Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Tuesday, July 7, 2009

Kenangan Penghujung Tahun 2007

Dari kiri : Mustafa Ali, Pak Syeikh, dan Abdul Hadi Awang




Kenangan sewaktu menghadiri ceramah perdana sempena Hari Raya Qurban yang diadakan di Dungun, anjuran PKR. Penceramah utamanya ialah Pak Syeikh, dan penceramah undangan ialah Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mustafa Ali, ketika itu masih lagi Pesuruhjaya PAS Terengganu. Kali pertama saya melihat Pak Syeikh berceramah di depan mata. Gambar diatas diambil selepas selesai Pak Syeikh memberi syarahan. Tarikhnya ialah 20 Disember 2007, tarikh Hari Raya Qurban. Ketika itu jam sudah melebihi 12 malam, maka tarikhnya ialah 21hb.


Kami berlima menaiki kereta Waja yang meluncur laju ke daerah Dungun. Malam tersebut hujan sedikit lebat. Mendengar ceramah yang disampaikan pun penonton terpaksa menggunakan payung. Walaupun semasa Pak Syeikh berceramah, hujan turut dengan agak lebat, tetapi ia tidak mematahkan semangat hadirin untuk mencari tempat berteduh. Mereka setia mendengar di dalam hujan sambil tumpang berteduh di bawah payung orang lain. Sehinggakan satu payung ada yang dikongsi bertiga.


Antara isu hangat pada waktu itu ialah isu Hindraf, dan Pak Syeikh dituduh sebagai agen Hindu. Selain itu isu yang turut menghangatkan suasana politik tanah air ialah klip video "correct, correct, correct," VK Lingam. Tujuan kami malam itu bertolak dari Kuala Terengganu ke Dungun hanyalah semata-mata mahu mendengar Pak Syeikh berceramah. Ceramah yang disampaikan oleh Mustafa Ali dan Haji Hadi kurang sangat menarik perhatian.


Suasana sedikit meriah sewaktu kedatangan Pak Syeikh yang agak lewat sambil dipayungi oleh pembantunya. Ramai hadirin mula mara ke depan pentas, dan semakin ramai. Mereka tidak mempedulikan cuaca hujan pada waktu itu.


Ceramah habis pukul 12 lebih, dan kali terus balik ke Kuala Terengganu. Sampai di sana lebih kurang pukul 2 pagi, dan kepala saya agak sakit kerana terlalu lama terdedah dengan hujan. Macam itulah suasana sebelum dekat pilihanraya, rakyat bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan oleh tokoh pembangkang, ekoran terlalu membenci sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN.

Monday, May 11, 2009

TERKENANG WAKTU DAHULU

Markas besar PKR Terengganu

Waktu itu bahang pilihanraya umum ke-12 sedang membara, seluruh negara menyaksikan kebangkitan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum sedang bersiap sedia untuk mengajar rejim Dollah Badawi dan kuncu-kuncunya. Penulis pada waktu itu bersemangat, turut berkeinginan untuk membantu kempen pilihanraya, masa itu, lebih kurang semimnggu sebelum hari penamaan calon, iaitu 17hb Februari 2008. Penulis berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu, sesampainya di Tanjung Che Mat Tokey, terus hati penulis bergerak untuk pergi ke satu markas PKR yang ada di sana.


Sesudah masuk, penulis memberi salam kepada penghuni markas yang baru dibuka lebih kurang seminggu pada waktu itu. Terdapat 3 orang, yang semuanya tergolong di dalam warga emas. Mereka dikenali sebagai Pak Mansor (foto) selaku Setiausaha PKR Bahagian Kuala Terengganu, dan 2 orang rakannya Pak Isa dan Ayah Wan. Kami bersembang lebih kurang setengah jam, dan penulis menawarkan diri untuk membantu berkempen. Permintaan penulis itu diterima serta merta, kerana mereka amat memerlukan warga muda untuk bekerja. Bermula pada hari itu, penulis hanya membantu mengemaskan markas yang agak berdebu dan membuang sampah yang bertimbun di dalamnya. Tugas penulis sewaktu di sana agak mudah, membantu setiausaha bahagian menyelesaikan dalam masalah pembahagian alat-alat untuk berkempen, selain daripada menjaga markas. Markas tersebut merupakan markas induk PKR Terengganu. Semua bahan kempen dari pusat dibawa ke sana.


Seperti biasa, tibanya hari berkempen, macam-macam aktiviti diadakan, ceramah kelompok, BBQ, memasang bendera di sekitar markas, dan lain-lain. Penulis amat berterima kasih kepada pak Mansor, Setiausaha PKR Bahagian Kuala Terengganu yang melayan dengan baik, walaupun kami belum lagi kenal sepenuhnya, tapi kelakuan kami seperti sudah lama kenal-mengenal antara satu sama lain. Dia juga Timbalan setiausaha Perhubungan PKR Terengganu. Nama sebenarnya Abd Ghani, tapi entah kenapa ramai yang memanggilnya Pak Mansor.

Mohamad Sabu, calon parlimen Kuala Terengganu, di salah kedai kopi yang berhadapan dengan tempat pembuangan undi
Pejabat Perhubungan PKR Terengganu di Jalan Sultan Mohamad



Tibanya hari membuang undi pada 8 Mac, banyak juga tempat penulis berulang-alik untuk meninjau keadaan di tempat membuang undi. Kami mendapat laporan bahawa ada satu kereta yang dihuni oleh "hantu", terus kami ke tempat tersebut, berjaga-jaga. Tapi hampa. Khabarnya "hantu-hantu" tersebut adalah Puteri-Puteri UMNO. Selepas habis waktu mengundi, ramai orang menjangkakan calon yang bertanding di kawasan itu bakal menang dengan selesa, kerana pengiraan di peringkat awal banyak undi berpihak kepada calon PKR terbabit. malam itu, keputusan bagi Terengganu diumumkan agak lewat, Terengganu gagal ditawan. Lebih mengejutkan, calon yang dijangka menang itu kalah dengan majoriti 1000 lebih undi.


Penulis akui, tujuan penulis berkempen membantu calon PKR pada waktu itu terdorong kerana "terpesona" dengan janji-janji yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Yang membuatkan penulis terus bersemangat membantu calon PKR pada waktu itu ialah, Anwar di dalam ceramahnya selalu menyebut, jika pembangkang berjaya memerintah, pendidikan akan diberi percuma, dari Tadika hingga ke universiti. Dan lagi satu, kalau pembaca hendak tau, selepas menang besar pada 8 Mac, penulis pada waktu itu nyaris-nyaris nak mengisi borang keahlian PKR. Tapi niat tersebut terbatal pada saat-saat akhir kerana penulis mahu lihat dulu perkembangan politik yang akan datang. Nasib baik, tindakan yang dibuat oleh penulis dahulu adalah satu tindakan yang tepat, kerana penulis sudah jenis apakah PKR itu.

Thursday, April 16, 2009

Cerita Sidang DUN Terengganu

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telahpun berakhir. Banyak berita panas yang menyaksikan percakaran diantara dua team di dalam UMNO Terengganu. Bermula dengan ura-ura ADUN BN mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Said, Menteri Besar, selepas itu, Speaker DUN pula menjelaskan tidak menerima sebarang notis, dan Ahmad Said dikhabarkan telah meminta bantuan ADUN daripada PAS untuk campur tangan, dan terakhir tentang SMS ugutan terhadap 3 ADUN BN yang dikhabarkan terlibat dalam mengemukakan usul undi tidak percaya. Banyak drama di Terengganu yang rakyat dapat saksikan minggu ini. Ia diumpamakan filem yang "panas" bermain di pawagam, dan bakal mencatatkan kutipan tertinggi.

Apa kata pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu....


Rosol Wahid (ADUN Ajil) : Semalam dia menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Said. Dan dia yakin Menteri Besar mampu uruskan negeri dengan baik, sekali gus menafikan adanya percakaran di dalam UMNO Terengganu.. (biasalah, pemimpin UMNO dan sikap selalu menafikan adalah sebati..)


Ahmad Said (Menteri Besar, ADUN Kijal) : Dengan wajah yang ceria dan tersenyum, mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN BN yang hadir pada hari berikutnya, dan menyatakan biar pihak polis yang membuat siasatan terhadap penyebar SMS ugutan itu.


Idris Jusoh (Bekas MB, ADUN Jertih) : Dia ni berkata kepada Ahmad Said, "jangan takut pada bayang-bayang," (bayang-bayang apa tu????)


Sidang DUN 3 hari lepas dikuasai dan didominasi oleh pembangkang (8 ADUN PAS). Kerusi DUN Terengganu berjumlah 32, kerusi exco dan Menteri Besar sebanyak 10 buah, manakala kerusi ADUN BN hanya 3, kerana 10 ADUN BN lain memboikot sidang pada hari itu, dan selebihnya 8 buah ialah kerusi PAS. Dan pada hari tersebut kesemua soalan dan ucapan dibuat oleh PAS, wakil daripada BN satu pun tidak bercakap. Hanya diam seribu bahasa.


Hal ini dinyatakan sendiri oleh ADUN PAS Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang penulis berkesempatan bertemu dengan beliau tadi, di Masjid Negeri, sama-sama solat Zohor berjamaah. Dr. Syed Azman menjelaskan, selama ini pun hanya wakil daripada PAS saja yang berbahas, wakil-wakil BN yang lain hanya diam, langsung tidak ambil peduli, soalan pun tidak ada satu pun yang dikemukakan oleh ADUN-ADUN BN selama ini. Dan yang penting lagi, beliau berkata, Menteri Besar, Ahmad Said sudahpun menjadi "member" kepada PAS.

Wednesday, April 15, 2009

Masih ada yang tak faham bahasa...


Gambar banner ni penulis ambil masa penulis jalan-jalan di belakang diantara Wisma Persekutuan dan Wisma Negeri, Terengganu, semalam. Nampaknya ada lagi barua-barua yang berusaha membodek pemerintah, dan menggadaikan kedaulatan bahasa ibunda, dengan menggunakan ayat daripada sahabat nabi dan wali Allah, Sayyidina Ali. Nampaknya mereka tak faham, mereka telahpun mengkhianati bangsa sendiri...

Beda dengan gambar banner di bawah...

Ini gambar penulis ambil semasa masih berada di Kuala Lumpur, sebelum balik Terengganu. Banner ini diletakkan di pagar hadapan Masjid Negara, pada hari penulis berjumpa dengan Jamil Kucing di Bukit Bintang.. (11 Mac 2009).. Banner menyatakan kemarahan kepada puak-puak yang menguncupkan bahasa ibunda...

Monday, April 13, 2009

BERSYUKURLAH




Para pimpinan tertinggi negara beserta juak-juaknya patut bersyukur kerana rakyat Malaysia tidak bereaksi sebegini rupa untuk menuntut sesuatu daripada pemerintah. Rakyat Malaysia sudah dikira bersopan santun, lemah lembut, dan beradab jika nak dibandingkan dengan rakyat Thailand pro-Thaksin (laknatullah) yang memaksa Perdana Menteri mereka Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan, sehingga perbuatan mereka itu menyebabkan beberapa wilayah di Thailand di isytihar darurat. Dan perbuatan mereka itu juga menyebabkan persidangan ASEAN terpaksa ditangguhkan, dan menyebabkan imej Thailand tercemar..



Mahukah kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak menerima nasib sebegitu....? Jangan sesekali mencabar kuasa rakyat, jalankanlah tugas dengan jujur, penulis terpaksa akui, Perdana Menteri Malaysia adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, bukan untuk BN saja, ia untuk PAS,PKR, DAP,PRM,PSM,Bebas dan lain-lain. Jadi, janganlah buat negara ini seolah-olah ianya kepunyaan mak ayah kamu. Penuhi tuntutan rakyat.






Rakyat Malaysia bila berhimpun dan berarak, mereka akan melakukannya dengan aman, membawa keluarga, anak-anak kecil, ayah dan atok, kecuali terdapat provokasi daripada pihak polis, FRU, dan SB, mereka tak akan berdiam diri, mereka akan melawan. Mereka berarak dengan senyuman, tapi dibalas dengan cota, gas pemedih mata, water cannon, dibelasah, ditangkap, dan lain-lain. Jangan menyebabkan rakyat naik angin, nanti tak pasal-pasal ada trak FRU dan polis terbalik. Rakyat ada hak untuk mengadakan perhimpunan aman. Jangan sampai rakyat naik angin, nanti Malaysia akan menerima kesan yang sama seperti Thailand.



Oleh itu, kerajaan patut bersyukur dan berterima kasihlah kerana rakyat Malaysia tidak lagi bertindak sejauh itu.....


BANGKOK: Sekurang-kurangnya 49 cedera dengan dua daripadanya kritikal apabila tentera Thai melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan, di tengah ibu negara ini, awal pagi ini. - AFP

Tuesday, March 31, 2009

MASA BERLALU DENGAN PANTAS

Bila aku tengok tv, gambar-gambar berkenaan suasana PRK ni, aku terkenang pada suasana PRU tahun lepas. Sudah setahun rupanya..memang cepat betul masa berlalu..



Pada tahun lepas jugak lah (2008), kali pertama aku libatkan diri dalam susana kempen pilihanraya..banyak perkara yang aku pelajari dari orang-orang yang berpengalaman dalam dunia politik...




Ini gambar di atas aku ambik masa majlis "Pelancaran Manifesto PAS dan Pengisytiharan Nama Calon Barisan Alternatif PRU ke 12". Majlis ni dibuat di perkarangan masjid Rusila, Marang, Terengganu. Tak silap aku, malam tu hari Rabu, 20 Februari 2008. Di atas tu sebahagian daripada gambar calon yang bertanding di Terengganu. (P/S : Sebahagian daripada gambar dalam posting nih agak kabur sikit, sebab diambik menggunakan kamera handphone 1.3 megapixel)




Gambar-gambar kat atas ni ialah suasana hari penamaan calon, bertempat di Pejabat Daerah Kuala Terengganu. Ini ialah sebahagian daripada gambar yang aku ambik. Kebanyakannya aku dah delete. Kami berarak, dari Pulau Kambing ke Pejabat Daerah, mengiringi calon-calon BA yang bertanding di 4 DUN, dan 1 Parlimen. Iaitu Haji Mohamad Sabu (Parlimen Kuala Terengganu), Dato' Tengku Hassan ( DUN Ladang), Haji Abdul Wahid Endut (DUN Wakaf Mempelam), Dr. Syed Azman (DUN Batu Burok), dan Dr. Abdul Manaf Che Mat (DUN Bandar). Dr. Abdul Manaf ni satu-satunya calon PKR di Parlimen Kuala Terengganu.




Kat markas ni la yang aku bertugas sepanjang kempen pilihanraya selama 13 hari. Markas besar PKR Terengganu. Semua bahan kempen PKR dari Pusat dibawak ke markas ni lah.. Masa ni persiapan tak cukup rapi lagi..banyak barang yang belum di kemas..kalau korang ada ternampak "bayang-bayang" seorang makhluk kat pintu tu, itu la Pak Mansor. Setiausaha PKR Bahagian Kuala Terengganu. Dia ni cukup baik ngan aku.


Kat atas ni gambar Mat Sabu, Tn. Guru Hj. Hadi, dan Menteri Besar Kedah, Ust. Azizan Razak. Ni sempena ceramah Tsunami PRU ke-12. 20 hari selepas kerajaan Kedah dibentuk, Ust Azizan mari berceramah di Perkarangan Masjid Rusila, Marang, bersama Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Abdul Muttalib Embong, Mat Sabu, dan Haji Hadi, dipengerusikan oleh Abdul Wahid Endut (yang menang PRK Kuala Terengganu baru-baru ni). Tak silap aku, gambar ni diambil masa hari Sabtu, 29 Mac 2008. Sekarang dah genap setahun gambar ni diambil....


Inilah sebahagian memori yang masih aku simpan dalam kepala aku nih... Memang aku pun berharap dapat jugak berkempen masa PRK ni, tapi apakan daya.. walaubagaimanapun, aku masih akan berkempen dalam alam cyber nih...


P/S : TOLAK KEPIMPINAN NAJIB, TOLAK CALON BN, UNDI CALON PR. Abis cerita...

Saturday, March 28, 2009

PERBANDINGAN

Satu perkara yang aku rasa bangga dan kagum ngan orang Kelantan ialah kecerdikan diorang dalam berpolitik. Tak hairanla kalau Kelantan berjaya bertahan selama 4 penggal di bawah pemerintahan bulan purnama. Salah satu faktor penting diorang memilih dan mengundi PAS sebagai wadah perjuangan ialah kesedaran agama yang tinggi. Kalau kita tengok kat negeri Kelantan, penuh dengan pondok-pondok pengajian agama. Begitu gak kalau kita tengok kat kolej-kolej atau universiti berasaskan agama, mesti ramai orang Kelantan.



Kat Kelantan, terlalu ramai ustaz , dan alim ulama'. Ini menyebabkan pemimpin mana yang patut diorang pilih. PAS memang dikenali sebagai parti yang kuat di sebelah pantai timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Aku orang Terengganu, aku tau la. Memang budaya orang pantai timur yang cenderung kepada sesuatu yang berasaskan agama (amnya). Tapi apa yang aku nak kata kat sini, memang terdapat perbedaan di antara pengundi dan penyokong PAS Kelantan dan Terengganu. Terus terang aku cakap, orang PAS kat Kelantan lebih cerdik dan pandai dari orang PAS Terengganu.



Buktinya, kalau kat Kelantan, diorang tak mainkan isu yang remeh untuk mengundi. Antaranya ialah isu anak tempatan. Kat Kelantan, tak kiralah calon anak dari mana pun, asalkan guna lambang bulan, diorang mengundi. Tak macam pengundi PAS Terengganu yang BANGANG, isu anak tempatan jadi isu. Kita tengok PRU-12 lepas. Mat Sabu, anak Pulau Pinang, kalah di Parlimen Kuala Terengganu. Sebabnya? dia bukan orang Terengganu! Aduh...malunya aku jadi orang Terengganu....apasal la bodoh dan bengongnye orang Terengganu ni?! Post mortem dibuat, lebih 2 ribu penyokong dan pengundi PAS tak mengundi calon PAS Parlimen Kuala Terengganu, masa PRU-12. Diorang lebih rela pangkah calon BN, Razali Ismail. Kalau orang PAS Terengganu cerdik, dah lama Mat Sabu masuk parlimen.



Kalau pengundi Kelantan, diorang menangkan calon luar. Contohnya, Nasharuddin Mat Isa (Parlimen Bachok) dan Saifuddin Nasution (Machang). Malah, Ibrahim Ali (katak) yang jahat tu pun pengundi PAS menangkan di Pasir Mas, sebab Ibrahim guna lambang bulan. Kenapa la pengundi Terengganu tak secerdik pengundi Kelantan? Memang, bagi aku, PAS kat Terengganu cukup jauh beda dengan PAS Kelantan. Bagi aku, PAS Terengganu lah ekstrim. Aku tak kisah kenyataan ni turut terpalit kat aku, sebab aku orang Terengganu. Aku cuma menyampaikan kebenaran, benda yang aku tengok sendiri. Dulu ada dakwaan sesetengah pihak, penyokong PAS Terengganu kasar. Itu memang tak dapat dinafikan. Memang betul.


Cukup memalukan melayu bodoh di Terengganu bersikap macam tu. Cara orang cina berpolitik tak macam ni. Lim Guan Eng, orang Melaka, tapi bolah jadi Ketua Menteri Pulau Pinaang! Cina Pulau Pinang tak kata apa pun?? Susah, orang Terengganu ni. Ini mungkin akibat dari pimpinan Terengganu sendiri, ada yang "ekstrim dan taksub pada tok guru". Orang Terengganu jangan harap PAS dapat perintah kalau masih ada pimpinan macam ni. Jangan mendabik dada, sebab kemenangan PRK Kuala Terengganu baru-baru ni. Itu kerana banyak bantuan dari negeri-negeri luar. Kalau PRK tu orang PAS Terengganu sendiri yang handle, aku pun tak pasti Wahid Endut tu dapat jadi MP ke tak.



Bagusnya tarbiyah TGNA di Kelantan....tak macam sikap tok guru Terengganu. Kasar.

Friday, March 27, 2009

FAIRUS KENA TAHAN


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, aku dengar citer, dia ditahan kat Tambak Johor oleh pihak imegresen masa nak masuk kat Singapura. Lepas tu dia ni diserahkan kepada SPRM untuk siasatan berkenaan isu kes rasuah pemberian tender kuari yang melibatkan dia di Pulau Pinang. Dia mengumumkan meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, berkuatkuasa 8 April ni.


Dia kata, dia ni mangsa konspirasi. Ramai yang buat fitnah kat dia. Aku pun tak tau nak kata apa. Mungkin logik jugak kalau dia ni mangsa dengki memandangkan dia ni muda lagi (34 tahun), tapi dah pegang jawatan besar, so mungkin ramai yang dalam PKR tu yang jeles. entahla. Anwar Ibrahim pernah tegur dia dalam satu majlis terbuka berkenaan dia ni tak turun padang.


Itulah ujian bila seseorang tu pegang jawatan besar. susah nak memegang amanah. Aku pernah berbual sekejap dengan si Fairus ni, kami terserempak di Kinokuniya, KLCC, Mei tahun lepas. Sebelum aku mintak diri, aku tinggalkan pesanan kat dia ni, "Jadilah wakil rakyat yang baik, yang jalankan tugas dan amanah". Dan dia hanya jawab, "InsyaAllah".


Biar kebenaran je yang menentukan. Bila kebenaran datang, maka terhapuslah kebatilan.

Sekian.

TAK DAPAT UPDATE

Salam 2 all...


Seribu kemaafan dipohonkan kerana "disappeared" selama 2 hari, blog ni pun sikit tak update, laptop pun aku tak sentuh. Ini kerana aku terpaksa menghadiri satu program yang bagi aku, tidak terlalu penting, tapi terpaksa pergi, kerana berkait rapat dengan soal ketaatan.


Selama aku takde, memang banyak berita "sensasi" yang aku terlepas. Bila aku dah dapat tau, aku umnpama orang yang terlepas LRT. Ini dah melawan fitrah aku yang "sentiasa update". Maklumla cuti semester ni satu kerja pun aku tak buat. Mengadap laptop saja lah kerjanya. Aku ni dikira kerjalah jugak, tapi tak bergaji, iaitu full-time blogger. Tugas aku sebagai pemerhati politik, dan pemberi informasi percuma kepada pengunjung-pengunjung sekalian.


Sayangnye kerja ini hancussss seketika bila terpaksa menghadiri satu program yang agak menjemukan....


Akhir kata, sekali lagi dipohonkan kemaafan..... =)

Wednesday, March 25, 2009

BERMULANYA ERA KEGELAPAN...


Inilah tanda-tanda awal negara kita menuju era kegelapan, sama seperti era Mahathir tua haprak memerintah. Najib belumpun menjadi PM. Tapi kezaliman semakin bermaharajalela. Persis seperti zaman 10 tahun dulu.. 2 malam lepas, ceramah Anwar Ibrahim diserang oleh FRU, menghadiahkan hadirin gas pemedih mata dan mandi percuma air kimia.


Inilah golongan yang jahat, zalim, dan celaka. PDRM, FRU, SB sudah jadi sayap parti BN. Alasannya, ceramah malam tu tidak ada permit. Polis dan FRU serang perhimpunan tanpa beri amaran terlebih dulu. Alangkah malangnya nasib rakyat di negara ni...sedangkan jenayah masih bermaharajalela, tapi polis duk sibuk jaga pembangkang..


Ditambah lagi dengan cubaan menyekat informasi dari media alternatif dengan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan...sama dengan 10 tahun dulu, majalah Detik diharamkan, Harakah hanya diterbitkan jarang-jarang..


Sebelum ni pun polis dah mengepung ceramah Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin di Perak. Dan ceramah Anwar Ibrahim berikutnya, terpaksa dibatalkan, menurut satu sumber, Anwar Ibrahim tak sanggup budak-budak dan wanita jadi mangsa gas pemedih mata. Memang UMNO/BN semakin terdesak, pemerintahan lebih teruk di bawah Najib nanti. Demokrasi semakin mamposss...


Katakan "TIDAK" pada pemerintahan Najib.

Aku masih lagi merasa perit kena gas masa perarakan PPSMI...

Monday, March 16, 2009

PERBUALAN

Berikut di bawah ni adalah perbualan aku dengan seorang driver teksi berketurunan cina, masa dalam perjalanan ke LRT Ampang. Pada mulanya kitorang hanya berborak tentang keadaan bandar KL, isu-isu semasa, dll. Pastu tetiba masuk bab politik. Dia tanya soalan kat aku, "you orang politik, you belah mana??" Aku jawab, "mesti la PR..." . Kami terus berborak tentang keadaan di Perak, tindakan sultan Perak, dan ADUN yang lompat parti. Aku terus beranikan diri tanya kat dia, " apa pendapat you mengenai PAS? apa pendapat you tentang undang-undang Islam yang ingin dilaksanakan oleh PAS??"

inilah perbualan kitorang...


Driver : Ermm.... tak patutla, lebih baik buat undang-undang macam Barisan Nasional la, sebab kalau mahu laksanakan undang-undang potong tangan bagi yang mencuri, itu macam aa, sama seperti kita balik pada zaman dulu..lagipun kalau potong tangan pencuri, nanti menyusahkan dia, takda tangan.. Tapi kalau hukuman sebat di depan orang ramai bagi perogol, itu banyak saya setuju maa..biar padan muka dia.


Aku : Sebenarnya hukuman bagi orang yang merogol ada 2. Pertama kalau yang merogol tu tak kawin lagi, dia hanya kena rotam 100 kali. Tapi kalau perogol tu dah kawin, dia kena rejam sampai mati. You tau apa itu rejam??


Driver : (angguk kepala)


Aku : Bukan hanya rogol saja. Tapi juga kepada yang buat dengan rela hati.. (aku tak sebutla "zina", sebab ingatkan dia tak paham)


Driver : Oo..zina la tu.. (la..tau rupanya perkataan "zina" tu)


Aku : You tak rasa ke jenayah kat negara kita makin teruk? You tak takut ke, sebab negara ni sudah tak selamat lagi? Kat mana-mana ada penjenayah..diorang tak takut buat jenayah... You tak nak rasa ke negara kita ni jadi aman, jenayah pun sangat sikit? Lagipun ini undang-undang hanya untuk muslim saja..tak ada kena mengena dengan non-muslim...


Driver : (senyap)


Aku : (sambung lagi) Contohnya kat negara Arab, kat sana undang-undang Islam dilaksanakan, jenayah kat sana hampir tiada, orang pun suka duduk sana, sebab selamat.


Driver : Saya ada dengar aa, masa nak pigi sembahyang jumaat pun kedai tinggal macam tu saja..tak takut sama itu orang mau curi...


Aku : aa itulah..kita kalau kat sini buat macam tu, bila balik dari sembahyang jumaat abis hilang semua barang, diangkutnya dengan lori-lori sekali... (kitorang gelak dengan serentak) Itula..sepatutnya kita tanya Karpal Singh, apa yang dia takut sangat dengan undang-undang Islam, ini takda kena mengena dengan non muslim...


Driver : (senyap..mungkin dah paham la tu..)


Aku : Saya tau aa, banyak lagi non-muslim yang takut sama undang-undang Islam, itulah yang kita kena usahakan, kena sebarkan maklumat lagi...


Driver : Tapi, macam mana aa, kalau yang zina itu sorang muslim, lagi sorang non-muslim?


Aku : So yang kena tindakan undang-undang Islam hanyala yang muslim saja..yang non-muslim kena undang-undang biasa saja..


Driver : Habis kalau macam itu tak adil la bagi orang muslim tu...


Aku : Tak perlu kata tak adil, dalam perlembagaan Malaysia, seseorang tu bebas beragama kan?


Driver : (angguk)


Aku : Tapi bila dia berada dalam sesebuah agama, dia dah terikat dengan peraturan yang ada dalam agama tersebut..So kalau takut dengan hudud, tak payahla buat jenayah... Ini undang-undang kita kena buat, sebab ia dari tuhan..


Masa ni kitorang dah sampai dah kat stesen LRT, tak sempat nak abiskan perbualan, so perbualan kitorang tergantung..Aku ucapkan terima kasih kat dia, dan terus bayar duit tambang RM 4.90


P/S : Kadang-kadang aku lebih suka cakap mengenai Islam kat non-muslim, sebab kalau kita terang kat orang yang MENGAKU MUSLIM, sia-sia jugak.....ramai yang buat-buat tak tau, buat-buat tak paham...hmmm

Saturday, March 7, 2009

PENGALAMAN PERTAMA KALI





Hari ni, (Sabtu, 7 Mac) adalah kali pertama aku menyertai perarakan tau berdemonstrasi. Demonstrasi ni untuk mendesak pihak kerajaan untuk mansuhkan PPSMI. Antara NGO yang hadir di Masjid Negara ialah PKPIM, GAMIS, dan GMP. Turut serta pimpinan-pimpinan PR yang aku sempat jumpa, antaranya Dr. Syed Azman, Salahuddin Ayub, Ust. Idris Ahmad, Che Gu Bard, Mahfuz Omar, Dr. Zulkifli Ahmad, Tn. Guru Hadi Awang, dan lain-lain. Juga cendekiawan dan sasterawan negara A. Samad Said dan Dato' Dr. Hassan Ahmad.




Kitorang turun berarak tepat pukul 2 petang, menuju ke Istana Negara. Tapi si anjing merah FRU dah sekat laluan keluar masjid dengan perisai diorang. Masa tu orang ramai tak peduli, main rempuh je benteng tu, ada jugak yang baling botol air, sampai anjing-anjing kepala merah tu lari. (takut jugak diorang tu).

Beberapa ekor anjing merah sekat laluan keluar masjid negara




Perarakan bermula...laungan "Hidup Rakyat", "Hidup Bahasa", dan Takbir berkumandang..





Tentera merah, Unit Amal membuat benteng manusia...Semoga golongan ini mendapat pahala berganda di akhirat kelak....








Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub dan AJK Pas Pusat, Dr. Syed Azman di barisan hadapan.. Tak ketinggalan AMT Keadilan, Che Gu Bard dan reformis, Sdri Norazimah (Nora).





Unit Amal bersiap sedia untuk merempuh anjing merah FRU...lepas ni la keadaan mula tegang.. beberapa ekor anjing merah tembak gas pemedih mata. Dan nilah kali pertama aku merasa betapa sakitnya terkena gas. Sebaik saja aku kena, aku terus lari tanpa arah sebab terlalu sakit. Susah nak bernafas. Bila aku sedut nafas, rasa sakit sangat. Mata, hidung ngan mulut aku terus keluar air. Dalam hati aku masa tu memang sah menyumpah-nyumpah FRU. Sampaila ada orang bagi aku air, untuk dibilas kat muka. Tapi rasa sakit tak hilang lagi, sampai beberapa ketika, barula beransur-ansur baik. Tapi masa tu aku tak habis-habis lagi batuk dan meludah kahak..
Ni suasana berhampiran Istana Negara. Kitorang semua tak sempat ke Istana Negara. Semua barisan berterabur sebab ada yang kena serang dek anjing merah, ada yang lari sebab kena asap. memang jahat dan zalim anjing-anjing ni. Semoga Allah membakar tangan mereka yang buat zalim kat akhirat nanti... Dan lagi 1 cerita, aku sebenarnya takde dalam barisan orang berarak, aku cuma lalu ditepi jalan, sambil ambik gambar. Aku ikut kak Nora lalu ikut celah pokok pinang masa keadaan kelam kabut. Masa nilah aku diherdik dan hampir dikejar oleh SB laknat lagi celaka. Dia marah aku ambik gambar...sayang betul aku tak sempat tangkap gambar dia...sebab kecut perut...hahaha...
Sini salah satu scene orang lari naik ke tanah tinggi. kesian aku tengok orang pompuan, orang tua, budak-budak lari...Aku pun turut lalu kat sini, lepas jumpa mamat kat bawah nie...







Mamat cina ni nama dia Ng Chai Hing, Ketua DAP cawangan Terengganu. Kitorang kenal masa kempen PRU-12 tahun lepas...masa ni kitorang dengan serentak kata "Polis Celaka". Lepas tu semua patah balik ke masjid negara, tak dapat menghampiri istana negara. kitorang berlari sekejap ramai-ramai sebab kena kejar ngan polis dan peluru gas pemedih mata, masa dalam perjalanan ke masjid negara untuk dengar ucapan Presiden Pas, Ust. Hadi Awang.




















masa dalam masjid negara pun si anjing-anjing merah ni masih lagi menyerang dengan gas pemedih mata dan water cannon,persis Yahudi menyerang masjid.Itulah yang aku jerit masa diorang serang masjid. Kali kedua aku kena asap pemedih mata, seluar pun basah sebab kena sembur, lepas tu aku terus berlari kat tempat wuduk untuk bilas muka.. Lepas tu, keadaan kembali reda, anjing merah masih lagi berada kat luar masjid, kitorang ramai-ramai masuk dalam masjid untuk dengar ucapan presiden Pas.









Brader kat atas ni la yang kuat maki anjing-anjing FRU kat luar masjid. Aku pun join sekali. Perhimpunan tamat dekat pukul 4. Memorandum dahpun diserahkan kat istana oleh 2 orang tokoh terkenal, A. Samad Said (Pak Samad) dan Dato' Dr. Hassan Ahmad. Walaupun kitorang tak dapat sama-sama ke istana negara, tapi yang jelasnya MESEJ KITORANG SAMPAI.






Gambar Pak Samad, lepas solat asar kat masjid negara. Jugak gambar pejuang berani mati, Unit Amal Pas. Besar jasa diorang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka.


Hari inilah aku dapat pengalaman yang berharga, pertama kali dalam hidupku. Aku akan lakukan lagi. Insya Allah jika diberi kesempatan. Aku tidak akan serik walaupun sudah sakit kena gas. Inilah perjuangan rakyat. Inilah budaya negara demokrasi.