Showing posts with label Proksi UMNO. Show all posts
Showing posts with label Proksi UMNO. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Tok Guru UMNO Yang Sesat



Ooo.. TGNA itu ilmunya setakat Ustaz, dan ilmu dia ini pula sudah tahap "tok guru". Maka dia lebih layak digelar tok guru. Mungkin kerana ilmu tinggi mencapai derajat "tok guru" membuatkan dia mengatakan Islam UMNO itu tulen (kah kah kah). Ini sah memang tok guru jenis sesat lagi menyesatkan.


Oleh kerana TGNA lebih suka bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO, terus dituduhnya Wahhabi kerana kononnya Wahhabi menghalalkan darah Ahlus Sunnah berbanding darah orang Yahudi. Dia nak bandingkan DAP itu kafir, dan UMNO pula Islam "tulen", tapi TGNA memilih DAP. Itu yang dituduhnya TGNA ialah Wahhabi.


Kalau macam tu, saya pun Wahhabi. Amacam? UMNO Islam tulen? poodah.. Bagi saya, bekerjasama dengan DAP lebih afdhal dan syar'ie berbanding UMNO yang korup, zalim dan menyalahgunakan kuasa. Ini tok guru memang tak boleh pakai. Layak jadi alat dan perkakas saja untuk UMNO.

Tuesday, December 22, 2009

Flip Flop wal Auta Dalam PAS


APA SEMUA INI?? WHAT IS THE MEANING OF THIS???


Ada sesiapa lagi yang masih ingat, siapa ye yang mengeluarkan amanat yang berbunyi begini ;


" Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad. Derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." - 1981


Kerana ucapan beginilah berlakunya pertelingkahan, pemulauan, pergaduhan dan pembunuhan diantara orang PAS dan UMNO. Sekarang (2009), cuba lihat ucapannya :


"PAS tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu. Sesetengah pihak salah anggap peranan PAS di parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul. Dalam perbahasan di parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan.


Takkan asyik nak bergaduh saja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik."


Gila apa kalau hanya perbedaan pendapat? Kalau macam itu tak ada bezalah PAS dengan UMNO.


"Jihad yang paling afdhal ialah bercakap benar," - ucapan di Konvensyen blogger PAS.


Bercakap benar?


1. Didedahkan adanya beberapa pertemuan dengan pemimpin UMNO, mengapa dinafikan?

2. Kata idea Kerajaang Perpaduang telah dibincangkan dan dipersetujui dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, PKR setuju, DAP pun setuju, tapi kenapa Lim Guan Eng menafikan adanya perbincangan itu??


Sumber berita yang lain :


KUALA LUMPUR, Dis 20 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.


Kata Anwar Ibrahim :


SHAH ALAM, Dis 21 — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.

Ia kini dalam proses pendaftaran.

Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.

“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.

Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.


p/s : Pening betul dengan gelagat pemimpin PAS ni. Adakah ini juga kerja-kerja penasihat-penasihat tertentu? Huhuhu UMNO bertopengkan PAS.

Saturday, November 21, 2009

Deyy Suwardi! Hujah Lawan Hujah La...




Suwardi, kalau kamu mahu membuat penafian seperti yang didakwa oleh Tulang Besi, buatlah blog ke, jawab melalui sidang media ke kalau kamu rasa diri kamu difitnah. Ini apa main saman-saman? Perisik Rakyat dan Tulang Besi tu cari makan juga, nanti habisla diorang punya income melalui iklan dalam blog dihabiskan untuk membayar saman. Hujah lawannya hujah. Bukannya dibalas dengan tangkap ataupun saman.


Kalau tak puas hati sangat aturkanlah pertemuan 4 mata dengan Tulang Besi (bukan ke masing-masing ada dalam Selangor?) tak pun ajak minum tea tarik ke tiru stail Anwar dan Najib. Sambil-sambil tu bermuzakarahla. Tak pun buat sumpah mubahalah ke, barulah riang ria sikit dunia blogger. Buatlah penafian melalui jalan lain bahawa kamu tidak terlibat dalam konspirasi nak jatuhkan MB Selangor. Kalau perlu heret Hassan Ali sekali.


Jangan ingat para bloggers ini senang digertak. Nak tutup mulut melalui saman.


Dakwaan Tulang Besi kepada Suwardi Yaakob :


1) Mengaku jadi Pegawai Khas Hasan Ali tapi tiada surat perlantikan


2) Mempunyai pengaruh ke atas Hasan Ali, ataupun dari Team Hasan Ali


3) Penyebab PAS berpecah


4) Kawan baik kepada Nasharudin Mat Isa


5) Ibarat ''runner'' yang buat kerja-kerja kotor bagi Fraksi UMNO.


6) Mengumpulkan segala dokumentasi berkaitan dengan isu pemberian lembu dan kereta MB.


7) Mendakwa bukti-bukti yang terdapat di dalam fail yang dipegangnya boleh menjatuhkan MB Selangor.


8) Selepas SPRM menemuramah semua EXCO, Suwardi menelefon Khir Toyol.


Suwardi, kalau betul kamu ini bukan pondan, silalah buat penafian secara gentlemen.