Saturday, February 28, 2009

BERITA TERKINI NEGERI PERAK



Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah memanggil sidang tergempar khas untuk membincangkan isu yang melanda negeri tersebut pada 3 mac. Usul yang pertama, mengesahkan bahawa Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin masih lagi MB yang sah. Usul kedua pula, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya diadakan.



Semua wakil rakyat dibenarkan menghadiri sidang DUN kecuali MB haram beserta enam exconya dan 3 bekas ADUN PR yang lompat parti. Dengan itu, ADUN PR berjumlah 27 (tidak termasuk Speaker). Manakala ADUN BN hanya 21.

Selain itu, Dato' Seri MB Perak telahpun mengosongkan kediaman rasmi MB. Tapi beliau tak mau serah kunci kereta rasmi MB Toyota Camry dengan alasan sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapat pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih lagi MB Perak yang sah.





Satu perkara yang kita perlu fahami, pengosongan kediaman rasmi MB bukanlah bererti PR sudah kalah dalam peperangan dengan kerajaan BN haram.






Kita kalah dalam satu pertempuran, tapi bukan kalah dalam keseluruhan peperangan.

0 comments: