Showing posts with label kutukan. Show all posts
Showing posts with label kutukan. Show all posts

Friday, July 17, 2009

Keanjingan Polis & SPRM



Kedua-dua logo yang patut diludah dan dibuang ke laut. Tiada gunanya jika ahlinya bersikap seperti haiwan dan menjadi barua kepada UMNO.



PDRM (Polis Di-Raja Malaysia) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adalah institusi yang mempunyai ahli yang majoritinya adalah Melayu dan Islam. Tetapi setelah sekian lama ternyata tindakan-tindakan mereka ini langsung tidak mencerminkannya. Mereka sanggup menjadi anjing suruhan kepada pemerintah semata-mata mahu mencapai matlamat yang diinginkan oleh UMNO/BN. Sejak sekian lama polis dan BPR (sebelum SPRM) menjadi alat kepada UMNO.


Polis dengan sewenang-wenangnya membelasah orang yang masih belum dibuktikan kesalahannya apabila berada di dalam tahanan. Dan juga membelasah mangsa untuk mendapatkan maklumat, tidak kurang juga memaksa mangsa membuat pengakuan palsu. Hal ini turut sama dipraktikkan oleh SPRM.


Sekarang mereka mendapat peranan yang baru, iaitu membantu UMNO merampas kuasa politik di negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Setelah kerajaan Perak tumbang, kini sasaran seterusnya ialah Selangor. Bermacam-macam konspirasi dibuat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


Tidak mustahil spekulasi dan teori yang dibuat oleh Raja Petra di dalam blognya tentang keadaan mendiang Teoh disiasat itu benar. Malahan orang yang turut disiasat bersama Teoh juga mendakwa dipukul oleh pegawai SPRM, melalui sidang medianya tadi.


Memang puak-puak ini wajar dicelakakan. Mereka merasakan akan hidup selama-lamanya didunia ini.

Saturday, June 27, 2009

Cemuhan Terhadap Saiful Bukhari






Inilah muka salah seorang lagi pemfithnah, memfitnah semata-mata kerana kepentingan diri dan juga mahukan publisiti. Kerana nak aibkan orang tertentu, sanggup menjadi gunting di dalam lipatan dengan menawarkan diri untuk bekerja di pejabat Anwar Ibrahim semasa menjelang Pilihanraya Umum Ke-12.




Tahap pelajaran di UNITEN pun tak seberapa, sehingga ditendang keluar, tetapi senang saja seorang pelajar yang gagal boleh berjumpa dengan orang tertinggi di dalam negara semata-mata "mahukan biasiswa". Memang betul pun kalau dikatakan Si Saifool ini barua kepada UMNO, masa belajar dulu dialah dari kumpulan Aspirasi. Bapaknya Si Azlan memang diketahui seorang yang kuat UMNO, apahal Si Saifool bekerja di pejabat tokoh pembangkang kalau tak ada udang di sebalik mee?




Si anak dengan bapak semata-mata mahu mengenakan dan mengaibkan Anwar Ibrahim, sanggup mempermainkan agama dengan melakonkan drama sesumpah di Masjid Wilayah. Mereka ingat di dunia ni mereka dapat hidup lama. Dah lah tak pandai sebut perkataan sumpah, tulisan pun pakai tulisan rumi. Nampak sangat jenis tak mengaji agama, tapi mempermainkan agama. Tunggu sajalah Allah melaknat kamu dua beranak!




Benci tengok orang yang mempermainkan agama memegang kitab suci, kalam Allah. Pegang pula dengan tangan kiri. Bersumpah kononnya "kebetulan", sedangkan keesokan harinya ialah hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Kalau betullah Anwar ini jenis yang suka meliwat, aku percaya dia tak akan pilih kau Saifool, sebab ramai lagi muka hensem di dalam pejabat dia, setakat muka macam kau, layak duduk di Chow Kit Road saja.




Konon kena liwat, kalau betul, yang susah-susah pergi jumpa Najib tu kenapa? Kenapa sanggup membelakangkan keluarga sendiri dengan tak beritahu bapak terlebih dahulu, atau kau punya Uncle "Gay" Pet tu? Heran juga orang sesibuk Najib ada waktu terluang untuk berjumpa dengan seorang pelajar yang gagal semata-mata mahu biasiswa? Setahu saya Najib masa itu Menteri Pertahanan, Kementerian Pertahanan ada kaitan dengan pemberian biasiswa ke? Lepas tu siap boleh bergambar lagi dengan si pendek hitam yang huduh di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.




Sekarang mana dia nak pergi, dah la lama menyepi, takut nak keluar,entah berapa juak-juak tu bayar. RM 100 ribu? Mungkin. Sebaliknya orang yang dituduh meliwat bebas saja ke pelusuk negara. Kononnya kalau Saifool di pihak yang benar, kenapa menyembunyikan diri? Takkan Anwar nak kerjakan dia kalau dia keluar dari tempat persembunyian. Anwar mana ada C4. Tak tahu guna pun. Nak ulangi skrip tahun 1998, tapi tak menjadi.




Orang pembelit macam si Saifool ini sepatutnya diterajang beramai-ramai. Tengok muka dia ni dah naik benci. Dah 2 kali keputusan pemeriksaan dikeluarkan oleh hospital, langsung tak ada kesan diliwat. Sekarang ni berseronoklah dulu wahai Saifool, permainkanlah agama banyak-banyak, sampai letak ayat al-Quran di dalam blog, kononnya untuk mengatakan bahawa dia teraniaya, tunggulah, kalau Allah tak balas di dunia, tapi PASTI di akhirat.




Tak berapa lama lagi kes liwat akan dibicarakan, iaitu pada Julai depan. Nak tengok saja apa pula sandiwara yang nak dimainkan oleh muka tak tahu malu ini. Dahlah orang tua itu dari dulu lagi orang duk sumpah maki dia, sekarang Saifool ni nak turut serta juga. Moga Allah melaknatmu wahai Saifool. Orang muda zaman sekarang pakat ramai-ramai pi sokong pembangkang, dia ni perbodohkan diri jadi perkakas UMNO demi kepentingan pembesar UMNO. Mungkin jugak sebab bapak dia si Azlan tu jenis tolol dan totok UMNO, maka anak pun ikut. Bapak borek anak rintik.

Tuesday, June 2, 2009

Terbukti PM Paling Tak Guna


Bagi saya, Najib Tun Razak merupakan PM yang paling bodoh dan tak guna dalam sejarah, walaupun ayahnya seorang PM yang berjaya, namun dia gagal mengikuti jejak ayahnya. Pembawa "disaster" yang teruk di dalam negara Malaysia ini. Kenapa saya berkata macam itu? Walaupun dia ini PM bagi semua rakyat Malaysia, namun saya malu dia yang menjadi ketua saya. Di sini saya sertakan sebab mengapa Najib Tun Razak Mongolia ini tak guna dan tak akan lama menjadi PM :



Pertamanya, dia seorang yang suka berbohong dan memperbodohkan rakyat. Ingat lagi sewaktu negara ini diberi amaran akan terlibat sama di dalam krisis ekonomi yang kian teruk ini, apa Najib kata, "Our fundamental is strong," dan "Ekonomi Malaysia kukuh, dan selamat daripada krisis ekonomi,"



Cuba kita perhatikan keadaan sekeliling, ramai yang dibuang kerja, kerana itu satu langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk mengurangkan inflasi. Dan sekarang semakin ramai dan lagi ramai yang dibuang kerja. Dan kenyataan Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz yang mengumumkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi di negara ini menjunam ke -6.2%. Najib sudah bodohkan rakyat Malaysia.



Kedua, orang jenis seperti dia inilah yang membangkrapkan negara. Lihat skandal pembelian eurocopter, kapal selam dengan komisen 540 juta, begitu juga dengan Sukhoi Jet. Memerintah seperti dialah yang membuatkan negara ini bangkrap, ditambah lagi dengan si gemuk Big Mama yang bernafsu besar bila membeli belah.



Apabila Anwar Ibrahim mengumumkan akan menurunkan harga minyak jika pembangkang berjaya memerintah negara, Najib kemudian berkata, Anwar tidak pandai ekonomi, dan akan membuatkan negara menjadi bangkrap. Najib juga berkata perkara yang sama apabila PAS mahu meletakkan slogan Negara Berkebajikan di dalam manifestonya. Juga Najib berkata Malaysia akan bangkrap.



Habis ramai orang Melayu yang bodoh terpedaya. Habis memerintah dengan makan duit rakyat macam kau ni tak membangkrapkan negara? Itu tak termasuk lagi dengan bayaran saguhati kepada ADUN-ADUN lompat katak di Perak itu, khabarnya si Jamaluddin dibayar RM 3 juta. Sekarang cuba membawa moto baru dengan 1Malaysia. Tak tahulah apa agendanya pula.



------------------



Inilah bahananya jika diperintah oleh golongan bangsawan. Rakyat banyak merempat, harga barang keperluan semakin meningkat, tapi dia duk sibuk memperkayakan anak bini. kroni dan suku sakat. Tak ditambah lagi dengan dendam saya terhadap PM Mongolia ini yang menyusahkan dan membawa bala kepada berjuta anak Melayu di negara ini dengan menukar biasiswa di IPT kepada pinjaman, serta menukar bahasa pengantar dari Bahasa Melayu ke Inggeris.



Najib, kau tak akan lama. Krisis di Perak itu kau lah yang mulakan. Dengan naiknya kau sebagai PM, maka selesailah teori RAHMAN. Maka selepas itu UMNO tutup kedai. goodbye. Selamat Jalan Romeo!

Saturday, May 9, 2009

OH BANGSAKU..!

Penulis dilahirkan sebagai seorang yang berbangsa Melayu, beragama Islam. Buktinya ada di dalam kad pengenalan. Tapi, pada hari ini, penulis akui penulis malu kerana menjadi melayu, kerana melihat perangai serta karenah orang yang sebangsa dengan penulis, dan sikap ini tentunya tidak akan berubah, keran ia telahpun sebati dengan bangsa melayu itu sendiri. Sedarlah bangsaku! Inilah buktinya :


1. Penulis malu apabila melihat beberapa orang yang berwajah melayu, dengan kasarnya merentap serta mengheret speaker sah Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar. Lagak mereka seperti babi hutan (penulis meminjam istilah daripada blogger tokpepijat.blogspot.com), menyondol apa saja di depan asalkan mendapat perkara yang dikehendaki.


2. Dan penulis bertambah malu apabila melihat lagak ADUN Sungai Rapat yang berbangsa Melayu, lagaknya seperti perempuan sundal (Hamidah Othman) apabila berada di dalam Dewan Undangan Negeri Perak, serta pernah mengeluarkan kenyataan, "apabila kami terjumpa seekor ular dan seorang India, kami dikehendaki membunuh India itu dahulu,". Begitu juga apabila melihat gelagat Zambry yang gelojoh merogol demokrasi di Perak. (eh silap Zambry itu bukan Melayu, tapi mamak!)


3. Penulis lagi malu apabila anggota polis yang 100% Melayu tanpa segan silu menangkap orang yang tidak bersalah di hadapan bangunan SUK Perak, merentap tangan orang yang sedang minum kopi di warung, dan dengan kasarnya mengheret ADUN-ADUN serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Zuraida Kamaruddin, Sallehuddin Ayub, Tian Chua dan Janice Lee). Mereka agak suka menjadi anjing suruhan agaknya.


4. Orang Melayu akan tergugat iman apabila menerima RM 200 serta sehelai kain apabila tibanya musim mengundi.


5. Jangan salahkan pendatang asing yang terlalu ramai di negara ini, kerana ia berpunca daripada sikap orang Melayu itu sendiri, memilih kerja, tak mahu gaji rendah, pentingkan kemaluan, malu apabila kerja sebagai buruh binaan, angkat barang, cleaner, berniaga di pasar, ini semua pasal sikap orang Melayu yang tahu berlagak, sikap ibu bapa melayu yang menanam di dalam diri anak-anak mereka bahawa bila besar nanti WAJIB menjadi doktor, engineer, businessman, tokey besar, kerja di dalam pejabat, berhawa dingin.


6. Mudah saja menerima apa saja unsur yang dibawa dari Indonesia. Filem, lagu, drama, walaupun kebanyakannya adalah mengarut dan bodoh, tapi rela menghabiskan masa demi menikmati semua itu.


7. Sikap orang melayu yang ketara - iaitu dengki-mendengki. Bila tengok orang lain dapat kesenangan, mulalah menanam hasad dengki di dalam diri, dan berusaha untuk menjatuhkan orang itu, walaupun orang tersebut merupakan kerabat keluarga sendiri, kawan, ataupun jiran tetangga.


8. Bila cakap bahasa Inggeris sikit, mulalah mengejek-ejek, cara sebutan salahlah, ayat terbalik lah, bau budulah, inilah puncanya bangsa melayu tak maju-maju.


9. Cuba perhatikan bangsa lain, atau negara luar, ada tak mat rempit?


10. Cuba lihat dan perhatikan pula cara orang melayu berniaga - acuh tak acuh dalam menerima pesanan (kedai makan), kerja tak cekap, muka masam, layanan kurang mesra - hanya boleh didapati di restoran atau warung melayu.


11. Menolak bahawa Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Buktinya, hati akan resah apabila melihat anak-anak tidak punya sijil diploma atau ijazah, seolah-olah benda itu satu kewajipan - kerana pendapat mereka - susah nak cari makan kalau tak ada benda itu, sedangkan mereka tahu, yang menurunkan rezeki itu ialah Allah, bukannya segulung diploma atau ijazah, tapi mereka menolaknya! - jangan kamu semua nak menafikannya, wahai melayu.


12. Di kalangan ibu bapa, mereka langsung tidak mengawal anak-anak mereka yang sudah meningkat remaja, kerana alsan mereka, "diorang sudah pandai jaga diri," - kalau ada apa-apa terjadi, barulah riuh rendah satu dunia.


13. Cuba perhatikan, bayi-bayi yang baru lahir yang dibuang di dalam semak, tong sampah, tepi masjid, tepi sungai - bayi-bayi dari bangsa mana itu?


14. Pengedar dan penagih dadah berbangsa Melayu, sedangkan tokey dadah adalah daripada bangsa Cina, yang kena tangkap adalah melayu, sedangkan tokey nya terlepas tak ditangkap.


15. Yang terakhir, turut memalukan. 15 tahun lepas, kes Ketua Menteri Melaka, Ketua Pemuda UMNO, Rahim Tamby Chik ada skandal dengan gadis bawah umur, mana dia orang melayu? Siapa yang bela gadis tu sehingga ditangkap, dipenjara?? Lim Guan Eng (cina DAP). Mana dia pemimpin melayu yang lain? Kenapa mesti orang cina yang menyelamatkan maruah anak melayu? mana dia Anwar Ibrahim pada waktu itu?


Kesimpulannya, inilah sikap atau perangai orang melayu yang penulis sangat kesalkan. Boleh berubah ke? Bagi penulis, tidak sama sekali.

Thursday, April 23, 2009

Sudah Lama Menyepi, Akhirnya Muncul Jua!



Sudah lama dia ini tidak muncul di kaca TV, dia ini pernah menarik perhatian seluruh warga Malaysia dengan "lakonan mantap"nya, kononnya kesucian dia telah diragut oleh seorang tua yang sakit pinggang. Dan untuk menambah "uummph" lakonan murahannya, dengan bantuan beberapa pencacai politik, satu "sumpah untuk diri sendiri" diaturkan dan diadakan di Masjid Wilayah, dan didakwanya itu ialah sumpah mubahalah! Tetapi lakonannya hari itu dicacatkan oleh kesilapannya sendiri dengan tersalah menyebut tarikh perkara tersebut berlaku, dan tersalah menyebuh salah satu lafaz qasam (sumpah). Watallahi disebut "wata'allahi". Dahla ditulis dengan tulisan rumi. Buta jawi rupanya!


Inilah satu makhluk yang sanggup mempermainkan agama, menggadaikan maruah sendiri, demi wang dan harta, juga publisiti murahan! Itulah dia bekas pelajar Uniten yang gagal, Saifool Bukhari (atau Sialfool). Tadi dia muncul lagi, kembali untuk tatapan umum, dengan memfailkan saman terhadap "fitnah" yang dilontarkan oleh seorang penulis blog, dia menuntut bayaran gantirugi $2 juta. Banyak tu! Orang "fitnah" sikit, sudah melenting. Habis yang dia malukan Anwar Ibrahim dengan mendakwa orang tua itu me*****nya, tak apa pula? Kalau dah tak suka sama Anwar, lawannya cara yang betul, janganlah guna jalan yang hina sebegini, tak pasal-pasal maruah tergadai, dihina oleh orang. Tau lah awak tu suka kepada publisiti. Banggalah kononnya dapat menjadi alat atau pencacai UMNO.


Penulis sendiri secara peribadi juga tidaklah suka sangat dengan Anwar Ibrahim. Tapi penulis taklah sampai tahap nak memfitnahnya, dek kerana tak suka. Penulis mengkritiknya dengan jalan atau cara yang betul. Dan penulis menyokong Anwar kerana dia pembangkang. Tapi bukan macam si Saifool ini. Dulu terhengeh-hengeh mahu jadi pembantu sukarelawan di pejabat Anwar, Anwar bagi muka, ditikamnya dari belakang. Mana maruahmu wahai Saifool? Apalah nak dibandingkan sangat dengan $2 juta yang engkau tuntut dari blogger Cucu Mat Kilau (tak silap penulis - kerana blogger tersebut mendakwa Saifool mengidap sifilis suatu ketika dulu) kalau dibandingkan dengan upah yang diberikan oleh pimpinan UMNO kepada kamu kerana berjaya memalukan Anwar Ibrahim?


Murah sungguh harga dirimu, Saifool. Sanggup gadaikan maruah kau hanya kerana wang. Penulis rasa, mak nyah pun tak hingin tengok muka kamu.

Saturday, April 11, 2009

KATAK


Nampaknya si katak ini sudah tunggu dan bersiap sedia untuk bergomol semula dengan UMNO. Dia akan tunggu dipinang oleh UMNO. Katanya, "Saya tidak akan meminang UMNO, kecuali UMNO yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi(bila ia berlaku)."


Adakah UMNO akan menerima si pengkhianat dan katak ini? Dia ni telah digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya umum ke-11, Mei 2004. Katak ni bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh. Dia ni jugak tewas dalam Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir 2005. Dia sudah pun mengkhianati PAS. Tuan Guru dah bagi dia bertanding di Parlimen Pasir Mas menggunakan logo PAS, tapi tahi yang dibalasnya, dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh pengundi di Pasir Mas.


Penulis menjangkakan, jika dia masuk UMNO nanti, dia takkan berubah, suka melawan, dan ditendang sekali lagi. Katak macam dia ni memang tak boleh dipercayai langsung. Dulu mengkhianati perjuangan Semangat 46, dan berusaha melemahkan S46 di Kelantan. Bila dalam UMNO, pemimpin dipuja-puja, disembah-sembah, bila keluar parti, pemimpin yang dia puja dulu dimaki dan dihina. Sama la macam seekor lagi katak di Pahang, yang kalah di DUN Jenderak.

Sunday, March 29, 2009

CELAKA INI SUDAH TERCEMAR

Berikut adalah tulisan si tua ni dalam blog dia (chedet) :


Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.




Maka, gambar di atas ni telah membuktikan, orang tua yang celaka ini dirinya sudah tercemar. Dia menyalak dalam blognya, perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.


Kalau macam tu dia sendiri la yang mengaku dia pun melakukan pengkhianatan. Masa jadi PM dulu, bukannya sikit kes rasuah melibatkan pimpinan UMNO, tapi dia ni buat-buat tak tau. Tu bermakna dia pun merestui rasuah. Dah nyanyok agaknya orang tua ni. Pi la ko bergelumang dalam najis UMNO.


Kata tak nak datang ke perhimpunan, last-last datang jugak.

Saturday, March 28, 2009

PERBANDINGAN

Satu perkara yang aku rasa bangga dan kagum ngan orang Kelantan ialah kecerdikan diorang dalam berpolitik. Tak hairanla kalau Kelantan berjaya bertahan selama 4 penggal di bawah pemerintahan bulan purnama. Salah satu faktor penting diorang memilih dan mengundi PAS sebagai wadah perjuangan ialah kesedaran agama yang tinggi. Kalau kita tengok kat negeri Kelantan, penuh dengan pondok-pondok pengajian agama. Begitu gak kalau kita tengok kat kolej-kolej atau universiti berasaskan agama, mesti ramai orang Kelantan.



Kat Kelantan, terlalu ramai ustaz , dan alim ulama'. Ini menyebabkan pemimpin mana yang patut diorang pilih. PAS memang dikenali sebagai parti yang kuat di sebelah pantai timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Aku orang Terengganu, aku tau la. Memang budaya orang pantai timur yang cenderung kepada sesuatu yang berasaskan agama (amnya). Tapi apa yang aku nak kata kat sini, memang terdapat perbedaan di antara pengundi dan penyokong PAS Kelantan dan Terengganu. Terus terang aku cakap, orang PAS kat Kelantan lebih cerdik dan pandai dari orang PAS Terengganu.



Buktinya, kalau kat Kelantan, diorang tak mainkan isu yang remeh untuk mengundi. Antaranya ialah isu anak tempatan. Kat Kelantan, tak kiralah calon anak dari mana pun, asalkan guna lambang bulan, diorang mengundi. Tak macam pengundi PAS Terengganu yang BANGANG, isu anak tempatan jadi isu. Kita tengok PRU-12 lepas. Mat Sabu, anak Pulau Pinang, kalah di Parlimen Kuala Terengganu. Sebabnya? dia bukan orang Terengganu! Aduh...malunya aku jadi orang Terengganu....apasal la bodoh dan bengongnye orang Terengganu ni?! Post mortem dibuat, lebih 2 ribu penyokong dan pengundi PAS tak mengundi calon PAS Parlimen Kuala Terengganu, masa PRU-12. Diorang lebih rela pangkah calon BN, Razali Ismail. Kalau orang PAS Terengganu cerdik, dah lama Mat Sabu masuk parlimen.



Kalau pengundi Kelantan, diorang menangkan calon luar. Contohnya, Nasharuddin Mat Isa (Parlimen Bachok) dan Saifuddin Nasution (Machang). Malah, Ibrahim Ali (katak) yang jahat tu pun pengundi PAS menangkan di Pasir Mas, sebab Ibrahim guna lambang bulan. Kenapa la pengundi Terengganu tak secerdik pengundi Kelantan? Memang, bagi aku, PAS kat Terengganu cukup jauh beda dengan PAS Kelantan. Bagi aku, PAS Terengganu lah ekstrim. Aku tak kisah kenyataan ni turut terpalit kat aku, sebab aku orang Terengganu. Aku cuma menyampaikan kebenaran, benda yang aku tengok sendiri. Dulu ada dakwaan sesetengah pihak, penyokong PAS Terengganu kasar. Itu memang tak dapat dinafikan. Memang betul.


Cukup memalukan melayu bodoh di Terengganu bersikap macam tu. Cara orang cina berpolitik tak macam ni. Lim Guan Eng, orang Melaka, tapi bolah jadi Ketua Menteri Pulau Pinaang! Cina Pulau Pinang tak kata apa pun?? Susah, orang Terengganu ni. Ini mungkin akibat dari pimpinan Terengganu sendiri, ada yang "ekstrim dan taksub pada tok guru". Orang Terengganu jangan harap PAS dapat perintah kalau masih ada pimpinan macam ni. Jangan mendabik dada, sebab kemenangan PRK Kuala Terengganu baru-baru ni. Itu kerana banyak bantuan dari negeri-negeri luar. Kalau PRK tu orang PAS Terengganu sendiri yang handle, aku pun tak pasti Wahid Endut tu dapat jadi MP ke tak.



Bagusnya tarbiyah TGNA di Kelantan....tak macam sikap tok guru Terengganu. Kasar.

Friday, March 27, 2009

TOYOL SALAHKAN PR!


Calon Ketua Pemuda UMNO yang kalah, Khir Toyol kata, salah satu punca kekalahan dia ialah PR. Sebab, kerajaan Selangor yang diperintah PR tak habis-habis serang dia berkaitan isu Balkis. Hahaha kesian toyol ni. Alasan semata-mata. Kalau dah namanya Toyol, kalau tak mencuri, tak dipanggil toyol. Penyakit songlap duit dah berjangkit kat bini.


Orang yang hatinya tengah bersedih lagi terluka, bagaikan tak dapat terima hakikat yang impian dia nak jadik ketua pemuda hancur berkecai! Orang jahat macam dia tak layak jadi ketua. Masihkah korang ingat rumah-rumah orang melayu dirobohkan di Selangor masa dia perintah dulu?? Surau 100 tahun pun jadi mangsa. Marahkan pegawai daerah sebab gagal kutip cukai seperti yang disasarkan, hadiahkan penyapu. Last-last si muka botox ni kena "sapu" masa PRU-12.

Nasib kau la toyol...dah takde modal ko nak serang PR. Isu lembu, isu moral Elizabeth Wong, pastu fitnah ko kat Teresa Kok, berkaitan azan, semua dah dipatahkan la.. rumah harga berjuta, masa ko perintah dulu takkan ko tak cekau duit?? Dah tak jadi MB, aku dengar cerita ko buat kerja sambilan, jual tempe, betul ke?


Aku rasa kalau ko nak pendapatan lumayan, elok ko jadi pelakon dalam video klip lagu "Toyol" nyanyian Aznil Nawawi...


Nasib kau la toyolll.....

Wednesday, March 25, 2009

BERMULANYA ERA KEGELAPAN...


Inilah tanda-tanda awal negara kita menuju era kegelapan, sama seperti era Mahathir tua haprak memerintah. Najib belumpun menjadi PM. Tapi kezaliman semakin bermaharajalela. Persis seperti zaman 10 tahun dulu.. 2 malam lepas, ceramah Anwar Ibrahim diserang oleh FRU, menghadiahkan hadirin gas pemedih mata dan mandi percuma air kimia.


Inilah golongan yang jahat, zalim, dan celaka. PDRM, FRU, SB sudah jadi sayap parti BN. Alasannya, ceramah malam tu tidak ada permit. Polis dan FRU serang perhimpunan tanpa beri amaran terlebih dulu. Alangkah malangnya nasib rakyat di negara ni...sedangkan jenayah masih bermaharajalela, tapi polis duk sibuk jaga pembangkang..


Ditambah lagi dengan cubaan menyekat informasi dari media alternatif dengan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan...sama dengan 10 tahun dulu, majalah Detik diharamkan, Harakah hanya diterbitkan jarang-jarang..


Sebelum ni pun polis dah mengepung ceramah Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin di Perak. Dan ceramah Anwar Ibrahim berikutnya, terpaksa dibatalkan, menurut satu sumber, Anwar Ibrahim tak sanggup budak-budak dan wanita jadi mangsa gas pemedih mata. Memang UMNO/BN semakin terdesak, pemerintahan lebih teruk di bawah Najib nanti. Demokrasi semakin mamposss...


Katakan "TIDAK" pada pemerintahan Najib.

Aku masih lagi merasa perit kena gas masa perarakan PPSMI...

Berita Perhimpunan Agung UMNO (1)

PERASMIAN PERSIDANGAN WANITA, PEMUDA, DAN PUTERI UMNO.
Semalam aku tengok siaran ni di tv9, pukul 9.30 mlm. Ucapan perasmian oleh Najib Altantuya al-Mongolia. Gaya ucapannya, seakan-akan merasakan dia dah jadi Presiden UMNO, dan PM. Begitu bersemangat dan berkobar-kobar, melalak-lalak soal membasmi kemiskinan, membela Melayu, Agama, dan negara. Poooorahhhhh..... Berucap pun guna skrin lutsinar.. Dolah pun tak sempat guna skrin itu.


Najib ni hanyalah mengungkit jasa UMNO yang dulu-dulu, terutamanya jasa bapak dia yang membuka tanah kepada orang Melayu dan juga Felda. Dan dia jugak kata UMNO lah penyelamat tatkala negara dilanda krisis ekonomi pada 1997-1998 dulu. Sekarang, macamana? tahun 2009. Ramai pekerja dah dibuang..apa cerita?

Dia jugak ada cakap pasal pembaharuan serta reformasi..juak-juak serta para pengipas ponggong UMNO, apalagi, bersorak bertepuk tangan la...omong kosong... Si Najib ni jugak menyentuh soal politik wang, ia perlu dihapuskan... Komisen kapal selam scorpene apa macam? Sukhoi Jet? Eurocopter?


Memang ramai UMNO lupa, bahawa parti yang diorang duduki sekarang ni bukanlah UMNO 1946 dulu...tapi ia ciptaan Mahathir tua haprak, (UMNO Baru, 1988).. Najib banyak menyentuh soal mengubah serta mengkaji..perlembagaan serta sistem kuota..


Inilah drama yang biasa kita lihat, ucapan-ucapan yang sama, dalam perhimpunan agung UMNO, bercakap itu dan ini, tapi realitinya..selepas perhimpunan :

1) masih ramai melayu yang miskin dan merempat
2) kedaulatan bahasa melayu entah ke mana
3) rasuah tetap berleluasa sama ada dalam atau luar UMNO..

Monday, March 23, 2009

PENYIBUK


Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) telah mengumumkan akan meletak calon mereka kat dua lokasi pilihanraya kecil di Semenanjung, iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.


Memang tak serik-serik lagi, memang confirm dah, kau akan kalah. Buat apa masuk bertanding, buat hangus duit je. Penyibuk. Dahla tak dapat sambutan. Elok la kau masuk semula dalam PAS tu. Perjuangan korang takkan ke mana-mana.


Presiden AKIM, Hanafi Mamat berkata, mesyuarat dah dibuat di kedua-dua negeri terbabit, dan semua bersetuju untuk meletakkan calon di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.


Hanafi ni masa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh Ogos lepas, hilang duit pertaruhan. Dapat 91 undi je. hahahaha.. Kesianla calon-calon AKIM di kedua-dua kawasan terbabit..hangus duit.. Masa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, AKIM barulah buat satu tindakan cerdik, iaitu calonnya menarik diri, dan menyeru kepada pengundi-pengundi kawasan Kuala Terengganu bagi undi kat PAS.


Suka hati diorangla...banyak duit kot, sebab tu tak takut hilang duit pertaruhan. Bagi aku, batalkan sajalah niat tu..simpan la duit..bukan sikit tu..RM 10 -15 ribu tu....


P/S : Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) adalah serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1995.

Saturday, March 21, 2009

DIA MENYALAK LAGI....




Aku tengok berita semalam, ada semacam majlis apa ntah, si tua ni ada. Dia kata keadaan Melayu sekarang ni mencemaskan, dan dia nak tengok melayu yang berpecah bersatu demi keuntungan negara.


Aku terus menyumpah dia ni dalam hati. Dia ni tak sedar diri, patutnya dia cermin muka dia tu. Dia la punca melayu berpecah. Tahun 1987, Melayu berpecah bukan sebab dia?? Tahun 1998, lagi sekali melayu berpecah, bukan dia gak ke puncanya??


Ko ada kuasa dulu tak fikir, ko lah raja, semua kena ikut telunjuk ko. Sekarang, dah takde kuasa, dah pencen, mula la melalak-lalak tengok kelemahan orang memerintah. Patutnya ko tu duduk diam-diam. Dah pencen buatla cara pencen. Kalau ada peluang sah aku lempang ko puas-puas. Tak tau jaga mulut.

Wednesday, March 18, 2009

CERITA APA LAGI SI TOLOL NI NAK BUAT??




Memang, bagi aku, semua cerita yang dia buat ni nak menyesatkan orang melayu. memang teruk. Kesannya orang melayu mesti terikut-ikut dengan tindakan bodoh dalam filem-filem dia. Dasar orang berfahaman liberal, sekular, macam ni la.


Faisal Tehrani pernah kata, citer ni memang sesat lagi menyesatkan. Orang Melayu yang bodoh, tolol ni enjoy la tengok. Memang, cerita yang dia buat ni langsung tak mencerminkan adat Melayu, yang paling penting tiada adab atau ciri sebagai Islam. Aku harap sangat la negara ni nanti dikuasai Islam, pastu haramkan cerita-cerita camni.




Tolak la filem-filem camni.

Sunday, March 15, 2009

KENAPA AKU BENCI DIA


Kalau korang biasa baca blog aku mesti korang perasan kenapa aku panggil mamat ni yahudi, jahat, haprak, dll lah. Ni aku nak tunjuk sebab-sebabnya.
Inilah Mahathir Kutty al-Yahud, banyak dosa-dosa yang dia buat, yang sukar bagi aku sebagai rakyat Malaysia, Melayu, dan Islam nak maafkannya. Berikut aku bagi beberapa alasan, yang menyebabkan aku benci teramat sangat dengan dia ni.



1) Bertanggungjawab menggubal Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada tahun 1974 sewaktu dia memegang jawatan Menteri Pelajaran.


2) Menjerat Anwar Ibrahim masuk UMNO pada tahun 1981, seterusnya memperalatkan Anwar Ibrahim menawan satu-satunya kubu PAS di Pulau Pinang, iaitu Parlimen Permatang Pauh.


3) Dalang tragedi Memali di Kedah pada 1985 yang menyebabkan seorang ulama' (Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya) dan penyokong-penyokong PAS meninggal dunia. (mana Anwar Ibrahim, selaku pejuang Islam???)


4) Dalang Operasi Lalang pada 1987. Disaaksikan pimpinan parti pembangkang yang tidak bersalah masuk beramai-ramai ke Kem Kemunting.


5) Pada zaman dia la semuanya diswastakan dan diagih-agihkan kepada kroni.


6) Bermulanya kronisme, nepotisme, penyelewengan, dan politik wang masa dia perintah.


7) Punca pemecatan 5 orang hakim semasa krisis kehakiman lewat 80-an.


8) Anti undang-undang Islam (hudud). Pernah berkata, " Sekiranya Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hudud,kita akan ambil tindakan," (korang rasa dia ni Islam ke tak??)


9) Menggubal perlembagaan yang menarik imuniti Raja-Raja Melayu pada 1993. (Hai...Anwar Ibrahim diam je???)


10) Melindungi Rahim Tamby Chik ekoran masalah moral dengan gadis bawah umur. (mana Anwar Ibrahim?? Diam saja?)


11) Punca bahasa pengantar di IPT ditukar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris pada 1995 melalui Najib, Menteri Pelajaran. Bermulanya pencabulan bahasa ibunda! (mana Anwar Ibrahim?? Yang dahulunya hebat dikenali sebagai pejuang bahasa Melayu??)


12) Menarik balik keistimewaan anak-anak Melayu apabila biasiswa ditukar kepada pinjaman di IPT. (memang setan tua! Pasal ni aku tak sah kalau dalam sehari tak menyumpah setan tua ni!!)


13) Krisis dengan ulama' pada 1997. Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom dipecat berkenaan isu ratu cantik. ( sekali lagi, mana Anwar Ibrahim? yang kuat agamanya??)


14) Menendang Anwar Ibrahim (huhuhuhuu) dari UMNO dan memecat semua jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan MP Permatang Pauh serta menaburkan bermacam fitnah kepada DSAI pada 1998.


15) Menarik balik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).


16) Memanipulasi media berkenaan isu PAS halalkan liwat dan isu Nik Aziz kata tuhan mencarut.


17) Memperkenalkan PPSMI yang membuatkan bahasa ibunda semakin menguncup serta membebankan anak-anak Melayu pada tahun 2003.


18) Melantik Dolah Badawi yang bengong sebagai pengganti dan mahu Najib sebagai timbalan Dolah. ( ikut kehendak dia je!)

Friday, March 13, 2009

DEMOKRASI KE KUKU BESI?




Ini ke negara yang dinamakan negara demokrasi??? Nak berhimpun secara aman pun tak boleh. Kalau berhimpun sikit, mula lah kata perhimpunan haram. Abis kalau puak-puak UMNO celaka berhimpun, takpe la pulak kan??
Demonstrasi adalah salah satu ciri negara demokrasi. Rakyat ada hak untuk berhimpun secara aman. Jika demonstrasi pun tak boleh, maka negara itu bukan negara demokrasi, tapi negara kuku besi/diktator/negara polis.
THE SHAME OF DEMOCRACY....

Thursday, March 12, 2009

PEROSAK ANAK BANGSA


INILAH YANG DUK BUAT ANAK-ANAK MELAYU ISLAM LUPA DIRI



Ali bin Abi Talib a.s berkata : Rasulullah SAAW bersabda : " Sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya pada namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya..."
(HR Baihaqi)


Apabila kata-kata ulama' tidak dipedulikan, maka artis menjadi pujaan, semuanya kucar-kacir.....

Benda nilah yang buat anak-anak melayu Islam lalai..budaya hedonisme dah jelas meresap dalam jiwa anak-anak orang Islam. Tak tau dah nak beza hiburan jenis mana yang halal dengan hiburan jenis yang diharamkan...yang ada dalam kepala otak tu..nak berseronoookkkk jee...


Aku tak sanggup tengok benda-benda camni...malu tengok bangsa aku macam bodoh, berhibur sampai tak sedar diri... Aku rasa, tengok beruk panjat pokok kelapa lebih baik dari tengok muka "beruk-beruk" dalam Raja Lawak..


Inilah negara Islam Hadhari, Islam glokal, sekular, liberal...tak peduli langsung pasal akhlak anak-anak orang Islam... apa nak jadi ha...umat Islam semakin lemah...

Inilah muka-muka buat lawak bodoh..takde faedah langsung...yang melayu bodoh tengok jugak lar...WOIT! Orang yang banyak ketawa atas dunia nin kat akhirat nanti diala yang banyak nangis, TAU!!

Sunday, March 1, 2009

INI DIA!! LAGI SATU ALAT UMNO/BN

Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi bin Wan Teh


Bukti Keahlian mangkuk ni dalam UMNO
Arakian terbongkarlah satu lagi rahsia iaitu dia ini juga barua/pencacai kepada UMNO!

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."
Mufti yang sama juga pernah berkata "sumpah mubahalah" yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos 2008 adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan.
Wahai mufti barua! Adakah kau tahu ulil amri yang wajib dipatuhi ialah selagi dia tidak berbuat maksiat dan kezaliman?? Macam mana la mufti boleh dihormati kalau berpihak pada ''thoghut''?
Inilah orang yang memikirkan kepentingan diri dan perut semata-mata!
Imam as-Syafi'e berkata : Sesiapa yang hanya mementingkan perutnya semata-mata, maka nilai orang itu TIDAK LEBIH dari apa yang keluar daripada perutnya.
Kalau nak mengampu tu biarlah pakai otak sikit. Inilah contoh wa ampu sana wa ampu sini
Kat akhirat nanti sama-sama dapat ''saham'' ye!

Monday, February 23, 2009

UMNO parti tak sedar diri...!

La ni kecoh satu dunia pasal gambar bogel Elizabeth Wong, Exco kerajaan negeri Selangor dan jugak ADUN Bukit Lanjan. Bukannya dia bogel bergambar dalam majalah Playboy. Ada orang masuk kat rumah dia, ambik gambar dia sedang tido dalam keadaan hampir bogel. Arakian melalaklah seorang anak Jawa yang dahulunya hitam, bertukar macam Michael Jackson jadi putih. Katanya banyak makan tempe..




Dia kata si Eli ni patut letak jawatan kerana ianya melibatkan soal moral. Deiiiiiiii chit poooodahhh nak cakap pasal moral. Yang dia dulu masa jadi MB, dah tau kes bekas MP Gombak ada skandal ngan senator, bini orang, apa pasal lu diam saja ha? @#$!^%$#. Inilah parti UMNO. Mengata orang dia yang lebih.





Lagi 1 cerita, maka bertambahlah satu lagi komponen UMNO/Barisan Nasional (BN) iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kecohla satu Selangor sebab si Khalid kononnya menggunakan duit rakyat untuk beli lembu korban. Melalaklah lagi si Toyol. Pengerusi SPRM plak kata dah punya bukti yang cukup untuk mendakwa Khalid. Ehhh macam dia ni dah jadi alat boneka UBN. Sekarang ni sudah tercalarlah maruah sang pengerusi SPRM ni bila anak dia yang umor 25 tahun kena tangkap kat Australia sebab bawak masuk bahan porno kanak-kanak. Huhuhuhu.... Apakah mereka (Toyol dan SPRM) sudah lupa akan skandal Zahrah Kechik (bini Toyol) larikan $9 Juta duit Balkis? Kenapa sampai sekarang tak ada tindakan pun?




Lagi-lagi cerita, isu negeri Perak. Ramailah yang kecam si Speaker DUN, V. Sivakumar menghina Sultan Perak dengan menggantung MB haram Zambry beserta Exconya daripada menghadiri sidang DUN selama beberapa belas bulan. Melalaklah balaci-balaci dalam MyKmu.net mengatakan jika hal ini berlaku pada zaman dahulu, V. Sivakumar sepatutnya dibunuh. Aduh....



Juga tak habis-habis kisah Ir. Nizar menderhaka kepada sultan Perak. Sembah derhaka tu bahasa istana, yang membawa maksud tidak setuju. Tapi tengoklah puak-puak ni memutarbelitkan cerita. Lagi-lagi kisah penderhakaan pemimpin PR Perak derhaka pada Sultan Perak.




Ingatkah kalian Bekas Menteri Besar Perak, Ghazali Jawi juga boleh dikatakan derhaka sebab tak mau letak jawatan MB walaupun disuruh oleh Sultan? Ghazali Jawi ni ayah kepada bekas MB Tajol Rosli. Lupa lagi ke UMNOlah yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu? Adakah masih segar dalam ingatan masa Perhimpunan Agung UMNO 1991, disaksikan Sultan dikutuk secara terbuka? Parti mana yang buat tu? Kenapa tak dikatakan derhaka? Siapa yang menabalkan sultan baru di Kelantan suatu masa dulu? Parti mana yang buat demonstrasi kat depan Istana Kelantan?




Masihkah kalian ingat, khususnya orang Selangor, siapa ya yang melarikan anak Sultan Selangor, pastu nikah kat Siam?




Masih ada lagikah yang ingat siapa yang kata natang(binatang) kepada Sultan Mizan kerana tak mau Idris Jusoh sebagai MB Terengganu?





Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.


Memang parti tak sedar diri.....

Saturday, February 21, 2009

SAMA BODOH, SAMA TOLOL





Korang tengok la anak si menteri ni. Minuman apa yang dipegang tu? Sapa pompuan kat sebelah tu? Bini ke?
Macam ni la gelagat anak-anak menteri Hadhari kat negara nih. Tak ada roh Islam langsung. Nama je Islam.
Jika satu ketika dulu kita lihat si menteri yang jaga undang-undang ni melalak macam anjing dalam parlimen. Lantang suaranya mengugut Tunku Abdul Rahman supaya jangan menyokong Parti S46.
Begitulah Islam Hadhari. Jika menteri pun takleh jaga anak, macam mana la nak jaga/kawal gejala keruntuhan akhlak di kalangan anak melayu kat negara ni..
Kata nak bela dan mempertahankan bangsa melayu..........Alahai....