Saturday, August 22, 2009

Tindakan Rais Yatim


Bekas "hulubalang" yang licik di dalam S46.



Salam Ramadhan,


Jika anda semua klik di sini, anda semua akan melihat tindakan Rais Yatim terhadap salah seorang wartawan yang menyoalnya dalam Bahasa Inggeris. Wartawan tersebut dari akhbar The Star. Kita akan lihat Rais Yatim seakan-akan bengang dan mengejek wartawan tersebut kerana tidak menanya di dalam Bahasa Kebangsaan. Adakah Rais Yatim juga pencinta bahasa, saya tak tahu. Atau mungkin dia kurang fasih berbahasa Inggeris, pun saya tak pasti.


Kita lihat komen yang ditinggalkan di dalam blog/entri terbabit. Hampir keseluruhan komen mengutuk, mencela, dan menghina Rais Yatim di atas tindakannya. Saya walaubagaimanapun tidak suka juga kepada Rais Yatim, ekoran beberapa tindakannya yang boleh menyakitkan hati, dan sikapnya yang agak licik dalam berpolitik, tapi apa yang saya ingin katakan di sini ialah pada dasarnya saya menyokong tindakan Datuk Seri Utama Rais Yatim itu. Tapi pada masa yang sama saya juga tidak bersetuju dengan caranya yang memalukan wartawan tersebut di depan orang ramai, ada banyak cara lain lagi boleh digunakan untuk menegur.


Bagi saya, kalau wartawan yang menanyakan soalan dalam bahasa Inggeris itu adalah seorang Melayu, bukan setakat diherdik, diterajang pun saya setuju. Nak tunjuk lagak ke tanya soalan dalam bahasa Inggeris? Muka melayu. Lainlah kalau wartawan tersebut berbangsa selain daripada Melayu, kerana tak semua bangsa selain melayu fasih berbahasa Melayu. (Tapi biasanya wartawan The Star melayu atau Cina?). Kalau orang Melayu, memang patut dia dimarah oleh Rais Yatim. Dah lah ramai Melayu sekarang ini rosak bahasanya, kadang-kadang cakap campur-campur, sekejap cakap melayu, kemudian campur perkataan inggeris.


Tapi kalau betullah Rais Yatim begitu komited di dalam bahasa Melayu, kenapa dia tidak bersuara di dalam isu PPSMI? Takut ke nak menegur al-malikul? Atau takut lihat muka ngeri dia? Janganlah hipokrit. Kalau betul nak perjuangkan bahasa, perjuangkan dahulu di dalam kerajaan. Bahasa Melayu sekarang ini sedang nazak, takkan Rais Yatim tak rasa apa-apa?

0 comments: