Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Saturday, September 12, 2009

Pemimpin Non Muslim Berbuka Puasa

Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang berbuka puasa bersama Salleh Man di Permatang Pasir.


Wee Choo Keong (MP Wangsa Maju) berbuka puasa di salam sebuah rumah anak yatim di Wangsa Maju.


Ng Chai Hing, Pengerusi DAP Terengganu berbuka puasa di Kuala Nerus.



Salam Ramadhan,



Inilah salah satu perkara yang UMNO takutkan akhirnya berlaku. Perpaduan diantara pemimpin bukan Islam dengan pemimpin Islam. Hancur sudah tembok perkauman yang dibina semenjak sekian lama. Pemimpin bukan Islam sudah rasa tidak kekok untuk bersama-sama dengan budaya masyarakat Islam. Inilah perpaduan yang sebenarnya, tak usah beretorik mahu berpadu untuk kepentingan Melayu dengan Islam, yang untungnya siapa? Pemimpin-pemimpin yang korup. Diharap hubungan yang dilihat melalui gambar diatas dikekalkan dan menjadi bertambah erat. Biar pemimpin dan orang bukan Islam dapat membuka mata dan memahami Islam yang sebenar, bukannya Islam yang ditunjukkan oleh UMNO.

Saturday, July 4, 2009

Monolog : Adakah PAS Patut Berseorangan?

Semenjak akhir-akhir ini, apabila saya perhatikan PAS bekerjasama dengan lain-lain parti pembangkang, PAS seolah-olah sudah hilang hala tujunya, walaupun mereka sebenarnya masih komited untuk meneruskan agenda perjuangan parti mereka. Di dalam Pakatan Rakyat, saya merasakan PAS seolah-olah lemah. Salah satu faktor ialah mungkin PAS kekurangan kerusi berbanding PKR dan DAP yang menang besar. Jika dibandingkan 10 tahun dulu, PAS dikira masih lagi bertaring sama ada di dalam BA atau di dalam parlimen.



PAS sudah tidak seperti dulu, parti pembangkang terkuat, ancaman utama kepada pemerintah. PAS seolah-olah terpaksa menurut kata-kata parti komponen PR. DAP sudah semakin pandai mendesak, dan hanya tahu mengawal. Di Selangor contohnya suatu ketika dulu timbul isu PKR mengabaikan PAS. Karpal Singh juga jenis yang tidak senang dengan ideologi PAS. Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat sokong DAP Kedah. Lim Guan Eng pula berkata PAS Kedah tidak menghormati DAP Kedah. Di dalam kepala DAP Kedah tak ada benda lain melainkan babi, babi, babi. Lama-kelamaan jadi gila babi.



Adakah patut PAS berjuang seorang diri untuk mencapai matlamatnya? Umum mengetahui penghalang besar bagi PAS untuk merealisasikan cita-citanya ialah DAP. Melayu dan Cina berbaik dan berpakat kita lihat dari sudut politik saja. Jika ke realiti, kita lihat Melayu dan Cina kebanyakannya buat hal masing-masing. PKR? Agenda Islamnya kabur. Lagipun ramai kafir di dalam PKR yang agak anti dengan Islam. Ada juga pemimpin melayu PKR yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan PAS semata-mata mahu menjaga hati orang kafir.



Buat masa sekarang memang patut PAS berpakat dengan PKR dan DAP. Tapi ini hanya sementara. Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Nak berbaik dengan UMNO? Tak payah. UMNO memang melayu dan Islam. Tapi melayu jenis jahat dan khianat dan Islam jenis sekular dan fasik. Tak mungkin PAS bersama UMNO. Jika PAS berseorangan, mungkin agak senang sedikit. Cuma perlu bekerja keras berdakwah dan melebarkan kefahaman kepada orang Melayu dan bukan Melayu, supaya mereka sokong perjuangan Islam.



Tapi jika usaha itu dibuat, hasilnya terlalu lama untuk dinikmati. Kerana di dalam sistem demokrasi, tak ada parti yang memerintah seorang diri. Kalau mahu mencontohi perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan Islam serta mendapat kerjasama orang kafir, tapi keadaan sekarang jauh beda berbanding dulu. Dulu orang kafir hormat kepada Islam. Sekarang sebaliknya, orang kafir menjadi semakin kurang ajar dengan Islam.



Apa yang perlu PAS lakukan? Teruskan bersama PR tetapi pergerakan terbatas, atau bertindak seorang dan bebas? (P/S : haram bersama UMNO)

Thursday, July 2, 2009

DAP Kedah Keluar Pakatan Rakyat

Semalam DAP Kedah telah mengumumkan untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, atas alasan pimpinan kerajaan Kedah gagal menyelesaikan siri isu sejak Pilihanraya Umum ke-12. Kenyataan ini melalui pengerusi DAP negeri iaitu Thomas Su.


Mungkin DAP Kedah berasa terpinggir. Kerusi pun hanya dapat 1 saja. Antara 2 isu utama ialah penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar dan isu kuota 50% ekuiti bumiputera dalam projek pembangunan perumahan. Mereka pandai memainkan politik mendesak. Mendesak supaya orang ikut arahan dia. Itulah cara orang Cina berpolitik.


Mungkin juga DAP Kedah hendak mengulangi drama pada tahun 2000 apabila DAP keluar daripada Barisan Alternatif atas alasan tidak setuju dengan dasar-dasar PAS. Babi di Malaysia ini sudah dikira agak banyak. Terlalu banyak hingga makanan yang dimakan oleh orang Islam pun ada unsur-unsur babi. Mereka ni nak tunggu satu Malaysia dijangkiti H1N1 baru nak kurangkan babi?


PAS juga patut bertegas di dalam hal yang tidak menguntungkan parti itu. Selama ini PAS dilihat seakan-akan tunduk saja kepada parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat. Perlu diingat, PAS suatu masa ketika dulu ialah parti pembangkang terkuat di tanah air. PAS juga parti yang senior. Nasib baiklah Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan tegas di dalam perkara ini.


Beliau menyerahkan keputusan DAP negeri kepada DAP Pusat, dan berkata DAP negeri yang memutar belitkan isu mengenai perobohan pusat penyembelihan babi tersebut. Bila terdesak mulalah buat tekanan, kerana hanya ada 1 kerusi, dia pun nak merasa jugak kuasa di negeri Kedah, tanpa memikirkan nasib PAS di Pulau Pinang yang turut terpinggir di dalam kerajaan negeri.


Syabas kepada Ustaz Azizan. PAS tidak perlu tunduk kepada mana-mana parti di dalam negara ini. Kejayaan besar pembangkang di dalam negara ini juga berkat daripada sokongan orang PAS, yang mengundi parti pembangkang.

Monday, June 15, 2009

Selamat Datang, Zaid Ibrahim


Terlupa untuk postingkan perkara ini. Beberapa hari lepas, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim telahpun menyertai PKR. Zaid sebelum ini memang agak cenderung kepada PKR dan selalu menghadiri majlis PKR. Baru-baru ini juga beliau juga datang ke Muktamar PAS. Saya di sini ingin mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya memilih arus perjuangan yang benar. Seorang yang profesional dan berkebolehan seperti beliau amat diperlukan dan dialu-alukan untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat. Sekali lagi tahniah diucapkan.
Zaid juga merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri kerana tidak bersetuju dengan tindakan PM ketika itu, Abdullah Badawi yang mengenakan ISA kepada Raja Petra, MP Seputeh Teresa Kok dan seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily. Diharap segala pengalamannya berada di dalam UMNO turut digunakan untuk memperkuatkan parti itu. Harap jangan dibawa budaya UMNO sudah.
Zaid, yang "juga seorang Melayu", telahpun diberi jawatan selaku Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR. Walaupun ramai yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, namun bersangka baiklah. Zaid juga suatu ketika dulu pernah menimbulkan kontroversi ekoran tindakan Kerajaan Kelantan meletakkan al-Qur'an dan Sunnah sebagai tempat rujukan, dan juga mahu melaksanakan hudud. Zaid menyaman Kerajaan Kelantan, kemudian menarik balik samannya itu.
Sekarang tugas pertama Zaid selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat ialah turun ke Manek Urai pada bulan hadapan, ditambah lagi dengan beliau sebagai orang Kelantan, mungkin tiada masalah untuk menarik sokongan pengundi di sana, dan juga menarik pengundi UMNO untuk mengundi PAS.
Akhir kata, saya ucapkan kepada Zaid Ibrahim, selamat datang ke wadah perjuangan yang baru, perjuangan yang baru, dan diharap sama-sama dapat menjana kekuatan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan UMNO/BN pada masa yang akan datang. Takbir!

Friday, June 12, 2009

Laluan Sukar Buat PAS

Saya dapat merasakan PAS akan menghadapi masalah yang agak berat. Yang pertama adalah masalah mengenai pimpinan dan yang kedua ialah masalah memperoleh sokongan. Jika kedua-dua perkara ini berterusan, tidak mustahil PAS akan mengalami zaman kejatuhan sebagaimana pada tahun 1978, 1982, 1986, dan 2004. Laluan PAS untuk menjadi parti alternatif bagi menggantikan pemerintah yang sedia ada mungkin teramat sukar.


Tahun 1978 : PAS mengalami masalah kepimpinan iaitu di Kelantan. Masalah ini menyebabkan Muhammad Nasir meletakkan jawatan sebagai MB dan menubuhkan BERJASA. Hasilnya, UMNO berjaya mengambil kesempatan dan Kelantan jatuh di tangan BN.


Tahun 1982 : Sekali lagi masalah kepimpinan berlaku pada muktamar. Sebelum Dato' Asri selaku Yang Di-Pertua mengundurkan diri, berlaku perbalahan diantara beliau dengan timbalan beliau sendiri, iaitu Ustaz Hasan Adli. Dato' Asri meletakkan jawatan setelah didesak oleh Pemuda PAS dan para perwakilan.


Tahun 1986 : Akibat daripada bertemu secara rahsia dengan pimpinan UMNO, orang Melayu dan bukan Melayu sepakat menolak PAS pada PRU tahun tersebut. Puncanya ialah UMNO yang membocorkan tentang pertemuan tersebut pada media. PAS kalah teruk.


Tahun 2004 : Sekali lagi PAS kalah teruk pada PRU ini. Terengganu berjaya dirampas semula oleh UMNO, akibat daripada kecuaian serta sikap sesetengah pimpinan PAS dan EXCO Terengganu yang mudah lupa diri dan besar kepala. Di Parlimen, PAS hanya memperoleh 6 kerusi, berbanding sebelumnya, iaitu 27 kerusi. Di DUN Terengganu, sebelumnya PAS mendapat 28 kerusi, BN 4 kerusi. Kemudian terbalik, PAS mendapat 4 kerusi, BN pula mendapat 28.


PAS perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman yang lepas. Sekarang saya perhatikan, akibat daripada timbulnya isu United Government (UG), ramai penyokong bawahan sudah mula meemandang serong terhadap PAS, lebih-lebih lagi terhadap pimpinan tertinggi. Di dalam blog, ramai bukan Melayu sudah mengkritik akan idea itu. Itu tidak termasuk lagi dengan komen daripada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. PAS, janganlah kerana sudah menang besar, kamu semua mula lupa diri. tolonglah patuh kata-kata pemimpin tertinggi, iaitu Mursyidul Am kita. Hentikanlah sebarang usaha yang membawa perbincangan/pertemuan/perundingan dengan UMNO. Kalau nak sangat, tolong bersabar sehingga UMNO ditewaskan, dan hampir lenyap di Malaysia ini.


Tak dapat dinafikan telah berlaku bibit-bibit perpecahan di dalam jemaah kita. Para pimpinan perlu memberikan penuh perhatian terhadap perkara ini. Jangan biarkan senario pada 1978 dan 1982 berulang. Jika betul-betul terdapat "boneka UMNO", maka ambillah tindakan dengan segera. Kita perlu menampal lubang yang telah dibocorkan oleh orang tertentu pada bahtera kita supaya tidak karam.


Akhirnya kedua-dua tokoh ini berjaya mendapat jawatan di dalam Jawatan Kuasa Kerja Harian PAS Pusat. Walaupun banyak suara yang menghendaki Mohamad Sabu dilantik menjadi Ketua Penerangan, dan Husam Musa sebagai Setiausaha Agung, namun jawatan sebagai AJK sudah mencukupi untuk kedua-dua tokoh ini mendaki semula hingga ke atas.

Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung. Adakah dia ini setanding dengan Datuk Kamaruddin Jaffar? Atau dengan perlantikan dia ini bakal membuatkan nasib PAS sama seperti Terengganu? Ramai penyokong sudah mula mempertikaikan dia ini. Jika pada tahun 1982 dahulu, dia sebagai Ketua Pemuda berjaya mengetuai sayap itu untuk mendesak Dato' Asri meletakkan jawatan, mahukah dia menerima nasib yang sama? Di desak oleh penyokong supaya cepat-cepat bersara di dalam dunia politik.

Harun Taib. Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, menang tanpa bertanding. Dia menggantikan tempat Mustafa Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru. Mampukah ustaz ini berjaya membawa gelombang kebangkitan PAS di Terengganu? Macam mana jika sekarang ini dia berjaya memujuk Ahmad Said membentuk kerajaan campuran di Terengganu bagi menghadapi kem Idris Jusoh? Tak dapat dibayangkan dia memakai kot dan duduk di atas kerusi Menteri Besar. Harap-harap kesilapan yang lepas jangan dibiarkan berulang.

Thursday, June 11, 2009

Haji Hadi, Pakatan Rakyat, dan Kerajaan Perpaduan

Walaupun pimpinan PAS meminta kepada semua pihak supaya menghentikan berkomentar dan menyentuh isu berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan, tetapi saya tetap mahu sentuh sedikit di dalam blog ni. Apa yang saya faham mengenai Kerajaan Perpaduan ini ialah kerajaan tanpa pembangkang. Kalau kerajaan campuran, pembangkangnya mesti ada. Dan Haji Hadi berkata Kerajaan Perpaduan ini melibatkan semua parti di dalam negara ini untuk menyelesaikan berbagai permasalahan di dalam serta di luar negara.


Idea tentang Kerajaan Perpaduan ini memang dicetuskan oleh Haji Hadi, ekoran kegagalan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah Badawi di dalam Dewan Rakyat. Memang PAS tersilap kali ini. Sepatutnya isu ini tak perlu ditimbulkan kerana ia masih terlalu awal dan ramai yang tak faham. Tengoklah kesannya sekarang. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat termasuk PAS sudah mula mengecam serta menyumpah pimpinan terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden. Saya memang tidak setuju kalau sebarang rundingan, perbincangan, dan pertemuan dilakukan dengan pimpinan UMNO. Walaupun di dalam ajaran Islam, pintu rundingan sentiasa terbuka luas walaupun dengan musuh dan orang kafir, tetapi saya berpendapat UMNO ini terlalu liat, degil dan mustahil untuk bersikap ikhlas kalau sebarang perbincangan dibuat.


Saya mengikut kata-kata Husam, dan saya bersetuju jika perbincangan dan rundingan dibuat dengan UMNO bila kita (Pakatan Rakyat) berkuasa nanti. Bila UMNO kalah teruk, dan pemerintahan negara ini bertukar tangan, barulah boleh diadakan perundingan. Buat masa sekarang terlalu awal kalau perundingan diadakan. Oleh kerana tersilap langkah, PAS sudah dikecam oleh berbagai pihak.


Sekarang penyokong Pakatan Rakyat sendiri sudah ada menyumpah Presiden dan Timbalan Presiden. Saya mahu katakan bahawa Haji Hadi tak perlu dipersalahkan di dalam hal ini. Dulu saya rajin mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau, dan beliau sentiasa menceritakan tentang pengkhianatan UMNO kepada PAS 30 tahun lalu. Dan saya tak fikir bahawa idea yang dicadangkan olehnya itu memudaratkan, cuma kesilapannya, ia terlalu awal dan rakyat masih belum faham. Haji Hadi juga manusia biasa. Lakukan banyak kesalahan.


Lainlah pendapat saya dengan Nasharuddin, memang dia patut dipersalahkan, kerana dialah yang beria-ria, lebih dari Presiden mempromosikan Kerajaan Perpaduan. Lagi pula, dia pernah menipu ahli-ahli PAS pada tahun lepas dengan menafikan bahawa tidak terdapat pertemuan dengan pimpinan UMNO. Dan apabila Abdullah Badawi membongkarkannya, barulah si Nasha ini tergagap-gagap mahu menjawabnya.


Memang ramai sudah mula tidak menghormati Haji Hadi. Walaupun saya marah juga dengan tindakannya, namun saya tidak sanggup untuk menyumpahnya, seperti kebanyakan blogger Pakatan Rakyat. Selain itu, kita patut lihat siapa di sekeliling Haji Hadi, siapa yang selalu memberi nasihat serta pandangan kepada Haji Hadi, dan kadang-kala Haji Hadi mengikuti cadangan tersebut. Kebanyakannya daripada pimpinan PAS Terengganu. Saya akui, Haji Hadi gagal untuk mentarbiyah pimpinan Terengganu, sebagaimana berjayanya Tuan Guru Nik Aziz mendidik pimpinan PAS serta rakyat Kelantan.


Memang jauh beda antara Haji Hadi dan Nik Aziz. Nik Aziz lebih dihormati, baik orang Islam mahupun bukan Islam. Nik Aziz ada aura tersendiri berbanding Haji Hadi yang semakin malap, walaupun Haji Hadi pernah suatu ketika dahulu popularitinya mengalahkan Nik Aziz.


Apa yang saya harapkan ialah 2 perkara, iaitu PAS hendaklah melupakan segala perbuatan yang boleh mendatangkan rasa syak penyokong, dan juga hendaklah menghentikan sebarang rundingan mahupun pertemuan dengan pimpinan UMNO. Yang kedua, khusus buat penyokong PR, saya minta sangat-sangat, walaupun kamu semua ada yang membenci dan menyumpah Haji Hadi, kalau kamu benci kepada beliau, benci akan sikap serta peribadi beliau, namun saya minta tolonglah hormati ilmu yang ada kepadanya.


2 PERMATA DI DALAM PAS... Pernahkah kalian semua berfikir, apa yang akan terjadi kepada jemaah dan kita jika kedua-dua tokoh di atas pergi meninggalkan kita? Siapa yang benar-benar layak menggantikan tempat mereka? Oleh itu semasa mereka masih hidup inilah, hargailah mereka, serta hormatkanlah mereka. Walaupun patah tumbuh hilang berganti, namun pepatah ini tidak sesuai ditujukan kepada ulama'. Di akhir zaman, orang yang faham akan agama semakin berkurangan. Saya rasa tiada di dalam PAS yang dapat meneruskan kecekalan Haji Hadi dan kezuhudan Nik Aziz. Buatlah baik kepada mereka sementara mereka masih hidup.



ANWAR IBRAHIM...walaupun saya kurang menyukai beliau, namun ada 2 perkara pada beliau yang membuatkan saya rasa amat kagum. 1) kebolehannya menarik minat serta sokongan rakyat melalui pidatonya. 2) sifat "husnul zan" yang menebal, dari dulu hingga sekarang. Almarhum Ustaz Fadzil Noor sangat mempercayai beliau, walaupun Anwar berpuluh kali melukakan hati almarhum, namun almarhum tetap yakin terhadap Anwar. Tak mungkin orang seperti almarhum tersilap di dalam menilai Anwar Ibrahim. Oleh itu, selagi dia berada di dalam landasan yang benar, saya akan menyokong Anwar selaku Ketua Pakatan Rakyat.



INDAHNYA PERPADUAN....di mana lagi kita boleh lihat keadaan seumpama di atas? Kita sedia maklum bahawa kaum Tionghua biasanya makan menggunakan sudu atau chopstick. Tapi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tanpa rasa kekok makan menggunakan tangan, dan duduk bersebelahan dengan MB Perak, Ir. Nizar dan Ustaz Ahmad Awang, menikmati juadah berbuka puasa. Di dalam BN memang confirm kita tak akan jumpa babak sebegini. Ada ke Ong Tee Keat makan sekali dengan Najib, tanpa sudu dan garpu? Ada ke kita lihat Shahrizat dan Samy Vellu makan dalam satu talam? Tak ada. Kita hanya boleh lihat keharmonian seperti di atas HANYA di dalam Pakatan Rakyat. Oleh itu kekalkanlah perpaduan seperti di atas. Inilah yang ingin dilihat oleh semua rakyat Malaysia, kepimpinan baru yang membawa perubahan.

Monday, June 8, 2009

Ulasan Muktamar

Muktamar PAS Ke-55 telahpun berakhir pada semalam. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh parti harus diterima dengan sebulat suara walaupun masih ada suara yang tidak berpuas hati. Demi untuk memantapkan parti. Untuk mengukuhkan parti. Dan mempertahankan parti dari sebarang anasir-anasir yang tidak baik. Ahli-ahli serta pemimpin harus berani untuk menyuarakan pandangan serta pendapat.


Sekarang kita lihat ancaman kepada parti kesayangan kita ini datang dari berbagai penjuru. Baik dari luar mahupun dalam. Ambillah iktibar daripada pergerakan Islam di luar negara seperti Parti Hizbullah di Lubnan serta kerajaan Iran. Kedua-dua ini menerima ancaman baik dari dalam mahupun luar negara. Dari dalam negara mereka berdepan dengan perisik-perisik tajaan Amerika dan Israel laknatullah, mencari maklumat untuk melumpuhkan gerakan Islam. Begitu juga ancaman dari luar negara, cemuhan dari negara anti Islam serta sekatan ekonomi.


PAS jangan menyangkakan mereka terselamat dari sebarang ancaman. Lawan kita yang nyata tentulah UMNO. UMNO sanggup lakukan apa saja demi survivor parti mereka. Sekarang mereka mengalu-alukan akan "perkahwinan" dilakukan antara PAS dan UMNO, demi kepentingan umat Melayu dan Islam kononnya! Bila sudah kalah teruk barulah terhegeh-hegeh nak bermuzakarah. Semasa menang besar pada 2004 dulu, PAS nak bermuzakarah, langsung tak dilayan. Sekarang nak berbaik-baik pula. Kononnya satu kalimah, satu tuhan, dan satu nabi. Baru kutahu rupanya UMNO ni ada tuhan dan nabi. Tak sedar pun selama ini.


PAS sudah banyak kali dipatuk oleh UMNO. Sekarang memang benar dan sahih memang ada beberapa pimpinan PAS yang agak berminat untuk berbaik dengan UMNO. Sebenarnya mereka inilah yang ingin memecahkan jemaah. PAS tak usah mudah lupa diri, mentang-mentanglah menang besar. Jadikan kemenangan demi kemenangan satu muhasabah bagi PAS untuk meneruskan perjuangan sekaligus untuk berdakwah kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. Bukankah keputusan sebulat suara PAS akan kekal di dalam PR, pada muktamar tahun lepas di Ipoh?


PAS jangan kecewakan harapan menggunung bagi penyokong yang bukan Islam yang bencikan kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh BN selama 52 tahun. Orang bukan Islam tidak lagi takut kepada PAS. DAP juga begitu. Ada diantara pimpinan DAP sudah tidak ada masalah untuk bersama PAS. Contohnya Tan Seng Giaw, Teresa Kok, Lim Guan Eng, dan Nga Kor Ming. PAS juga perlu mengambil pengajaran yang menimpa Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia. PKS merupakan parti Islam di Indonesia. Pada pilihanraya di Indonesia baru-baru ini, sokongan yang diterima oleh PKS jatuh merudum. Kerana apa? Kerana pimpinan PKS yang berbaik-baik dengan parti Golkar, yang suatu masa dahulu pernah diterajui oleh si kuku besi Suharto.


Rakyat Indonesia masih lagi nostalgik dengan kejahatan Suharto, dan apabila mereka mendapat tahu bahawa PKS berbaik-baik dengan parti Golkar, mereka sepakat untuk tidak mengundi PKS pada pilihanraya. PAS nak juga ke keadaan sebegitu menimpa? Untuk mendapat kuasa kita perlukan sokongan. Dan kita sedia maklum negara kita ini didiami oleh masyarakat majmuk. Kebanyakan tempat ada yang bermajoritikan bukan Islam. Untuk memerintah PAS mesti mendapat majoriti di Dewan Rakyat. Oleh itu sokongan diperlukan dari orang Islam dan bukan Islam. Sekarang orang bukan Islam majoritinya menolak BN. Jika PAS ingin berbaik dengan UMNO, maka kemungkinan besar nasib yang sama menimpa PAS, seperti PKS, iaitu ditolak oleh rakyat pada PRU akan datang.




Pemimpin PAS janganlah tertipu dengan taktik UMNO, yang semata-mata mahu mengekalkan kuasa. Awasi pimpinan yang ingin mendekati UMNO. Kadang-kadang mereka ada mengguna pakai kata-kata dari penasihat mereka, yang menyebabkan banyak kerugian yang menimpa parti. Cuba tengok Terengganu, PAS hanya dapat bertahan sepenggal saja. Dan pada PRU lepas, gagal menawan Terengganu. Sedangkan negeri itu berpotensi untuk jatuh ke tangan PAS. Siapa yang harus dipertanggungjawabkan? Kenapa Terengganu gagal bertahan sebagaimana Kelantan? Ini bergantung pada peranan pesuruhjaya mahupun penasihatnya. Kadangkala pemimpin seperti ini banyak membawa bencana kepada parti.


Oleh itu, PAS kalau ingin maju dan memperkukuhkan sokongan, maka teruslah beristiqamah melawan pihak dan pemerintah yang zalim, dan tidak berminat untuk melaksanakan syariat. PAS harus mendengar amanat yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang banyak makan garam, dan memahami tentang sesuatu keputusan yang dibuat. Apa-apa pun perlu dirujuk kepada Mursyidul Am terlebih dahulu.

Sunday, May 31, 2009

PRK Yang Membosankan


Biasanya setiapkali PRK diadakan, saya pasti akan menyelitkan beberapa kisah di lokasi pilihanraya di dalam blog ini. Tapi kali ini cukup berbeda, PRK N.12 Penanti, bagi saya inilah PRK yang paling membosankan, tiada isu yang menarik. Saya pun jarang mengikuti perkembangan mengenai PRK di sana. Mungkin salah satu sebabnya ialah UMNO/BN tidak menyertai PRK ini, dan menyebabkan ianya menjadi hambar.
Cuma sesekali saja saya ambil tahu sikit-sikit mengenai keadaan di sana melalui berita di televisyen mahupun internet. Gelagat calon PKR, Dr. Mansor Othman jarang sangat saya perhatikan, cuma saya agak "terhibur" sedikit dengan rentak dan tarian yang dilakukan oleh salah seorang calon Bebas, Aminah Abdullah, macam-macam pendedahan yang dibuat, sekadar mahu memeriahkan suasana, dedah sana, dedah sini, asalkan kain jangan tersingkap sudah.
Cuma satu yang menariknya ialah SPR dan Polis dilihat sudah mula mengambil alih tempat UMNO/BN. Biasalah, polong, kalau tuan tak ada lagi mengganaslah dia! Beberapa orang pemimpin PR, iaitu Badrul Hisham Shaharin (Ahli MKT Keadilan), N. Gobalakrishnan (MP Padang Serai), Zuraida Kamaruddin dan Lim Kit Siang dipanggil ke balai untuk memberi keterangan berhubung memainkan isu Altantuya dan Perak semasa berceramah, alasannya, ceramah seumpama itu mengandungi unsur hasutan dan boleh mengganggu ketenteraman negara! Macam-macam peraturan yang dibuat oleh polis untuk menghalang penceramah daripada memberi ceramah, sedangkan UMNO yang tidak bertanding turut terliur dan juga memberi ceramah, bahkan siap menghasut pengundi supaya jangan keluar mengundi. Tapi polis tak ambil tindakan pun.
Penceramah tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak..tak boleh pasang video…pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah…semua kawasan ceramah mesti cerah…SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video….macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal. Kemudiannya masalah ditimbulkan oleh SPR pula, SPR menetapkan bahawa pondok panas yang hendak didirikan mestilah bersaiz 8 kaki x 8 kaki, baru keluarkan arahan itu, sedangkan pondok panas sudahpun tersedia dengan saiz 20 kaki x 20 kaki. SPR mengeluarkan arahan baru, dan arahan tersebut terus daripada Putrajaya. Macam-macam karenah yang dibuat oleh SPR.
Apa-apapun, hari ini hari pembuangan undi. SPR mensasarkan 70% akan keluar mengundi. Setakat pagi ini, lebih kurang 15% saja yang keluar mengundi. PKR yakin bahawa majoriti kali ini bertambah berbanding pada PRU lalu. Pada PRU lalu, Fairus memperoleh 7,346 undi, menewaskan Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.
Khabarnya, 5000 ahli UMNO tidak keluar mengundi.

Saturday, May 16, 2009

Ir. Nizar Bapa Perpaduan Negeri Perak



1. Jika Anwar Ibrahim sebagai orang tengah dalam perpaduan diantara PAS dan DAP dalam satu pakatan, maka Ir. Nizar ialah orang yang berjaya menyatupadukan PAS, PKR, dan DAP di dalam kerajaan negeri Perak.


2. Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan perpaduan di antara kaum di dalam sebuah parti iaitu PKR, maka Ir. Nizar berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Perak.

3. Pada awal perlantikan Ir. Nizar pada 17 Mac 2008, kedudukannya agak tidak disenangi kerana beliau dari parti PAS, dan rakyat bukan Melayu berasa agak ragu, lebih-lebih lagi DAP. Tetapi perkara itu hanya sementara, sekarang beliau diterima dan disenangi seluruh rakyat berbilang bangsa di negeri itu.

4.. Kebolehan Ir. Nizar yang mahir bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil dapat membantu beliau dalam menarik sokongan bukan Islam terhadap PAS, dan juga berperanan dalam menyatupadukan rakyat di sana.


5. Ir. Nizar sekarang ini merupakan pemimpin yang dihormati, apabila beliau masuk saja kedalam dewan Cina, seluruh hadirin bangun sehingga beliau berada di atas pentas, menunjukkan rasa hormat kepada beliau.


6. Keikhlasan serta kebaikan beliau berjaya menarik berbagai kaum untuk terus menyokong kerajaan campuran. Contohnya isu pemberian hak milik tanah kepada perkampungan yang bermajoritikan cina yang miskin, serta sekolah Cina, maka perbuatan yang sama diberikan kepada perkampungan yang bermajoritikan Melayu yang hidup susah, serta sekolah agama rakyat juga diberikan tanah untuk diusahakan.


7. Krisis politik di negeri Perak akibat daripada rampasan kuasa sehingga menyebabkan Ir. Nizar terpaksa meninggalkan kediaman rasmi MB, telah menaikkan simpati rakyat berbilang kaum di negeri itu, seterusnya menyebabkan rakyat berbagai kaum bekerjasama menuntut keadilan di Perak.


8. Salah satu bukti perpaduan kaum di Perak ialah semasa PRK Bukit Gantang baru-baru ini, ramai rakyat berbilang bangsa bekerjasama, bertungkus lumus dan bersusah payah membantu kemenangan beliau.


9. Negeri yang betul-betul mempunyai perkongsian kuasa ialah negeri Perak, di mana DAP mendapat kerusi terbanyak, diikuti oleh PKR, tetapi kerajaan diketuai oleh wakil daripada PAS, yang mendapat kerusi paling sedikit.

10. Dengan kebolehan beliau yang menguasai lebih dari 2 bahasa, berpendidikan tinggi, bersifat profesional, dalam masa yang sama mampu membimbing rohani, serta menguasai, menghafaz dan mengamalkan Qur'an sebagai panduan hidup, selain daripada menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Perak, tidak mustahil Ir. Nizar bakal menjadi calon PM, dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang hebat. Beruntunglah rakyat Perak kerana mempunyai seorang anak jati yang berkebolehan sebegini.