Showing posts with label kempen anti Kerajaan Perpaduan. Show all posts
Showing posts with label kempen anti Kerajaan Perpaduan. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

Flip Flop wal Auta Dalam PAS


APA SEMUA INI?? WHAT IS THE MEANING OF THIS???


Ada sesiapa lagi yang masih ingat, siapa ye yang mengeluarkan amanat yang berbunyi begini ;


" Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad. Derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." - 1981


Kerana ucapan beginilah berlakunya pertelingkahan, pemulauan, pergaduhan dan pembunuhan diantara orang PAS dan UMNO. Sekarang (2009), cuba lihat ucapannya :


"PAS tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu. Sesetengah pihak salah anggap peranan PAS di parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul. Dalam perbahasan di parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan.


Takkan asyik nak bergaduh saja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik."


Gila apa kalau hanya perbedaan pendapat? Kalau macam itu tak ada bezalah PAS dengan UMNO.


"Jihad yang paling afdhal ialah bercakap benar," - ucapan di Konvensyen blogger PAS.


Bercakap benar?


1. Didedahkan adanya beberapa pertemuan dengan pemimpin UMNO, mengapa dinafikan?

2. Kata idea Kerajaang Perpaduang telah dibincangkan dan dipersetujui dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, PKR setuju, DAP pun setuju, tapi kenapa Lim Guan Eng menafikan adanya perbincangan itu??


Sumber berita yang lain :


KUALA LUMPUR, Dis 20 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.


Kata Anwar Ibrahim :


SHAH ALAM, Dis 21 — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.

Ia kini dalam proses pendaftaran.

Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.

“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.

Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.


p/s : Pening betul dengan gelagat pemimpin PAS ni. Adakah ini juga kerja-kerja penasihat-penasihat tertentu? Huhuhu UMNO bertopengkan PAS.

Sunday, December 20, 2009

Geng Perpaduang Tak Pernah Putus Asa

Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama. - Sinar Harian


RJ : Tak habis-habis lagi. Berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia politik, masih lagi tak nampak bahawa UMNO sekali-kali tidak pernah insaf dan hanya sekadar mahu mengambil kesempatan di atas peluang yang terbuka memandangkan mereka dalam keadaan lemah. UMNO memang tak boleh dipercayai. Nak bekerjasama dalam beberapa hal, boleh, tapi biar UMNO nyawa-nyawa ikan dulu, bukan kuat macam sekarang ni.


Beberapa hari lepas, Hj. Hadi dan Mustafa Ali pergi bertemu Tengku Razaleigh. Yang syoknya, Mustafa Ali kata kat tok guru Nik Aziz, "doh tak ada apa-apa doh, Anwar pun tak boleh pertahankan dia," - Hj. Hadi senyap membisu saja. Tapi Mustafa Ali menafikan adanya pertemuan itu, sedangkan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim menyatakan ada pertemuan, begitu juga dengan Ku Li sendiri.


Nota :
Nampaknya sebelum PAS memulakan kempen UMNO Pengkhianat Rakyat, PAS perlu lancarkan dulu pembasmian pengkhianat-pengkhianat dalam parti.

Saturday, October 31, 2009

Ustaz Azizan Lebih Layak Ganti Haji Hadi?


Saya merujuk kepada sebahagian tulisan Prof. Aziz Bari yang terdapat di PerakExpress. Sememangnya Ustaz Azizan layak menggantikan Haji Hadi untuk menerajui PAS. Walaupun beliau dikatakan tidak berminat, PAS harus paksa beliau. Bagi saya Ustaz Azizan memang mempunyai ketokohan yang mirip dengan almarhum Ustaz Fadzil, cuma ada yang "kureng" sikit, aura belum cukup kuat. Kebolehan serta kecekapan Ustaz Azizan mentadbir Kedah jauh lebih baik sewaktu Kerajaan PAS di Terengganu dahulu. Ustaz Azizan berjaya menangkis serangan-serangan daripada UMNO dengan bijak sekali. Bermula sewaktu awal-awal Pakatan mengambil alih Kedah. Isu Tadika Kemas dikunci dimainkan, tapi berjaya diselesaikan oleh Ustaz Azizan sehinggakan UMNO tidak mampu membalas balik.


Begitu juga ketegasan beliau dalam isu perobohan rumah sembelihan babi. Isu ini hanya seketika, kemudian hilang dibawa angin. Sehingga sekarang, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Ustaz Azizan yang agak selamat daripada peluru-peluru UMNO, berbanding negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Potensi kerajaan Kedah sekarang jauh lebih baik daripada Kerajaan Terengganu sewaktu tahun 1999-2004 lalu. Nak dibandingkan dengan Presiden yang sedia ada yang sudah terbukti lembab, menjadi boneka kepada beberapa kerat pemimpin PAS tertentu, jauh beda. Terengganu gagal dipertahankan kerana lalai dan mudah lupa diri. Syok sendiri orang kata. Dia ingat rakyat sokong PAS. Sebab itu buat lebih kurang. Hubungan dengan parti komponen Barisan Alternatif dahulu tidak dijaga dengan baik, sehingga DAP bertindak keluar daripada BA. Presiden yang lembab, ikut saja telunjuk geng-geng Terengganu.


Haji Hadi sewaktu mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu dahulu, sejumlah wang yang besar nilainya dijumpai di dalam laci bekas MB Terengganu, Wan Mokhtar. Tapi Haji Hadi membuat keputusan tidak perlu siasatan. Buat-buat baik. Dan juga oleh kerana ke"mengongan" beliau memperkenalkan dokumen negara Islam, membuatkan pengundi bukan Islam semakin menjauhi PAS, tambahan pula ketika itu gejala "Islamophobia" masih lagi menghantui orang bukan Islam dengan tragedi 11 September di New York. Cerdik kan Haji Hadi??? Dia ingat dengan memperkenalkan dokumen itu, dah boleh jalankan hudud, rejam orang, kerat tangan (sebab istilah "hudud" itulah yang sering dilaungkan Haji Hadi di dalam kuliahnya, nak sangat hudud tapi bodoh dalam strategi). Dia masih lagi amalkan strategi 80-an, ketinggalan zaman. Style ceramah dia pun kekalkan, membosankan.


Almarhum Ustaz Fadzil tak macam itu. Tak terburu-buru nak laksanakan Islam, kerana ada benda yang jauh lebih penting untuk diselesaikan. Apabila almarhum ditanya oleh wartawan antarabangsa, adakah Ustaz Fadzil akan menutup pusat judi di Genting Highlands jika BA memerintah negara? Dengan bijaksana dan tidak lembabnya Ustaz Fadzil menjawab, (saya petik dari sini), “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.” - tengok jawapannya. Jauh lebih cerdik daripada pengganti beliau, yang siang malam berkokok umat Islam harus tegakkan Islam, tapi strategi hancur. Ustaz Azizan ada kredibiliti seperti Ustaz Fadzil. Cerdik. Tidak bengap.


Sama tapi tak serupa


Haji Hadi terbukti seorang yang lemah. Dia diibaratkan Abdullah Badawi, banyak mendiamkan diri, membisukan diri, seperti orang tidur. Aduka Taruna gelar ''the Sleeping Buddha". Masalah yang ditimbulkan oleh Hassan Ali di Selangor dia buat-buat sardin. Perarakan kepala lembu, dia buat-buat tidur. Bila hampir kesemua AJK PAS Pusat minta Hassan Ali ditukarkan, Haji Hadi nakkan siasatan dijalankan. Padahal dah terbukti mangkok itu bermasalah. Nak siasat buat apa lagi. Haji Hadi juga seorang pemimpin yang lemah. Ikut telunjuk Mustafa Ali, jadi puppet atau wayang kulit kepada Mustafa Ali, dari dulu sampai sekarang. Dulu lingkup Terengganu, sekarang kemungkinan besar lingkup PAS pula.


Tengoklah semasa sidang media, Mustafa Ali banyak bercakap di pihak Haji Hadi. Dialah mastermind, dia kawal parti, dia kawal Harakah, dia kawal Presiden. Haji Hadi dah jadi macam pemimpin UMNO, ayat yang biasa terkeluar dari pemimpin UMNO sekarang ada pada Haji Hadi, "Kita akan siasat", "siasatan akan dibuat,". Dah tahu sebelum ini orang tak suka Hassan Ali, dan ada permintaan supaya Hasan Ali ditukarkan, tapi si Presiden lembab ini kekalkan juga. Setiausaha Agung, Mustafa Ali dipilih. Tak ada orang lain ke? Apa beza PAS dengan UMNO? Sepatutnya Pesuruhjaya Negeri dilantik oleh PAS-PAS Kawasan, bukan lantikan terus daripada Pusat, tak peduli suara bawahan. Nak pelingkup parti betul.


Saya tak boleh ulas dan kondem banyak-banyak, nanti ada bahasa yang tak elok terkeluar. Elok berhenti setakat ini saja. Ustaz Azizan layak berbanding Hajo Hadi, ketuai Parti Islam Se-Malaysia. Basmikan PAS daripada Geng Terengganu.

Wednesday, October 28, 2009

Menyusahkan!!



Gara-gara idea bangsat (UG) inilah sekarang PAS berada dalam keadaan bercelaru. Gara-gara idea ini jugalah Pakatan Rakyat di Selangor bergolak, dan kerana idea inilah yang menimbulkan keraguan dalam kalangan pengundi dan penyokong PAS. Isu UG, waktu mula-mula dibangkitkan, tak tahu nak terangkan secara terperinci kepada rakyat. Kertas kerja langsung tak dibentangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Presiden berbohong, kata PKR dan DAP sudah diberitahu, tapi dinafikan oleh Lim Guan Eng.


Bila orang dah mula bising suruh tutup mulut. Ahli-ahli tak dibenarkan berkomentar mengenai isu ini. Ingat kami ini bodoh ke? Lepas Muktamar timbul pula isu ini. Tenggelam timbul. Adakan perjumpaan di dalam gelap tapi tak mengaku. Bila nak disingkirkan, dakwa Kepimpinan Ulama' dicabar. Jadilah semua orang PAS wala' membabi buta. UMNO masih lagi berkuasa, tak perlu berunding atau adakan perjumpaan, melainkan ketika UMNO sudah kalah teruk, nyawa sampai ke halkum. Ini tidak. Demi kepentingan Melayu dan Islam konon. Kenapa buat kacau lagi dalam parti? Kalau dah nak sangat, isytihar sajalah nak masuk UMNO. Kan senang. Semuanya beres. Janganlah menyusahkan parti.

Tuesday, October 27, 2009

Kempen : Hentikan Agenda Kerajaan Perpaduan

Orang yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan akan dilibas oleh pedang TGNA! 3 nama yang disebut di dalam blog beliau... Setiausaha Agung, Timb. Presiden, dan PJ PAS Selangor.. Presiden? Terselamat? Nantikan mesyuarat khas esok.

“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat. Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”. Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”

Ucapan Ustaz Hj Ahmad Awang (mantan Naib Presiden PAS) pada Muktamar PAS Ke-55 lepas.


"Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?"

"Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan, dan teruskan usaha-usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia," - Vincent Lee, Wakil Kelab Penyokong PAS.


"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.

"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka,"

- Ustaz Zulkifli Ahmad, wakil Dewan Pemuda


Gambar majlis pertemuan blogger-blogger di rumah Hassan Ali malam tadi. Nasha pun ada. Blogger Hamirdin Ithnin pun ada. Blogger UMNO pun ada. Nasha kata, mesyuarat UG dipersetujui oleh kesemua AJK PAS Pusat, dan orang yang bertanggungjawab mempengaruhi TGNA untuk menolak UG ialah Husam Musa.
Sumber : saynotomunafiqeen.blogspot.com (terima kasih)