Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Monday, July 6, 2009

Siapa Nak Duit?

Rasul Melayu, Kahar. Foto ihsan daripada Fariz Musa


Siapa nak duit RM 10 ribu dengan senang, segeralah cari dan tangkap si mangkuk hanyun ini dan serahkannya kepada JAIS. Muka huduh dan tak bersih, ada hati nak jadi rasul. Kononnya surah Yasin turun kat dia.


Dia ni pernah ditangkap dan dibicarakan di mahkamah syariah. Tak bertaubat. Kalau ikutkan hukum Islam, sepatutnya dia ni dikenakan hukuman pancung kerana telah murtad. Oleh kerana pemerintah negara ini tidak berminat dengan Islam, maka lahirlah gejala-gejala seperti ini.


Yang tak masuk akalnya ada juga melayu yang percaya dan ikut "rasul" ni. Kononnya akan dijanjikan syurga, sampai sanggup bertekak untuk membela rasul mereka itu. Macam-macam, dunia dah hampir kepada kiamat. Semakin ramai yang mengaku nabi/rasul.

Monday, April 27, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Penanti

Akhirnya SPR telahpun memutuskan bahawa DUN Penanti akan diadakan satu lagi Pilihanraya Kecil, selepas PRK 2 Bukit, 1 Batang pada ini. SPR mengumumkan, penamaan calon akan dibuat pada 23 Mei, manakala tarikh pembuangan undi pada 31 Mei. Penanti merupakan lokasi pilihanraya kecil ke-6, selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai. Apa pula isu nak dibawakan oleh pembangkang kali ini? Adakah selepas ini giliran Kepala Batas pula menjadi medan PRK? Dan mungkin juga DUN Perak..


Siapa calonnya di Penanti ini? Kesemua cawangan PAS di Pulau Pinang memutuskan dan bersetuju untuk calon PAS bertanding di situ. Perkara ini, penulis amat setuju. Tak usahlah meletak calon dari parti yang "bermasalah". Kalau calonnya PAS, penulis sokong 100%. Biarlah bertambah satu lagi kerusi PAS di DUN Pulau Pinang, selepas Permatang Pasir. Banyak betul PRK dalam masa setahun ni. Macam main-main pula, menang, lepas itu letak jawatan. Dalam PRK yang lepas, termasuk Penanti ini, seramai 6 calon yang mengosongkan kerusi. 3 daripadanya disebabkan calonnya meninggal dunia (Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan Batang Ai). 3 lagi disebabkan sengaja mengosongkan kerusi, dan kesemuanya adalah daripada PKR!


Fairus Khairuddin menewaskan calon daripada BN, Abdul Jalil Majid dengan majoriti 2,219 undi pada PRU tahun lepas. Nampaknya pengundi di DUN Penanti bakal mengundi buat kali ketiga.. Implikasi PRK Penanti ini, Najib Tun Razak pasti akan dimalukan sekali lagi, dan PRK ini juga merupakan referendum rakyat kepada kerajaan UMNO/BN. Kepada Pakatan Rakyat, letaklah calon yang berwibawa, berdisiplin, amanah, dan tidak meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim. Jangan memilih calon sebagaimana Anwar Ibrahim memilih calon untuk PKR, hasilnya macam Jamaludin dan Osman (Behrang, Changkat Jering), calon di Bukit Selambau (melayu, tapi tidak boleh bertanding pada PRU lepas kerana muflis), dan juga calon PKR yang menghilangkan diri di Parlimen Pengerang, melawan Azalina Othman..


Dan peringatan buat Anwar Ibrahim, jangan main "politik gempar" lagi, jangan ulangi kesilapan yang lepas.

Saturday, April 25, 2009

Amanat Buat Pejuang Muda



Tarikh : 26 April 2009 (esok)


Tempat : Seksyen 16 Petaling Jaya (Pejabat lama Anwar Ibrahim)


Masa : 8 malam


Persembahan deklamasi puisi, sajak dan lagu khas dari tetamu jemputan seperti Amin Iskandar (Black), Rahmat Haron, dan wakil-wakil pertubuhan yang bersama mendesak kerajaan Malaysia untuk menghapuskan PPSMI.


Acara kemuncak merupakan amanat dari Datuk A. Samad Said Sasterawan Negara. Semua dijemput hadir. Jika berlaku juga PRK di Penanti, InsyaAllah Datuk A. Samad Said akan membawa isu PPSMI di sana.


MANSUHKAN PPSMI. SELAMATKAN BAHASA MELAYU.

Wednesday, April 15, 2009

Haji Nizar Bakal Naib Presiden?



Dikhabarkan bahawa Menteri Besar Perak Ir, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun menerima dua pencalonan jawatan Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan Temerloh. Akhir-akhir ni beliau menjadi semakin popular, bermula dengan krisis di Perak, kemudian menang bertanding menjadi MP baru Bukit Gantang.


Dia ni jugak berjaya membuktikan bahawa dia mempunyai karisma serta ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Pasti ramai yang dicalonkan sempena Muktamar PAS tahun ini. Syabas kepada PAS. Berani mengetengahkan pemimpin tanpa mengharap apa-apa balasan, tak sebagaimana UMNO-UMNO bahagian.

Tuesday, April 14, 2009

Pengumuman

Salam.


Perhatian kepada semua pelayar blog reformis jalanan. Penulis baru sahaja melancarkan satu lagi blog, khusus untuk menceritakan tentang kehidupan dan peristiwa yang berlaku dalam hari-hari dalam kehidupan penulis. Nak kata diari, tak juga. Ia berkecuali daripada politik. Blog ini (reformisjalanan) barulah khas untuk politik.


Semua boleh melawat di blog yang kedua iaitu http://diarireformis.wordpress.com/

lawatilah selalu........

Tuesday, March 31, 2009

Adakah Terjamin Nasib Rakyat Di Bawah Golongan Aristokrat?




Sengaja aku pilih tajuk panjang di atas, untuk "kenen"kan kat Najib. Dia ni dari golongan atasan. Tak pernah merasa kesusahan hidup, seperti yang pernah dialami oleh arwah bapaknya Tun Razak. Agak payah untuk merasai macamana hidup rakyat marhaen kalau pemimpin atasan tak pernah mengalaminya. Akibatnya timbullah sikap tak pedulikan rakyat bawahan, seperti kebanyakan pimpinan UMNO ini.

Najib Altantuya ni, masa perhimpunan agung UMNO lepas, melalak-lalak cakap nak bela nasib rakyat miskin. Tapi itu biasalah, seperti yang selalu diorang cakap time perhimpunan. Lepas tu senyap sunyi je. Kalau ada pun bantu rakyat miskin, tu pun time PRU atau pilihanraya kecik. Inilah biasanya kerja pemimpin-pemimpin UMNO. Realitinya sekarang, masih terlalu ramai rakyat yang miskin, merempat, yang rata-ratanya adalah orang Melayu. Inilah bahananya tersalah pilih pemimpin.


Ekonomi kita dulu setanding dengan negara-negara maju seperti Korea Selatan, Taiwan, dan Singapore. Tapi sekarang, tengok apa dah jadi?? Malaysia tertinggal jauh di belakang.. Tapi malangnya masih terlalu ramai Melayu yang bodoh, masih mengharapkan UMNO (terutamanya orang kampung). Golongan ni la yang senang kena tipu dek pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap kali musim pilihanraya, tabur berbagai janji, pastu Melayu yang bangang ni undi jugak la...


Najib, seperti yang diketahui, cuba meniru stail ayahandanya. Tapi perlu diingat, Tun Razak dulu asalnya dari golongan marhaen, sebab tu la masa era Tun Razak, dia memang disayangi oleh rata-rata rakyat Malaysia. Tak macam Najib, membesar dalam suasana golongan bangsawan, memang tak tau kehidupan orang miskin macam mana..sebab tu la jangan harap Najib nak bela rakyat miskin..


Sama jugak dengan ekonomi negara ni, bolehke harapkan Najib??? Dulu dia pernah kata, "Malaysia terselamat daripada krisis ekonomi," dan "tiada masalah di Malaysia,". Tapi sekarang cuba tengok!! dilaporkan, sejak 19 Mac lepas, seramai 12,674 rakyat tempatan dibuang kerja!! Dan akan ada yang akan dibuang lagi pada beberapa minggu yang akan datang! Apa ni??? Kata Malaysia terselamat daripada kemelesetan ekonomi? Memang Najib Altantuya ni seorang yang tak boleh diharap...gerhana la Malaysia ni bila dia jadi PM.. Bajet mini 60 billion yang dia bentangkan hari tu pun tak banyak membantu..malang betul..

Dan ini lagi sekor, jugak dari golongan aristokrat, sepupu belah mak Najib, iaitu Hishamuddin Tun Hussein. Kalau nak harapkan dia bela Melayu, tak payah la. Bahasa sendiri pun tak terbela. Tengok, dia ni masih berdegil, tak nak hapuskan lagi PPSMI. Dasar tak paham bahasa. Dia cakap dalam Dewan Negara, pelajar tahun 1-3 belajar Sains dan Matematika dalam bahasa kebangsaan. Pastu naik tahun 4-6, belajar dalam dwi-bahasa. Pastu bila naik ke sekolah menengah, baru la diajarkan penuh dalam Bahasa Inggeris! Tak payah la kau melalak nak bela bangsa... Pada orang-orang Melayu, jangan la harapkan UMNO membela bangsa dan rakyat miskin..memang dah terbukti, tak boleh diharap...


Posting ini adalah sempena Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai.. Mesej aku , " TOLAK KEPIMPINAN NAJIB"...

Friday, March 27, 2009

Berita Perhimpunan Agung UMNO (2)


KEPUTUSAN SUDAH DIUMUMKAN


Akhirnya, proksi kepada Dolah Badawi, merangkap menantu kesayangannya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Dia mengalahkan anak Mahathir tua haprak, Mukhriz dan Khir Toyol. KJ dapat 304 undi, mengalahkan Khir Toyol tempe,254 undi dan Mukhriz, anak mak, 232 undi. Dah namanya pun parti rasuah, so mestilah para perwakilan UMNO memilih calon yang rasuah... Salah sorang orang Dolah dah berjaya dapat jawatan dalam pemilihan UMNO. Khabarnya, masa KJ diumumkan menang, kelibat si Toyol langsung takde. Dah lari la tu. Kecewa, dan pedih hatinya kot. Pada mulanya, Khir Toyol tu dapat undi yang selesa. Tapi ntah macam mana, pengundi Khir Toyol beralih kepada Mukhriz pada saat-saat akhir. Pengumuman kemenangan KJ diumumkan oleh pengerusi tetap, Abdul Fatah Iskandar.


Bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pula, Shahrizat Jalil berjaya mengalahkan bekas ketua dia, Rafidah Aziz. Shahrizat dapat 507 undi, Rafidah hanya dapat 280 undi. Berakhirlah Wanita UMNO dibawah nenek Kuala Kangsar yang menjadi ketua tersangat lama. Balik berehat je la Rafidah oii.... Manakala Naib Ketua Wanita dimenangi tanpa bertanding oleh Kamilia Ibrahim.

Berseri-seri saja muka Shahrizat bila dah menang....


Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Rosnah Abdul Rashid Shirin dipilih untuk menggantikan bekas ketua beliau, Datuk Noraini Ahmad.


Jawatan Naib Presiden UMNO lak dimenangi oleh 3 menteri, iaitu Menteri Pelajaran Hishamuddin Keris (penakut cicak, cerita Jamil Kucing), dapat paling sikit, 1515 undi. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Shafie Apdal dapat 1445 undi. Mungkin ini boleh lagi mengeratkan hubungan diantara UMNO Sabah dan UMNO Semenanjung. Lagi sekor ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, yang jaga hal ehwal agama (malas nak sebut nama, benci!), dia ni dapat undi tertinggi, iaitu 1592.

Jawatan kedua tertinggi plak, iaitu Timbalan Presiden, hanya tinggal 2 calon saja, selepas Ali Rustam tak dibenarkan bertanding, sebab politik wang. Yang tinggal ialah Muhyiddin dan Mat Taib. Mat Taib aku berani confirm, dia pun rasuah jugak, mustahil bangsat macam dia ni tak main duit! Aku cukup tak suka dan benci kalau dia jadi TPM. Mat Taib ni dosa dia sangat berat, banyak kesalahan, yang ketara ialah memecahbelahkan orang kampung di negeri Pakatan Rakyat, dengan menubuhkan JKKKP. Dasar si tua, tak ingat mampos!


Jawatan ni dapat jugak kat Muhyiddin Yasin, sesuai la dia ni bergandingan dengan Najib Altantuya. Dia ni dah semacam gilakan kuasa, mendesak Dolah Badawi percepatkan peralihan kuasa, sebab dia pun nak merasa kerusi empuk TPM! Lepas ni dapat tengok si Muhyiddin ni mengipas-ngipas ponggong Najib, sampai hangus. Muhyiddin dapat 1575 undi, menewaskan Mat Taib yang hanya dapat 916 undi.


Jawatan Majlis Tertinggi UMNO, 2 menteri ( Azalina Othman dan Shahrir Samad), 3 timbalan menteri (Noraini Ahmad, Johari Baharum, dan Hasan Malek), 4 menteri besar ( Adnan Yaakob, Mat Hassan, Abdul Ghani Othman, Mat Isa Sabu) gagal untuk jadi ahli majlis tersebut.

Kat atas ni adalah mereka-mereka yang berjaya jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Apa-apapun, seperti yang aku kata, adakah perlantikan mereka semua dapat mengubah negara menjadi lebih baik? Adakah nasib Melayu terbela??? Kita tengok saja..tapi hati aku kata, tetap takde perubahan...


Tahniah pada mereka yang dapat jawatan baru.

Tuesday, March 24, 2009

Nik Aziz Dah Bagi Restu...



Mursyidul Am PAS, jugak merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dah bagi restu kat calon PRK p.59 Bukit Gantang, Hj. Nizar Jamaluddin untuk bertanding pada 7hb depan.


Dia cakap Nizar sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak adalah calon yang tepat untuk berdepan dengan calon dari UMNO/BN, Ismail Saffian. " Saya dah hubungi Nizar dan merestuinya untuk bertanding," Nik Aziz bagitau kat wartawan selepas menerima lawatan daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Ashok K. Kantha kat pejabat dia.


Nik Aziz berkata bulan lepas, dia tak setuju dengan cadangan untuk meletakkan Nizar sebagai calon di Bukit Gantang, kerana kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak.


Sementara itu, Nik Aziz juga menyatakan rasa kesal dia kerana keputusan KDN menggantung permit penerbitan akhbar milik parti pembangkang, iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan. Dia kata, tindakan tersebut tak demokratik dan mempunyai kaitan dengan penglibatan kedua-dua parti (PAS dan PKR) dalam Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai.

Sunday, March 22, 2009

PENGUMUMAN

Harap sebarkan maklumat tentang syarahan dan dialog "Iraq. Situasi Semasa dan Cabaran Masa Depan Ummah."


Tetamu Jemputan : Hujjatul Islam wal Muslimin Sayed Jawwad al-Syarastani, wakil mutlak Ayatullah al-Uzma Sayed Ali al-Sistani.


Turut Hadir : Ayatullah Abbas Bigdili Kasyani, Ayatullah Mohd Hussein Asy'ari, dan rombongan Ulama' dari Najaf, Iraq.


Pukul : 3pm - 6pm (petang)


Hari : Selasa


Tarikh : 24 Mac 2009


Tempat : Auditorium 1, Komplek Kejiranan, Presint 16, Putrajaya. (belakang Alamanda)



SEMUA MUSLIMIN DIJEMPUT HADIR

Wednesday, March 4, 2009

PENGUMUMAN















Kepada sesiapa yang mengaku sayangkan bangsa dan bahasa Melayu, di sini ada satu pengumuman.
PERHIMPUNAN 100,000 MEMBANTAH PPSMI



Lokasi Perarakan : SOGO , Central Market, Masjid Negara





Berarak ke Istana Negara





Tarikh : 7 Mac





Hari : Sabtu.
Pukul : 2 petang


Pakaian : Baju berwarna putih, TIADA sebarang logo/lambang PARTI.
Turut Serta : Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat (PR), pejuang-pejuang bahasa, Tokoh-tokoh sasterawan (termasuk sasterawan negara Pak Samad), dll.
TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA JIKA BENAR ANDA PENCINTA BAHASA DAN BANGSA!!





TUNJUKKAN SEMANGAT KITA MEMBANTAH PPSMI YANG MELEMAHKAN KUALITI PEMBELAJARAN ANAK-ANAK BUMIPUTERA DAN BIARKAN PENGKHIANAT BANGSA MELAYU MERASA GENTAR DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT.







BAHASA LAMBANG KEKUATAN SESUATU BANGSA. HILANG BAHASA, MAKA HILANGLAH BANGSA. YANG TINGGAL HANYALAH MELAYU YANG TIDAK PUNYA JATI DIRI. DIKHIANATI PEMIMPIN MELAYU YANG PENTINGKAN PERUT, DAN PENGKHIANAT BANGSA, NEGARA, DAN AGAMA.



AYUH!! DATANG BERAMAI-RAMAI!!








Apa lagi yang perlu dikorbankan hak-hak bangsa Melayu? UMNO mendabik dada, kononnya dialah perwira, pembela Melayu. Melayu mana yang dia bela? Melayu berkepentingan? Melayu yang ada kuasa, wang, kedudukan?? Hak-hak bangsa Melayu diabaikan. UMNO menuduh PR merugikan orang Melayu. SIAPA YANG MENGKHIANATI BANGSA MELAYU SEBENARNYA?
1) Menukar biasiswa kepada pinjaman untuk pelajar IPT.. PR ke yang buat ni???
2) Menghapuskan tulisan jawi.... PAS ke yang buat?????
3) Menggadaikan tanah-tanah Melayu kepada tokey-tokey besar, kepada Singapura, dll....
Adakah ianya perbuatan DAP????
Dan banyak lagi contoh lain.... Pemimpin UMNO patut diajar....siapa yang khianat bangsa Melayu sebenarnya...