Saturday, February 13, 2010

Perbetulkan Niat Dulu


Suka atau tidak, kita semua kena mengakui bahawa harapan untuk melihat Malaysia menjadi lebih baik dan diperintah oleh pemimpin yang lebih elok dengan keadilan - sudah musnah dan hancur berkecai! Harapan yang dibina semenjak Mac 2008 hanyalah tinggal sekadar mimpi dan angan-angan.


Tiada lagi Harapan Baru Untuk Malaysia, tiada lagi Keadilan untuk Semua. Satu demi satu bala menimpa terhadap golongan yang boleh kita (rakyat) sangkakan mampu menggantikan rejim yang sedia ada di negara ini. Ada sesiapa tahu mengapa satu demi satu bala menimpa Pakatan Rakyat? Kalau pendapat saya, senang saja. Apakah niat sebenar dan angan-angan disebalik dua tiga kerat pemimpin kita?


Adakah diantara mereka berniat ikhlas untuk mengembalikan keadilan di Malaysia ataupun ada diantara mereka yang belum memperoleh kuasa sudah berangan yang bukan-bukan. Mengimpikan kedudukan dan kemewahan yang bakal dinikmati jika mereka berjaya menawan Putrajaya. Agaknya, mungkin kerana niat yang tidak betul tadi, tuhan telah membantutkan segala perancangan yang dibuat sejak dari mula. Adakah pemimpin-pemimpin kita benar-benar ikhlas mahu mentadbir negara ini? Kalau ya, sudah tentu tuhan mempermudahkannya.


Tapi mengapa jadi begini? Ia berkaitan dengan niat. Oleh itu, perbetulkan niat dahulu sebelum menawan Putrajaya.

0 comments: