Tuesday, August 25, 2009

Ustaz Salleh Man Menang!


Salam Ramadhan,


Tadi SPR telah mengumumkan bahawa calon PAS, Ustaz Salleh Man memperoleh 9918 undi, mengalahkan calon BN Rohaizat yang hanya mempu mengutip 5067 undi. Namun, majoriti yang diperolehi kali ini berkurang sebanyak 882 undi. Bekas ADUN Permatang Pasir Allahyarham Datuk Hamdan memperoleh undi sebanyak 5433 semasa PRU 12 yang lalu.


Manakala jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. Mungkin ini salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi, selain daripada kemungkinan pengundi atas pagar yang beralih angin. Namun kejayaan ini lebih dari cukup membuktikan bahawa BN tidak mendapat tempat di hati pengundi Permatang Pasir yang setia menyokong PAS sejak 1999.


Mungkin inilah keberkatan pilihanraya yang dijalankan semasa bulan Ramadhan. Selepas ini Ustaz Salleh Man bakal dilantik menjadi YDP MAIPP, bagi menggantikan YDP yang sedia ada yang akan bersara 2 bulan kemudian. Syabas dan tahniah diucapkan kepada calon yang menang, kepada pengundi-pengundi, dan juga kepada penyokong dari jauh dan dekat, jentera-jentera parti dari Pakatan Rakyat, para bloggers dan seumpamanya kerana memabantu secara langsung atau tak langsung bagi menyumbangkan kemenangan kepada calon PAS.


Muhyiddin Mat Sembab, Ahmad Maslan, dan Rohaizat pasti tepuk kepala dan menggigit jari!

0 comments: