Sunday, February 14, 2010

Bye-Bye To U Too, Zahrain.


Akhirnya telah keluar satu lagi duri di dalam daging bagi PKR, seterusnya bagi Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang. Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru telah selamat keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Ini berita baik. Ini suatu yang bagus. Semoga dengan terkeluarnya malaon-malaon yang satu spesis dengannya, maka PKR akan mengalami satu proses pembersihan dalaman.


Mudah-mudahan lebih ramai lagi pemimpin yang satu spesis seperti Zahrain diharap keluar daripada Pakatan Rakyat (bukan PKR saja). Kami tak perlukan pemimpin yang memegang jawatan semata-mata mahu memenuhi kehendak sendiri. Lepas ni, bila pula ya kita akan mengucapkan "bye-bye" kepada Ahli Parlimen Bachok, ADUN Gombak Setia, Setiausaha Agung PAS, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, dan yang sewaktu dengan mereka? Tak sabarnya nak menunggu adegan yang seterusnya.


Sekurang-kurangnya PKR sudah ada sedikit proses pembersihan. PAS bila lagi? Selama ini orang PAS mendabik dada bahawa parti mereka tidak ada wakil rakyat yang lompat parti seperti PKR. Ingat, bukan susah bagi Allah untuk menterbalikkannya kepada kamu semua. PAS juga perlukan pembersihan seperti PKR dengan diharap keluarnya dua-tiga kerat pemimpin yang bermasalah. Rakyat tahu menilai. Mereka bukan bodoh. Kalau nak kalah teruk, silakanlah kekalkan mangkuk-mangkuk tersebut di dalam parti.

0 comments: