Saturday, August 8, 2009

Susahnya Nak Laksanakan Islam

Kita terpaksa akui bahawa di Malaysia ini adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk melaksanakan Islam dan mentadbir negara ini dengan Islam, walaupun komuniti Islam di negara ini masih lagi majoriti mengatasi agama-agama lain. Islam menjadi sesuatu yang ditakuti dan ditentang pada zaman ini. Sebut saja Islam, pasti akan tergambar di dalam kepala akan perkara-perkara yang negatif.


Umat Melayu di negara ini masih lagi beranggapan jika Islam berjaya memerintah negara ini, maka hampir keseluruhan aktiviti harian mereka akan menjadi terbatas. Itu tak boleh ini tak boleh. Jika seseorang itu benar-benar fahami Islam, maka itu semua tidaklah menjadi masalah. Terlalu banyak penyakit di negara ini yang memerlukan Islam sebagai ubatnya, bahkan penyakit itu sudah mencapai tahap yang kronik.


Indeks jenayah yang semakin meningkat saban tahun, gejala keruntuhan moral di kalangan anak-anak orang Melayu Islam, berleluasanya kegiatan samun, rompakan, dan kecurian. Dan juga aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti pelacuran, perjudian, dan penjualan arak yang berleluasa. Memikirkan hal ini, hati saya pedih dan membara seterusnya menyalahkan kepimpinan negara yang hanya tahu mengenyangkan perut tetapi masalah negara diabaikan.


Walaupun berbagai bala diturunkan di bumi Malaysia ini, tanda peringatan daripada Allah, namun golongan-golongan ini masih lagi belum mahu bangun dari tidur. Penyakit H1N1 yang semakin mengganas dan memakan korban yang ramai, adakah ia sekadar penyakit yang dibawa atau sebagai petanda bahawa Allah sedang murka?


Saya ingin menanyakan soalan kepada rakyat Malaysia, tak kira Islam atau kafir, dan pemimpin-pemimpin sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang. Tak terliur ke kamu semua nak melihat negara ini menjadi makmur seperti kebanyakan negara Islam di Timur Tengah? Tak teringinkah melihat indeks jenayah di negara ini semakin menurun, kemudian menjadi hampir sifar? Tak teringinkah melihat gejala moral di negara ini semakin berkurangan? Tak inginkah kita hidup di negara ini dalam keadaan aman damai tanpa ada prejudis terhadap kaum yang berbeda dan agama yang berbeda?


Kalau inginkan suasana di atas, kenapa masih ada yang takut dengan Islam? Kenapa masih ada yang menentang Islam? Kenapa susah sangat mahu mengharamkan arak di kawasan yang bermajoritikan Muslim, dan seterusnya menghadkan penjualan arak kepada orang kafir sahaja. Tak tahu ke atau buat-buat lupa bahawa dengan meminum araklah timbulnya masalah seperti kes jenayah, rogol, dan lain-lain. Nak suruh Melayu Islam di negara ini bersatu? Apa gunanya bersatu kalau pemimpin yang membolot harta rakyat masih lagi bebas, apa gunanya bersatu kalau pemimpin UMNO yang bermasalah dari dulu hingga sekarang tidak disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan beberapa pemuka-pemuka parti pemerintah yang lain.


Apa gunanya menyeru persatuan Melayu jika salah satu pihak ingkar dengan suruhan agama, jika UMNO hanya nak bersatu semata-mata untuk survival politiknya, dan jika UMNO itu munafik. Fikirkanlah. Berpuluh-puluh tahun kita diperintah oleh pemimpin yang mengaku Islam, tapi perkara yang dilarang oleh agama dilakukan. Meluluskan lesen-lesen arak dan judi. Membiarkan anak muda Islam hanyut dan lalai mengikut arus dan rentak yang dimainkan oleh orang kafir.


Susahnya nak melaksanakan Islam di bumi Malaysia. Pemimpin yang ada pun dah tak mengikut Islam lagi. Semua ini salah pemimpin negara ini dari dulu hingga sekarang. Jahannam UMNO!

0 comments: