. Bila Idris naik, maka berlimpahlah segala projek di negeri Terengganu, negeri terkaya di Semenanjung, dan ramailah yang mempunyai akaun bank yang "gemuk", serta poket yang tebal. Semenjak Ahmad Said menjadi MB, projek yang ada di Terengganu tidaklah seligat dan serancak projek di zaman Idris Jusoh. Contohnya pembinaan masjid Kristal, Monsoon Cup, stadium Gong Badak, membaik pulih Lapangan Terbang Sultan Mahmud, menaik taraf KUSTEM ke UMT, KUSZA ke UDM, dan lain-lain. Sekarang Ahmad hanya meneruskan projek-projek MB terdahulu. Malangnya seorang MB ini, tidak disukai oleh orang dari parti sendiri.


Kumpulan ADUN yang mendesak Ahmad Said berundur itu termasuklah beberapa orang exconya. Penulis tak pasti siapakah exco-exco itu. Kita tunggu dan lihat perkembangannya di Terengganu. Apa pula peranan ADUN-ADUN PAS? Sepatutnya waktu beginilah, masing-masing kena memainkan peranan, kena pandai ambil kesempatan. Ketua Pembangkang DUN Terengganu, Dato' Harun Taib (Manir) mempelawa Ahmad Said serta beberapa ADUN dan exco yang menyokong Ahmad, supaya berpakat dengan PAS, menubuhkan kerajaan baru. Baguslah.. Ahmad Said tu, semenjak jadi MB, kelakuannya sudah jauh berbeda berbanding sewaktu Idris Jusoh berkuasa dulu. Kelakuannya sangat samseng bila berada dalam dewan, tidak beradab semasa bercakap dengan Tuan Guru Haji Hadi dan Abdul Wahid Endut. Tapi sekarang sudah berubah, malahan Ahmad Said sekarang sudah boleh "berkawan baik" dengan PAS. Sepatutnya kesempatan ini patut dimanfaatkan oleh PAS... Tunggu dan lihat...

SATU PENGHINAAN!



Geram penulis terhadap PPSMI adalah geram yang teramat sangat. Dan penulis lagi geram dan marah meluap-luap terhadap mana-mana pihak yang cuba melindungi PPSMI, dan memperlekehkan perjuangan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), diketuai oleh Dato' Dr. Hassan Ahmad. PPSMI adalah satu langkah untuk menghapuskan keperkasaan bahasa ibunda. Sudahlah dulu pelajar-pelajar IPT yang menjadi mangsa, apabila bahasa pengantar ditukar ke bahasa Inggeris pada tahun 1995. Kononnya bahasa Inggeris itu bahasa ilmu! Ikutkan hati penulis, kalau ada orang berkata macam itu di depan penulis, mungkin sudah lama penulis menyumpah seranah dia. Buat pelayar semua, kalau nak tahu, penulis tak akan berganjak atau berundur dalam isu bahasa. Muktamad!


Baru-baru ini, ADUN UMNO dari Terengganu, Khazan Che Mat (Batu Rakit- foto) memberi ucapan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (UKM), dalam satu majlis makan malam, anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA). Tapi majlis itu telah tercemar ekoran Khazan ni dah menjadikan majlis itu sebagai untuk memperbodohkan pelajar Universiti, dan menjadikan dewan tempat dia berucap itu sebagai medan politik murahan tahap jakun UMNO. Dia mengatakan, orang yang perjuangkan PPSMI adalah yang tak tahu bahasa Inggeris, tidak bertamadun, dan terdiri daripada pelajar pondok yang langsung tak tahu berbahasa Inggeris. Satu fitnah dan satu dosa besar. Membohongi para pelajar, mengatakan orang yang berjuang PPSMI tak tahu berbahasa Inggeris.


Ingat yang turun ke jalan raya tempohari itu orang-orang kampung ke? Penulis banyak berjumpa dengan golongan profesional, guru, malahan profesor! Siapa khazan ni, anak siapa ni yang berani menghina dan memperlekehkan golongan intelek, dan sasterawan negara? Dia tu dah cukup terror ke cakap bahasa Inggeris? Atok dia pandai cakap Inggeris ke? Yang berani-berani saja menghina perjuangan bangsa. Kalau bukan yang turun ke jalan raya itu pelajar pondok, nanti muka si Khazan ni penulis bagi penampar.


Inilah, memalukan betul. Dia ingat pelajar-pelajar universiti ni senang nak diperbodohkan dan ditipu? Sebagaimana dia ni memperbodohkan orang-orang Melayu di kampung untuk mengundi BN? Kalau nak membodek dan mengampu pemerintah, profesional la sikit, janganlah membuatkan diri itu dah jadi setaraf dengan haiwan! Penulis cukup sensitif berkenaan isu ini. Jangan sesekali menghina perjuangan kami.

Saturday, April 18, 2009

MEREKA SANGGUP DIPERKUDAKAN


Lagi-lagi pergolakan politik di negeri Perak. Bagi penulis, memang ini satu perkara yang sangat memalukan, oleh kerana sedikit habuan keduniaan, mereka berdua ini sanggup mengenepikan soal dosa pahala, mereka sanggup diperalatkan oleh pihak pemerintah untuk berbuat satu kezaliman, dan bertindak sewenang-wenangnya. Muka tak kisah dihina - itulah 2 makhluk ini, bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri dan Setiausaha Kerajaan Dr. Abdul Rahman Hashim (foto).


Semalam, Abdullah telah menghantar notis mengenai sidang DUN Perak akan diadakan pada 7 Mei depan, tanpa pengetahuan dan kebenaran "bos", iaitu Speaker, V. Sivakumar. Abdullah mendakwa dia sudah mendapat perkenan sultan. Dia ni bertindak seolah-olah dia tu bos. Sedangkan yang berkuasa membuat semua ini adalah Speaker. Dan SUK DUN Perak pula berkata dia yang membuat keputusan untuk melantik Setiausaha DUN - ekoran perbuatan V. Sivakumar menggantikan Misbahul Munir menduduki tempat Setiausaha DUN.


Mereka sepatutnya bekerja dan bersikap profesional. Perbuatan mereka berdua ini jelas dah menjatuhkan maruah mereka, sanggup menjadi alat dan pencacai serta barua UMNO/BN. Undang-undang di Malaysia sekarang ini semakin memeningkan. Sekarang disaksikan dengan jelas kuasa Speaker dicabar, sedangkan kuasa Speaker tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah - merujuk pada keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan mamak Zambry beserta 6 exconya dibenarkan menghadiri sidang DUN. Lalu Haji Nizar serta Ngeh Koo Ham membuat kenyataan mengenai keputusan mahkamah itu, dan tadi, NGO Gagasan Melayu Perak membuat laporan polis terhadap kedua-dua pemimpin PR Perak itu. Alasan mereka, kenyataan Nizar dan Ngeh boleh menimbulkan prasangka buruk masyarakat terhadap mahkamah.


Mahkamah sendiri membuat keputusan yang menyebabkan ia menjadi hina. Jadi tak salah kita menghina benda yang telah hina, kerana ia memang betul-betul hina! Semua ini juga bertujuan untuk memperbodohkan rakyat, dengan tambahan daripada pembaca-pembaca berita yang memutar-belitkan cerita, dengan tujuan - memperbodoh bangsa mereka sendiri.


Memang memalukan. Perbuatan memalukan orang Melayu dan orang Islam, dan kerana mereka inilah Islam dipandang serong - kerana perbuatan penganutnya. Tiada maruah, senang dibeli serta diperalatkan, hanya untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Kesiannya... sanggup diperkudakan.. orang melihat tergeleng-geleng kepala kerana jijik...

Thursday, April 16, 2009

Haji Nizar Akan Menghadap Sultan Perak


Menteri Besar Perak, Haji Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan Sultan Perak, Tuanku Sultan Azlan Shah berhubung status pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan reaksi serta pendirian baginda berhubung signal yang diberikan oleh pengundi kawasan Bukit Gantang yang mewakili rakyat negeri Perak, yang jelas menghendaki pilihanraya kecil seluruh negeri Perak diadakan.


Penulis difahamkan, beliau (Nizar) akan bertanya pada Sultan Perak apabila berkesempatan semasa majlis Hari Keputeraan baginda pada Ahad depan (19 April 2009). Krisis di negeri Perak telahpun melibatkan isu perlembagaan, dan ini telah menimbulkan pelbagai andaian yang tak menentu sehinggakan orang ramai terutamanya rakyat negeri Perak keliru dengan status kerajaan, kerana di Perak sekarang ini adanya 2 kerajaan, iaitu Kerajaan sah serta halal yang diketuai oleh Hj. Nizar dan kerajaan tidak sah serta haram yang diketuai oleh Zambry.

Cerita Sidang DUN Terengganu

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telahpun berakhir. Banyak berita panas yang menyaksikan percakaran diantara dua team di dalam UMNO Terengganu. Bermula dengan ura-ura ADUN BN mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Said, Menteri Besar, selepas itu, Speaker DUN pula menjelaskan tidak menerima sebarang notis, dan Ahmad Said dikhabarkan telah meminta bantuan ADUN daripada PAS untuk campur tangan, dan terakhir tentang SMS ugutan terhadap 3 ADUN BN yang dikhabarkan terlibat dalam mengemukakan usul undi tidak percaya. Banyak drama di Terengganu yang rakyat dapat saksikan minggu ini. Ia diumpamakan filem yang "panas" bermain di pawagam, dan bakal mencatatkan kutipan tertinggi.

Apa kata pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu....


Rosol Wahid (ADUN Ajil) : Semalam dia menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Said. Dan dia yakin Menteri Besar mampu uruskan negeri dengan baik, sekali gus menafikan adanya percakaran di dalam UMNO Terengganu.. (biasalah, pemimpin UMNO dan sikap selalu menafikan adalah sebati..)


Ahmad Said (Menteri Besar, ADUN Kijal) : Dengan wajah yang ceria dan tersenyum, mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN BN yang hadir pada hari berikutnya, dan menyatakan biar pihak polis yang membuat siasatan terhadap penyebar SMS ugutan itu.


Idris Jusoh (Bekas MB, ADUN Jertih) : Dia ni berkata kepada Ahmad Said, "jangan takut pada bayang-bayang," (bayang-bayang apa tu????)


Sidang DUN 3 hari lepas dikuasai dan didominasi oleh pembangkang (8 ADUN PAS). Kerusi DUN Terengganu berjumlah 32, kerusi exco dan Menteri Besar sebanyak 10 buah, manakala kerusi ADUN BN hanya 3, kerana 10 ADUN BN lain memboikot sidang pada hari itu, dan selebihnya 8 buah ialah kerusi PAS. Dan pada hari tersebut kesemua soalan dan ucapan dibuat oleh PAS, wakil daripada BN satu pun tidak bercakap. Hanya diam seribu bahasa.


Hal ini dinyatakan sendiri oleh ADUN PAS Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang penulis berkesempatan bertemu dengan beliau tadi, di Masjid Negeri, sama-sama solat Zohor berjamaah. Dr. Syed Azman menjelaskan, selama ini pun hanya wakil daripada PAS saja yang berbahas, wakil-wakil BN yang lain hanya diam, langsung tidak ambil peduli, soalan pun tidak ada satu pun yang dikemukakan oleh ADUN-ADUN BN selama ini. Dan yang penting lagi, beliau berkata, Menteri Besar, Ahmad Said sudahpun menjadi "member" kepada PAS.