Wednesday, August 5, 2009

Menyokong Kenyataan Hasan Ali


Akhirnya PAS Selangor bersuara untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar melalui Pesuruhjayanya, Hasan Ali. Saya banyak terdengar kata-kata yang kurang enak dilontarkan terhadap PAS apabila sesudah memenangi pilihanraya, janji untuk berbuat amar makruf tidak ditunaikan, contohnya arak dan judi di beberapa negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.


Saya dengan ini menyokong kenyataan Hasan Ali yang dikeluarkan melalui sidang medianya semalam bahawa beliau meminta YAB Menteri Besar Selangor menukar portfolio Exco Kerajaan Selangor iaitu Ronnie Liu selaku Exco Kerajaan Tempatan dan menggantikannya dengan ADUN yang lain, ataupun portfolio itu dipegang sendiri oleh YAB Menteri Besar. Ini berlaku kerana Ronnie Liu mendesak pihak MBSA yang merampas jualan arak yang terbuka di Shah Alam memulangkannya balik kepada premis yang menjualnya.


Rampasan dibuat kerana aduan dan bantahan penduduk Melayu Muslim yang majoriti di Shah Alam. Jadi Ronnie Liu sila jadi manusia yang reti bahasa, jadi ADUN atau Exco, jadilah ADUN untuk semua, bukan hanya ADUN bagi orang kafir saja. Fikirkanlah sensitiviti dan perasaan umat Islam. Saya berasa sedikit berbangga dengan usaha kecil yang dilakukan oleh Hasan Ali, walaupun tidak dapat membasmi kemungkaran sepenuhnya, tapi ini sudah berbaloi memandangkan parti Islam hanya minoriti di dalam DUN Selangor.


Dan inilah untungnya PAS menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Rakyat, jika ada kesalahan yang dilakukan, bolehlah menegur dan menyatakan ketidakpuasan hati. Cuba bayangkan kalau PAS bekerjasama dengan UMNO, saya rasa mungkin Hasan Ali akan diberi amaran oleh UMNO Selangor berikutan usaha amar makruf yang dilakukan.


PAS tidak boleh sepenuhnya melaksanakan Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat walaupun kerusi majoriti di Kedah,mempunyai Menteri Besar di Perak, dan mempunyai exco kanan di Selangor. Walaupun tak boleh melaksanakan Islam sepenuhnya, buatlah sekadar yang termampu. Contohnya menghadkan penjualan arak kepada orang bukan Islam sahaja, dan menguasai masjid. Jika mahu melaksanakan Islam sepenuhnya, pastikan PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana Dewan Undangan Negeri. (saya menerangkan ini kerana masih ada Melayu yang bodoh + bengong + bahalol yang mempersoalkan PAS tidak melaksanakan Islam walaupun ada exco agama)


Tentang DAP yang agak kurang mesra dengan Islam, bagi saya ia bukan suatu yang menghairankan. Pemimpin-pemimpin DAP membesar dengan keadaan yang tidak ada kefahaman Islam, jadi tidak hairanlah jika ada sesetengahj pemimpin mereka yang kurang senang dengan Islam. Itu boleh diubah, dan sudah menjadi tugas PAS untuk menerangkannya sedikit demi sedikit dan memberi kefahaman Islam kepada DAP. Dan jika ada perselisihan, eloklah kerana ia dapat mematangkan komponen-komponen Pakatan Rakyat. Lainlah UMNO. Rupa saja Islam, tapi hanyalah topeng. Jika dibuka topengnya, dapatlah kita lihat wajah munafik.


p/s : Apa-apapun, saya lebih senang melihat PAS bekerjasama dengan DAP yang bukan Islam dan menyokongnya daripada melihat PAS bersama-sama UMNO yang munafik.

0 comments: